You are on page 1of 26

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(C-051-2-03/LE1/IS1)
SMV ZON PULAU PINANG

TAJUK KEMAHIRAN DAN JURUTEKNIK ELEKTRIK – TAHAP 2


TAHAP

No. DAN TAJUK MODUL M03 THREE PHASE DOMESTIC WIRING

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN LE1 CARRY OUT THREE PHASE DOMESTIC WIRING
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF PRESTASI CARRY OUT THREE PHASE WIRING AT “RUMAH


AKHIRAN CONTOH” AND TEST THE INSTALLATION BY USING
TESTING INSTRUMENT SO THE WIRING IS WEIRD AND
TESTED SO THAT THE WIRING IS ERECTED FIRMLY,
TESTED AND FUNCTION ACCORDING TO ELECTRICAL
RULE AND REGULATION.
ISI KANDUNGAN

LE 1 – CARRY OUT THREE PHASE DOMESTIC WIRING

* TASK 03.02 - Install Three Phase wiring at "Rumah Contoh"

* TASK 03.02A – Carry out Three Phase Concealed Wiring


No. & TAJUK
LE 1 CARRY OUT THREE PHASE DOMESTIC WIRING
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TASK 03.02 - Install Three phase wiring at "Rumah Contoh"
TUGASAN

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka :1 drpd. : 23

TAJUK : PENDAWAIAN 3 FASA DI “RUMAH CONTOH”

1. PENGENALAN KEPADA PEMASANGAN DOMESTIK TIGA FASA

TUJUAN:
Kertas penerangan ini ialah untuk menerangkan pengenalan pemasangan domestik tiga fasa dalam
sistem pandawaian.

PENERANGAN :

Pendawaian domestik yang menggunakan bekalan tiga fasa atau boleh dikatakan sebagai pengguna
kuasa besar misalnya rumah pangsa, banglo, hotel, asrama dan sebagainya.Bilangan beban litar akhir dan
permintaan arus pemasangan domestik tiga fasa jauh lebih banyak / besar daripada pemasangan domestik satu
fasa. Oleh kerana bilangan litar akhir /permintaan arus adalah besar maka sistem bekalan tiga fasa digunakan.
Sistem bekalan tiga fasa yang digunakan ialah sistem bekalan tiga fasa 4 dawai sambungan bintang.

Sistem Bekalan Tiga Fasa

Boleh dikatakan semua kuasa arus ulangalik dijanakan oleh penjana tiga fasa atau janakuasa dan
diagihkan melalui sistem tiga fasa . Litar berbilang fasa atau litar tiga fasa adalah gabungan tiga litar fasa tunggal
yang disambungkan pada sumber tiga fasa melalui cara tiga atau empat pengalir. Beban fasa tunggal seperti
motor atau litar lampu boleh dikendalikan dari litar tiga fasa .

Dalam sistem bekalan tiga fasa terdapat dua jenis sambungan iaitu :
1) Sambungan bintang
2) Sambungan delta
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 2 drpd : 23

Dalam sistem bekalan arus ulang alik kepada pengguna besar dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Bekalan 4 dawai ( 240V dan 415V ) dan


2. Bekalan 3 dawai ( 415V )

1. Bekalan 4 Dawai (240V dan 415V)

Pada sistem bekalan 4 dawai terdapat dua jenis voltan iaitu 240 V voltan talian dan 415 V voltan fasa ,
sementara dalam sistem bekalan 3 dawai hanya membekalkan satu jenis voltan iaitu 415 V . Kedua-dua sistem
ini mempunyai Peraturan IEE yang tersendiri tetapi pada amnya ketiga-tiga fasa dalam setiap sistem ini
mempunyai papan suis utama yang disambungkan bersama , begitu juga dengan fiusnya .

Sistem bekalan arus ulangalik ini biasanya digunakan dikilang-kilang atau perusahaan-perusahaan besar
dengan menggunakan voltan yang sederhana (415V). Disamping itu sistem ini juga digunakan untuk pembekalan
ke sesuatu kawasan perkampungan , bandar atau tempat-tempat lain dengan cara talian rentang atas atau kabel
dalam tanah .

2. Bekalan 3 dawai ( 415V)

a) Sistem bekalan 3 dawai Delta A.U.

Pada sistem bekalan 4 dawai , voltan talian dan voltan fasanya berbeza tetapi arus talian dan arus
fasanya sama . Pada sistem bekalan 3 dawai pula , voltan talian dan voltan fasanya sama tetapi arus talian dan
arus fasanya berlainan sebab sambungan bekalan itu dibuat secara sambungan delta .

