You are on page 1of 37

KEMENTERIAN BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENDIDIKAN
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
MALAYSIA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS
SEM / TAHUN 4 KURSUS 2 DEA SESI 2 / 2020
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD / KURSUS DEA 4232 – POWER ELECTRONIC CIRCUIT AND DEVICES

1. Identify Power Eletronic Devices


2. Define Ac To Dc Converter (Rectifier)
KOMPETENSI UNIT
3. Define Dc To Dc Converter (Chopper)
4. Define Dc To Ac Converter (Inverters)

Upon completion of the course, students will be able to :


HASIL 1. Discuss power electronic semiconductor device and symbol (C2,PLO1)
PEMBELAJARAN 2. Construct operation, principle of power electronic converter. (P3,PLO2)
3. Explain waveform of the power electronics converters. (A3,PLO5)

TARIKH HARI MASA

NAMA

ANGKA GILIRAN NO. K/P

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

……….………………………………………….. ……….………………..…………………..

TARIKH: TARIKH:
(NAMA PENSYARAH) (KETUA JABATAN/ KETUA PROGRAM)
NAMA KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC CIRCUIT & DEVICE

STANDARD KANDUNGAN EXPLAIN CHARACTERISTIC OF SILICON CONTROLLED


RECTIFIERS (SCR).

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih tentang konsep dan cara
operasi SCR. Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi SCR dalam kawalan elektrik
elektronik.

Peranti Elektronik Kuasa

Pengenalan

Peranti elektronik kuasa adalah peranti elektronik yang bertindak sebagai suis dan
boleh dikendalikan pada kadaran kuasa yang tinggi. Antara peranti-peranti yang akan
dibincangkan ialah:

1. Penerus terkawal silicon (Silicon controlled rectifier){SCR}

2. GTO (Gate turn off)

3. Triak

4. Tansistor kuasa

5. Mosfet (Metal Oxide Semiconductor Field Effect Transistor)

Para pelajar tentu pernah melihat suis yang digunakan untuk menghidupkan (ON)

atau mematikan (OFF) peralatan elektrik. Namun begitu suis tersebut tidak dapat

digunakan secara keseluruhannya didalam litar elektronik terutama yang melibatkan litar-

litar elektronik yang komplek. Untuk itu terdapat beberapa peranti yang direkabentuk

khas untuk melaksanakan operasi tersebut

2
1.0 Penerus Terkawal Silikon (SCR)

SCR atau Penerus Terkawal Silikon merupakan satu peranti yang di bina daripada 4

lapisan bahan separuh pengalir dari jenis P dan juga N. Selain itu ianya mempunyai 3

terminal iaitu Anod , Katod dan juga Get yang berfungsi sebagai elemen kawalan .

Rajah 1.1 menunjukkan struktur binaan dan rupabentuk fizikal tiristor (SCR) yang lazim
digunakan. Manakala rajah 1.2 merupakan rajah simbol (SCR)

Rajah 1.2: Simbol SCR Rajah 1.1 : Struktur binaan SCR

1.1 Struktur dan Simbol Tiristor (SCR)

SCR adalah peranti separa pengalir empat lapis seperti yang ditunjukkan pada rajah
1.1 dan rajah 1.2. Terdapat tiga Terminal yang dipanggil Anod, Katod dan Get.• Anod
adalah Terminal positif peranti manakala katod adalah Terminal negative peranti. Get
merupakan terminal yang akan menerima voltan picuan yang digunakan untuk mengawal
(ON/OFF) peranti. Peranti ini adalah peranti satu arah yang mana ia akan membenarkan
arus mengalir pada satu arah sahaja

3
1.2 Pemicuan SCR

SCR hanya akan ON apabila satu denyut arus positif dikenakan di terminal getnya dan
pada masa yang sama terminal anod adalah lebih positif berbanding katod. Picuan ini
akan menyebabkan arus pincang hadapan (foward current) mengalir dari anod ke katod.
Pada masa ini terminal anod-katod berada dalam keadaan litar pintas. Arus pincang
hadapan ini akan terus mengalir walaupun voltan picuan pada get dihentikan selagi
terminal anod-katod berada dalam keadaan pincang hadapan. Operasi SCR ini boleh
dihentikan beroperasi dengan salah satu cara berikut:

a. Arus yang mengalir kehadapan dikurangkan dari nilai arus pegang peranti(
IhIholding) yang boleh didapati dari helaian data pembuat.
b. Pintaskan terminal anod dan katod.
c. Alirkan arus dalam arah yang bertentangan ataupun terminal anod-katod
dipincang songsang.

Rajah 1.2 menunjukkan bagaimana SCR dapat dihidupkan pada sumber bekalan a.t.
dengan cara memberikan voltan picuan pada terminal getnya.

(a) SCR dalam keadaan OFF apabila tiada (b) SCR ON bila dikenakan voltan get
voltan get di kenakan

Rajah 1.2 : Menghidupkan SCR pada sumber bekalan a.t.

