You are on page 1of 41

Isi Kandungan

Butiran Muka Surat


Peralatan / Komponen Utama yang
terdapat pada PSU
Kabel bekalan masuk dan keluar 1-2
Pengasing 3
Sesentuh 3-4
Pengubah arus 4
Bus-bar(saiz bus-bar) 5
Bus-bar coupler 6
Sesentuh tukar alih 7
Komponen umum untuk perlindungan
yang terdapat pada PSU
Suis fius (low current) 8
Fius suis (high current) 8
RCCB/ ELCB 9
MCCB 9-10
Perbandingan MCCB & Fius Suis 11
Ujian pada MCCB 11-12
Senggara MCCB 12
Capasitor Bank 12
Pemutus Litar Udara (ACB) 13
Alat Ukur (PSU) 14
Lampu penunjuk 14
Jangka Volt 14-15
Jangka Ampere 16
Meter Faktor Kuasa 17
Meter Kuasa 18
Meter Tenaga 18
Meter KV ARH 18
Alat Pelantik 19-20
Gelung Tanpa Voltan 20-21
Geganti 21-22
Geganti Oil Dash Pot 23-24
Instantenous Earth Fault 24
Geganti Lewat Masa 25-27
Sistem Pembumian Panel MSB 28
Rujukan 29
1. Peralatan / Komponen Utama yang terdapat pada PSU:

1.1 Kabel bekalan masuk dan keluar

1.1.1 Jenis - jenis kabel

Bekalan kemasukan utama adalah menggunakan kabel bawah tanah yang dipasang
melalui peparit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel atau
kaedah sambungan tamatan hangat kecut. Tamatan kabel dipasang cable lug. Melalui
sambungan ini, pengalir kabel disambungkan ke bahagian pemutus litar.

Bagi kabel keluar yang bersaiz kecil ia boleh dipasang pada sesalur atau dulang kabel
dimana ianya bergantung kepada keluaran ke beban sama ada ke dalam bangunan atau
keluar bangunan.

Reka bentuk papan suis jenis cubicle terdapat banyak kabel keluaran, penggunaan
kabel berperisai dan pelbagai teras adalah amat sesuai digunakan menggunakan
sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel boleh dirujuk pada jadual
pepasangan kabel elektrik atau buku manual pengilang kabel.

Kabel Alatubah

Saiz mm Jenis Fasa kabel Arus Kuasa Arus


persegi pengalir sekunder

300 Aluminium 1 430 Amp 300 kVA 417 Amp

300 Aluminium 2 800 Amp 300 - 500 695 Amp


kVA

500 Aluminium 2 1040 Amp 500 - 750 1043 Amp


kVA

500 Kuprum 2 1400 Amp 750 - 1000 1391 Amp


kVA

630 Kuprum 2 1560 Amp 1000 kVA 1000 kVA


dan lebih dan lebih
Jadual kadaran saiz kabel jenis PVC/PVC.

Kadaran saiz luas keratan rentas dan kapasiti membawa arus kabel pengalir kuprum
dan aluminium jenis PVC pelbagai teras berperisai. (PVC/SWA/PVC)

Nominal area of Laid direct in the In single-way ducts In air


conductor ground

Bil . Metric Alumini Copper Alumini Copper Alumini Copper


um conduct um conduct um conduct
conduct or conduct or conduct or
or or or

mm amp amp amp amp amp amp

1 10 85 110 68 87 71 92

2 16 88 115 73 96 73 97

3 25 115 150 94 125 197 130

4 35 140 185 115 150 120 160

5 50 165 215 135 180 140 190

6 70 200 270 165 220 175 235

7 95 235 320 195 265 210 290

8 120 295 380 240 305 275 350

9 150 335 430 270 345 315 400

10 185 380 465 300 385 355 440


11 240 440 560 350 445 426 540

12 300 490 620 390 495 475 600

13 400 - 670 - 560 - 670

1.2 Pengasing

Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak


digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada suis
di mana ianya dikehendaki di ‘OFF’ apabila litar berkenaan tidak membawa arus.
Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis kawalan
di ‘ON’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada ketika itu pengendali tidak
menyangka bahawa litar - litar kawalan dihidupkan semula ataupun pada ketika itu
pengendali sedang melakukan kerja - kerja penyenggaraan mekanikal sedang
dijalankan.
Rajah 1. Gambarajah Pengasing yang terdapat pada MSB.

