You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON,

PORT DICKSON, N .SEMBILAN.

KERTAS PENERANGAN
(NOTA P&P)
MODUL

EEN 101

TAJUK MODUL

Keselamatan Industri (Industrial Safety)

KOMPETENSI

C1 - Peraturan Keselamatan Umum

SUB KOMPETENSI
STANDARD
PEMBELAJARAN

Mempraktikkan Peraturan Keselamatan Umum


(Apply General Safety Regulation)

1.1 Mengenal pasti Peraturan Keselamatan.


1.2 Mengklasifikasikan Peraturan Keselamatan..
1.3 Menunjukkan Cara-cara Peraturan Keselamatan
1.1.1 Menyenaraikan peraturan keselamatan peribadi
berpandukan OSHA.
1.1.2 Menyenaraikan peraturan keselamatan bengkel dan
persekitaran berpandukan OSHA.
1.1.3 Menyenaraikan peraturan keselamatan penggunaan alatan
dan kelengkapan berpandukan OSHA
1.1.4 Menjelaskan peraturan keselamatan peribadi berpandukan
OSHA.

PENCAPAIAN KRITERIA
(PERFOMANCE
CRITERIA)

1.1.5 Menjelaskan peraturan keselamatan bengkel dan


persekitaran berpandukan OSHA.
1.1.6 Menjelaskan peraturan keselamatan penggunaan alatan
dan kelengkapan berpandukan OSHA.
1.1.7 Mengamalkan peraturan keselamatan peribadi
berpandukan OSHA.
1.1.8 Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan
persekitaran berpandukan OSHA.
1.1.9 Mengamalkan peraturan keselamatan penggunaan alatan
dan kelengkapan berpandukan OSHA.

Modul : Keselamatan Industri


(Industrial Safety)

C1 - Peraturan Keselamatan Umum

PENGENALAN
- Keselamatan penting untuk mengelakkan kemalangan nyawa dan harta benda
- Tiga kategori :
1. Keselamatan diri
- perlu diutamakan dalam melaksanakan sesuatu tugas atau kerja
- kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh KECUAIAN.
- Peraturan yang lazim dipatuhi iaitu :
(a) Cara berpakaian
(b) Sikap
(c) Keadaan fizikal
2. Keselamatan alat dan perkakas elektrik
- sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang
ditetapkan
- mempunyai ciri-ciri keselamatan :
(a) Penebatan
- ialah kaedah melindungi, menyalut dan mengasingkan pengalir dengan
menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus
- Bahan penebat mempunyai rintangan yang tinggi
- Antara bahan penebat : getah, polivinil klorida dan bakelit
(b) Pembumian
- ialah kaedah penyambungan bahagian logam kepada jisim bumi dalam
pemasangan elektrik
- Tujuan untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan bila berlaku
aliran arus pada bahagian logam atau sistem pendawaian
- Pembumian yang baik apabila litar pengguna dapat diputuskan oleh
pemutus litar arus baki (PLAB) ketika berlaku kebocoran arus ke bumi
(c) Peranti pelindung
- Peranti yang bertindak memutuskan litar bila berlaku lebihan arus dalam
litar
- 2 jenis peranti pelindung yang digunakan ialah fius dan pemutus litar
- Nilai kadaran arus bergantung kepada kuantiti arus yang digunakan oleh
satu-satu alat dan perkakas elektrik
- Mempunyia tanda kelulusan SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan
tambahan

3. Keselamatan bengkel dan persekitaran


- Bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja-kerja amali dalam bidang
kejuruteraan
- Beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar :
i) susun atur semua peralatan dan perabot sentiasa kemas dan selamat
ii) bengkel mempunyai sistem pengudaraan yang baik
iii) pencahayaan yang mencukupi
iv) ruang kerja dan persekitaran yang bersih
v) tidak bising supaya semua arahan guru atau penyelia dapat didengar
dengan jelas
vi) kedudukan alat pemadam kebakaran mudah dicapai semasa kebakaran
vii) memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan
viii) lengkapkan diri dengan latihan kebakaran, setiap pelajar perlu menjalani
latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun
ix) Kenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas lengkap dan laporkan
kepada guru sekiranya ianya tidak lengkap atau rosak
N

KESAN KEMALANGAN ELEKTRIK


- kemalangan boleh berlaku dan meninggalkan kesan yang buruk jika aspek keselamatan
tidak diambil perhatian berat atau diabaikan
1. Renjatan Elektrik
- Berlaku disebabkan pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh
mangsa secara tidak sengaja
- Berpunca dari penebatan yang kurang baik, pembumian yang kurang sempurna atau
penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak
- Kesan renjatan elektrik terbahagi kepada 3 peringkat : (a) Kadaran arus : 1 mA
Kesan renjatan : Renjatan ringan
(b) Kadaran arus : 10 mA
Kesan renjatan : Renjatan kuat hingga menyebabkan lecur dan hilang kawalan otot
(c) Kadaran arus : 100 mA dan lebih
Kesan renjatan : Renjatan yang mungkin menyebabkan kematian