KE PENCAWANG BELITAN SEKUNDER PENGUBAH DI PENCAWANG

415 V
415
V

415 V

Gambarajah sistem bekalan 3 dawai sambungan delta A.U. untuk voltan talian dan voltan fasa yang sama
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 3 drpd : 23

b) Sistem bekalan 3 dawai Bintang A.U.

BELITAN SEKUNDER KABEL PERKHIDMATAN


PENGUBAH DI
PENCAWANG MERAH

240V
KE PENCAWANG
BIRU

415 V 240V 240V

415V
TALIAN RENTANG ATAS
ATAU DALAM TANAH NEUTRAL

240V

KUNING

Gambarajah : Sistem bekalan 3 dawai sambungan bintang A.U. untuk arus talian dan arus fasa yang sama .
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 4 Drpd : 23

Jenis sambungan

Ada dua jenis sambungan dalam sistem pemasangan domestik tiga fasa iaitu

1. Sambungan Bintang ( mengandungi titik Neutral )


2. Sambungan Delta

R R

KAPACITOR DAN
REGANGAN
NEUTRAL
N BELITAN
FASA Y

Y B

TALIAN PENGALIR

Rajah : Sambungan Bintang Rajah : Sambungan Delta


dengan titik neutral

Dalam sistem 3 fasa , voltan yang wujud terpisah antara ketiga-tiga fasa MERAH , KUNING dan BIRU
sebanyak 120 dalam bentuk gelombang .

Kebaikan sistem tiga fasa berbanding satu fasa

Kebanyakan kawasan perumahan banglow , kilang , sekolah dan industri kecil menggunakan pemasangan
sistem tiga fasa kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan iaitu :

1. Pemasangan cara ini lebih cekap dan menjimatkan kos pendawaian kerana saiz wayar untuk
pendawaian lebih kecil berbanding dengan pemasangan satu fasa
2. Bagi motor yang menggunakan tiga fasa , kecekapan motor lebih baik dan saiz motor lebih kecil
daripada motor satu fasa yang mempunyai keupayaan yang sama
3. Dalam keadaan tertentu sekiranya satu fasa pengalir tiada bekalan kuasa dan dua fasa yang lain ada
bekalan maka kilang , industri kecil atau sekolah masih boleh menjalankan aktiviti lain berbanding
sistem satu fasa .
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 5 Drpd : 23

Jawab semua soalan :

1. Nyatakan definasi sistem bekalan tiga dawai domestik tiga fasa.


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

2. Nyatakan perbezaan di antara sistem bekalan 4 dawai dan 3 dawai domestik 3 fasa .
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

3. Nyatakan dan terangkan bagaimana fungsi 3 dawai domestik 3 fasa .


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

4. Nyatakan kebaikan sistem bekalan 3 dawai dalam pendawaian domestik tiga fasa
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

5. Nyatakan jenis sambungan dalam sistem bekalan 3 dawai pendawaian domestik tiga
fasa
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABDUL SAMAD BIN HANIF . Bab : 7 ( m/s : 84 – 95 )
TAHUN 1988 .
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 6 Drpd : 23

2. PENGENALAN KEPADA TURUTAN KAWALAN DOMESTIK 3 FASA

PENERANGAN :

Turutan kawalan 3 fasa ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasanggan pengguna 3 fasa, ini termasuklah pengasing dan pengsuisan, perlindungan arus lebihan dan
perlindungan arus bocor ke bumi.

Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti
berikut :

1. FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL


( berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna )

2. JANGKA KILOWATT JAM (KWJ)


( berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan perlindungan arus
lebihan )

3. PEMUTUS LITAR BOCOR KEBUMI (PLBK)


( berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar )

4. PAPAN AGIHAN
( berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan )
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 7 Drpd : 23

MK B I
T
A
LITAR KUASA R
K
E
C
I
L
ELCB 3 pole A
TPN 30mA K
Fuis (  3 ) SUIS FUSE H
perkhidmatan I
R
KWJ
MK
Meter KWJ Suis utama B
Penyambung LITAR LAMPU L
neutral 3 3
I
T
A
R
K
ELCB 3 pole E
TPN 100mA C
I
L
RAJAH 1 A
K
H
I

Kawalan turutan pemasangan domestik 3 fasa ( 3- )

Kawalan turutan ialah suatu cara mengatur pepasangan alat-alat kawalan . Mula-mula ke fius
perkhidmatan , ke meter kilowatt-jam ( KWJ ) , ke suis utama , ke pelindung arus lebihan atau pemutus litar bocor
ke bumi dan akhirnya ke peti
fius agihan.
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 8 Drpd : 23

