You are on page 1of 15

PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN III

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak bagi orang kompeten, orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam, orang kompeten bagi setiap giliran, Pendaftaran orang kompeten, orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dan orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Menghuraikan maksud orang kompeten Menghuraikan maksud orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam Menghuraikan maksud orang kompeten bagi setiap giliran Menghuraikan maksud Pendaftaran orang kompeten Menghuraikan maksud orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, Menghuraikan maksud orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi

LEARNING OUTCOMES:
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

SUB TOPIC: 9.0


SUB SUB TOPIC: 9.1 Peraturan 60: ORANG KOMPETEN

Penerangan:
Orang kompeten 60. (1) Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh mana-mana pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah, melainkan dikecualikan di bawah Akta, disyorkan oleh orang yang berikut: (a) jika pepasangan elektrik dikendalikan pada voltan yang tidak melebihi 600 volt (i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; (iii) seorang Penyelia Elektrik; atau (iv) seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen; (b) jika pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132,000 volt (i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau (iii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen; dan (c) jika pepasangan dikendalikan pada voltan pada atau melebihi 132,000 volt, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen. melebihi 600 volt tetapi tidak

(2) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Jurutera Elektrik Kompeten residen atau Penyelia Elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan dalam subperaturan (1) hendaklah (a) mengesyorkan orang kompeten yang akan bekerja atau mengendalikan atau mengawal apa-apa kerja atau kendalian dan yang hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerja atau kendalian yang dijalankan oleh mana-mana orang yang di bawah kawalannya; dan (b) mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya tentang orang kompeten yang disebut dalam perenggan (a), bagi pepasangan atau kelengkapan yang dipunyai oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen. (3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau kelengkapan hendaklah mematuhi syor itu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah subperaturan (2). (4) (Dimansuhkan).

Soalan Siapakah yang dibenarkan peraturan untuk mengendalikan sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh pemegang lesen pepasangan Jawapan A. Pihak berkuasa bekalan B. Pihak pengurusan C. Orang kompeten D. Pemunya

SUB SUB TOPIC: 9.2 Peraturan 61: Penerangan:


Orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam. 61. Walau apa pun peraturan 60, orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen pepasangan awam hendaklah (a) mengerjakan, mengendalikan atau mengawal pepasangan awam itu; dan (b) bertanggungjawab bagi kerja atau kendalian dalam pepasangan oleh manamana orang yang di bawah kawalannya.

Soalan Apakah tanggungjawab orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen?

i. Mengerjakan pepasangan awam itu ii. Mengawal pepasangan awam itu iii. Bertanggungjawab bagi kerja dibawah kawalannya iv. Semua diatas
Jawapan A. sahaja B. ii sahaja C. iii sahaja D. iv

SUB SUB TOPIC: 9.3 Peraturan 62:

Penerangan:
Orang kompeten bagi setiap giliran 62. Jika mana-mana pepasangan atau kelengkapan dikendalikan oleh dua atau lebih giliran, orang kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan atau kelengkapan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60.

Soalan Jika mana-mana pepasangan atau kelengkapan dikendalikan oleh dua atau lebih giliran orang kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau pepasangan atau kelengkapan , mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60. Jawapan

A. Pemegang lesen
B. Pihak berkuasa bekalan C. Pihak pengurusan D. Pemunya

SUB SUB TOPIC: 9.4 Penerangan.


Pendaftaran orang kompeten 63. (1) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Suruhanjaya. (2) Pendaftaran yang tersebut di bawah subperaturan (1), selain daripada Perakuan Kekompetenan sementara yang dikeluarkan di bawah peraturan 52, hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dengan bayaran fi yang ditetapkan dalam Bahagian V Jadual Kedua. (2A) Jika seseorang yang didaftarkan di bawah subperaturan (2) berhasrat untuk terus melakukan apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang menghendaki pendaftaran selepas habis tempoh pendaftaran, dia hendaklah, sebelum atau pada tarikh habis tempoh Perakuan itu memohon bagi pendaftaran baru. (3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar perakuan atau perakuan-perakuan itu. mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya. (4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

Peraturan 63

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun. (6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Suruhanjaya yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar. (7) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam rnasa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu. (8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh seorang pegawai diberi kuasa.

Soalan Seorang pemegang perakuan kekompetenan jurutera elektrik telah berumur 75 tahun tetapi masih ingin terus berkhidmat hingga umur 76 tahun. Bolehkah orang itu meneruskan khidmatnya? Jawapan A. Tidak boleh kerana faktor kesihatan B. Tidak boleh kerana tidak sesuai berkerja C. Boleh dengan memohon budi bicara suruhanjaya

D. Boleh dengan syarat majikan bersetuju dengan majikannya

SUB SUB TOPIC: 9.5 Regulation 64

Penerangan:
Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb 64. (1) Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direkabentuk untuk disambungkan kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima elektrik melainkan jika sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang kompeten. (2) Walau apa pun subperaturan (1), adalah tidak menyalahi undang-undang bagi seseorang untuk menggantikan mana-mana lampu dalam pepasangan domestik.

Soalan Adakah menyalahi peraturan jika seorang suri rumah yang tidak mempunyai Perakuan Kekompetenan menukar lampu rumahnya yang rosak? Jawapan A. Tidak salah jika di bawah kawalan orang kompeten. B. Tidak menyalahi undang-undang C. Salah dan boleh didenda D. Salah laku yang serius

SUB SUB TOPIC: 9.6 Penerangan


Orang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi. 65. Orang kompeten yang hendaklah, apabila diminta, menyediakan dan

Peraturan 65

mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VI Jadual Kedua.

Soalan Orang kompeten mesti mengemukakan perkara-perkara berikut apabila diminta seperti dalam bahagian VI Jadual Kedua. i. Pelan ii. Lukisan iii. Spesifikasi iv. Perakuan Kekompetenan Jawapan A. i B. i dan ii C. i,ii dan iii D. i,ii,iii dan iv

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Maksud orang kompeten, Peraturan 60 Maksud orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam, Peraturan 61 Maksud orang kompeten bagi setiap giliran, Peraturan 62 Maksud Pendaftaran orang kompeten, Peraturan 63 Maksud orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, Peraturan 64 Maksud orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi, Peraturan 65

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

You might also like