4
Ketika S1 dibuka tiada arus yang mengalir pada beban RL (lampu) seperti yang ditunjukkan di
Rajah 1.2 (a) dan (b). Apabila suis S1 ditutup maka terminal get akan menerima arus picuan dan
memicu SCR. Picuan ini menyebabkan arus mengalir dari anod ke katod SCR dan lampu akan
menyala. Apabila suis S1 dibuka arus masih mengalir ke beban atau lampu masih menyala.
Untuk mematikan SCR, terdapat tiga kaedah boleh dilakukan iaitu, dengan cara memintaskan
terminal anod-katod, memutuskan bekalan arus ke anod ataupan menterbalikkan punca bekalan
voltan supaya arus songsang mengalir dari katod ke anod.

Rajah 1.3 : Mematikan SCR dengan cara Rajah 1.4 : Mematikan SCR dengan cara
memintaskan terminal A-K., memutuskan arus IA.

Rajah 1.3 menunjukkan bagaimana SCR dimatikan dengan cara memintaskan anod
dengan katod. Dengan ini tiada arus akan mengalir dari anod ke katod. Kaedah lain
untuk mematikan SCR adalah dengan meletakkan suis S2 seperti Rajah 1.4. Apabila
suis S2 dibuka maka tiada arus dapat mengalir dari anod ke katod atau arus pincang
hadapan adalah sifar iaitu kurang daripada Ih. Untuk menghidupkan SCR ini maka
kedua-dua suis S1 dan S2 perlu ditutup. Pada keadaan normal SCR tidak akan hidup
jika arus mengalir dari katod atau pada arah yang bertentangan. Kebaikan SCR yang
nyata adalah dengan arus picuan yang kecil ia dapat mengawal arus beban yang tinggi.
Selain daripada itu SCR adalah sebagai peranti pensuisan yang laju. Dengan hanya satu
denyut lazimnya hanya satu mikrosaat hingga dua mikrosaat pada get ia dapat
menghidupkan SCR.

5
1.3 Lengkuk Cirian I-V bagi SCR

Rajah 1.5 menunjukkan gambarajah lengkuk cirian I-V bagi SCR.


IF

Arus Penahan
IG2>IG1 IG1=0 SCR”ON”
Voltan Pecah Tebat
SCR “OFF”
VF
VR VBRF2 VBRF1
Arus Sekat Songsang Arus Sekat Depan

IR

Rajah 1.5 : Lengkuk Cirian I-V bagi SCR

Lengkuk cirian SCR hampir sama dengan lengkuk cirian diod biasa kecuali terdapatnya
sebahagian kawasan di peringkat awal yang menggambarkan arus depan yang tersekat
seketika.

Semasa pincang depan (VF), ketika IG=0, tiada arus anod (IA) yang dialirkan oleh SCR itu
kecuali sedikit arus bocor. Sekalipun VF dinaikkan, IA tetap tiada melainkan sedikit
kenaikan arus bocor. Arus pada paras ini dinamakan Arus Sekat Depan ( Forward
Blocking Current ).

Dengan keadaan IG masih 0 dan VF terus dinaikkan, akan sampai pada suatu nilai voltan
di mana IA tiba-tiba mengalir dan meninggi dengan cepat. Nilai VF pada masa itu
khususnya dinamakan Voltan Pecah Tebat Depan (Forward Breakover Voltage, VBRF1).
VBRF1 ialah ketika IG = 0.

Jika ada IG ( disebabkan oleh voltan positif kepada pintu ), yang di dalam rajah itu
dilabelkan sebagai IG2, kejadian voltan pecah tebat depan akan berlaku lebih awal lagi
(VBRF2). Takat VBRF boleh direndahkan lagi dengan menambahkan nilai IG. Begitulah

6
seterusnya sehingga jika IG dilaras kepada suatu nilai yang cukup tinggi, SCR akan
berlagak seperti diod biasa.

Sewaktu SCR dipincang songsang (VR), SCR tidak akan mengalirkan arus kecuali sedikit
arus bocor atau arus sekat songsang. Jika VR terlalu tinggi, akan sampai ke takat voltan
pecah tebat songsang. SCR bertindak seperti diod biasa dalam keadaan pincang
songsang.

Arus Penahan ( Holding Current ) ialah paras di mana arus SCR berpindah dari keadaan
tersekat ( OFF ) kepada keadaan pengaliran ( ON ).

Semasa pincang hadapan, SCR mempunyai dua keadaan operasi iaitu keadaan “OFF”
dan “ON” ( rujuk rajah 4.3 ). Semasa keadaan “OFF”, SCR bertindak seperti litar terbuka
manakala semasa keadaan “ON” SCR bertindak seperti litar tertutup.

Semasa pincang songsang, SCR bertindak seperti litar terbuka

+Vcc +Vcc +Vcc - Vcc

R1 R1 R1 R1

-
S1 + S1 + S1
Vcc
Vcc 0V

tanpa diberi SCR


isyarat
isyarat pincang
picuan
picuan

SCR pincang depan

Rajah 1.6 : Keadaan SCR semasa pincang depan dan pincang songsang
7
1.4 Operasi SCR

Seperti diod biasa, untuk membolehkan arus mengalir melalui SCR, anod mestilah
diberikan voltan pincang depan. Namun begitu, bagi SCR, voltan pincang depan itu
masih belum boleh mengalirkan arus. Hanya setelah get diberikan voltan positif yang
seketika ( denyut ) dengan magnitud yang cukup, barulah berlaku pengaliran arus dari
anod ke katod.

