You are on page 1of 11

BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 1

BAB 5

APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI

5.1 PENGENALAN

Unit ini akan mendedahkan anda kepada contoh-contoh penulisan aturcara PLC dalam
aplikasi sistem kawalan automasi . Oleh yang demikian , kefahaman arahan dan format
aturcara PLC seperti rajah tangga , kod mnemonik dan carta fungsi turutan yang telah
dibincangkan dalam unit 4 diperlukan untuk membantu anda mengkaji dan menganalisa
contoh-contoh aturcara yang diberikan.

5.1.1 KAWALAN MOTOR BERPENGHANTAR ( CONVEYOR )

Rajah 5.1.1 menunjukkan PLC digunakan untuk memula dan mematikan motor yang digunakan
pada talisawat penghantar. Bahagian ini membolehkan sebarang objek seperti plet besi
digerakkan daripada satu bahagian ke bahagian yang lain. Penderia jenis suis penghad ( Sensor
- proximity switch ) yang dipasang pada setiap segmen talisawat penghantar diperlukan untuk
mengesan kehadiran plet yang digerakkan oleh penghantar. Motor penghantar akan berfungsi
selagi plet berada di dalam julat penderia yang telah ditetapkan. Motor pada talisawat akan
berhenti sekiranya plet bergerak melebihi julat yang ditetapkan atau pemasa akan diaktifkan bila
masa yang ditetapkan tamat
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 2

Rajah 5.1.1 : Kawalan Motor Berpenghantar

Kendalian Kawalan Motor Berpenghantar:-

i. Apabila suis punat tekan mula ditekan lepas, Motor 3 akan ON.
ii. Apabila objek dikesan oleh Sensor 3, Motor 2 akan ON dan Motor 3 akan OFF.
iii. Apabila objek dikesan oleh Sensor 2, Motor 1 akan ON dan Motor 2 akan OFF.
iv. Apabila Sensor 1 mengesan objek, 5 saat kemudian Motor 1 akan OFF.
v. Suis punat tekan henti digunakan untuk menghentikan operasi mesin ini.

Masukan Peranti
00006 Suis punat tekan mula (PB1)
00007 Suis punat tekan henti (PB2)
00000 Sensor 1 ( S1 )
00001 Sensor 2 ( S2 )
00002 Sensor 3 ( S3 )
Keluaran Peranti
01000 Motor 1 ( M1 )
01001 Motor 2 ( M2 )
01002 Motor 3 ( M3 )
Jadual 5.1.1 : Jadual Umpukan
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 3

JAWAPAN:-

00006 00007
20000
20000

20000 00002
01002
00002
20001
20001

20001 00001
01001
00001
20002

20002
20002 TIM 001
01000

00000
20003
20003

20003
TIM 001
# 050

END
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 4

5.1.2 KAWALAN PEMILIHAN BAHAN ( PART SORTING )

Rajah 5.1.2 menunjukkan sistem kawalan pemilihan bahan. Aplikasi ini bertujuan untuk
mengesan kehadiran sekelompok produk yang rosak dari kumpulannya yang dibawa oleh
penghantar.

01000

Rajah 5.1.2 : Sistem Kawalan Pemilihan Bahan

Kendalian kawalan pemilihan bahan:-

i. Penderia Photoelectric 1 ( PH1 – 00002 ) berfungsi sebagai data masukan pada shift
register. Apabila objek yang rosak dikesan oleh pengesan, isyarat keluaran pada sensor
akan di ONkan.
ii. Penderia Photoelectric 2 ( PH2 - 00003 ) digunakan sebagai penjana masa yang
berfungsi sebagai masa masukan pada shift register. Satu denyut akan dijanakan setiap
masa pada jarak yang ditetapkan pada awalnya. Semasa produk yang rosak dikesan
oleh PH1, ia dikesan oleh shift register sehingga produk tersebut tiba pada posisi yang
ditetapkan pada penghantar yang akan dipicukan oleh injap magnetik ( MV – 01000 ).
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 5

JAWAPAN:-

PH1 ( 00002 )
SFT(10)
PH2 ( 00003 )
H 00
25314 ( Always OFF Flag ) H 00

HR 004
01000

END
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 6

5.1.3 KAWALAN PEMBUNGKUSAN ( PACKING LINE CONTROL )

1) Apabila suis Punat Tekan Mula (PB1) ditekan lepas, motor penghantar kotak akan bergerak
2) Motor penghantar kotak akan berhenti apabila dikesan oleh penderia kotak (SE2) dan
menyebabkan motor epal pula mula berfungsi.
3) Buah epal yang berada pada konvoyer akan jatuh menuju ke dalam kotak yang berada
be di
bawah.
4) Penderia Buah akan mengira buah sebanyak 10 biji dan menyebabkan motor penghantar
buah berhenti dan motor penghantar kota berfungsi semula.
5) Proses ini akan berulang sehingga suis Punat Tekan Henti (PB2) ditekan lepas.

