You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

TAJUK
Pengenalan
Fire alarm system
Panel kawalan
Sistem pemasangan tetap
Sistem pemasangan luar dan dalam
Sistem pemasangan pengudaraan
Undang-undang berkaitan sistem pemasangan tetap
kesimpulan

MUKA SURAT
2
3
4-11
12
13-17
18
19
20

1 | Page

PENGENALAN
Sistem penggera kebakaran ialah suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang
ramai mengenai berlakunya kebakaran. Tujuan utama pemasangan: Untuk mengesan kebakaran
di peringkat awal supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Biasanya alat pengesan ini di
letakkan di bahagian atas tempat yang akan dilindungi. Sebagaimana yang telah diketahui
bahawa sesuatu kebakaran akan mengahasilkan haba, asap, api dan bahangan. Oleh sebab itu alat
pengesan kebakaran ini direka khas bagi memberitahu penghuni bangunan dengan cepat untuk
menyelamatkan diri.

2 | Page

Fire Alarm System


Suatu sistem yang direka untuk mengesan jika terdapat gejala kebakaran, member peringatan
(Warning) dan bertindak secara automatik ataupun manual dengan Sistem Pencegahan
Kebakaran.

Tujuan Pemasangan
Untuk mengesan kebakaran seawal mungkin, sehingga tindakan pencegahan yang diperlukan
dapat dilakukan. Terdapat beberapa bahagian dalam Sistem Fire Alarm. Antaranya,
1. Panel Kawalan Control Panel
2. Pengesan Detector
3. Loceng Kecemasan

Kendalian pengesan kebakaran terbahagi kepada 2 iaitu;1. Manual


Dikendalikan secara insane/manusia. Contoh:
Emergency stop button
Break glass
2. Automatik
Smoke detector
Heat detector
Dan sebagainya

1. Panel kawalan

3 | Page

Alat ini adalah pusat Fire Alarm Sistem yang dapat mengawal seluruh bahagian pengesan
dan manual station juga memberikan arahan pada loceng penggera, zon indicator lamp

apabila kebakaran dapat dikesan


Panel ini dilengkapi dengan stand by bateri 24v DC apabila bekalan elektrik terpadam.

Gambarajah menunjukkan binaan asas bagi Panel kawalan Control Panel

4 | Page

Fungsi bahagian
1. Lampu pandu (LED)
Lampu pandu dijadikan petunjuk kepada status litar kawalan ataupun operasi
motor. Satu lampu pandu akan menunjukkan status litar kawalan dan motor dalam
2.
3.
4.
5.
6.

keadaan bekerja.
Suis pilihan
Suis yang terdiri daripada buzzer isolate, evacuate switch, dan sebagainya.
Main switch
Sebagai suis untuk menghidupkan panel fire alarm
Battery test
Sebagai suis untuk menunjukkan bacaan volt battery
Master reset
Sebagai suis untuk mematikan bunyi penggera yang sedang hidup
Test lamp
Suis yang menghidupkan kesemua lampu LED untuk menunjukkan sebarang

kerosakkan pada LED


7. Meter volt dan ampere
Meter yang menunjukkan bacaan arus dan voltan pada panel fire alarm
8. Zon
Panel Zon terdiri daripada LED alarm fault, dan suis pilihan yang terdapat 4
pilihan iaitu test alarm, test fault, isolate dan normal

2. Pengesan Detector
Jenis-jenis pengesan kebakaran dari segi:

5 | Page

o PENGESAN NYALA API ( Flame Detector )


Ultra violet
Infra red
o PENGESAN HABA (Heat Detector)
Fixed temperature
Rate of rise
o PENGESAN ASAP (Smoke Detector)
Ionization
Photo electric
o Manual Alarm Station
Push button
Break glass
Pull down

6 | Page

PENGESAN NYALA API ( Flame Detector )

Ultra Violet
Alat pengesan ini sensitif terhadap cahaya api yg memancarkan cahaya putih kebiru-biruan dan
biasanya alat ini dipasang untuk melindungi benda-benda yg terbakar memancarkan cahaya putih
kebiru-biruan seperti natrium, alkohol dll.

