You are on page 1of 31

SIJIL

PEMASANGAN
ELEKTRIK
SPE 1034
PENDAWAIAN ELEKTRIK
FASA TUNGGAL
HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti kehendak keselamatan am dalam


sistem pendawaian fasa tunggal.
2. Mengenalpasti jenis-jenis aksesori dalam sistem
pendawaian fasa tunggal.
3. Mengenalpasti sistem bekalan dan litar kawalan
pengguna.
4. Melakukan pendawaian elektrik.
5. Melaksanakan kerja-kerja berkaitan pengujian ke
atas litar.
KANDUNGAN KURSUS

LnP HASIL PENTAKSIRAN


PEMBELAJARAN BERTERUSAN
1. KONSEP KESELAMATAN 1 KUIZ
2. AKSESORI 2 KUIZ DAN AMALI
3. SISTEM BEKALAN DAN LITAR 2 UJIAN
KAWALAN PENGGUNA
4. KABEL DAN SISTEM 2 UJIAN DAN AMALI
PENDAWAIAN ELEKTRIK
5. SISTEM PEMBUMIAN DAN 3 TUGASAN DAN AMALI
PERLINDUNGAN
6. PEMERIKSAAN DAN 4 TUGASAN DAN AMALI
PENGUJIAN
LnP03.01

KONSEP KESELAMATAN
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengenalpasti peraturan-peraturan am keselamatan.
• Mengenalpasti peraturan keselamatan dalam kerja-kerja
pendawaian elektrik.
• Mengenalpasti amalan keselamatan
– Punca kemalangan dan kesan kemalangan.
– Keselamatan bengkel/makmal.
– Renjatan elektrik.
– Pertolongan cemas.
– Kebakaran.
– Amalan budaya kerja.
PENILAIAN

• KUIZ
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

KESELAMATAN

KEMALANGAN KESIHATAN
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

KESELAMATAN

Keselamatan adalah satu perkara yang amat


penting bagi mengelakkan sesuatu kemalangan
daripada berlaku ketika kerja-kerja di dalam
bengkel mahu pun di tapak kerja.
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

KEMALANGAN

Kemalangan yang berlaku boleh melibatkan


kecacatan anggota, kehilangan nyawa,
kerosakan peralatan, mesin, kemusnahan harta
benda dan mengurangkan produktiviti.
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

KESIHATAN

Sesuatu keadaan yang terhindar dari penyakit


pada tubuh badan.
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

• Akta yang telah


dibangunkan bagi
melindungi
keselamatan
orang-orang yang
sedang bekerja.
1.1 MENGENALPASTI PERATURAN-
PERATURAN AM KESELAMATAN

Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


1.Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di
tempat kerja.
2.Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada pekerja di
tempat tersebut.
3.Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan
keperluan fisiologi dan psikologi mereka.
4.Menyediakan kaedah di mana peraturan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dapat diganti secara progresif dengan sistem
peraturan dan kod amalan industri yang beroperasi bersama dan
dengan peruntukan akta ini bertujuan untuk mengekal atau
meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.
1.2 MENGENALPASTI PERATURAN
KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA
PENDAWAIAN ELEKTRIK

• Akta yang telah


dibangunkan bagi
keselamatan
kerja-kerja
pendawaian
elektrik.
1.2 MENGENALPASTI PERATURAN
KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA
PENDAWAIAN ELEKTRIK

• Akta Bekalan Elektrik

Merupakan suatu peruntukan dan ketetapan undang-


undang  di negara Malaysia yang telah dipersetujui
dan disahkan oleh Parlimen Malaysia bagi tujuan
mengawalselia Industri Pembekalan Elektrik,
Pelesenan Pepasangan Elektrik, Pengawalan
Pepasangan Loji Dan Kelengkapan Elektrik,
Keselamatan Pengguna & Kecekapan Penggunaan
Elektrik.
1.2 MENGENALPASTI PERATURAN
KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA
PENDAWAIAN ELEKTRIK
• Akta Bekalan Elektrik

Akta Bekalan Elektrik secara dasarnya terbahagi kepada enam


seksyen yang berasingan iaitu :-
1. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
2. Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 (Akta 448)
3. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
4. Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan
Kesalahan) 2001
5. Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan
Cekap 2008
6. Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Punca Kemalangan Dan Kesan Kemalangan

Telah dikenalpasti terdapat 6 punca utama kemalangan di dalam bidang


elektrik iaitu:-
1. Pemasangan/ senggaraan tidak sempurna;
2. Prosedur kerja yang tidak dipatuhi;
3. Pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat yang tidak baik
seperti mencuri/ vandalisme;
4. Aktiviti-aktiviti orang awam berhampiran talian voltan tinggi;
5. Penyalahgunaan sistem pendawaian elektrik;
6. Kecacatan pada peralatan elektrik.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Punca Kemalangan Dan Kesan Kemalangan
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Punca Kemalangan Dan Kesan Kemalangan
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Keselamatan Bengkel / Makmal