TURUTAN KAWALAN PENGGUNA

Gambarajah kaedah
Hak milik Nama alat Tugas

Kotak Menyambungkan Sesalur


persimpangan bekalan ke rumah bekalan
Milik pembekal
elektrik Fius Menentukan kadar
pemasangan Perkhidmatan bayaran yang Neutral link
( dipaterikan ) Dan dikenakan kepada
kerosakan adalah Neutral link. pengguna
Fius
tanggunjawab perkhidmata
n
pembekal
Menentukan kadar
Meter tenaga bayaran yang
dikenakan kepada KWJ
kilowatt / jam
pengguna

Mengasingkan litar
pengguna bila
berlakunya
kerosakan /
Suis utama dan kemalangan dan Suis utama
fius utama perlindungan
lebihan arus
pengguna

Hakmilik
pengguna
sebarang Memutuskan litar PLBK
kerosakan perlu Pemutis litar bekalan bila berlaku
dibaiki oleh bocor kebumi kebocoran arus ke
pengguna sendiri bumi

Pembahagi kepada
beberapa litar kecil
Kotak fius akhir seperti lampu,
agihan soket keluaran dan
sebagainya.

RAJAH 2

Kelitar kecil Kelitar kecil


akhir lampu akhir kuasa
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 9 Drpd : 23

1 . FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL

Fius perkhidmatan dan penghubung neutral berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan
menghadkan arus pengguna .

Perlindungan Arus Lebihan

Peraturan I.E.E. A 3 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung lebihan arus itu ialah
sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara sendiri ( automatik ) apabila berlaku lebihan arus yang
lebih daripada yang dihadkan bagi litar itu . Oleh kerana itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu
pada dawai hidup secara siri dengan litar itu .

Pengkelasan Kecekapan Perlindungan Arus Lebihan

A . Kelas Kasar

Perlindungan lebihan arus dalam kelas kasar bermaksud alat perlindungan itu tidak akan beroperasi
dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yang
dilindunginya ( faktor fius dalam kelas ini lebih daripada 1.5 ) . Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini
adalah seperti berikut :

a) B.S. 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertamda bagi menunjukkan faktor fius kelas Q2 atau
R
b) Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula mengikut B.S. 3036 .

B . Kelas Halus

Perlindungan lebihan arus dalam kelas halus bermaksud alat perlindungan itu akan beroperasi dalam
masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yang dilindungi ( faktor
fiusnya kurang daripada 1.5 ) . Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :

a) B.S. 58 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukka faktor
fius kelas P atau Q1
b) Fius yang dipasang bersama-sama dengan fius berangkai mengikut B.S. 1361
c) Pemutus litar miniatur atau badan berbalut mengikut B.S. 3871
d) Pemutus litar yang dilaraskan untuk beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban
litar itu.

2 . JANGKA KILOWATT JAM


Berfungsi sebagai alat mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan perlindungan arus
lebihan . Meter kilowatt-jam mempunyai satu cakera yang berputar pada satu kelajuan yang berkadaran secara
langsung kepada kuasa yang dihantar. Selepas bilangan putaran diberi skala itu akan meningkat kepada satu unit
lagi . Meter kilowatt-jam mencatatkan jumlah tenaga yang digunakan dengan meningkatkan skala sebanyak satu
unit bagi setiap kilowatt-jam yang dibekalkan :

1kWj = 3 600 000 J

Satu kilowatt-jam adalah digunakan apabila 1kW beban digunakan bagi 1 jam , atau 500 W beban bagi 2
jam , atau 3kW beban bagi 20 minit dan sebagainya .
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 10 Drpd : 23

3 . PEMUTUS LITAR BOCOR KEBUMI ( PLBK )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar . Pemutus litar dibuat
dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak , jenis hembusan gas , jenis
hembusan udara ( angin ) , jenis vakum dan jenis miniatur . Di sini yang lazim digunakan sekarang ialah jenis
miniatur .

A . Pemutus Litar Jenis Miniatur

Disebabkan jenis ini berukuran kecil , maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur. Bentuknya
seakan-akan suis tumbler biasa , bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya sahaja ( 4 segi panjang ) . Tahan
lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya
adalah dalam kelas halus .

Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :


a) tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan
b) boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban yang
sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor dan sebagainya.

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan kepanasan supaya
belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada sesebuah motor dan sebagai pengasing
daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan .

B . Kebaikan dan keburukan pemutus litar

Perbandingan di antara keburukan dan kebaikan adalah seperti berikut :

Kebaikan pemutus litar :-

a) Beroperasi lebih cekap dan cepat


b) Ia mudah disambungkan ke bahagian mekanik lain untuk tujuan tindakbalas kelengahannya
c) Ia boleh dikendalikan setelah kerosakan dibaiki
d) Senang mengenal keadaannya setelah beroperasi atau sebelum ( dilihat tangkai suis togolnya jika ke
atas ertinya belum beroperasi lagi )
e) Kelengahannya boleh dilaraskan

Keburukan pemutus litar :-

a) Harganya mahal
b) Jika rosak perlu ditukar baru
c) Sukar diperolehi
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 11 Drpd : 23

4 . Pengasing litar

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka
sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tdak dibumikan dengan
menggunakan suis dua kutub berangkai .

Bagi bekalan 3-fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis
tiga kutub berangkai . Jika pengasing dipasang bersama pemutus litar , pastikan saling kunci dipasang bersama
pemutus litar supaya suis pengasing tidak akan dapat dihidupkan sekiranya pemutus litar itu sedang beroperasi .

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik
yang berterusan . Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap
pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan I.E.E. A. 4 dan A. 5 .

5 . PAPAN AGIHAN
Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan . Papan pengagihan hendaklah
dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis (berlabel) dengan :

a) Kadar fius dan pemutus ltar


b) Saiz kabel
c) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan fius utama tempat bacaan kabel di ambil dari
pelindung lebihan arus kelas halus ( close excess current protection ) dan hendaklah
dipastikan faktor fiusnya tidak melebihi 1.5 .

Papan agihan yang tidak bertutup dibelakangnya hendaklah dipasang di permukaan yang tahan
kebakaran atau lain-lain agar ia tertutup rapi .

Jawab semua soalan :

1. Nyatakan fungsi fius perkhidmatan dan penghubung neutral .


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

2. Nyatakan fungsi jangkawatt-jam .


………………………………………………………………………………………………………………………………
3. Nyatakan dan terangkan bagaimana fungsi pemutus litar bocor kebumi .
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

4. Nyatakan kebaikan pemutus litar bocor kebumi pendawaian domestik tiga fasa
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

5. Nyatakan keburukan pemutus litar bocor kebumi pendawaian domestik tiga fasa
……………………………………………………………………………………………………………………………..

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABDUL SAMAD BIN HANIF . Bab : 7 ( m/s : 84 – 95 )TAHUN 1988 .

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 12 Drpd : 23


3. PENGENALAN KEPADA JENIS , BINAAN , OPERASI , FUNGSI , PENGGUNAAN DAN
PENGUJIAN PBLK TIGA FASA

PENERANGAN :

Pemutus Litar Bocor Kebumi ( PBLK )


Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar .
Terdapat 2 jenis PBLK yang biasa digunakan iaitu :

1. PBLK kendalian voltan


2. PBLK kendalian arus

1 . PBLK Kendalian Voltan

Mengikut Peraturan IEE , jika pengawalan arus bocor ke bumi tidak dapat dipenuhi oleh alat-alat
pengawalan seperti dalam Peraturan D 22 , maka PBLK jenis ini boleh digunakan apabila hasil darab impedans
bumi dan arus kendaliannya ( tripping current ) melebihi 40 atau dalam maksud lain apabila keupayaan bahagian
yang dikawal meningkat 40 V atau apabila gelung bumi melebihi nilai yang dihadkan dalam Jadual D 1 .
Ini bermakna untuk PBLK yang berkadar 0.5 A , maka impedans gelang bumi yang maksima yang
dibenarkan ialah 240V/0.5A atau bersamaan 40V/0.5A atau bersamaan 80 ohm.

Secara praktikalnya , nilai impedans gelung bumi kurang daripada 500 ohm adalah mudah didapati di
semua tempat , manakala nilai yang jarang didapati pula mempunyai nilai kerintangan bumi melebihi 100,000
ohm/cm3.

Elektrod bumi bagi nilai rintangan elektrod bumi kurang daripada 500 ohm biasanya mempunyai 8 kaki panjang
dan 2” inci garis pusatnya . Ini bermakna dengan menanam enam atau tujuh batang elektrod itu sama ada secara
bersambung atau berasingan sudah mencukupi untuk mendapatkan jumlah rintangan elektrod bumi pengguna
kurang daripada 100 ohm .

Bagaimanapun bagi mendapatkan nilai impedans gelung bumi sebanyak 4 ohm adalah mustahil dengan hanya
menggunakan fius sebanyak 30 A sebagai pengawal arus bocor terutamanya dari segi ekonominya . Ini kerana
perbelanjaan pembumiannya amat tinggi dibandingkan dengan harga pemasangannya . Olehkerana itu , maka
digunakan PBLK apabila sebagai alat pengawal arus bocor ke bumi di samping fius sebagai alat pengawal arus
lebihan apabila suis utama berkadar kurang daripada 60A .