Sebaik saja SCR beroperasi, voltan denyut positif pada get tadi sudah tidak diperlukan
lagi, get telah hilang daya kawalannya. Walaupun denyut positif itu kemudiannya
dihapuskan, SCR masih boleh terus mengalirkan arus tinggi tanpa henti.

Operasi SCR hanya boleh dihentikan dengan beberapa cara, di antaranya ialah dengan:-

⇒ memutuskan litar laluan arus SCR, misalnya dengan meletakkan alat pemutus
litar pada mana-mana tempat laluan arus.

⇒ memintaskan anod dan katod.

⇒ mematikan bekalan voltan positif pada anod.

⇒ menukar kekutuban voltan kepada anod itu menjadi negatif.

1.5 Kegunaan SCR

Peranti ini sangat popular digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam sistem pengawal
kuasa tinggi. Ia boleh beroperasi dengan voltan yang bernilai sehingga 1000 volt dan
beroperasi pada nilai arus sehingga kepada 1000A jika dibandingkan dengan peranti
diod biasa. Oleh kerana ia dinamakan penerus terkawal silikon maka ia banyak terlibat
dalam penukaran voltan dan arus au kepada voltan dan arus at. Ia juga berfungsi untuk
mengawal magnitud-magnitud gelombang keluaran ini. SCR juga membolehkan

8
pensuisan voltan dan arus beban yang besar dari sumber arus dan voltan pensuisan yang
kecil. Contoh penggunaan yang paling mudah adalah seperti dalam litar kawalan statik
yang boleh digunakan pada sistem amaran penceroboh seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Litar Kawalan Statik

Suis-suis S1 dan S2 adalah suis yang sentiasa tertutup. Jika salah satu suis tersebut
terbuka, SCR akan dihidupkan dan jika beban adalah mentol maka ia akan menyala.
Apabila S1 atau S2 ditutup semula SCR masih berfungsi. Untuk mematikan SCR suis
RESET perlu dibuka semula ini menyebabkan arus yang mengalir dari anod ke katod
kurang dari Ih. SCR juga boleh digunakan sebagai penerus terkawal di mana voltan
keluaran a.t. purata dapat dikawal kepada nilai-nilai tertentu. Rajah 1.8 di bawah
menunjukkan bagaimana SCR digunakan pada sumber voltan a.u. untuk menghasilkan
voltan keluaran a.t. yang boleh dikawal pada beban RL. Manakala Rajah 1.9 pula
menunjukkan bentuk gelombang voltan merentasi beban RL, voltan picuan pada
terminal get dan juga voltan sumber bekalan Vs. Perhatikan voltan keluaran merentasi
RL adalah merupakan voltan a.t dan nilai puratanya boleh dikawal dengan mengawal
sudut picuan α (iaitu dengan melaraskan nilai perintang bolehubah RV)

9
Rajah 1.8 : SCR digunakan sebagai penerus terkawal satu fasa

Rajah 1.9 : Rupabentuk gelombang Vs, Vg dan VRL

1.4 Kaedah menghidupkan SCR

Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan didalam menghidupkan SCR :

• Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau sama dengan


Voltan Pecahlampau Hadapan.

• Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada terminal get apabila
peranti tersebut berada dalam keadaan pincang hadapan (Kaedah kawalan get).

10
Untuk kaedah Kawalan get terdapat 3 jenis picuan yang dapat digunakan :

• Picuan dengan isyarat DC.

• Picuan dengan isyarat AC.

• Picuan dengan isyarat Denyut.

1.5 Kaedah Mematikan SCR

Terdapat tiga kaedah yang dapat digunakan didalam mematikan SCR :

• Penukartertiban Tabii (natural Commutation) .

• Kaedah Pincang sonsang Turn Off (Reverse Bias Turn Off).

• Get turn Off.

1.6 Aplikasi SCR.

Berikut adalah senarai aplikasi SCR didalam Industri:

• Suis.

• Kawalan Kuasa.

• Litar Denyut

• Litar Lengah Masa

• Pelindung Voltan Lampau

11
CARA MENGUJI SCR

Ohmmeter boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa SCR berfungsi dengan baik. Berikut
merupakan langkah-langkah pengujian SCR menggunakan ohmmeter.

1. Kenalpasti pin get, anod dan katod SCR dengan merujuk kepada datasheet pihak pengeluar.
2. Setkan ohmmeter kepada julat R X 10K
3. Sambungkan prob negatif ohmmeter kepada anod SCR dan prob positif kepada katod SCR
4. Baca nilai rintangan pada ohmmeter supaya prob positif di sambung ke anod manakala prob
negatif di sambung ke katod SCR
5. Terbalikkan kedua-dua prob ohmmeter supaya prob positif di sambung ke anod manakala
prob negatif disambung ke katod SCR.
6. Baca nilai rintangan pada ohmmeter. Nilai rintangan yang tinggi akan diperoleh, ini
menunjukkan SCR terpintas.
7. Seterusnya, sambungkan anod dan get SCR ke prob positif meter akan memaparkan nilai
rintangan rendah yang menunjukkan SCR dalam keadaan ON.
8. Kemudian alihkan get daripada anod dan meter masih memaparkan nilai rintangan rendah.
9. Sekiranya kesemua pengujian di atas menunjukkan keputusan positif, maka SCR adalah
dalam keadaan baik.