1.3 Sesentuh

Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan bersama
- sama dengan alat - alat seperti suis masa (time switch), kapasitor bank, motor -
motor dan lain - lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai keupayaan
memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai relay coil yang membuka
membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai- bagai sukatan arus
bergantung kepada peralatan yang digunakan.

3
Rajah 2. Gambarajah sesentuh yang terdapat pada MSB.

1.4 Pengubah Arus

Alatubah Arus (Current transformer)

Alatubah arus adalah komponen penting dalam pepasangan sub papan suis. Ia adalah
untuk menurunkan arus utama di bas bar bagi mendapatkan arus yang kecil dan sesuai
untuk operasi komponen - komponen seperti alat jangka dan perlindungan.

Jenis - jenis alatubah arus dan spesifikasi.

i. Jenis pengukuran - klas 1 atau 3 atau 5 dan kuasa tanggungan 5VA atau 15VA

ii. Jenis perlindungan - klas 10P10 dan kuasa tanggungan 15VA.

Nisbah alatubah arus adalah 100/5A, 200/5A, 300/5A, 400/5A, 600/5A, 800/5A,
1000/5A

Untuk kegunaan alat geganti perlindungan arus bocor kebumi (Earth Leakage Relay)
menggunakan alatubah arus galangan (Z ct). Alat ubah arus ini akan mengesan arus
tidak seimbang dalam pepasangan tiga fasa. Semua pengalir fasa dan pengalir neutral
akan melalui hanya pada satu alatubah arus galangan.
Rajah 3. Gambarajah Alat ubah arus (CT).

1.5 Bus-bar

Bus-bar kuprum

Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran


kuprum dan bersalut. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada
pemutus litar utama ke pemutus - pemutus litar yang lain. Ianya digunakan
menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah
melaksanakan kerja pemasangan. Kedudukan bas-bar dipasang mendatar atau
menegak dalam sub papan suis.

Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah Kadaran Arus Pemutus Litar

6.3 mm x 25 mm 250 Amp

6.3 mm x 31.5 mm 300 Amp

6.3 mm x 40 mm 400 Amp

6.3 mm x 50 mm 500 Amp

6.3 mm x 60 mm 600 Amp

6.3 mm x 80 mm 800 Amp

6.3 mm x 100 mm 1000 Amp


Rajah 4. Gambarajah menunjukkan kedudukan bas - bar dipasang secara mendatar
dan menegak yang digabung bersama.

1.4 Bus-bar Coupler/ Bus - Tie

Bus-bar couple/ Bus - Tie juga merupakan pengasing, biasanya ia digunakan untuk
menyambung dua basbar berlainan kemasukan dengan kadaran yang sama. Untuk
mengelakkan basbar coupler / bus - tie (pengasing) dari dua kemasukan bekalan yang
berlainan di ON kan serentak, ianya mestilah dijalinkan/ digunakan dengan kekunci
kait-punci (interlock). Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh
menghubungkan dua kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang
bas mengawal sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan
beban yang lain pula. Saiz palang bas kedua - dua kumpulan tersebut hendaklah sama.
Rajah 5. Gambarajah Bus-bar coupler/ bus - tie

Penggunaan bus - tie selalunya apabila terdapat dua atau lebih punca bekalan
walaupun dari pihak yang sama (TNB atau sebagainya). Apabila salah satu punca
bekalan terganggu, bekalan boleh disalurkan dari punca yang satu lagi melalui bus -
bar coupler/ bus - tie tersebut. Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal
bus - bar coupler/ bus - tie selalunya dalam keadaan OFF. Apabila berlaku gangguan
dari mana - mana satu punca bekalan dan jika perlu baru lah bus - bar coupler/ bus -
tie di ON kan.

Rajah 6. Gambarajah menunjukkan ACB 4 kutub digunakan sebagai bus - tie.