Jika fius suis utama 100A ke atas maka digunakan pembumian tumpat ( solid earthing ) dan alat pemutus litar
minyak atau udara ( Oil Circuit Breaker – OCB atau Air Circuit Breaker – ACB ) sebagai alat pemutus litar bocor
kebumi yang mana bertindak dengan kendalian arus .

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 13 Drpd : 23


Masalah kesan pengaliran ke bumi selari ( parallel earth paths )

Masalah ini timbul apabila berlaku arus bocor ke bumi , sebahagiannya melalui pengkonduksi lain tanpa
melalui sepenuhnya elektrod bumi PBLK untuk membolehkan ianya terpelantik ( trip off ) . Masalah ini tidak
timbul pada PBLK kendalian arus . Misalnya , kebocoran berlaku pada alat pemanas air ( water heater ) di mana
apabila bocor berlaku dan seterusnya kepada paip air dan ke bumi .Oleh kerana paip air biasanya mempunyai
rintangan bumi yang agak rendah , maka hanya arus bocor yang banyak barulah boleh menaikkan voltan paip itu
kepada 40V bagi membolehkan PBLK kendalian voltan itu terpelantik memutuskan litar .

Satu perkara yang perlu diingat dan perlu diperhatikan ialah paip bmi atau elektrod bumi bagi PBLK
jenis ini hendaklah menjauhi logam atau konduktor yang boleh menyebabkan berlakunya pengaliran selari bocor
ke bumi iaitu seperti paip air dan sebagainya . Ini ialah untuk memastikan penanaman paip di luar kawasan
rintangan bumi.Ini adalah bertujuan apabila berlaku kebocoran , gelong pelantik PBLK tidak akan mengalami
bezaupaya walaupun arus bocor besar dan begitu juga dengan elektrod bumi .

Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah menggunakan PBLK kendalian arus tetapi belanjanya
agak mahal .

2 . PBLK Kendalian Arus

Dalam sesuatu litar yang sempurna , arus yang mengalir dalam berbagai cawangan talian hidup akan
sama dengan arus yang mengalir dalam neutral apabila tidak ada arus yang terbocor ke bumi . Apabila berlaku
sesuatu kebocoran ke bumi atau mana-mana litar bumi maka arus yang mengalir dalam talian hidup dan neutral
tidak seimbang . Ketidakseimbangan ini menyebabkan tidak seimbangnya uart-urat daya magnetik dalam teras
magnetik . Perubahan pada uratdaya magnetik pada teras itu menyebabkan timbulnya keupayaan pada gelong
teras pelantik dan seterusnya menyebabkan gelong pelantik teraruh dan membuka sesentuh pemutus litar .

Di sini , masalah aliran ke bumi selari dan keberkesanan pembumian boleh di atasi kerana yang
menyebabkan ia terpelantik adalah jumlah arus bukan voltan.mengikut peraturan IEE , alat ini digunakan apabila
jumlah impedans gelung bumi bumi di darab dengan arus yang bertindak kurang daripada 40A .

Oleh sebab ini , maka ditetapkan bahawa arus pelantik atau arus yang tidak seimbang mestilah tidak
melebihi 2 % daripada arus biasa atau kadar arus ( normal current or rating current ) . Oleh itu untuk litar 60A ,
maka arus bocor maksima yang dibenarkan ialah 1.2A . Alat PBLK jenis ini yang mempunyai kepekaan
( sensitivity ) yang tinggi boleh bertindak pada ka dar arus 6 mA adalah biasa didapati .

Cara ujian PBLK dijalankan

a) Ujian terhadap PBLK kendalian voltan

Peralatan yang digunakan bagi tujuan ujian ialah :


i) lampu 500 watt atau lebih
ii) transformer dua lilitan
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 14 drpd : 23

I .Ujian menggunakan lampu

Sambungkan lampu uji itu pada mana-mana mata punca terminal seperti soket alirkeluar pemegang
lampu , papan agihan ( DB ) dan lain-lain di antaranya terminal ‘L’ dengan ‘E’ .

Hasil ujian ;

1. Jika lampu bernyala dan serta merta PBLK terpelantik , maka menunjukkan bahawa PBLK bekerja
dengan baik .
2. Jika lampu bernyala dan PBLK tidak terpelantik , ini menunjukkan terdapat aliran bocor selari ke
bumi atau PBLK itu rosak .

Ulasan :
1. Ujian dengan menggunakan lampu ini tidak dapat menetapkan kepekaan PBLK kendalian voltan
iaitu bagi mempastikan bahawa PBLK akan terpelantik ( trip off ) apabila voltan bocor pada logam
yang dikawal meningkat 40V .