12
NAMA KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC CIRCUIT & DEVICE

STANDARD KANDUNGAN DESCRIBE THE CHARACTERISTIC OF GATE-TURN-OFF


(GTO).

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih tentang konsep dan cara
operasi GTO. Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi GTO dalam kawalan elektrik
elektronik.

2.0 GTO-SCR (Gate Turn –Off SCR)

2.1 Pengenalan

GTO-SCR merupakan peranti yang dibina daripada bahan separuh pengalir dari jenis P
dan juga N dimana ianya digabungkan menjadi empat lapisan. Disamping itu ianya mempunyai tiga
terminal sepertimana SCR iaitu Anod , Katod dan juga get. Untuk lebih jelas lagi pelajar boleh
merujuk kepada rajah 2.1 yang menunjukkan gambarajah struktur asas binaan(a) dan juga
symbol(b).

Rajah 2.1

Terminal Anod disambungkan kepada sumber positif bekalan manakala terminal katod
disambung ke sumber negatif bekalan dan get disambungkan kepada sumber denyut ataupun
picuan.

13
2.2 Operasi Asas GTO-SCR

Jika kita lihat dari aspek operasi ataupun kendaliannya ianya berfungsi sama seperti
SCR tetapi dari segi kaedah menghidupkan dan mematikan GTO adalah lebih mudah
berbanding dengan SCR. Dengan syarat denyut yang tertentu dibekalkan diantara get
dan juga katod.

Tambahan pula GTO-SCR tidak memerlukan litar picuan sepertimana SCR.


Namun begitu jika kita lihat dari segi Spesifikasi perbandingan diantara GTO-SCR dan
juga SCR didapati :
• Kadaran arus ppgd maksima adalah sama diantara GTO-SCR dan juga SCR.
• Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan SCR.
• Αrus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya dan juga SCR.

Selain daripada itu jika kita lihat dari segi masa pensuisan didapati GTO
mempunyai masa “ON” dan “OFF” yang lebih stabil (1µs) berbanding SCR yangmana
masa “ON” nya hampir sama tetapi masa “OFF” yang agak lama diantara (5-30µs)

2.3 Simbol dan ciri-ciri GTO_SCR

Rajah 2.2 menunjukkan simbol GTO-SCR manakala rajah 2.3 pula menunjukkan
lengkung ciri I-V nya

14
Rajah 2.2 Simbol GTO

Rajah 2.3 Ciri-ciri I-V GTO

GTO boleh dihidupkan dengan memberikan denyut positif kepada kaki get. GTO
akan terus berfungsi walaupun tanpa denyut positif. GTO boleh dimatikan dengan
memberikan denyut negatif kepada kaki get dan ini menyebabkan Ig negatif mengalir
dalam jumlah yang banyak. Ig negatif ini akan mengalir dalam beberapa mikrosaat sahaja.
Kedua-dua keadaan ini dikawal oleh arus get ( Ig).

Apabila Ig mencapai nilai maksimun, arus pada anod mula mengalami kejatuhan
manakala voltan, VAK yang melalui peranti ini mula meningkat. Keadaan ini boleh dilihat
pada ciri-ciri I-V dalam gambarajah 2.3.

2.4 Applikasi GTO-SCR

GTO juga berfungsi seperti SCR yang digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam
sistem pengawal kuasa tinggi. Ia mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan
SCR.

15
NAMA KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC CIRCUIT & DEVICE

STANDARD KANDUNGAN DEFINE THE CHARACTERISTIC OF TRIAC.

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih tentang konsep dan cara
operasi TRIAC. Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi TRIAC dalam kawalan elektrik
elektronik.

16.1 Triak

16.1.1 Struktur dan simbol

Triak mempunyai lapisan NPNP selari dengan lapisan PNPN. Susun atur bahan empat
dan get (G). Jika keseluruhan struktur PN triak diteliti, arus dilihat boleh melalui
lapisan PNPN atau NPNP. Oleh kerana triak boleh mengalirkan arus dalam kedua-dua
hala, simbol triak mengandungi dua diod yang bersemuka dalam arah yang berlawanan
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 16.1

N
P

P
N N GATE
GATE

Rajah 16.1 : Struktur dan simbol Triak

16
16.2.2 Ciri-ciri Triak

Rajah 16.2 : Graf ciri volt-ampiar untuk triak

Graf dalam rajah 16.2 mewakili pengendalian triak yang lazim tanpa pembekalan
arus get. Apabila voltan mara bertambah, arus kecil mengalir dalam triak. Arus
yang kecil ini ialah arus bocor. Apabila voltan mara mencapai titk pecah lampau,
arus pada triak mula mengalir. Perhatikan voltan telah jatuh melintangi triak.
Voltan ini dibekalkan kepada beban.

