You are on page 1of 8

UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Tujuan :

i. Memastikan rintangan tidak melebihi


galangan gelung kerosakan bumi pada
sesuatu jenis peranti pelindung.

ii. Mengetahui kedudukan elektrod yang


ditanam itu bersesuaian dan tidak berada
dalam kawasan rintangan bertindih dengan
elektrod lain.

Alat penguji yang digunakan :-

Jangka Penguji Bumi (Earth Tester).


Tatacara menjalankan ujian dengan jangka
Penguji Bumi (Earth Tester)

1. Periksa bateri iaitu dengan memilih


kedudukan suis pada B dan tekan butang
uji.

2. Sambungkan terminal ‘E’ ke elektrod yang


hendak di uji dengan menggunakan pengalir
yang disediakan (pengalir hijau)

3. Sambungkan terminal ‘P’ ke pancang Voltan


(spike potential) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir kuning)
pada jarak 15 meter.

4. Sambungkan terminal ‘C’ ke pancang Arus


(spike current) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir merah)
pada jarak 20 meter.
5. Pilih suis pada kedudukan ‘V’ dan tekan
butang penguji. Jarum menunjukkan
bacaan voltan pada elektrod yang diuji.

- Sekiranya bacaan melebihi daripada


10volt, semua sambungan pada
elektrod hendaklah diputuskan.

- Voltan yang melebihi 10 volt pada


elektrod boleh menyebabkan gangguan
semasa ujian dan akan merosakkan
jangka penguji.
6. Pilih suis pada kedudukan ‘Ω’. Tekan
butang penguji beserta pusingkan pelaras
ohm sehingga jarum menunjukkan ‘0’ (sifar)

7. Rekodkan bacaan pada pelaras ohm (Z1)

Contohnya : Z1 = 10 Ω
8. Ubahkan pancang voltan 6 meter daripada
kedudukan yang asal.

- ulang langkah 6 dan rekodkan bacaan.

Contohnya : Z2 = 12 Ω

9. Ubahkan pancang voltan 6 meter daripada


kedudukan yang asal pada kedudukan yang
berlainan.

- ulang langkah 6 dan rekodkan bacaan.

Contohnya : Z3 = 11 Ω
Keputusan :

Daripada ketiga-tiga nilai rintangan,


dapatkan purata bagi menentukan nilai
rintangan elektrod bumi yang diuji.

Z1 + Z2 + Z 3
Z = -----------------
3

10 + 12 + 11
= -----------------
3

= 11 Ω

- Jika jarak elektrod yang dipasang itu tidak


bertindih, bacaan rintangan yang diperolehi
sepatutnya adalah sama.
- Nilai sebenar rintangan bumi adalah
merujuk kepada jenis peranti pelindung
yang digunakan dan kadarannya.

Contoh : Fius Dawai (BS 3036) – 60 A

Voltan
Impedan = ---------------------------
3 x Arus Nominal (In)

240
Z = -------- = 1.3 Ω
3 x 60

Fius HRC (BS 88)

240
Z = -------- = 1.7 Ω
2.4 x 60

Pemutus Litar (BS 3871)

240
Z = -------- = 2.7 Ω
1.5 x 60
Rumusan :

Sekiranya didapati bacaan diperolehi melebihi


daripada nilai yang ditetapkan berdasarkan
pengiraan tersebut haruslah diambil tindakan
bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod
bumi dengan cara :

i. Tambahkan panjang elektrod

ii. Tanamkan elektrod secara selari

You might also like