2. Sebelum ujian dijalankan , maka ujian terhadap konduktor terus ke bumi sebagaimana yang lepas
perlu diadakan dahulu . Ini ialah untuk mempastikan sambungan betul .

3. Juga adalah untuk mustahak diuji rintangan elektrod bumi untuk mempastikan bahawa rintangan
elektrod bumi di campur dengan rintangan konduktor terus ke bumi dan jumlah kedua-dua ini bila
didarabkan dengan arus pelantik alat PBLK itu memberi nilai 40 atau kurang daripadanya . Bila ini
dicapai bererti PBLK itu akan bekerja dengan sempurna iaitu dengan menganggap nilai impedans
gelung bumi cukup untuk memberi arus bocor minima sama dengan arus pelantik .

II .Ujian menggunakan transformer dua lilitan

Alat ini dapat memberi voltan bocor tidak melebihi 45V. Ini boleh mempastikan bahawa PBLK
kendali voltan dan kendalian arus bekerja dengan betul . Alat ini merupakan alatybah dua lilitan yang
mana lilitan utamanya 240V dan lilitan keduanya 45V dan mempunyai kadaran masa singkat (short
time rating) tidak kurang daripada 750 VA .

Ulasan :
1. Jika PBLK terpelantik memutuskan litar ini menunjukkan bahawa PBLK itu bekerja dengan
betul dan mempunyai sensitiviti yang betul
2. Ujian-ujian pendahuluan juga perlu diadakan iaitu ujian rintangan konduktor terus ke bumi
dan elektrod bumi sebagaimana telah diterangkan di atas .

b) Ujian terhadap PBLK kendalian arus

1. Kedua-dua cara ujian di atas adalah juga dipakai dalam ujian ini .
2. Ujian terhadap pengalir terus ke bumi dan elektrod pengguna juga perlu diadakan untuk mempastikan
keadaan pemasangannya betul dan juga untuk mempastikan bahawa nilai rintangan elektrod bumi di
campur dengan rintangan konduktor terus ke bumi dan hasil kedua-duanya apabila di darab dengan
arus pelantik memutuskan litar hendaklah tidak melebihi 40A.

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 15 Drpd : 23


SOALAN

1. Sebutkab dua jenis Pemutus Litar Bocor Kebumi ( PBLK ) yang biasa digunakan .
a) …………………………………..
b) …………………………………..

2. Terangkan jenis PBLK yang mempunyai masalah kesan pengaliran kebumi selari dan contohnya .
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

3. Terangkan jenis PBLK yang dapat mengatasi masalah kesan pengaliran kebumi selari dan contohnya .
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

4. Nyatakan dan terangkan dua alat yang digunakan dalam ujian PBLK kendalian voltan
dan kendalian arus .
a) ………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

RUJUKAN : PUSAT LATIHAN JKR ,


BAHAGIAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK.
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 16 drpd : 23

4. PENGIRAAN DAN LUKISAN PERSEIMBANGAN BEBAN UNTUK PENDAWAIAN DOMESTIK


TIGA FASA.

PENERANGAN :

Pengiraan dan lukisan perseimbangan beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk
mengetahuai jumlah permintaan arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan peralatan mengikut
saiz yang sesuai seperti saiz papan suis utama (P.S.U.) , ELCB , kabel dan lain – lain adalah bergantung
kepada faktor kepelbagaian sebagaimana di dalam Peraturan IEE Edisi 16.

Faktor kepelbagaian

Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus untuk kabel-kabel dan
alat- alat kawalan daripada kadaran arus sebenar. Faktor kepelbagaian menganggapkan bahawa bukan
semua punca keluaran disambungkan ke beban pada masa yang sama di dalam sesuatu pemasangan.

Penggunaan Faktor Kepelbagaian :

Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalan seperti
papan suis utama dan pemutus litar pada pengalir utama dan subutama. Faktor kepelbagaian tidak boleh
digunakan untuk mengira saiz pengalir litar akhir kecuali bagi litar pemasak.
Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir
dan peralatan kawalan kecuali litar akhir.

Cara Menggunakan Faktor Kepelbagaian :

Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah :

Faktor kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan


Jumlah beban yang digunakan

Faktor ini boleh juga ditentukan oleh perancang-perancang pemasangan elektrik dengan berpandukan secara
asas jadual khas yang disediakan oleh IEE. Jadual khas ini memberi anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis
beban yang terdapat di dalam pemasangan elektrik dan bangunan seperti rumah kediaman, rumah pangsa ,
hotel dan sebagainya.

Pengiraan Faktor Kepelbagaian Kaedah IEE.