1.6 Sesentuh Tukar Alih (Change Over Contacter)

Sesentuh tukar ali secara asasnya adalah sejenis pengasing, mengandungi dua set
sesentuh tetapi dalam satu - satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup. Setiap
sesentuh menerima bekalan dari punca yang berlainan, lazimnya satu bekalan dari
TNB dan satu lagi dari janakuasa tunggu sedia. Pada satu - satu masa hanya satu
sahaja bekalan boleh disambungkan ke palang bas PSU.

Ia mempunyai ciri - ciri interlock elektrikal dan mekanikal.

Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub, seperti yang dikehendaki oleh
peraturan elektrik 1994. Ini bermakna sambungan neutral hendaklah melaluinya.
Kadaran arusnya hendaklah sama dengan kadaran arus ACB, boleh mencapai
beberapa ribu ampiar. Tiada apa - apa komponen perlindungan dipasang pada
sesentuh tukar alih sebab ia tidak berfungsi sebagai pemutus litar. Namun begitu ia
dilengkapkan dengan dua gelong kawalan untuk membuka dan menutup sesentuh
secara automatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat juga sesentuh kecil
tambahan untuk tujuan kawalan dan indication.
Rajah 7. Gambarajah menunjukkan terminal bekalan dari TNB dan genset.

Rajah 8. Gambarajah skematik sesentuh tukar alih

2. Komponen umum untuk perlindungan yang terdapat pada PSU

2.1 Suis Fius (low current)

Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius
HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis di OFF kan, ia berbentuk SP & N dan
TP & N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A dan 60 A.

Rajah 9. Gambarajah suis fius (low current).

2.2 Fius Suis (high current)

Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC
ditunmpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir
pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaanya
digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk TP & N dengan ukuran piawai 60 A,
100 A, 160 A, 200 A, 300 A, 400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A.

Rajah 10. Gambarajah fius suis (high current).

2.3 Residual Current Circuit Breaker/ Earth Leakage Circuit Breaker (RCCB/
ELCB)

Residual Current Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini
bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan di mana terdapat perbezaan di
antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang
keluar dari beban yang sama. Di dalam erti kata yang lain, alat ini hanya akan
bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di atas. Sebelum ini, alat ini
dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan sekarang ianya
telah dikenali dengan dengan nama Residual Current Device (RCD).

Rajah 11. Gambarajah Residual Current Circuit Breaker.


2.4 Pemutus Litar Kotak Teracu - Moulded Case Circuit Breaker (MCCB)

Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus
sehingga 400 A, dan di masa akan datang kemungkinan ianya akan membawa arus
yang lebih tinggi lagi. Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius,
mempunyai kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di
ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga - tiga fasa akan memutus apabila
berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing tidak berlaku.
MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan
geganti E/F (bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan
dapat dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.

Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung.


Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah
kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang tertentu dan
menyebabkan MCCB trip. MCCB juga menggunakan kaedah bimetal strip yang akan
membengkok apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB.
Kaedah ini adalah untuk perlindungan beban lebih di mana tindakannya agak perlahan
dan terkandung unsur lewat masa.

Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan arcing gas.
Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan
menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk perlindungan arus
lebih. Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin)
dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik kelaur dengan mudah seperti ACB.
Rajah 12. Gambarajah contoh MCCB dan MCB yang dipasang di MSB.

10

2.5 Perbandingan MCCB dengan Fius Suis

Butiran MCCB Fius Suis


Keselamatan Terdapat ruang pemadam Tiada ruang pemadam
arka (arc chamber) arka.

Perlindungan fasa tak Kesemua fasa terputus Arus lampau yang berlaku
seimbang (single phasing) walaupun arus lampau di dalam satu fasa
berlaku di dalam satu fasa menyebabkan fius yang
sahaja, kerana itu melindungi fasa - fasa
kemungkinan motor tiga tertentu terputus, kerana
fasa berkendali pada dua itu, wujud kemungkinan
fasa tidak wujud. motor tiga fasa berkendali
pada dua fasa.

Penggantian selepas setiap Tidak perlu Fius terbakar perlu diganti


kerosakan berlaku baru

Pemberian semula bekalan Senang diberikan semula Penggantian fius terlalu


selepas setiap kerosakan bekalan, dengan membuat rumit (troublesome) dan
berlaku RESET memakan masa

Alat - alat tam Pelantikan dibawah


kadaran voltan yang
bahan
dikawal secara jauh,
pelantikan pirau, sesentuh
tambahan boleh diperolehi.

