You are on page 1of 17

PENGGERA KEBAKARAN

 Sistem penggera kebakaran ialah suatu

pemasangan yang boleh memberi amaran kepada


orang ramai mengenai berlakunya kebakaran.
 Sistem ini diperlukan berasas kepada jenis

occupancy ( kependudukan ) serta


ketinggian/keluasan sesuatu bangunan.
1. Alat pengesan haba, iaitu alat yang
dipasangkan pada bumbung atau siling bagi
mengesan kenaikan haba secara automatik.
Terdapat dua jenis alat pengesan haba iaitu ;
 Alat pengesan haba jenis fixed temperature.

 Alat pengesan haba jenis rate of rise.


2. Alat pengesan asap, iaitu alat yang
dipasangkan pada bumbung atau siling bagi
mengesan asap secara automatik. Terdapat dua
jenis alat pengesan asap iaitu ;
 Alat pengesan asap ionization.

 Alat pengesan asap optical.


 Satu pemasangan panel yang mengandugi
maklumat pemasangan alat-alat pengesanan dan
pengawalan kebakaran yang dirancang untuk
menunjukkan lokasi kebakaran berlaku dan
membunyikan loceng kecemasan.
 Peti penggera kebakaran ialah pusat nadi bagi
mengawal seluruh sistem penggera kebakaran.
Peti ini menunjukkan tempat atau zon alat yang
dipasang bertindak, dengan maksud tempat
kebakaran berlaku.
 Peti ini ditempatkan di tingkat bawah atau pondok
kawalan dan mudah dikendalikan. Sistem ini
mendapat dua bekalan, dari TNB dan bateri serta
dilengkapkan dengan zon-zon yang ditunjukkan
di pelan mimik.
 Isyarat-isyarat dari sistem diterima melalui
pendawaian elektrik dan peti ini menganalisis
isyarat ini untuk bertindak sama ada ;
i. Dengan membunyikan penggera.
ii. Dengan menyalakan lampu fault.
iii. Menerima maklumat sistem diasingkan (isolate).
 Selain menerima isyarat kebakaran, peti ini juga
menerima tindakan maklumat pergerakan dari
sistem-sistem lain yang dipertalikan, seperti pam-
pam sistem gelung hos dan sistem CO2 dan
sebagainya. Terdapat dua jenis peti penggera iaitu
jenis conversional yang menggunakan electronic
card dan jenis programmable.
1. Pelan Mimik.
2. Nombor zon yang dipertikaikan.
3. Main indicator switch.
4. Petunjuk meter elektrik dan voltan.
5. Petak bateri (kuasa pendua).
6. Pendawaian dari bekalan kuasa utama.
Gambar peti penggera conversional

Gambar peti penggera


moden
 Sistem ini adalah satu sistem pemasangan tetap yang
dirancang untuk dipecahkan cermin alat ini bertujuan
untuk membunyikan loceng kecemasan apabila
berlakunya kebakaran.
 Sistem ini dipasang di dalam bangunan dan
ditempatkan pada dinding laluan kecemasan atau
tempat tumpuan ramai yang mudah dilihat.
 Apabila cermin hadapan unit ini dipecahkan, loceng
akan berbunyi dan isyarat lokasi kebakaran dapat
dikesan pada peti penggera kebakaran.
Break Glass
 Suis yang digunakan untuk mengasingkan
bekalan kuasa pada sesuatu zon.
 Tujuan untuk memudahkan anggota bomba dan
penyelamat mengasingkan bekalan pada zon
yang terlibat kebakaran, operasi penyelamat akan
lebih lancar
 Dipasang pada setiap tingkat bangunan dan biasa
diletakkan dlm kurungan tangga dengan keluasan
lantai 929 meter.
 Bila berlaku kebakaran anggota penyelamat
menolak tuil suis kepada ON bekalan diasingkan.
Bila suis dalam keadaan OFF zon terbabit akan
mendapat kembali bekalan.
 Suis ini tidak menggangu bekalan sistem
kecemasan seperti lift bomba, sistem siaraya,
lampu kecemasan dan sebagainya pada zon
tersebut

You might also like