You are on page 1of 5

PEMBUMIAN

PEMBUMIAN
• Pembumian merupakan pemasangan yang perlu ada
bersama dalam sistem pendawaian elektrik,
terutamanya dalam pemasangan di premis pengguna.
• Pembumian ini diwakili oleh kabel bumi (earth). Kabel
bumi ini dihubungkan kepada punca yang tertanam di
bumi.
• Matlamat utama pembumian adalah untuk memberi
perlindungan keselamatan kepada pengguna daripada
sebarang bahaya renjatan elektrik dan kerosakan arus.
Akibat kerosakan tersebut akan memberi ruang yang
membolehkan arus mengalir kebahagian-bahagian
yang berkaitan dengan sistem elektrik.
• Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke
bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya
bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat
disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan
tinggi yang berbahaya akibat kegagalan
penebat elektrik
• Melindungi pengguna daripada kebocoran arus
elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke
bumi.
Kebaikan Sistem Pemasangan Disambung Kebumi
• Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum
bumi.
• Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang
disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar

Kekurangannya
• Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem
pembumian yang lengkap adalah mahal.
• Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan
oleh pembekal, sekiranya salah satu sambungan
pengalir bumi putus atau tercabut maka tidak ada lagi
laluan arus bocor ke jisim bumi, ini akan
membahayakan pengguna.
FAKTOR PEMILIHAN KABEL
• Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik
dengan cekap: maknanya saiz kabel itu mampu membawa arus
yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel
• Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya.
Maknanya, penebat kabel yang akan dipilih itu bersesuaian
dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang.
• Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah
berharga murah. Kadangkala beberapa jenis kabel mempunyai
keupayaan, kecekapan dan ciri-ciri keselamatan yang hampir
sama tetapi harganya berbeza-beza

You might also like