You are on page 1of 2

PENERANGAN

Definisi kabel
1. kabel merupakan satu daripada bahan keperluan utama dalam kerja-kerja
pedawaian elektrik disamping aksesori lain sama ada untuk pendawaian
domestik atau industri
2. kabel berfungsi sebagai penghubung atau laluan kepada bekalan elektrik dari
satu punca ke satu punca yang lain.
3. Kabel ini terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis
4. Satu kabel mempunyai 3 bahagian utama:
a) Pengalir
b) Penebatan
c) Perlindungan mekanik

A. Pengalir

Pengalir adalah bahagian kabel yang fungsinya untuk mengalirkan arus elektrik.
Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam.
1. satu bahan yang membenarkan pengaliran 2 electron bebas atau arus secara
bebas melaluinya.
2. Jenis pengalir yang biasa digunakan :
a) Perak
 Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir
biasa.
 Digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam
komponen elektronik
 Nilai kerintangannya ialah 16µΩ/mm

b) Kuprum
 (bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk)
 Suatu pengalir kedua terbaik
 Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-pengalir
selain daripada kabel yang digunakan dalam pemasanagan
 Nilai kerintangan ialah 17.5µΩ/mm
c) Aluminium
Suatu pengalir yang ringan dibadingkan dengan pengalir lain
Digunakan sebagai kabel/ dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur
bagi voltan rendah
Nilai kerintangan ialah 28.4

d) Timah
Pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk cantman pengalir kabel
Mudah cair apabila dipanaskan
Nilai kerintangan ialah 120

e) Plumbum
Pengalir dari jenis keras
Digunakan sebagai penagalir bumi dan pensalut untuk kabel bawah tanah
Nilai kerintangan 220

PeNebat
Bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya
dengan mudah.

Penebat adalah sejenis bahan yang tidak mudah mengalirkan arus elektrik.
Pengalir pada kabel mesti disaluti oleh penebat bagi mengelakkan daripada
terkena renjatan dan berlaku litar pintas apabila tersentuh.

Bahan penebat yang biasa digunakan dalam pembuatan kabel pendawaian


adalah dari jenis bahan berikut:

 Getah
 Polivinil klorid-pvk kertas terisitepu

You might also like