Rajah 5.3 : Kawalan Pembungkusaan

Masukan Peranti
00000 Suis Punat Tekan Mula ( PB1 )
00001 Suis Punat Tekan Henti ( PB2 )
00002 Penderia Buah ( SE1 )
00003 Penderia Kotak ( SE2 )
Keluaran Peranti
01003 Penghantar Epal
01007 Penghantar Kotak

Jadual 5.3: Jadual Umpukan


BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 7

JAWAPAN:-
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 8

5.1.4 KAWALAN LAMPU TRAFIK

Rajah 5.1.4 menunjukkan kawalan lampu trafik yang dipasang di sebatang jalanraya yang
sedang diperbaiki. Sepasang lampu trafik dipasang bertentangan arah di kedua-dua laluan
jalanraya untuk mengawal kesesakan lalulintas. Lampu tersebut akan berkendali secara
berselang-seli. Apabila lampu trafik L1 berwarna hijau, lampu trafik L2 akan memaparkan warna
merah dan keadaan sebaliknya akan berulang. Penukaran nyalaan setiap lampu dikawal oleh
pemasa selama 50 saat.

Rajah 5.1.4 : LAMPU TRAFIK

Masukan Keluaran
00001 – Punat Tekan Mula (PB1) 01002 – LAMPU HIJAU (L1H)
00002 – Punat Tekan Henti (PB2) 01003 – LAMPU MERAH (L1M)
01001 – LAMPU HIJAU (L2H)
01000 – LAMPU MERAH (L2M)

Jadual 5.1.4 : Jadual Umpukan


BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 9

JAWAPAN:-

00001 00002
20001

20001

20001 TIM 002 TIM 001


# 0600

TIM 002
# 1200
TIM 001
01000

01002

20001 TIM 001


01001

01003

END
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 10

5.1.5 KAWALAN PENGISIAN DAN PENGELUARAN

MVI

Rajah 5.1.5 : Pengisian dan Pengeluaran

Rajah 9.5 menunjukkan operasi pengawalan paras cecair dalam sebuah tangki. Dalam proses
ini, dua sensor (TLB1 dan TLB2) digunakan untuk mengesan paras cecair yang dimasukkan ke
dalam tangki. Injap MVI berfungsi sebagai pengawal kepada masukan cecair melalui saluran paip
dan injap MV2 pula mengawal keluaran cecair.

Kendaliannya:

1. Apabila punat tekan mula (PB1) ditekan lepas, injap MV1 akan terbuka dan cecair akan
dialirkan ke dalam tangki. Di waktu yang sama, motor pengisar mula berfungsi.
2. Apabila cecair melepasi TLB2 dan air dikesan oleh TLB1, injap MV1 akan tutup dan
motor pengisar mula berhenti.
3. 5 saat kemudian MV2 akan mula beroperasi dan menyebabkan air mula mengalir keluar
dari tangki.
4. PB2 digunakan untuk mengembalikan aturcara pada kedudukan asas dan proses
kendalian ini tidak berulang.
BAB 5: APLIKASI PLC DI DALAM INDUSTRI 11

Masukan Keluaran
00001 – Punat Tekan Mula (PB1) 01000 – Injap Bekalan Air (MV1)
00002 – Punat Tekan Henti (PB2) 01001 – Injap Keluaran Air (MV2)
00005 – Suis Paras Atas (TLB1) 01002 – Motor Pengisar (M)
00006 – Suis Paras Bawah (TLB2)

Jadual 5.1.5 : Jadual Umpukan


JAWAPAN:

00001 00002
20000

20000
01000
20000 20001

20001
01002

00006 00005 00002


20001
20001

TIM 001
20001 # 050

TIM 001 01001

END

You might also like