You are on page 1of 71

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH


SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP-SEJARAH)
AMBILAN JUN 2016
NAMA KURSUS: Pengenalan Kepada Teknologi
Elektrik & Elektronik
KOD KURSUS: RBTS3183
NAMA PENSYARAH: Encik Oh Sin Koeng
DISEDIAKAN OLEH:
Koi Pei YU & Ng Bee Kee

BAB 5
Pendawaian Elektrik
Domestik

PENGENALAN
Sistem pendawaian merupakan suatu pemasangan
litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat,
pelindung mekanikal dan aksesori elektrik.
Ia boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara
mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan
pemasangan dan jenis penebat kabel yang
digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan
dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian

Jenis voltan
bekalan

Perubahan atau
penambahan
litar masa akan
datang

Tempoh
ketahanan
pemasangan

Jenis beban
yang hendak
dipasang

Keselamatan
dan kelulusan
LLN/JKR

Keadaan
sekeliling

Tempoh masa
menyiapkan

Kos
perbelanjaan

Keadaan tempat
pemasangan

Jenis-jenis pendawaian
1) Pendawaian permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah satu
sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam
sesuatu pemasangan yang dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang
pelindung tambahan.
Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis
bersalut kerana terdedah kepada keadaan
persekitaran dan kerosakan mekanikal.

Pendawaian yang bertebat di permukaan

Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau


simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten)
yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau
plumbum.
Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan
yang murah, pemasangan tambahan juga mudah dilakukan.
Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak
digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan
keselamatan).
Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas
dan lembap, tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang
kurang memuaskan.

2) Pendawaian terbenam atau


tersembunyi
Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar
dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan
lansung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk
sambungan ke terminal aksesori-aksesori.
Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke
lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat
pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan
simen (plaster) dijalankan.
Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak
berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.

Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak


menghadapi bahaya mekanikal dan tahan
pada perubahan cuaca, tahan lama dan
kosnya juga rendah.
Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila
berlaku kerosakan dan boleh
mendatangkan bahaya semasa memaku
dinding yang tersimpan kabel yang
tersembunyi.

3) Pendawaian konduit atau pembuluh

Sistem pendawaian konduit ialah suatu


sistem yang menggunakan konduit-konduit
dan akan dipasang ke dinding atau
sebagainya dan di dalamnya akan
disalurkan kabel.
Sistem ini digunakan di tempat yang
terdapat bahaya kerosakan mekanik atau
kimia, contohnya di kilangkilang
perusahaan, makmal, bengkel dll.

Contoh Pendawaian Konduit/Pembuluh

Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau


tersembunyi.
Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah
konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar
(grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan
lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya
tidak mudah tercacat.
Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta
mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.

4) Pendawaian konduit
tersembuyi
Konduit ditanam terus didalam konkrit
dibawah lantai konkrit atau dinding batubata dan dilipa simen.
Senang diubahsuai bentuk pendawaian
atau dibuat tambahan.
Tahan lama kabel tidak mudah luka atau
pecah.

Contoh Pendawaian Konduit Tersembunyi

5) Pendawaian sesalur
Sistem pendawaian sesalur merupakan satu
sistem yang menggunakan sesalur logam
atau bahan penebat pada kebiasaanya
bersegi empat dan dipasang secara
menegak atau mendatar di permukaan
dinding atau besi rangka bangunan.
Kabel dimuatkan dalam sesalur dan
biasanya bersaiz besar serta bilangan yang
banyak.

Contoh Pendawaian Sesalur (Trunking/Casing)

Contoh Palang bas sesalur atas

6) Pendawaian salur
Sistem pendawaian salur merupakan suatu
sistem yang menggunakan salur logam
atau bahan penebat dan dipasang di
bawah lantai ketika peringkat pembinaan
bangunan.
dibuat daripada logam yang berbentuk segi
empat bujur memanjang tanpa penutup.

Contoh Pendawaian Salur (Ducting)

Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai


yang biasa disebut salur bawah lantai.
Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti
sistem grid dalam sesebuah bangunan.
Kesemua kotak simpang berada pada selekoh
bengkokan 90.
Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat
kerana alatan dan perkakas sering diubah ubah
kedudukannya.