Infra Merah
Alat pengesan ini sensitif terhadap cahaya api yg memancarkan cahaya infra merah, kerana alat
ini dilengkapi dengan filter amplifier untuk cahaya infra merah.
Biasanya alat pengesan ini digunakan untuk ruangan yang agak besar/tinggi atau ruangan yang
menyimpan barang yang mudah terbakar, seperti tempat simpanan minyak, bahan kimia, kain,
cat dan lain-lain.

7 | Page

PENGESAN HABA (Heat Detector)


Fixed Temperature

Pengesan ini memiliki komponen:

Elemen peka yang di dalamnya menggunakan dwi-logam .


Mechanical contact.

Prinsip kendalian pengesan ini bila terjadi kebakaran elemen peka menerima panas
dengan suhu yg ditentukan maka sensor dwi-logam mendorong mechanical contact
menjadi aktif.

Biasanya alat ini digunakan pada ruang yang agak panas seperti ruang mesin, Generator
elektrik dan lain-lain yang mempunyai keadaan panas tertentu.

Rate Of Rise
Pengesan ini mempunyai komponen:
Bahagian pengesan yang dilengkapi (diafragma) sebagai peranti titik penyentuh.
Prinsip kendalian pengesan ini apabila ia mengesan sesuatu kepanasan ini akan
menyebabkan membran mengembang dan menolak mechanical contact.

8 | Page

PENGESAN ASAP (Smoke Detector)


Ionization Smoke Detector
Alat pengesan ini memiliki komponen:

Ruang pengesan ini dilengkapi dengan bahan radio aktif yang diberi tenaga elektrik

sehingga menghasilkan ion positif dan ion negatif dengan kadar yang tertentu.
Rangkaian Electronic Contact. Cara pengesan ini berkendali bila terjadi kebakaran yang
kemudian ada asap yang memasuki ruang pada pengesan maka zarah asap tersebut
mempengaruhi perubahan nilai ion diruang dalam pengesan. Biasanya alat ini digunakan
untuk mengesan kebakaran seawal mungkin pada suatu tempat seperti ruang bengkel,
makmal, bilik, dan lain-lain.

Photo Electric Type Smoke Detector


Alat pengesan ini memiliki komponen :

Bahagian pengesan yang dilengkapi dengan pemancar cahaya infra merah dan penerima

cahaya infra merah .


Rangkaian electronic contact. Prinsip kendalian pengesan ini apabila terjadi kebakaran
sehingga asap memasuki ruang dalam pengesan maka zarah asap tersebut memantulkan
cahaya infra merah yang dipancarkan oleh transmitter sehingga dapat dikesan oleh
receiver ( photo diode).

9 | Page

Manual Alarm Station


Break Glass
Alat ini berkendali apabila kaca/glass dipecahkan dan mengakibatkan butangnya akan
terlepas dan keadaan ini akan menyebabkan kedua-dua plat akan bersambung.

Emergency Stop Button


Alat ini berkendali apabila butang merah ditekan untuk menyambung litar dan memberi
isyarat kepada Panel Fire Alarm semasa berlakunya kebakaran.

10 | P a g e

3. Loceng Kecemasan

Alarm Bell
Alat ini berkendali apabila Panel Fire Alarm menjadi aktif (Control Panel akan memberi
bekalan 24 volt DC ).
Biasanya alat ini dipasang pada ruang umum sebagai pemberi isyarat apabila terjadi
kebakaran.

11 | P a g e

SISTEM PEMASANGAN TETAP


Sistem Pemasangan Tetap ialah sistem Perlindungan Kebakaran secara aktif. Sistem ini diadakan
bagi memberi amaran kebakaran kepada penduduk/penghuni sesebuah bangunan tersebut. Selain
itu, ia juga diadakan bagi mengawal dan menentang kebakaran secara manual mahupun
automatik. Pemasangan sistem ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Dalam bangunan
Luar bangunan
Pengudaraan

Tidak semua pemasangan sistem ini sama. Setiap jenis bangunan mempunyai pemasangan yang
berbeza. Ia bergantung kepada tahap keluasan dan ketinggian sesebuah bangunan tersebut.

