You are on page 1of 4

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK MEMBUAT PENDAWAIAN SUIS SATU HALA Membuat pendawaian ringkas

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

Membuat pendawaian ringkas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan yang sesuai supaya pendawaian tersebut mengikut piawaian ST, IEE dan MS IEC 60364

KOD RUJUKAN NAMA NO. K/P

MUKA:

DRP:

TAJUK : Jenis Pendawaian TUJUAN : Selepas mempelajari tajuk ini , peserta boleh menerangkan definisi sistem pendawaian permukaan. Helaian penerangan ini juga menerangkan Peraturan IEE yang berkaitan dengan sistem pendawaian permukaan serta kaedah pemasangan kabel dan faktor pemilihannya.

PENERANGAN : Terdapat berbagai bagai jenis sistem pendawaian yang dipraktikkan di Malaysia. Dalam menentukan sistem pendawaian yang digunakan, beberapa faktor seperti jenis bangunan, perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan perlu diambil kira. Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.

KOD RUJUKAN

MUKA:

2 DRP: 4

Sistem Pendawaian Permukaan (Surface Wiring). Ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling dengan menggunakan plumbum tanpa sebarang pelindung tambahan.

Faktor pemilihan Sistem Pendawaian Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancangkan dahulu agar tidak merugikan. Keutamaan harus diberikan sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jenis beban yang hendak dipasang. Keadaan tempat pemasangan. Kos perbelanjaan. Tempoh ketahanan pemasangan. Kekemasan dan kecantikan. Keadaan sekeliling. Tempoh masa menyiapkan. Perubahan atau penambahan litar masa akan datang. Jenis voltan bekalan. Keselamatan dan kelulusan TNB / JKR

8.
9. 10.

Ciri ciri pemilihan sistem pendawaian permukaan yang dianggapkan sesuai adalah seperti berikut: 1. Bekalan voltan jenis 1 fasa. Bangunan yang diperbuat daripada kayu atau batu(tertanam). Kos perbelanjaan murah. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sikit. Kerosakan mekanikal kemungkinan berlaku amat kurang. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian. Kadar kuasa beban yang dipasang kecil.

2.
3. 4. 5. 6.

7.

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP:

Jenis kabel .
Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut 2 lapisan, ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan dibangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvc /pvc (pvk/pvk).

Kaedah pemasangan kabel. Dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan pendawaian dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini di jalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan ( wooden batten) yang sebelum itu dipakukan ke dinding atau siling tersebut. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong. Jarak pemasangan di antara klip ialah tidak melebihi 150 mm.

CONTOH PENDAWAIAN PERMUKAAN

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP: 4

100-120mm

Pencengka Mendatar
150mm

Menegak

RUJUKAN : MOHAMED NAZI BIN MUSTAFA, ABD. GHANI BIN IHWAN (2003.PENDAWAIAN DOMESTIK TING 4 .) KUALA LUMPUR :EDUSYSTEM SDN BHD

You might also like