Sistem pendawaian salur bawah tanah

Papan Agihan Sistem Bekalan


Elektrik di Rumah (Satu Fasa)
Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat
pengagihan bagi kabel litar akhir dimana bekalan elektrik
utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut
sesuatu lokasi / penggunaan.
Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara
selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan
mengganggu litar yang lain.
Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambungkan
pada litar-litar kecil di rumah.
Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika
terdapat lebihan arus elektrik. Wayar fius akan melebur
apabila arus berlebihan mengalir melalui fius tersebut.

Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB)


sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres,
rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Komponen-komponen pada Papan


Agihan (Distribution Board) Domestik
1. Fius perkhidmatan
2. Meter kilowatt jam (kWj)
3. Suis utama
4. Pemutus litar bocor ke bumi /
Earth leakage circuit breaker (ELCB)
5. Pemutus litar kecil /
Miniature circuit breaker (MCB)

1) Fius perkhidmatan
Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan
elektrik jika berlaku arus berlebihan.
Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar
sekiranya berlaku lebihan arus mengalir
pada pendawaian di rumah.
Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di
luar rumah dan dihubungkan dengan
wayar hidup bekalan.

Contoh fius perkhidmatan

2) Meter Kilowatt Jam (kWj)


Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan
merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan
oleh pengguna setiap bulan.
Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah
untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan
penggunaan meter tersebut.
Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad
(TNB)
Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :
a)Jenis analog
b)Jenis digital

Meter Kilowatt Jam

3) Suis Utama
Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran
arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam
rumah.
Wayar hidup dan neutral dari meter kWj
disambungkan ke suis utama.
Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu
arah (DSPT) yang mengandungi fius.
Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu apabila
hendak memperbaiki sebarang kerosakan pada
litar elektrik atau menukar fius.

Suis Utama

4) Pemutus litar bocor ke bumi


Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker
(ELCB) berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara
automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi
atau litar pintas.
Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke Pemutus litar
bocor ke bumi (ELCB).
Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk memastikan ianya
berfungsi dengan baik.
Cara menguji ialah dengan menekan butang berwarna
kuning/putih, iaitu punat tekan uji. Apabila punat tekan uji
ditekan, bekalan elektrik ke rumah akan terputus. Keadaan ini
menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan baik. Jika tidak,
ELCB perlu digantikan.

Pemutus litar bocor ke bumi / Earth


leakage circuit breaker (ELCB)

5) Pemutus litar kecil


Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB)
adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang
mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang
disambung kepada pendawaian soket plug dan
pendawaian lampu / kipas.
Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik
sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti
MCB.
Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau
pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya.
Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak
diperbaiki.

Pemutus litar kecil / Miniature


circuit breaker (MCB)

LITAR KAWALAN UTAMA


Komponen unit kawalan utama
Fius
perkhidmatan

Pemutus litar bocor


ke bumi (E.L.C.B)
atau Pemutus litar
arus baki (R.C.C.B)

Meter kilowatt
jam (kjW)

Kotak agihan
berfius

Suis utama

Pemutus litar
miniature
(MCB)

LITAR KECIL AKHIR


Ditakrifkan sebagai litar yang disambungkan
keluar dari kotak fius agihan (DB) dan berakhir
dibeban atau soket alur keluar atau kelengkapan
elektrik di pemasanagn itu. (Mula dari DB dan
berakhir ke beban pengguna).
Litar kecil akhir dapat mengelakkan bahaya atau
mengasingkan litar apabila berlaku sesuatu
kerosakan supaya tidak akan mengganggu litar
lain.

Terdapat dua jenis litar kecil akhir dalam


pemasangan:
1. Litar pencahayaan : litar lampu,
kipas,loceng dan jam elektrik
2. Litar Kuasa : soket alur keluar(sak)
biasanya 13A, 15A

1) Litar pencahayaan
Litar ini termasuk untuk lampu, kipas siling,
loceng pintu dan jam elektrik. jumlah beban
yang boleh dipasang pada satu litar kecil
akhir lampu adalah berkadaran 5A. setiap
satu point lampu atau kipas dianggarkan
berkadaran 100w. satu litar akhir bagi litar
lampu /kipas jumlah point maksima ialah
10 poin lampu dan kipas.