12 | P a g e

Sistem pemasangan luar dan dalam bangunan yang perlu diketahui


1. Sistem Penggera Kebakaran
Sistem yang memberi amaran kebakaran melalui peralatan yang boleh dilihat,
didengar dan berkemampuan menggerakkan lain-lain tindakan dan arahan
2. Sistem Penyembur Automatik
Sistem ini ialah sistem yang merangkumi semua aspek iaitu mengesan, member
amaran dan memadam kebakaran secara automatik sekiranya berlaku sebarang

kebakaran. Sistem ini mampu berfungsi sendiri tanpa bantuan manusia.


Sistem penyembur automatik ini ialah sambungan paip-paip kepada SPRINKLER

mengikut jarak am yang telah ditetapkan.


Pemasangan ini dipasang pada siling setiap bangunan. Paip-paip ini kemudiannya
akan disambung pada tangki yang mempunyai pam bagi memberi tekanan untuk ia
berfungsi.

3. Sistem Salur Bantu Mula


Sistem salur bantu mula adalah satu pemasangan tetap yang dipasang bagi mengawal
kebakaran di peringkat awal sebelum pasukan bomba tiba menjalankan tugas. Sistem
ini boleh digunakan oleh penduduk/penghuni bangunan tersebut. Sistem ini
ditempatkan di setiap tingkat sesebuah bangunan. Biasanya, ia ditempatkan di dalam

kurungan tangga, lobi, pintu keluar atau lain-lain lokasi yang sesuai.
Terdapat tiga reka bentuk pemasangan sistem ini iaitu menggunakan pam sendiri,
tekanan gravity dan gandingan dengan sistem lalu.

4. Sistem Pili Bomba

13 | P a g e

Sistem pili bomba adalah satu alat yang dipasang bagi mengawal kebakaran di
peringkat awal sebelum pihak bomba tiba bagi menjalankan tugas. Sistem ini

dipasang pada saluran paip atau tangki yang sedia ada bagi mendapatkan air.
Tangki yang dimaksudkan itu perlulah mempunyai kandungan tidak kurang daripada
45,000 liter air dan sentiasa dalam keadaan penuh. Tangki ini mendapat bekalan air

dari LAM.
LAM mempunyai pam dan mampu memberi tekanan di antara 75-85 psi.

5. Alat Pemadam Api


Alat pemadam api amat mudah untuk dikendalikan. Jenis api yang berbeza perlu

menggunakan jenis pemadam api yang berbeza.


Api Kelas A Api Pepejal
Api Kelas B Api Cecair
Api Kelas C Api Gas & Wap
Api Kelas D Api Logam
Kini, terdapat juga jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk api jenis ABC.

6. Sistem Pecah Kaca


Sistem pecah kaca ialah sistem yang digunakan secara manual apabila berlakunya

sebarang kecemasan.
Sistem ini dipasang pada tembok bangunan, lorong-lorong jalan keluar, pintu-pintu

masuk utama atau tempat-tempat yang mudah untuk dilihat.


Sistem ini dihubungkan terus ke peti penggera. Sekiranya berlaku kecemasan, kaca
pada sistem ini perlu dipecahkan dan secara tidak langsung alat penggera
keselamatan akan berbunyi.

7. Sistem Pengesan Asap


Alat ini akan dipasang pada siling setiap bangunan untuk mengesan kehadiran asap.
Fungsi :
1) Memberi amaran awal sekiranya berlaku sesuatu kebakaran dimana
membolehkan anda bertindak dengan cepat untuk
2) Memberikan amaran segera kepada penghuni lain supaya nyawa dan harta benda
dapat diselamatkan.
3) Membolehkan anda mengambil tindakan yang perlu untuk memadamkan
kebakaran.
14 | P a g e

4) Memberi anda lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya api dalam
keadaan tidak terkawal.
8. Sistem Pengesan Haba
Alat pengesan haba ini mampu mengesan kadar haba seperti yang telah ditetapkan.
Ia juga mampu mengesan kadar kenaikkan haba kepanasan pada jarak waktu yang
ditentukan
9. Sistem Halon / Carbon Dioksida (CO2)
Sistem halon ialah sejenis alat pemadam api dimana ia hanya dipasang di ruang-ruang
tertentu iaitu ruang yang air tidak boleh digunakan sebagai media pemadaman. Ia

mengeluarkan gas CO2 dengan automatik apabila berlaku kebakaran.