Bengkel dan persekitaran memainkan peranan utama kerana disinilah


seharian kita melakukan rutin pekerjaan. Beberapa peraturan perlu
dipatuhi dan diamalkan seperti:-
1. Memastikan peralatan elektrik yang hendak digunakan dibumikan dengan
sempurna.
2. Pastikan peranti keselamatan berada dalam keadaan baik sebelum
digunakan seperti pemutus litar dan fius.
3. Awasi peralatan yang berisiko tinggi dalam kerja
pendawaian/penyambungan elektrik seperti tangga dan litar.
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Keselamatan Bengkel / Makmal

4. Jangan menggunakan peralatan/perkakasan elektrik di atas lantai yang


lembab atau berair.
5. Elakkan daripada mengguna peralatanatau mesin yang hujung kabelnya
rosak.
6. Jangan membuat sambungan atau pengubahsuaian sembarangan,
sebaiknya dilakukan oleh mereka yang mahir.
7. Pastikan pemeriksaan/penyenggaraan dilakukan ke atas peralatan dan
peranti keselamatan secara berkala/berjadual.
8. Labelkan/tandakan tarikh pada peralatan atau peranti keselamatan yang
sudah diperiksa/diselenggara.
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Renjatan Elektrik

Renjatan boleh berlaku jika anda tersentuh punca bekalan


elektrik yang bervoltan tinggi. Keadaan ini berpunca sama ada
daripada penebatan yang kurang baik, pembumian yang
kurang sempurna atau penggunaan pemutus litar arus baki
yang rosak. Renjatan boleh merangsang dan mengaktifkan
denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan
mungkin menghilangkan ingatan sementara atau mungkin
juga pengsan dan terus mati.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN
• Renjatan Elektrik

 Melebihi 3 ma
kejutan yang menyakitkan
 Melebihi 10 ma
kekejangan otot
 Melebihi 30 ma
kelumpuhan paru-paru (sementara)
 Melebihi 50 ma
mempengaruhi degupan jantung (kemungkinan maut)
 100 ma - 4 amps
maut
 Melebihi 4 amps
jantung terhenti, kulit terbakar. Kebiasaannya disebabkan voltan
melebihi 600V
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Pertolongan Cemas

Pertolongan Cemas merupakan suatu rawatan pertama


atau bantuan permulaan yang diberikan kepada
pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha
rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum pesakit
mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Pertolongan Cemas

Matlamat/tujuan utama anda sebagai ahli pertolongan


cemas adalah:
1. Untuk menyelamatkan nyawa
2. Mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk
3. Mengurangkan kesakitan
4. Sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh
ambulan atau doktor
1.2 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Kebakaran

Kebakaran merupakan tragedi yang berpunca daripada


pelbagai sebab antaranya termasuklah akibat
pengaliran arus elektrik yang berlebihan. Kebakaran
yang berpunca daripada kerosakan elektrik turut
digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung kepada
di mana pendawaian atau pemasangan elektrik
dibuat atau jenis bahan yang digunakan.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Kebakaran

Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik


boleh disebabkan oleh:-
1. Kerosakan penebatan kabel yang boleh menyebabkan
litar pintas.
2. Kerosakan sistem pembumian.
3. Kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti
penggunaan kadar fius yang melebihi had, beban
yang berlebihan dan sebagainya.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Kebakaran

4. Percikan bunga api.


5. Kerosakan penangkap kilat.

Akibat daripada kebakaran boleh menyebabkan


kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa dan juga
kecatatan anggota badan.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Amalan Budaya Kerja


1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Amalan Budaya Kerja

Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan


seperti:-
1. Menghapuskan gangguan
2. Menggunakan alat-alat yang selamat
3. Papan kenyataan – amaran
4. Melatih pekerja
5. Peralatan Perlindungan -Pakaian, kasut, topi
keselamatan dan sebagainya.
1.3 MENGENALPASTI AMALAN
KESELAMATAN

• Amalan Budaya Kerja

Latihan keselamatan adalah perlu bagi :-


1. Memberi kesedaran agar dapat mengurangkan risiko
kemalangan atau kecederaan.
2. Memupuk nilai-nilai murni dan positif agar peraturan-
peraturan keselamatan dapat diikuti dan dipatuhi.
3. Majikan perlu mematuhi piawaian dan perundangan
kesihatan dan keselamatan.
4. Membuat penyelidikan dan mengumpul data tentang
keselamatan dan kesihatan pekerja.
RUMUSAN

You might also like