You are on page 1of 5

Papan Agihan / Kotak Agihan (distribution board) adalah satu sistem

membahagikan litar utama kepada litar-litar kecil seperti litar pencahayaan dan
kuasa di dalam satu bekas khas. Segala bekalan elektrik yang disalurkan ke litar
tersebut terlebih dahulu melalui perkakas suis sebagai perlindungan kepada
pemasangan dan kelengkapan elektrik.

Susunan atau urutan utama alat kawalan kelengkapan utama dalam suatu
pemasangan premis bangunan adalah seperti berikut:

i. Unit Pemotong tersiri daripada fius perkhidmatan dan penyambung


neutral.
ii. Jangka-Kilowatt-jam kWj.
iii. Suis Utama
iv. Pemutus Litar Bocor ke Bumi
v. Kotak Fius Agihan

Unit Pemotong dan Jangka Kilowatt jam adalah milik pembekal tenaga atau pihak
berkuasa dan segala pemasangan serta penyambungan bekalan dilakukan oleh
mereka. Manakala Suis Utama, Pemutus Litar Bocor Ke Bumi dan Kotak Fius Agihan
adalah milik pengguna dan segala pemasangan dibuat oleh pihak kontraktor.

Kotak fius agihan adalah tempat untuk pengagihan tenagan elektrik utama kepada litar-
litar kecil akhir atau pun ke kotak fius agihan sub. Di dalam kotak ini terdapat punca
utamauntuk bekalan hidup, neutral dan bumi. Daripada punca utama inilah
pengagihandibuat dengan menyambungkan litar-litar kecil akhir mengikut bilangannya.

Pengagihan punca bekaln dilakukan dengan menyambungkan kabel litar ke punca


tamatan menggunakan skru. Setiap sambungan mempunyai fius atau pemutus litar
secara berasingan. Oleh itu segala fius/pemutus litar perlu dilindungi kerana bahaya
kepada pengguna dan didalam kotakinilah dihimpun segala aksesori tersebut.

Kotak agihan ada dibuat dari bahan PVK/plastik dan juga logam besi. Pemasangan
masa kini kebanyakkanya menggunakan kotak fius agihan jenis miniatur yang diperbuat
daripada bahan plastik atau pvk tahan lasak dan mempunyai penutup lutsinar yang
boleh menampakkan susunan fius/pemutus litar. Sepertimana pada Rajah 1 adalah
kotak fius agihan jenis miniatur.

Rajah 1: Kotak Fius Agihan Miniatur

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN AGIHAN (DISTRIBUTION BOARD)

Papan Agihan merupakan tempat penyimpanan Suis Utama, dan alat perlindungan
untuk litar pendawaian pengguna.

Terdapat tiga peranti utama dalam kotak fius agihan:-

i. Suis Utama (Main Switch)


ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi (Earth Leakage Circuit Breaker )ELCB, RCCB,
RCD
iii. Pemutus Litar Miniatur / Miniature Circuit Breaker (MCB)

Suis Utama (Main Switch)

Fungsi utama peranti ini ialah untuk menyambung dan memutuskan bekalan utama
pada litar pendawaian pengguna.

Ia merupakan satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik
keluar. Ia hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbezaan seperti berikut:-
Fius yang digunakan ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut (fius katrij)
berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.

Fius berkadaran 63A kebawah.

Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.

Ia digunkan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN) dan 3 fasa (TP dan TPN)

Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)

Fungsi utama peranti ini untuk memutuskan bekalan utama apabila berlaku kerosakan
Arus Bocor Kebumi pada pendawaian pengguna. Jenis ini juga disebut RCCB (Residual
Current Circuit Breaker) dan fungsinya sama dengan ELCB walaupun dibuat dalam
bentuk miniatur.

Jika arus bocor melebihi had kadaran, alat ini kan memutuskan litar sebagai
perlindungan dengan punat suis akan terpetik ke ‘off’ secara automatik.

Terdapat suis kecil bertanda T yang perlu ditekan untuk menguji kendalian ELCB.
Dicadangkan supaya alat ini diuji setiap bulan untuk memastikan keadaannya boleh
berfungsi sebagai pelindung kepada sistem pendawaian pda sesuatu premis.

Pemutus Litar Miniatur / Miniature Circuit Breaker (MCB)


Fungsi utama peranti ini ialah untuk memutuskan bekalan pada litar akhir yang dikawal
apabila berlaku kerosakan litar pintas atau Arus Beban lebih pada litar yang dikawal.

Arus berlebihan nilainya lebih besar daripada kapasiti arus untuk litar yang dipasang.
Kesannya boleh menyebabkan keroskan penebat, pengalir dan boleh menyebabkan
kebakaran.

MCB diguna sebagai pelindung daripada kerosakan tersebut yang boleh didapati mod
kendaliannya secara berikut:

Pelindung arus lampau - Bi- Metal

Pelindung kerosakan – Solenoid

Jika berlaku litar pintas atau arus lampau/ berlebihan pada litar kecil akhir maka MCB
ini akan memutus bekalan secara automatik iaitu punat suis akan terpetik ke off.

Punat suis boleh ditolak ke ‘on’ untuk menyambungkan litar kecil akhir kepada
pengagihan litar utama. Oleh yang demikian, jika MCB telah memutus litar iaitu
keadaan ‘off’, ia boleh menyambung semula kepada keadaan ‘on’ tanpa menukar fius
dengan hanya menolak punat suis kepada ‘on’.

You might also like