2.6 Ujian pada MCCB

1. Ujian Operasi - ON dan OFF MCCB bagi memastikan ia boleh dikendalikan


dengan sempurna. Sekiranya under voltage coil ia perlu mempunyai bekalan yang
mencukupi sebelum ianya boleh dikendalikan. Ini merupakan ujian mekanikal
sahaja.

2. Ujian Suntikan secondary - Untuk memastikan ianya terpelantik apabila


berlakunya kerosakan tahap yang ditentukan atau tercatat pada alat itu sendiri.

3. Ujian Penebatan - Untuk menentukan penebatan di antara fasa dengan fasa dan di
antara fasa dengan dengan bumi adalah baik. (tidak kurang dari 1 Mega Ohm)
11

4. Ujian Sesentuh - Untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari
yang disyorkan oleh pihak pembuat.

2.7 Senggaraan MCCB

MCCB tidak perlu di senggara, sekiranya rosak ianya perlu diganti baru.

2.8 Capasitor Bank (Simpanan Kapasitor)

Capasitor bank adalah satu alat yang boleh membaiki faktro kuasa bagi satu
Pengulang Alik. Ia amat penting bagi sistem janakuasa kerana tugas kapasitor ini
adalah menyimpan Reactive Power (Kuasa yang tidak aktif) yang dihasilkan bila
janakuasa disambung pada beban. Seperti mana yang kita tahu Reactive Power ini
wujud bila kita memasang beban induktif seperti gelung yang terdapat pada motor -
motor, choke, dan janakuasa itu sendiri. Jika berlakunya Reaktive Power yang tinggi
dan tidak dikawal, ini akan mengakibatkan Faktor Kuasa menjadi rendah, kita
mengalami kerugian dari segi menjanakan kuasa, maksudnya kita terpaksa
menjanakan kuasa yang tinggi tetapi kuasa yang diperlukan adalah rendah. Semakin
rendah faktor kuasa maka semakin tinggi kuasa yang kita janakan. Ini akan
mengakibatkan kerugian.

Akibat lain yang wujud dari Faktor Kuasa rendah ialah arus yang tinggi diperlukan
untuk Sistem Pepasangan maka Voltage Drop dalam kabel adalah tinggi. ACB juga
akan mendapat kesan daripada penurunan Faktor Kuasa dan akan mengakibatkan
ACB trip bila arus tinggi. Winding janakuasa juga akan panas dan rosak akibat
overheat.
Rajah 13. Gambarajah capasitor bank yang berbentuk silinder.

12

2.9 Pemutus Litar Udara/ Air Circuit Breaker (ACB)

Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa - apa
perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia
hendaklah dilengkapkan dengan geganti beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan
bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah arus (Current Transformer (C.T)).

Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A. Biarpun saiznya
630 A, tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus (C.T) yang
digunakan ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau.

Rajah 14. Gambarajah Pemutus Litar Udara (ACB).

Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih seperti yang
telah ditetapkan seperti berikut:

100% terus menerus (to carry)

120% Selama lima (5) minit. (to trip with in 5 minute)

150% terpelantik serta merta. (to trip in 1 second)

Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian Perlindungan


atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada tiga peringkat:-

a) Alatubah arus (C.T) di uji nisbah - nisbahnya.


b) Primary Injection.

c) Secondary Injection.

Kerosakan ke bumidikesan oleh relay dengan menggunakan turutan kosong/zero.


Peraturan tatah kebocoran ke bumi boleh diplih dari 10%, 20% hinggalah 100%.
Kebiasaannya tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10%. Jika semasa pemasangan
itu bebannya terdiri dari motor - motor maka tatah kebocoran ditetapkan pada 20%
atau 30%.

13

2.10 Alat Ukur (Metering) MSB/PSU

Alat ukur di papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk mengukur arus,
voltan, faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah berguna dalam kerja - kerja
penyenggaraan. Semua yang dinyatakan adalah panduan dalam kerja - kerja seharian.