Contoh pendawaian litar pencahayaan

2) Litar kuasa
Litar pendawaian kuasa terbahagi kepada dua jenis:
1. Litar jejari
.Litar ini adalah sejenis litar pendawaian biasa di mana
dawai hidup-(l), dawai neutral-(n) dan dawai bumi-(e)
diambil dari kotak fius agihan sebagai satu litar akhir dan
disambungkan ke punca soket alur keluar (S.A.K).
2. Litar gelang (ring)
.Kabel litar gelang mestilah bermula dari satu fius di
dalam kotak fius agihan dan disambungkan ke tiap-tiap
punca soket alir keluar (S.A.K) dan akhirnya hendaklah
kembali ke fius asalnya.

Tujuan Pengujian & Pemeriksaan

Bertujuan bagi memastikan pemasangan &


peralatan yang digunakan memenuhi Peraturan IEE
Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan bagi:
a) Setiap pendawaian baru
b) Pendawaian tambahan
c) Pendawaian yang diubah suai
d) Pemasangan elektrik yang sedia ada
yang telah tamat tempoh
penggunaannya

Ujian Keterusan

Ujian Rintangan
Penebatan

PENGUJIAN
PENDAWAIAN
ELEKTRIK
Ujian Kekutuban

Ujian Rintangan Elektrod


Bumi

UJIAN KETERUSAN
Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang
utama
I. Ujian Keterusan Konduktor Pelindung
II. Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir
Gelang
III. Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan
Neutral

Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

Untuk memastikan semua konduktor pelindung


disambung secara betul dan berkesan.
Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka
Ohm
Kaedah Pengujian :
1. pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar
buka(Switch Off ) dan semua beban ditanggalkan.
2. sambungkan test lead penguji seperti rajah
3. nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1ohm

Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang


Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan
disepanjang litar gelang.
Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
Kaedah Pengujian :
1. Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB,
konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi
dari terminal bumi di kotak fius agihan.
2. Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah ( EE).
3. Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N).
4. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan


yang baik disepanjang litar.
Alat uji - Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm
Kaedah pengujian :
1. Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off ).
2. Semua beban hendaklah ditanggalkan.
3. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).
4. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di
litar-tutup.
5. Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas.
6. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

UJIAN RINTANGAN
PENEBATAN
Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa,
konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.
Menguji ketahanan penebatan kabel.
Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester).
Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T
atau 500V A.T.
Kaedah Pengujian :
1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off )
2. Semua beban hendaklah ditanggalkan.
3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup(switch on)
4. Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah.
5. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.

UJIAN KEKUTUBAN
Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.
Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa.
Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa,
neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.
Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
Kaedah pengujian
Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off).
Semua beban hendaklah ditanggalkan.
Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ).
Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan rajah.
Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa.
Menguji punca sambungan soket keluaran.
Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru.
Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

i. Menguji rintangan elektrod bumi,

ii.Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam,


iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam
kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain.
iv. Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance
Tester).
v. Kaedah pengujian Terminal 'E' disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor
hijau).
Terminal 'P' disambungkan pada pancang voltan (spike potential)
(konduktor kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi.
Terminal 'C' disambungkan pada pancang arus (spike current)
(konduktor merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi.

Cara Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi Dibuat

Ujian hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali,


bertujuan untuk mengelakkan bacaan tidak tepat
disebabkan kawasan rintangan bertindih.
i. Rekodkan bacaan pertama (Z1)
Contoh : Z1 = 10
ii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan
asal. Rekodkan bacaan kedua (Z2)
Contoh : Z2 = 10
iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan
asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3)
Contoh : Z3 = 10

Keputusan:
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai
purata bagimenentukan nilai rintangan elektrod
bumi yang diuji.