Jadual faktor kepelbagaian yang dikeluarkan oleh pihak IEE merupakan panduan untuk mengira
permintaan arus pemasangan oleh pihak-pihak tertentu.
Rujuk kepada RAJAH 1 Jadual 4B Kelonggaran Bagi Kepelbagaian muka surat sebelah .
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 17 Drpd : 23

JADUAL 4B PERATURAN IEE


KELONGGARAN BAGI KEPELBAGAIAN

Jenis persekitaraan
Maksud akan litar akhir
dibentuk dari pengalir atau Pemasangan isi rumah Kedai kecil, stor, pejabat Hotel kecil, rumah
perkakas suis di mana individu, termasuk blok dan persekitaran tempat penginapan dan
kepelbagaian digunakan rumah individu persekitaran sebagainya

1.Lampu 66% dari jumlah 90% dari jumlah 75% dari jumlah
permintaan arus permintaan arus permintaan arus

2.Pemanas dan kuasa 100% dari jumlah 100% beban penuh dari 100% beban penuh dari
( tetepi lihat 3 hingga 8 permintaan arus hingga perkakas yang terbesar +80% beban penuh dari
dibawah 10A +75% beban penuh dari kedua yang terbesar
+ 50% dari sebarang perkakas yang selebihnya +60% beban penuh dari
permintaan arus yang perkakasyang selebihnya
lebih 10A ampere

3.Perkakas 10 ampere 100% beban penuh dari 100% beban penuh dari
pemasak +30% beban penuh dari pemasak yang terbesar perkakas yang terbesar
pemasak yang melebihi +80% beban penuh dari +80% beban penuh dari
10 ampere yang kedua terbesar perkakas yang terbesar
+5 amp sekira soket alur +60% beban penuh dari +60% beban penuh dari
keluar bersama unit pemasak yang selebih pemasak yang selebih
kawalan pemasak

4.Motor ( selain dari 100% beban penuh dari 100% beban penuh dari
motor lif yang perkara di motor yang terbesar perkakas yang terbesar
dalam pertimbangan khas) +80% beban penuh dari +50% beban penuh dari
yang kedua terbesar motor yang selebih
+60 beban penuh dari
motor yang selebihnya

5. Pemanas air 100% beban penuh dari 100% beban penuh dari 100% beban penuh dari
(instantaneous type) perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar
+100% beban penuh dari +100% beban penuh dari +100% beban penuh dari
yang kedua terbesar yang kedua terbesar yang kedua terbesar
+25% beban penuh dari +25% beban penuh dari +25% beban penuh dari
perkakas yang selebih perkakas yang selebih perkakas yang selebih

RAJAH 1A

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 18 Drpd : 23


6. Pemanas air
( thernostatically Kepelbagaian tidak dibenarkan
controlled )

7. Pemasangan
pemanas lantai Kepelbagaian tidak dibenarkan

8. Pemasangan stor
haba ruang Kepelbagaian tidak dibenarkan
pemanas

9. Susunan piawai dari 100% dari permintaan 100% dari permintaan arus di litar terbesar
litar akhir menurut arus di litar ternesar +50% dari permintaan arus di setiap litar lain
lampiran5 +40% dari
permintaan di setiap litar
lain

10.Soket alur keluar selain 100% dari permintaan 100% dari permintaan 100% dari permintaan
dari yang 9 di atas dan arus yang terbesar yang arus yang terbesar yang arus yang terbesar yang
perkakas pegun selain digunakan digunakan digunakan
yang di beri di atas +40% dari permintaan +75% dari permintaan +75% dari permintaan
arus di setiap punca yang arus di setiap punca yang arus di setiap punca di
di gunakan di gunakan ruang utama
+40% dari permintaan di
setiap punca yang di
gunakan

Rajah B

Contoh pengiraan :

Sebuah rumah kediaman dua tingkat mengambil punca bekalan dari TNB
Berhad , 415V , 50Hz dan memerlukan pepasangan elektrik seperti berikut:-

1) litar lampu

( i ) lampu kalimantang bil. 40  36 watt ( iv ) Down light ( filement )bil.20  20 watt


( ii ) kipas dinding bil. 8  36 watt ( v ) lampu chendelliar ( filement )bil.5  2 KW
( iii ) kipas siling bil. 6  60 watt ( vi ) kipas dinding bil.8  60 watt

2 ) litar kuasa

( i ) suis soket keluaran bil.32  13 amp ( iii ) dapur pemasak bil.1  6 KW


( ii ) pemanas air segera bil. 4  3 KW ( iv ) pendingin udara bil.3  1.5 hp
( v ) pendingin udara bil.2  2.5 hp

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 19 Drpd : 23


Daripada butiran-butiran di atas dapatlah ditentukan :

a. Jumlah tanggungan beban rumah tersebut.


b. Jumlah tanggungan beban setelah menggunakan faktor kepelbagaian.
c. Saiz kabel utama.
d. Saiz alat-alat kawalan
e. Lukiskan perseimbangan beban.