Sistem ini mampu mengesan, memberi amaran dan memadam kebakaran.
Contoh tempat yang menggunakan sistem ini ialah bilik jentera, bilik computer dan
bilik pendawaian.

10. Sistem Pancur Basah


Sistem pancur basah merupakan pili bomba dalam bangunan untuk kegunaan
anggota bomba semasa kejadian kebakaran. Ianya diwajibkan bagi ketinggian
bangunan melebihi 30.5m (10 tingkat) dari paras akses perkakasan bomba (rujuk

UBBL para 229(1).


Komponen sistem pancur basah :
1) Tangki pancur basah
2) Set pam : pam jockey, pam duty, pam stand-by
3) Paip utama (riser): jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 150mm.
4) Paip kembali (return pipe) : jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz
100mm disambungkan terus ke tangki.
5) Injap pelantar (landing valve) dipasang pada setiap aras bangunan.
6) Hos kanvas @30m panjang dilengkapi 65mm dia. coupling dan nozel.
7) Four way breeching inlet

11. Sistem Pancur Kering


Adalah satu paip menegak yang sentiasa berkeadaan kering (tanpa air di
dalamnya) yang di pasangkan pada bangunan untuk tujuan menentang kebakaran,
Ia nya di lengkapkan dengan injap pelantar (Landing Valve) dan juga Alir Masuk
(Breeching Inlet) bagi membolehkan jentera Bomba membekalkan air ke dalam
sesalur paip sistem ini.
12. Sistem Pengudaraan
15 | P a g e

.Sistem yang membantu pemadaman kebakaran


objektif-objektif pengudaraan :
1) Membantu menyelamatkan nyawa.
Pengudaraan yang betul menghalang kewujudan asap dan haba yang lebih teruk.
Ianya juga dapat memudahkan laluan keluar mangsa yang terperangkap serta

menjadikan keadaan lebih selamat bagi anggota bomba untuk bekerja.


2) Mempercepatkan proses pemadaman kebakaran
Dengan bergerak keluarnya asap dan api daripada dalam bangunan, anggota
bomba akan dapat mengawal api dan meneruskan tugas-tugas
pemadaman.Pengudaraan juga membantu dalam mengenalpasti arah perjalanan
kemerebakan api. Oleh itu, langkah-langkah yang betul dapat diambil untuk

mengawalnya.
3) Mengurangkan peluang pada api untuk mushrooming
Membuat pengudaraan yang betul pada bangunan yang terbakar boleh
mengurangkan kemungkinan haba dan gas-gas api daripada merebak ke bahagian
bumbung struktur bangunan itu. Dengan cara ini, api dapat dibendung pada satu
titik yang lebih selamat di mana perolakan haba dapat di tahan atau dikepung
daripada terus berolak.

13. Sistem Pendawaian


Sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat,
perlindungan mekanikal, dan aksesori-aksesori elektrik.
Sistem jenis pendawaian :
1) Sistem pendawaian tersembunyi
2) Sistem pendawaian penyokong katenari
3) Sistem pendawaian konduit.
14. Sistem Jalan Keluar
Sistem ini dipasang pada laluan-laluan pintu keluar. Biasanya di tangga dan lobi.

15. Sistem Tangki Air


Tangki air adalah satu sistem yang sangat perlu di setiap pembinaan yang dilakukan.
Setiap tangki air perlulah mempunyai kandungan air tidak kurang dari 45,000 liter

dan perlulah sentiasa penuh. Tangki air ini mendapatkan air terus dari LAM.
Tangki air ini dilengkapi dengan 1 set pam yang terdiri daripada PAM JOCKEY, PAM

UTAMA dan PAM KEDUA.


16. Sistem Pam-Pam
Terdapat 3 jenis pam iaitu pam jockey,pam utama dan pam kedua.

16 | P a g e

Pergerakkan pam-pam ini boleh dilakukan secara manual mahupun automatik. Jika
secara manual, ia akan digerakkan secara terus manakala jika ia secara automatik, ia

digerakkan melalui kejatuhan tekanan.