PERATURAN KESELAMATAN
INSTITUTION OF ELECTRICAL
ENGINEERS (IEE)
Peraturan Pendawaian IEE merangkumi :
a) Pengenalan Peraturan Elektrik
b) Perlindungan Arus Lebihan
c) Pemilihan Kabel
d) Pemilihan Peralatan, Pengasingan &
Pensuisan
e) Pemeriksaan & Pengujian

Tujuan

Untuk

menjamin keselamatan kepada


pemasangan dan kelengkapan elektrik.

Untuk

memberi perhatian kepada


keselamatan pengguna daripada bahaya
kebakaran dan renjatan elektrik sama
ada dalam atau luar bangunan.

Aspek yang dititikberat dalam Peraturan IEE :

a) Voltan bekalan.
b) Pemilihan bahan atau alat
tambah yang sesuai
c) Reka bentuk litar

d) Semasa pembinaan seperti :

i) Pemasangan tidak mewujudkan kesan


sampingan
ii) Mengadakan penyenggaraan pemasangan
iii) Mengikut piawaian British/kod
iv) Penyambungan kabel yang baik
v) Pemasangan peralatan di tempat yang
sesuai dan mudah dikendalikan.
vi) Mengadakan ruang kerja yang mencukupi

e) Pemeriksaan dan pengujian seperti :

Memastikan pemasangan dan


kelengkapan ini benar-benar baik dan sesuai
digunakan.
Mematuhi kehendak peraturan IEE dan
penguasa tempatan.

Peraturan IEE bagi arus


beban lampau
1. Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan
sebarang arus beban lampau yang mengalir dalam
pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi
pada penebat, sambungan atau pengalir.
2.Alat perlindungan arus beban lampau mestilah
mempunyai ciri-ciri :
a) Arus nominal(arus maksimum yang boleh melalui
kabel) tidak kurang dari arus reka bentuk litar.
b) Arus nominal tidak melebihi kapasiti membawa arus
yang terkecil bagi sebarang pengalir dalam litar .

Peraturan IEE bagi


perlindungan arus litar pintas
Alat perlindungan mestilah mampu memutus sebarang arus
litar pintas dalam setiap litar sebelum arus tersebut boleh
mengakibatkan kesan kepanasan dan kerosakkan mekanikal
ke atas pengalir.
Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang dari
arus litar pintas.
Alat perlindungan untuk arus beban lampau yang mematuhi
ciri-cirinya dan mempunyai kapsiti pemutusan tidak kurang dari
arus litar pintas yang digunakan.
Peranti/peralatan yang digunakan sebagai perlindungan arus
lebihan :
a) Fius
b) Pemutus litar (Circuit Breaker)

Peraturan IEE bagi kabel :


Kadaran voltan kabel mestilah tidak kurang
dari voltan bekalan.
Kapasiti membawa arus mestilah tidak kurang
dari arus maksimum yang mengalir dalam kabel.
Susutan voltan tidak melebihi 4% dari voltan
bekalan
Setiap pengalir kabel yang disambung selari dari
satu litar akhir mestilah sama jenis, luas keratan
rentas, panjang & kedudukan pendawaian

Peralatan
Peraturan mengkehendaki :
Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan
dilindungi supaya mengelakkan bahaya
Pertimbangan dalam peralatan yang hendak digunakan :
1)
Tujuan ia digunakan.
2)
Pengaruh luaran.
3)
Kesesuaian (compatibility).
4)
Senggaraan.
5)
Alat ganti.
6)
Mematuhi piawaian tempatan atau berkaitan.

Pengenalan & Notis

Pengenalan alat hendaklah jelas dengan


guna label yang sesuai, mudah dilihat & jelas
Cth Notis
- BAHAYA - VOLTAN TINGGI
- SUIS BOMBA
- ON / OFF

Pengasingan Dan Pensuisan


Dalam peraturan, mengkehandaki :
Pengasingan dan pensuisan tidak automatik hendaklah
disediakan untuk mengelakkan atau menghilang bahaya
berkaitan dengan pemasangan, peralatan dan mesin elektrik
Jenis pengasing:
1. Pengasing (Isolators/Disconnector)
2. Suis pengasing(Isolating switch)
3. Plug dan suis alur keluar
4. Fius penyambung(Fuselink)
5. Penyambung (link)
6. Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)

Sekian terima
kasih.

You might also like