16.2.3 Aplikasi Triak

Triak sesuai digunakan untuk mengawal litar yang menggunakan arus a.u. SCR
adalah merupakan peranti satu arah sahaja oleh itu ia hanya boleh beroperasi bagi
separuh kitar sahaja manakala triak, boleh beroperasi dalam kedua-dua kitar iaitu
pada kitar positif dan kita negatif.

17
Rajah 16.3 menunjukkan salah satu contoh sambungan litar penggunaan Triak

R1

RL

VB(a.u) R2

R3

C1

Rajah 16.3 : Litar penggunaan Triak

Kapasitor C1 akan mengecas dalam arah berbeza sehingga titik pecah lampau.
Triak akan dipicukan bagi setengah kitar pertama. Triak akan terhenti beroperasi
apabila arus ulangalik menghampiri sifar (arus bekalan). Nilai arus litar akan
menurun sehingga kurang daripada arus pegang (Ih). Kawalan fasa akan naik
dengan melaraskan R2.

Apabila R2 ditambah, C1 akan mengecas perlahan-lahan, seterusnya memicukan


Triak yang kedua. Dengan penambahan ini menyebabkan tenaga yang
dibekalkan kepada beban berkurangan. Apabila R2 dikurangkan, C1 akan
mengecas dengan cepat, seterusnya memicukan Triak yang pertama. Dengan
pengurangan ini menyebabkan tenaga yang dibekalkan kepada beban bertambah.

18
NAMA KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC CIRCUIT & DEVICE

STANDARD DEFINE THE CHARACTERISTIC FOR BIPOLAR JUNCTION


KANDUNGAN TRANSISTOR (BJT).

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih tentang konsep dan
cara operasi BJT. Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi BJT dalam kawalan
elektrik elektronik.

4.0 Bipolar Junction Transistor (BJT)

4.1 Pengenalan

Asas kepada sistem elektronik yang berbagai-bagai pada masa kini adalah peranti
separuh pengalir. Satu daripada peranti separuh pengalir yang banyak digunakan adalah
Transistor Simpang Dwikutub (Bipolar Junction Transistor) atau lebih dikenali sebagai
BJT. Ia digunakan sebagai penguat dan juga sebagai suis logic.

Tidak seperti diod yang terbentuk dari bahan separuh pengalir dua lapis ( simpang pn),
BJT merupakan separuh pengalir tiga lapis. Oleh itu terdapat tiga terminal iaitu :
• Pemunggut (collector) :C
• Tapak (base) :B
• Pemancar (pemunggut) :E
BJT merupakan peranti “dwikutub” kerana kedua-dua pembawa arus majority dan
pembawa arus minority memainkan peranan di dalam aliran arus. Jumlah aliran arus
dari satu terminal terminal yang lain boleh dikawal. Terdapat dua jenis transistor BJT
iaitu jenis PNP dan NPN.

Rajah 1.18 : Transistor BJT (a) jenis PNP dan (b) jenis NPN

19
Rajah 1.18 menunjukkan kedudukan setiap terminal dan juga symbol BJT jenis PNP dan
NPN. Tapak merupakan terminal ditengah-tengah dan ia lebih nipis daripada lapisan
pemancar dan pemunggut. Anak panah pada rajah 1.18 menunjukkan arah pengaliran
arus iaitu dari bahagian P ke N. Untuk transistor PNP adalah dari E ke B, manakala dari B
ke E untuk jenis NPN

Menggunakan analog diod, transistor adalah dua diod yang disambung seperti yang
ditunjukkan pada rajah 1.19. Oleh itu cara kerja transistor BJT adalah berasaskan cara
kerja diod.

Rajah 1.19 : (a) Transistor PNP dan (b) Transistor NPN

4.2 Kendalian Transistor

Transistor perlu dipincang dengan betul untuk membolehkannya berkendali. Rajah


1.20 menunjukkan pincang yang betul bagi transistor NPN.

Rajah 1.20 : Pincangan transistor NPN

Bagi membolehkan elektron yang dipancarkan daripada pemancar diterima oleh


pemunggut, litar masukan iaitu simpang antara tapak dan pemancar perlu dibekalkan
dengan voltan pincang depan yang mencukupi supaya rintangan simpang tersebut
rendah. Keadaan ini membolehkan electron bergerak dari pemancar ke tapak.

20
Litar keluaran iaitu simpang antara tapak dan pemunggut pula mestilah dipincang
songsang supaya kebanyakan electron yang sampai di tapak, akan ditarik ke
pemunggut yang bercas positif (kerana dipincang songsang). Voltan di litar keluaran
dinamakan voltan keluaran.

Pengedopan tapak yang sangat ringan memainkan peranan yang sangat penting
kerana hanya sedikit sahaja electron terserap dibahagian ini. Electron yang selebihnya
diterima di pemunggut.