2.11 Lampu Penunjuk (Indicator Lamp)

Pemasangan lamp penunjuk digunakan untuk memudahkan bagi mengetahui


terdapatnya bekalan bagi setiap fasa. Ia biasanya disambung bersama fius kawalan/
MCB dan volt meter.

Rajah 15. Gambarajah Lampu Penunjuk (Indicator Lamp) pada panel MSB.
2.12 Jangka Voltan (Volt Meter)

Penting untuk megetahui sama ada bekalan ada atau tidak. Volt meter yang biasa
boleh memberi bacaan sehingga 500 volt dan disambung terus dengan menggunakan
fius kawalan atau MCB 6 amp kepada busbar. Untuk mengurangkan kos, satu volt
meter dipasang ditambah dengan ‘volt meter selector switch’ untuk mengetahui
bacaan pada setiap fasa ke neutral dan di antara fasa ke fasa. Penyambungan secara
terus biasanya bagi voltan sehingga 620 volt. Untuk voltan yang lebih tinggi
transformer digunakan di mana bahagian secondary transformer tersebut 100 volt.

14

Rajah 16. Gambarajah 4 garisan Pemasangan 1 volt meter beserta volt selector switch
dan MCB.
Rajah 17. Gambarajah 1 garisan Pemasangan 1 volt meter beserta volt selector switch
dan MCB.

15

2.13 Jangka Amp (Amp Meter)

Sambungan ampere meter adalah secara siri dengan beban. Pemasangan tersebut
adalah untuk mengetahui arus semasa yang mengalir dalam pepasangan. Untuk
sambungan terus ke meter sehingga 60 amp digunakan. Untuk arus lebih tinggi dari
60 amp, meter tidak boleh disambung terus ke busbar kerana gelung dalam meter
adalah kecil dan hanya boleh menerima arus 5 amp maksima. Alat ubah arus (Current
Transformer @ CT) jenis pengukuran (measurement) dengan kadar yang sesuai mesti
digunakan. Contoh sekiranya busbar bersaiz 500 amp maka nisbah CT 500/5 amp
hendaklah digunakan. Arus secondary adalah standard 5 amp walaupun arus primary
berbeza - beza. Untuk menjimatkan kos hanya satu amp meter digunakan beserta
‘Amp Selector’ untuk mengetahui arus pada tiap - tiap fasa.

Rajah 18. Gambarajah meter ampere yang terdapat pada pepasangan.

16
Rajah 19. Gambarajah skematik meter ampere bersama ‘selector switch’.

2.14 Meter Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Ia terdiri daripada gelung arus dan gelung voltan. Pemasangan ini bertujuan
mengetahui nilai - nilai faktor kuasa dalam pepasangan pengguna. Jika pepasangan
pengguna mengalami faktor kuasa lebih rendah dari 0.85 mengekor (lagging) iaitu
pada beban induktif, pihak pemegang lesen (TNB) akan mengenakan denda (penalty)
dengan jumlah tertentu. Semakin rendah nilai faktor kuasa, semakin tinggi dikenakan
denda. Oleh itu, faktor kuasa tersebut hendaklah dinaikkan ke nilai melebihi 0.85
mengekor hingga ke nilai unity dengan memasang capasitor bank dengan nilai kV ar
yang tertentu beserta alat kawalannya (Power Factor Regulator).
Rajah 20. Gambarajah Meter Faktor Kuasa.

17

2.15/2.16 Meter Kuasa (Watt Meter) dan Meter Tenaga Watt / KWH Meter

Watt meter dan watt hour meter adalah gabungan dari current coil dan voltage coil.
Kedua - dua meter ini dipasang bagi tujuan mengetahui jumlah kuasa yang sedang
digunakan serta tenaga yang telah digunakan di sesuatu bahagian atau beban. Watt
meter dan watt hour meter ini boleh disambung secara siri dan beserta dengan ampere
meter. Bagi nilai arus yang melebihi 100 amp, current transformer diperlukan bagi
tujuan pepasangan meter tersebut.

Rajah 21. Gambarajah watt meter dan watt hour meter.


2.17 Meter KV ARH

Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor
juasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.

Rajah 22. Gambarajah Meter KV ARH.