2. Lecur
- Boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa
- Lecur terbahagi kepada 3 tahap : (a) Tahap 1 - menampakkan tanda kemerah-kemerahan pada kulit
(b) Tahap 2 - menyebabkan kulit menggelembung dan mengandungi cecair
(c) Tahap 3 - lecur hingga ke bahagian tubuh yang menyebabkan kegagalan otot dan
Tahap yang paling teruk serta memerlukan rawatan pakar untuk
memulihkan mangsa
3. Kebakaran
- Tragedi yang boleh terjadi berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah akibat
pengaliran arus elektrik yang berlebihan
- Di Malaysia kebakaran terbahagi kepada empat iaitu :
(i)
(ii)
(ii)
(iii)

Kebakaran Kelas A - bahan pepejal berunsur organik seperti kayu, kertas,


kain dan sebagainya
Kebakaran Kelas B - terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak, petrol,
diesel, turpetin dan yang seumpamanya
Kebakaran Kelas C - berpunca daripada gas seperti metana, butana dan
sebagainya
Kebakaran Kelas D - terdiri daripada kebakaran logam

- Kebakaran berpunca daripada kerosakan eletrik tergolong dalam pelbagai kelas


bergantung pada dimana pendawaian dan pemasangan elektrik dibuat atau jenis bahan
yang digunakan
- Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik disebabkan oleh :
(i)
Kerosakan penebatan kabel boleh menyebabkan litar pintas
(ii)
Kerosakan sistem pembumian
(iii)
Kegagalan peranti pelindung berfungsi
(iv)
Percikan bunga api
(v)
Kerosakan penangkap kilat

Kawasan kerja yang


sempit dan tidak
selesa.

Kekurangan atau
ketidaksesuaian
alat pemadam
api

Kawasan kerja yang


tidak sesuai seperti
lantai yang
berminyak,
kecerahan bilik,
susun atur perabot
dan sebagainya.

Pelajar tidak
mematuhi
peraturan keselamatan yang
telah ditetapkan.

Punca-punca
Kemalangan

Pelajar cuai atau tidak memberi


tumpuan semasa membuat
kerja

Tidak mematuhi
etika berpakaian
di bengkel.

Pelajar tidak
mengendalika
n sesuatu
alatan atau
mesin dengan
betul.

Pelajar
menggunakan alatan
yang rosak, tidak
sesuai atau telah
diubahsuai tanpa
kebenaran guru.

KESELAMATAN
- mengelakkan kemalangan
nyawa dan harta benda

Keselamatan
diri
Peraturan yang lazim dipatuhi :
(a) Cara berpakaian
(b) Sikap
(c) Keadaan fizikal

Keselamatan alat
dan perkakas
elektrik
(a) Penebatan
(b) Pembumian
(c) Peranti pelindung

Tahap 1
Arus
1 mA
10mA

100mA
ke atas

Kesan
Renjatan ringan
Renjatan kuat hingga
menyebabkan lecur dan
hilang kawalan otot
Renjatan yang mungkin
menyebabkan kematian

Tahap 2
Tahap 3

Keselamatan bengkel
dan persekitaran

Peraturan perlu dipatuhi dan


diamalkan melibatkan tempat
kerja, peralatan dan persekitaran

Menampakkan tanda kemerah-kemerahan


pada kulit
Menyebabkan kulit menggelembung dan
mengandungi cecair
Lecur hingga ke bahagian tubuh yang
menyebabkan kegagalan otot
Tahap yang paling teruk serta memerlukan
rawatan pakar untuk memulihkan mangsa

Renjatan Elektrik

Lecur
KESAN
KEMALANGAN
ELEKTRIK

Kebakaran

Kebakaran
Kelas A
Kelas B
Kelas C
Kelas D

Jenis kebakaran
Bahan pepejal berunsur organik seperti kayu,
kertas, kain dan sebagainya
Terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak, petrol,
diesel, turpetin dan yang seumpamanya
Berpunca daripada gas seperti metana, butana dan
sebagainya
Terdiri daripada kebakaran logam

Letupan

Berpunca daripada
litar pintas antara
kabel hidup dan
neutral
Letupan kuat boleh
menyebabkan
kebakaran besar,
kehilangan nyawa dan
kemusnahan harta
benda

You might also like