Lazimnya 99% electron akan ke pemunggut dan hanya 1% diserap ke tapak. Rumus
yang menunjukkan hubungkait antara arus pemancar IE dan arus tapak IB dan arus
pemunggut IC ialah :

IE = IC + IB

Rajah 1.21 : Pengaliran arus dalam transistor NPN

Gandaan arus AT dari tapak ke pemunggut diberi dalam spesifikasi transistor. Gandaan
ini dikenali sebagai βAT atau hFE dan diwakili oleh formula

𝐼𝐼𝐼𝐼
𝛽𝛽AT=
𝐼𝐼𝐼𝐼

Bagi transistor PNP, cara memberi pincang kepada adalah seperti rajah 1.22. Oleh
kerana kekutuban bekalan adalah berbeza arah arus juga berbeza seperti yang
ditunjukkan dalam rajah tersebut.

21
Rajah 1.22 : Pincang dan pengaliran arus dalam transistor PNP

4.3 Tatarajah Transistor

Transistor BJT boleh disambung di dalam sesuatu litar elektrik menggunakan tiga cara
(tatarajah) atau konfigurasi iaitu :
• Pemancar sepunya : CE (common emitter)
• Tapak sepunya : CB (common base)
• Pemunggut sepunya : CC (common collector)

Cara sambungan ini menunjukkan terminal mana yang akan disambung dengan isyarat
masukan dan di terminal mana isyarat keluaran akan diambil, rujuk Jadual 1.1. Cara
transistor BJT beroperasi bergantung kepada konfigurasi atau cara sambungannya.

Jadual 1.1 : Penentuan konfigurasi sambungan BJT

Konfigurasi Terminal masukan Terminal keluaran


CE B C
CB E C
CC B E

Tatarajah yang berbeza memberikan kesan yang berbeza terhadap isyarat. Perbezaan
ini merangkumi aspek :
a) Gandaaan arus – nisbah arus keluaran kepada arus masukan.
b) Gandaan voltan – nisbah voltan keluaran kepada voltan masukan.
c) Gandaan kuasa – hasil darab gandaan voltan dengan gandaan arus.
d) Keadaan fasa.

22
Tatarajah sesuatu transistor ditentukan oleh tamatan sepunya litar masukan dan litar
keluaran.

Rajah 1.23 menunjukkan tiga tatarajah transistor. Tatarajah ini adalah asas kepada
litar penguat dan litar suis.

Rajah 1.23 : Tatarajah transistor

4.4 Transistor Sebagai Penguat

Transistor berkeupayaan melakukan penguatan terhadap isyarat elektrik. Gandaan,


hasil daripada penguatan yang dilakukan oleh transistor, member kesan seperti suara
bertambah kuat dan nilai isyarat bertambah tinggi. Penguat terdapat dalam bentuk
tatarajah tapak sepunya, tatarajah pemancar sepunya dan tatarajah pemunggut
sepunya.

Jadual 1.2 menunjukkan gambarajah skema litar asas penguat untuk ketiga-tiga
tatarajah transistor serta perbezaan antara ketiga-tiganya dari aspek gandaan arus,
gandaan voltan, gandaan kuasa serta keadaan fasa.

23
Jadual 1.2 : Tatarajah penguat

Penguat pemancar sepunya adalah penguat yang paling kerap digunakan kerana ia
dapat menghasilkan gandaan yang tertinggi seperti yang telah ditunjukkan dalam
Jadual 1.2. Litar seperti yang telah dibincangkan sebelum ini ialah litar asas penguat.
Untuk membolehkan penguat berfungsi dengan baik beberapa komponen lain pelu
ditambah kepada litar tersebut seperti ditunjuk dalam Rajah 1.24.

24
Nota :

Bekalan VBB tidak


dimasukkan dalam litar
pada rajah 1.7 kerana
voltan pincang yang
diperlukan oleh transistor
diperolehi daripada VCC
melalui perintang R1.

Rajah 1.24 : Penguat pemancar sepunya


4.5 Transistor Sebagai Suis

Tatarajah yang lazim digunakan untuk tujuan pensuisan ialah tatarajah pemancar
sepunya. Rajah 1.25 menunjukkan transistor yang digunakan sebagai suis.
Dua bahagian litar suis ialah:
a) Bahagian litar kawalan – berperanan menentukan nilai arus tapak
b) Bahagian litar kuasa.

Jika suis S1 dalam Rajah 1.25 (a) terbuka (off), tiada arus mengalir dalam litar kawalan.
Ini bermakna rintangan antara tapak dan pemancar adalah tinggi. Ini menyebabkan
tiada arus mengalir ke litar kuasa dan lampu akan terpadam.

Apabila suis S1 ditutup (on), arus yang kecil mengalir dalam litar kawalan. Ini
menyebabkan simpang tapak pemancar dipincang depan dan membolehkan arus yang
besar mengalir dalam litar tersebut untuk menyelakan lampu.

Suis S1 dalam litar pada Rajah 1.25 (a) boleh diganti dengan komponen pengesan
seperti perintang peka cahaya (light dependence resistor, LDR) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.25(b).

25
Rajah 1.25 : Transistor sebagai suis

4.6 Pengujian Transistor Dan Kerosakan Transistor

Oleh kerana kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan terbuka
dan terpintas, maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk
menguji kerosakan tersebut.

Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik. Jika ujian terhadap kedua-
dua diod ini positif, transistor itu berkeadaan baik. Rajah 1.26 menunjukkan cara
menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.

26
Rajah 1.26 : Cara menguji transistor

Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen
sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak
diketahui.