18

2.18 Alat Pelantik (Tripping Devices MSB)

Bahagian Tripping Mechanism bagi semua jenis pemutus litar adalah alat mekanikal
yang boleh digunakan untuk memutuskan litar dengan menekan push button yang
dipasang di bahagian hadapan panel. Untuk tripping secara kawalan jauh atau secara
automatik dengan menggunakan geganti mestilah berfungsi secara elektrik.

Alat pelantik yang biasa digunakan adalah;

1. Gelung Shunt Trip Coil (Gelung Pirau)/(ST).

2. Under Voltage (U/V) atau No Volt Coil (N/V)


Rajah 23. Gambarajah Alat Pelantik.

Gelung Shunt/ Pirau (Shunt Trip Coil)

Shunt trip coil dibina dari satu gegelung yang dililit pada teras besi. Apabila sesentuh
relay tertutup arus dialirkan ke gegelung. Gegelung akan menghasilkan elektro elektro
magnet dan dalam masa yang sama menarik plunger. Pergerakan ini akan menolak
tripping mechanism pada pemutus litar dan akan menyebabkan pemutus litar tersebut
trip. Shunt trip coil ini biasanya dipasang di dalam pemutus litar. Shunt trip coil bagi
pemutus litar voltan rendah (400 V) biasanya berkadaran 240 volt arus ulang alik (AU)
tetapi ada juga yang 110 volt arus ulang alik (AU) atau 30 volt arus terus (AT) untuk
meng’energize’kannya. Bekalan untuk litar kawalan shunt trip coil boleh di ambil dari
sistem bekalan pemasangan itu (bekalan biasanya di ambil dari fasa merah dan
neutral). Pepasangan shunt trip coil ini biasanya beserta dengan Over Current Relay,
Earth Fault Relay atau Earth Leakage Relay.

19
Rajah 24. Gambarajah skematik pemasangan litar kawalan Earth Fault Relay dan
Over Current Relay dengan Shunt Trip Coil.

Maklumat ringkas;

- ACB/ Air Circuit Breaker boleh di ‘ON’ kan selagi ST tidak bertenaga.

- Sekiranya ST bertenaga, ia akan memutuskan bekalan.

- Semua penyentuh (auxillary contact) pada geganti perlindungan dalam sentiasa


terbuka (Normally Open) dan disambung secara Selari dengan ST coil.

2.19 Gelung Tanpa Voltan (No volt coil/ under voltage coil)

Pemasangan Under Voltage coil sama seperti shunt trip coil. Ia juga dipasang bersama
litar kawalan over current relay. Earth Fault Relay atau Earth Leakage Relay.
Perbezaan pemasangan Under Voltage Relay ini, ia sentiasa memerlukan bekalan
untuk tujuan beroperasi. Oleh itu bekalan mestilah diambil dari punca bekalan masuk
(incoming supply). Apabila under voltage coil tiada bekalan, pemutus litar tidak dapat
di ON kan.
20

Rajah 25. Gambarajah skematik pemasangan litar kawalan Earth Fault Relay dan
Over Current Relay dengan Under Voltage.

Maklumat ringkas;

- ACB/ Pemutus Litar Udara tidak boleh di ‘ON’ kan selagi U/V atau N/V tidak
bertenaga di mana handle berkeadaan free.

- Apabila ACB/ Pemutus Litar di dalam keadaan ‘ON’ sekiranya U/V atau N/V
diputuskan bekalannya dan ia tidak bertenaga, ia akan melepaskan handle ACB/
Pemutus Litar Udara dan memutuskan litar utama.

- Bekalan untuk U/V atau N/V pada sesuatu pepasangan hendaklah di ambil sebelum
“incoming”.

- Semua penyentuh (auxillary contact) pada geganti perlindungan dalam keadaan


normally close (tertutup) dan sambungan Bersiri dengan gegelung U/V atau N/V.

2.20 Geganti (Relay)

Geganti adalah satu komponen perlindungan yang tugasnya menentukan pada tahap
kerosakan bagaimana yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan litar.
Kerosakan yang kecil mungkin tidak merbahayakan dan boleh diabaikan seketika.
Oleh itu, geganti tidak perlu memberi signal kepada gelung shunt trip untuk bertindak.