Penyelesaian

(1) Beban litar lampu


(i) 40 lampu pendarflour ( 36 watt )
= 40 X 36 X 1.8 = 2,592 watt
(ii) 8 unit kipas dinding ( 36 watt )
= 8 X 36 = 288 watt
(iii) 6 unit kipas siling ( 60 watt )
= 6 X 60 = 360 watt
(iv) 20 lampu dowa light 20watt ( filement )
20 X 20 = 200 watt
(v) 5 lampu chendelliar 2 KW ( filement )
5 X 2 X 1000 = 10,000 watt
(vi) 8 unit kipas dinding ( 60 watt )
8 X 60 = 480 watt
13,920 watt

kelonggaran kepelbagaian untuk litar lampu


66 % daripada jumlah permintaan arus

13,920 watt
240 V X 66 % = 38.28 amp

(2) Beban litar kuasa

i. 32 suis soket alir keluar 13 amp ( litar jejari )


peraturan IEE bagi litar jejari ialah dua soket alir keluar untuk satu litar
akhir
= 32 ÷ 2 =16 litar kecil akhir
kelonggaran kepelbagaian untuk litar akhir soket alur keluar
a. 100 % permintaan arus yang terbesar dalam litar = 16 amp
b. + 40 % permintaan arus dilitar selebihnya
15 X 16 X 40 % = 96 amp

 Jumlah anggaran permintaan arus = 112 amp

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 20 Drpd : 23


(ii) 4 unit pemanas air segera ( 3 KW )
Kelonggaran kepelbagaian untuk pemanas air

I = 3 KW = 12.5 amp

240 V
a. 100 % beban penuh yang terbesar = 12.5 amp
b. + 100 % beban penuh kedua terbesar = 12.5 amp
c. + 25 % beban penuh pemanas yang lain = 6.25 amp
 Jumlah anggaran permintaan arus = 31.25 amp

(iii) 1 unit dapur pemasak ( 6 KW )

I = 6 KW = 25 amp
240 V

Kelonggaran kepelbagaian untuk alat pemasak


a. 10 amp yang pertama = 10 amp
b. + 30 % daripada lebihan jumlah arus beban
= ( 25 – 10 ) x 30 % = 4.5 amp
c. + 5 amp untuk soket alur keluar pada unit
kawalan pemasak = 5 amp
Jumlah anggaran permintaan arus = 19.5 amp

(iv) 2 unit pendingin udara ( 2.5 hp )


5 unit pendingin udara ( 1.5 hp )

P = V x I x cos 

I = 2.5 X 746 = 9.7 amp


240 X 0.8

I = 2 unit X 9.7 amp = 19.4 amp

P = V X I X cos 

I = 1.5 X 746 = 5.8 amp


240 X 0.8

I = 3 unit X 5.8 amp = 17.4 amp


Jumlah permintaan arus 19.4 + 17.4 amp = 36.8 amp

( tiada fakror kepelbagaian bagi pendingin udara )

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 21 Drpd : 23


Jumlah beban selepas faktor kepelbagaian :

38.28 amp + 112 amp + 31.25 amp + 19.5 amp + 36.8 amp

= 237.83 amp

Bagi sistem tiga fasa setiap arus talian :

P = V x I

P = 240 x 237.83

P = 57079.2 watt

P = 3 x V x I I = P  3 x V

I = 57079.2  1.73 x 415

I = 79.5 ampere

Arus di setiap fasa = 79.5 ampere

Kadaran alat perlindungan = 80 ampere

Saiz kabel utama ialah = 25 mm²

Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 22 Drpd : 23


PLBK 3
fasa
Neutral link KWJ meter
3 fasa
L
L
L
Fius Suis utama L
perkhidmatan 3 fasa L
3 X 80 amp L
PLBK 3
fasa L
L
L
L
L
L
L
L
L
Code No. : C-051-2-03/LE1/IS1 Muka : 23 Drpd : 23

Jawab semua soalan :

1. Nyatakan definasi faktor kepelbagaian dan lukisan perseimbangan


……………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….

2. Terangkan mengapa pengiraan dan lukisan perseimbangan perlu dibuat keatas pendawaian domestik
tiga fasa
……………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABDUL SAMAD BIN HANIF . Bab : 6 ( m/s : 64 – 81 )
TAHUN 1988 .

You might also like