Rajah 1.27 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya
jenis (sama ada NPN dan PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm.
1. Tandakan kaki transistor
2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
3. Uji transistor mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam contoh
dibawah.

27
Rajah 1.27 : Cara menentukan elemen tapak transistor

4. Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang ke depan


[dalam contoh diatas, transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada
langkah 1 dan langkah 6]
5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4. Kaki ini
ialah elemen tapak untuk transistor tersebut. [Dalam contoh diatas kaki
sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2].
6. Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut :
a. Transistor PNP – Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter
pelbagai analog
b. Transistor NPN – Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negative meter
pelbagai analog

28
Rajah 1.28 : Cara untuk menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu
transistor
1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod.
2. Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini [dalam contoh ini
elemen tapak telah dikenalpasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.28.
3. Kenalpasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tinggi.
4. Dalam contoh diatas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi
ialah keadaan 2. Oleh itu kaki ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah
elemen pemungut.

4.7 Langkah Keselamatan

Seperti diod, transistor juga perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Langkah-langkah


keselamatan seperti berikut perlu dipatuhi supaya transistor tersebut rosak.
a) Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan-tamatan
transistor supaya penyambungan antara dawai dengan bahan separuh
pengalir tidak terjejas.
b) Elakkan daripada mengenakan haba yang tinggi kepada transistor, haba yang
terlampau tinggi boleh merosakkan transistor. Apabila memateri transistor
ke papan litar, gunakan alat pemateri berkuasa rendah.
c) Apabila menguji transistor pada papan litar, pastikan transistor terlebih
dahulu dipisahkan daripada litar.
d) Untuk transistor kuasa, penenggelam haba perlu dipasang untuk
menyejukkan transistor tersebut.

29
NAMA KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC CIRCUIT & DEVICE

STANDARD DEFINE THE CHARACTERISTIC OF ENHANCEMENT-TYPE OF


KANDUNGAN METAL OXIDE (MOSFET).

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelatih tentang konsep dan
cara operasi MOSFET . Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi MOSFET dalam
kawalan elektrik elektronik.

5.0 MOSFET

5.1 Pengenalan

Transistor yang dipelajari sebelum ini ialah dalam kategori transistor dwipolar, iaitu
melibatkan kedua-dua pembawa arus elektron dan hol. Transistor tersebut juga
tergolong di dalam jenis komponen atau alat terkawal arus (current controlled device).

Satu lagi kategori transistor ialah transistor “unipolar” iaitu yang hanya melibatkan
salah satu pembawa arus majoriti. Salah satu transistor “unipolar” yang sering
digunakan ialah Transistor Kesan Medan (Field Effect Transistor) atau ringkasnya
dipanggil FET. Ia merupakan komponen atau alat terkawal voltan (voltage controlled
device).

FET adalah terdiri daripada dua kategori iaitu JFET ( Junction FET ) dan MOSFET ( Metal-
oxide semiconductor FET ). Dalam bab ini kita akan membincangkan lebih kepada
komponen MOSFET.

MOSFET adalah kategori kedua bagi FET. MOSFET (metal-oxide semiconductor FET)
mempunyai terminal-terminal seperti JFET iaitu punca, parit dan get. Yang
membezakan MOSFET dengan JFET ialah terminal get diasingkan dengan saluran
(channel) oleh satu lapisan silikon oksida (SiO2). Oleh sebab itu, arus get menjadi
semakin kecil. MOSFET juga dipanggil sebagai IGFET (insulated-get FET).

30
Terdapat dua jenis MOSFET, iaitu MOSFET ragam susutan dan peningkatan (depletion-
enhancement mode) dan MOSFET ragam peningkatan sahaja (enhancement-only
mode).

5.2 MOSFET Ragam Susustan Dan Peningkatan (DE MOSFET)

E MOSFET boleh beroperasi secara ragam susutan dan ragam peningkatan dengan
hanya menukar polariti voltan antara get dan punca (VGS). Bila VGS adalah negatif, DE
MOSFET beroperasi secara ragam susutan. Sebaliknya bila VGS adalah positif, DE
MOSFET beroperasi secara ragam peningkatan. Rajah 1.29 dan 1.30 menunjukkan
struktur binaan dan simbol DE MOSFET.

Merujuk kepada struktur binaan, kita dapati saluran (channel) bersambung dari parit
ke punca. Ini menyebabkan arus parit (ID) boleh mengalir walaupun VGS=0.

Rajah 1.29 : Struktur Binaan dan Simbol Skematik DE MOSFET

D
D

P
G
N G

P
S
S

Rajah 1.30 : Struktur Binaan dan Simbol Skematik DE MOSFET

31
5.3 MOSFET Ragam Peningkatan (E MOSFET)

E MOSFET boleh beroperasi secara ragam peningkatan sahaja. Ia beroperasi dengan


nilai VGS yang besar. Struktur binaan E MOSFET berbeza dengan DE MOSFET. Rajah
1.31 menunjukkan struktur binaan dan simbol E MOSFET. Merujuk kepada struktur
binaan, kita dapati saluran (channel) tidak bersambung antara parit dan punca. Ini
menyebabkan arus parit (ID) tidak boleh mengalir jika VGS=0.
D
D
N
G
P G
N
S S

D
D

P
G
N G

P
S
S

Rajah 1.31 : Struktur Binaan dan Simbol Skematik E MOSFET

32
6.4 Lengkuk Ciri I-V MOSFET

Rajah 1.32 : Simbol MOSFET

Rajah 1.33 : Binaan MOSFET

33
Rajah 1.34 : Lengkuk Ciri I-V MOSFET

Ciri-ciri

• 3 terminal Salir (D), Get (G) & Sumber (S)

• Arus mengalir dari D ke S di kawal oleh VGS.