21

Jenis - jenis Geganti

- Time lag fuse

- Oil dash pot

- Instantenous overcurrent

- Instantenous earth fault

- IDMT overcurrent

- IDMT earth fault

- Solid state (Electronic Relay)

- ELR (Earth Leakage Relay)

Prinsip Geganti

- Haba (Fius dan thermal overload relay)

- Magnetik (MCB, MCCB, RCCB)

- Haba dan magnetik (MCCB jenis tertentu)


Geganti yang selalu digunakan terdiri dari pelbagai jenis dan tugas. Secara amnya
geganti yang terdapat pada PSU adalah untuk perlindungan arus lebih, beban lebih
dan rosak kebumi.

Prinsip kerja geganti adalah menggunakan kesan medan magnet (electromagnet) dan
juga haba. Oil dash pot, induction disc dan induction cub adalah jenis - jenis geganti
elektromagnet, manakala thermal overload relay menggunakan kesan haba kepada
bi-metal strip.

Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.

Instantaneous (serta merta) O/C dan E/F

Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakan mencapai tahap yang ditentukan
(set value). Oleh itu ia tiada penatah masa.

Geganti Lewat Masa (IDMT) O/C dan E/F

Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakan telah mencapai tahap
tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam keadaan yang tidak memutuskan litar
dalam beberapa jangka masa yang tertentu.

22

2.21 Geganti Oil Dash Pot

Geganti arus lebih/ beban lebih oil dash pot boleh dikatakan binaan geganti “generasi
kedua” selepas time lag fuse. Menggunakan minyak silicon sebagai damper untuk
mendapatkan stability. Geganti oil dash pot banyak digunakan untuk perlindungan
O/C dan O/L pada papan suis utama voltan rendah. Harganya murah, bersaiz kecil,
boleh dipercayai, stabil tetapi tidak begitu tepat dan tatahannya agak rumit dan
mengambil masa. Sesuai untuk papan suis utama dan papan suis kecil di mana
ketepatan bukanlah perkara kritikal.
Rajah 26. Gambarajah Geganti Oil Dash Pot.

Plunger akan menolak trip contact menutup jika trip coil menerima isyarat beban
lebih dari alatubah arus. Piring tetap (fixed disc) di bahagian bawah plunger akan ikut
menarik ke atas tetapi cuba dihalang oleh minyak. Pergerakan piring tetap itu juga
akan mengujudkan keadaan hampagas dibahagian bawah dash pot.

Dalam masa yang sama minyak akan mengalir kebahagian bawah melalui lubang
yang terdapat pada disc tetap dan disc tambahan. Tindakan ini akan memberikan ciri -
ciri lewat masa dan kestabilan kepada geganti ini supaya ia tidak terpelantik jika
keadaan tidak betul - betul memerlukannya.

Tatah arus pelantikan dibuat dengan meninggi atau merendahkan kedudukan pot yang
mengandungi minyak tadi. Plat penunjuk dibahagian hadapan geganti akan
memerlukan nilai arus tatahan selaras dengan kedudukan pot tadi.

23
Rajah 27. Gambarajah binaan Oil Dash Pot.

2.22 Instantenous E/F

Jenis yang sama dengan geganti instantenous O/C tetapi ia disambungkan kepada
alatubah arus yang dipasang pada neutral busbar untuk mengesan earth fault/ earth
leakage. Tatahan hanya pada 10% atau 0.5 A dan hanya satu sahaj diperlukan untuk
pemasangan switch board. Jenis yang selalu digunakan adalah jenis attracted
armature.

Rajah 28. Gambarajah menunjukkan jenis - jenis geganti Instantenous E/F.


24

2.23 Geganti Lewat Masa IDMT (Inverse Definite Minimum Time)

Geganti jenis IDMT ini pula digunakan apabila nilai arus beban lebih boleh
dibenarkan berlaku untuk beberapa ketika. Jika keadaan tersebut berlaku untuk jangka
masa yang pendek dan bersifat sementara dan tidak memudaratkan pemasangan,
adalah tinggi, tetapi ia tidak memudaratkan pemasangan, oleh itu tidak perlulah
pemutus litar memutuskan bekalan.

Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi beberapa saat atau
beberapa minit. Ia bergantung kepada magnitud beban lebih tersebut. Lebih tinggi
beban lebih tersebut maka semakin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah
sebaliknya. Ciri masa ini juga penting untuk mengujudkan diskriminasi dalam
pemasangan.

Geganti jenis ini ada yang menggunakan prinsip haba, seperti thermal overload relay,
dan ada yang menggunakan prinsip elektromagnetik. Jenis elektromagnetik perlukan
alat tambahan iaitu induction disc untuk melewatkan trip contact menutup (closing).
Terdapat juga geganti yang boleh memberikan kedua - dua ciri tersebut.

Relay pick-up time/ creep time selalunya melebihi 105% dari arus tatahan tetapi
hendaklah tidak melebihi 130%.

Jenis - jenis geganti IDMT:

a. Long time delay standby (GDG 12)

b. Inverse time O/C & E/F (CDG 11)

c. Very Inverse GDG 13

d. Inverse Definite Minimum Time (IDMT)

Bahagian - bahagian Geganti IDMT jenis Induction Disc Relay

Time multiplier (TMS) Spindle


Die cast frame Operating electromagnet

Moving contact Mechanical operation indicator (trip


indicator flag)

Helical control spring Fixed contact

Damping magnet Safety switch / trip switch

Plug setting bridge Automatic c.t terminal short switch

Disc Reset push knob

25

Rajah 29. Gambarajah litar skematik IDMT Relay.

Induction disc akan membawa bersama - samanya moving contact. Moving contact
akan bersentuh dengan fixed contact untuk menutupp trip contact. Kedudukan jauh
atau dekat moving contact dengan fixed contact adalah bergantung kepada setting
pada TMS. TMS mempunyai kedudukan dari 0 hinggalah 1.

Jika TMS berada pada kedudukan 1, ini bermakna moving contact berada pada
kedudukan paling jauh dengan fixed contact, oleh itu masa pergerakan (traveling time)
yang diperlukan untuk trip contact menutup adalah paling lama.

Jika TMS berada pada kedudukan 0.1, ini bermakna moving contact berada pada
kedudukan paling hampir dengan fixed contact, oleh itu masa yang diperlukan untuk
trip contact menutup adalah paling pendek. Oleh itu, pengiraan perlu dibuat untuk
menentukan kedudukan setting untuk TMS.
Pergerakan induction disc adalah dikawal oleh helical control spring yang di pasang
pada hujung bahagian atas induction disc spindle.

Salah satu ciri - ciri geganti ini ialah pada 20 kali plug setting dan lebih geganti akan
beroperasi pada definite minimum time 2.2 saat pada TMS bersamaan 1. Jika TMS di
tatah pada 0.1 maka definite minimum time dikurangkan kepada 0.22 saat, iaitu satu
persepuluh dari nilai nominal.

Operating electromagnet winding pada magnet utama mempunyai tapping yang


disambung kepada Plug setting multiplier/ bridge (PSM). Tapping - tapping
ditandakan sebagai peratus atau arus operasi (operating current).

26

Plug setting untuk geganti arus lebih (O/C)

50% 75% 100% 125% 150% 175% 200%

2.5 A 3.75 A 5.0 A 6.25 A 7.5 A 8.75 A 10.0 A

Plug setting untuk geganti rosak ke bumi (E/F)

10% 15% 20% 25% 30% 35% 40%

0.5 A 0.75 A 1.0 A 1.25 A 1.5 A 1.75 A 2.0 A

Damping magnet berfungi sebagai satu brek untuk mengawal pergerakan induction
disc supaya stabil dan tidak terlalu laju sehingga mengakibatkan overshoot yang
berlebihan.
Rajah 30. Gambarajah binaan IDMT Relay.

27

2.24 Sistem Pembumian Panel MSB

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan
bumi. Ia bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya
renjatan elektrik di mana arus rosak dapat mengalir terus ke bumi dan memudahkan
pelantikan serta merta alat geganti rosak ke bumi semasa berlaku kerosakan arus ke
bumi. Sistem pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S di mana pengalir
bumi dari papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka sub papan suis.
28

Rujukan

Internet

https://www.slideshare.net>mobile (Buku papan suis utama)


29

You might also like