Pergerakan pam ini dihubungkan kepada sistem penggera kebakaran.

17. Sistem Lampu Kecemasan


Sistem ini juga dipasang pada siling setiap bangunan. Selain itu, ia juga dipasang di
jalan-jalan keluar bangunan. Sistem ini bertujuan menerangi bangunan kerana jika
berlaku kebakaran, biasanya bekalan elektrik akan terputus secara tidak langsung.

Oleh itu, penduduk.penghuni bangunan boleh mencari jalan keluar.


Sistem ini mempunyai bateri yang mampu bertahan selama 2 hingga 3 jam.

SISTEM PEMASANGAN PENGUDARAAN BANGUNAN


1. Penting kepada penghuni bangunan dan bomba:
Untuk menjamin keselamatan penghuni keluar dari bangunan semasa selamatkan

diri
Memudahkan anggota bomba lakukan kerja menyelamat dan memadam

kebakaran.
2. Jenis-jenis sistem pengudaraan pada bangunan adalah pengudaraan biasa seperti tingkap
dan struktur terbuka.
3. Tujuan pengudaraan diadakan:
Beri pengudaraan kepada jalan-jalan keluar keselamatan ; lobi melawan

kebakaran, tangga keselamatan dan koridor terkawal.


Elak kemasukan asap ke dalam kawasan terlindung
Kurangkan kemerebakan kebakaran disebabkan oleh asap.

17 | P a g e

Undang-undang berkaitan sistem pemasangan tetap


Sistem pemasangan tetap adalah sangat penting sebagai satu tindakan langkah awal yang
mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal
bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada
peringkat yang tidak boleh dikawal lagi (uncontrollable stage ). Untuk itu setiap pelan
bangunan yang akan di bina perlu menyediakan sistem pemasangan tetap

untuk

mendapatkan kelulusan pembinaan.


Menurut AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974, UNDANG-UNDANG
KECIL BANGUNAN, (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1985,
SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL, BAHAGIAN VIII, PENGGERA
KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES MENENTANG
KEBAKARAN menyatakan :
235.

Pemasangan tetap hendaklah sama ada sistem banjir seluruh atau sistem

pelindung unit bergantung kepada jenis proses berbahaya dan pendudukan sebagaimana
dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Bomba.
236.

Tempat-tempat yang mempunyai bahaya atau risiko khas disebabkan oleh jenis

storan, tred, pendudukan atau saiznya adalah dikehendaki supaya dilindungi oleh
pemasangan tetap, sistem alat pelindung, dan pemadam api khas sebagaimana
dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Bomba.
237. (1) Penggera kebakaran hendaklah disediakan mengikut Jadual Kesepuluh UndangUndang Kecil ini.
(2) Semua premis dan bangunan yang mempunyai keluasan lantai kasar, tidak termasuk
tempat letak kereta dan kawasan storan, yang melebihi 9290 meter persegi atau melebihi
30.5 meter tinggi hendaklah dilengkapkan dengan sistem penggera kebakaran dua
18 | P a g e

peringkat di mana isyarat pengungsian (isyarat berterusan) diberi dengan serta merta di
bahagian premis itu yang terjejas sementara suatu isyarat bahaya (isyarat sela-menyela)
diberi di bahagian yang bersamping

19 | P a g e

KESIMPULAN
Tanggungjawab pengurus bangunan adalah memastikan bangunan yang diselia dan penghuni
bangunan sentiasa berkeadaan selamat dari sebarang risiko terutama risiko berlaku kebakaran.
Namun begitu kerjasama antara pengurus bangunan dan penghuni bangunan adalah amat penting
di dalam memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Di dalam menanggani sesuatu insiden
terutama semasa berlaku kebakaran, selain mematuhi prosuder menyelamat semasa kebakaran
sepertimana yang telah ditetapkan, setiap individu perlulah mempunyai ketenangan terutama
emosi bagi mengelakkan berlaku suasana yang tegang. Sikap tenang dan saling membantu akan
mudahkan pihak pengurusan bangunan dan pihak Bomba menjalankan tugas menanggani insiden
yang berlaku.

20 | P a g e

You might also like