• Bila VGS +ve, transistor ON

6.5 Asas Prinsip Kendalian FET

Rajah 1.35 menunjukkan struktur binaan FET. Ia terbina daripada satu bar
semikonduktor bahan jenis N yang dari dua hujungnya diterbitkan elemen atau kaki
yang satunya bernama Punca (Source) dan satu lagi bernama Parit (Drain). Di tengah-
tengah bar tersebut terdapat dua bahan jenis P yang bersetentang, dan darinya
diterbitkan satu elimen bernama Pintu (Gate). Untuk kemudahan, kadangkala huruf-
huruf S, D dan G akan digunakan sebagai singkatan bagi punca, parit dan pintu.

34
Oleh kerana bar yang digunakan di antara punca dan parit ialah dari semikonduktor
bahan jenis N, maka FET ini dikenali dengan nama FET Saluran N. Rajah 1.35
menunjukkan lukisan simbol skematik baginya. Perhatikan bahawa anak panah pintu
menunjuk ke dalam.

D
D

G P P G

Rajah 1.35 : Struktur binaan dan Simbol Skematik bagi FET saluran N

Satu jenis FET lagi ialah FET Saluran P. Rajah 1.36 menunjukkan struktur binaannya, di
mana bar yang digunakan ialah bahan jenis P dan ditengah-tengahnya dua bahan jenis
N yang bersetentang. Namun demikian tidak ada perbezaan pada nama-nama elemen.
Cuma sedikti perubahan pada lukisan simbol skematiknya seperti yang ditunjuk di
Rajah 1.36 iaitu anak panah pintu menunjuk ke luar.

G N N G

Rajah 1.36 : Struktur binaan dan Simbol Skematik bagi FET saluran P

35
Untuk mudah mengingati simbol skematik kedua-dua jenis ini, ingatkan saja bahawa
yang ditunjuk oleh anak panah ialah bahan jenis N. Jika anak panah menunjuk ke
dalam, maka yang ditunjuk ialah bahan jenis N untuk saluran.

Jika anak panah menunjuk ke luar, maka yang ditunjuk ialah bahan jenis N untuk pintu.
Perhatikan juga pada rajah struktur binaan bahawa di antara bahan untuk saluran dan
bahan untuk pintu terdapat cantuman P-N yang tentunya mempunyai kesan-kesan
keujudan kawasan kesusutan dan voltan sawar.

6.6 Perbandingan Antara FET Dengan Transistor Dwikutub

Jika dari segi bentuk fizikal, tidak banyak perbezaan yang ketara di antara kedua-dua
jenis transistor ini, malahan kedua-duanya agak sama. Tanpa merujuk kepada nombor
pengenalan dan buku manual, agak sukar untuk membezakannya. FET, seperti juga
transistor dwipolar biasa, mempunyai tiga kaki.

Dari segi penggunaannya di dalam litar-litar elektronik, FET juga boleh bertugas sebagai
amplifier. Cara sambungan dan pendawaiannya juga tidak banyak bezanya. FET, seperti
juga transistor biasa, disambungkan dengan tatarajah punca sepunya, di mana litar
pintu-punca menjadi terminal masukan dan litar parit-punca menjadi terminal keluaran.

36
Namun, dari segi prinsip dan ciri-cirinya, perbezaan di antara FET dengan transistor
dwipolar biasa tetap ada, di antaranya ialah:

⇒ FET tatarajah punca-sepunya mempunyai kerintangan masukan yang sangat


tinggi, lebih kurang 100M ohm ( kerana litar masukannya ialah di antara pintu-
punca yang dipincang songsang )
⇒ FET ialah alat terkawal voltan, transistor biasa ialah alat terkawal arus.
⇒ FET ialah transistor unipolar, iaitu melibatkan satu jenis pembawa arus majoriti
sahaja. Transistor biasa ialah dwipolar, kerana melibatkan kedua-dua jenis
pembawa arus.
⇒ FET tidak terlalu sensistif kepada perubahan suhu sekitar. Pembawa arus minoriti
tidak meninggalkan kesan-kesan besar. Tiada pengaruh Beta.
⇒ FET mempunyai tatalaku Hukum Kuasa Dua, di mana, arus keluaran berubah
dengan kuasa dua masukan. Ciri seperti ini tidak ada pada transistor biasa. Ada
beberapa litar elektronik yang memerlukan ciri seperti ini.
⇒ FET mempunyai kadar bising dalaman yang rendah dari transistor biasa. Oleh itu
ia kerap digunakan dalam amplifier hi-fi dan alat terima radio FM.

37

You might also like