You are on page 1of 5

a.

Mengalihkan Gandingan “Coupling”


i. Alihkan kekunci motor “coupling”
ii. Gunakan alat penarik alas “extractor” untuk mengalihkan gandingan motor

b. Mengalihkan Rotor dan Tudung Hujung Pemacu


i. Tandakan kedudukan tudung hujung pemacu dengan badan motor
ii. Longgarkan bolt tudung hujung pemacu pada badan motor
iii. Pisahkan sedikit (rig) tudung hujung pemacu untuk dialihkan
iv. Longgarkan penyambung aci pada bahagian aci hujung tak pemacu
v. Pandukan rotor keluar daripada badan motor sehingga rotor dan aci keluar
sepenuhnya
vi. Alihkan penyambung aci
vii. Letakkan rotor pada kayu penyokong

c. Mengalihkan Tudung Hujung Tak Pemacu Daripada Aci Motor


i. Longgarkan skru tudung alas
ii. Alihkan tudung hujung pemacu dengan menggunakan penukul dan bolk
kayu

d. Mengeluarkan alas
i. Alihkan tudung hujung tak pemacu dengan menggunakan penarik alas
ii. Longsorkan alas “soal” dan tutup alas daripada aci
iii. Berhati-hati jangan rosakkan bahagian pelinciran pada tutup alas
iv. Ulang langkah (i), (ii) dan (iii) untuk alas hujung pemacu

1. Pembersihan motor

a. Keluarkan kotoran-kotoran yang terletak di dalam bahagian motor dengan


menggunakan “Vacuum Cleaner”
b. Semburkan kotoran-kotoran yang masih tinggal dengan menggunakan “Compressed
Air”
c. Bersihkan bahagian-bahagian motor dengan cecair pembersihan dan kain
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C05/P(1/4)
Drpd / of : 8

Nota : Ruang di antara rotor bar dengan stator hendaklah bebas daripada sebarang
kotoran yang menyebabkan litar pintas. Semua udara yang melalui di situ mestilah
bersih untuk memastikan penyejukan motor tersebut adalah betul.

2. Pemeriksaan dan Pembaikan

a. Periksa semua bahagian untuk memastikan kerosakan atau kehausan yang teruk
seperti bahagian-bahagian berikut:
i. Teras stator
ii. Lilitan stator
iii. Aci rotor
iv. Gelang penghujung
v. Kipas dalam motor
vi. Kipas luaran motor
vii. Alas motor

Nota : Gantikan pada bahagian-bahagian yang telah haus jika perlu

b. Periksa tanda melecet pada bahagian-bahagian yang berputar


c. Megger motor dan bandingkan bacaan dengan bacaan yang diambil sebelum
membuka motor tersebut dan bacaan yang minima tidak kurang daripada 2 Mega
Ohm.

Nota : Jika bacaannya rendah daripada bacaan sebelumnya, motor tersebut mestilah
dikeringkan sekurang-kurangnya 24 jam didalam “oven” atau menggunakan pemanas
lain. Ulang ujian, megger selepas dikeringkan dan pastikan sehingga dapat bacaan
yang dikehendaki

3. Memasang Rotor

a. Pemasangan alas
i. Bubuh geris bahagian pelinciran di dalam tutup alas
ii. Pasangkan tutup alas bahagian dalam dan alas “seal” pada setiap belah
hujung tak pemacu dan hujung pemacu
iii. Tempatkan dan rapatkan dibahagian pangkal aci
iv. Pasangkan “O ring” pada bahagian lekok didalam penutup alas
v. Panaskan alas yang baru di dalam bekas minyak di antara suhu 90°C - 110°C
vi. Sapukan minyak pelincir pada bahagian aci yang mana alas akan ditempatkan
vii. Pasangkan alas pada aci dengan kedudukan yang ketat
viii. Biarkan alas itu sejuk pada suhu bilik dan kemudian sapukan geris

Perhatian : Gunakan sarung tangan rintangan haba semasa memasang alas


yang panas kepada aci
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C05/P(1/4)
Drpd / of : 8

b. Memasang Tudung Hujung Pemacu


i. Letakkan “O ring” yang baru pada bahagian yang lekuk di dalam tutup luar alas
ii. Angkat tudung hujung pemacu untuk di pasangkan. Longsorkan tudung alas
pada aci rotor
iii. Teruskan pandu masuk tudung hujung pemacu sampai kepada alas
iv. Pasangkan injap geris jika ada

c. Memasang Rotor
i. Letakkan tutup perlindungan bahagian hujung pemacu pada aci motor
ii. Letakkan penyambung aci pada bahagian aci yang telah dipasangkan
tutup perlindungan
iii. Pandukan aci itu ke dalam bingkai motor
iv. Berhentikan rotor bila penyambung aci muncul pada bahagian hujung
tak pemacu di bingkai motor
v. Teruskan pandu rotor masuk ke dalam bingkai motor dan betulkan
kedudukannya. Keluarkan penyambung aci.

Perhatian : Jangan biarkan rotor bergesel pada bahagian stator ketika pemasangan
dilakukan.

d. Pasangkan Tudung Hujung Tak Pemacu


e. Pasangkan kipas luaran

f. Pasangkan motor

i. Pasangkan sebahagian gandingan aci pada aci motor


ii. Angkat motor untuk pemasangan dengan mengangkat pada “eye bolt”
iii. Letakkan motor pada tapak motor dan ikatkan bolt dengan cepat supaya
motor tidak beralih daripada tempat asasnya.
iv. Sambungkan semula punca-punca bekalan
v. Bersihkan segala bahagian yang dilekatkan label pada motor untuk kerja-
kerja pengujian yang akan dilakukan
vi. Mesti diberikan bekalan seketika supaya motor itu bergerak sedikit untuk
memastikan pusingannya
vii. Periksa jika ada bunyi yang tidak normal
viii. Periksa suhu pada setiap bahagian motor selepas motor beroperasi
sekurang-kurangnya 3 jam dan bila motor sudah sampai kepada operasi
yang dikehendaki
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C05/P(1/4)
Drpd / of : 8

ix. Pasangkan gandingan dan buatkan penjajaran motor dengan beban untuk
tujuan seterusnya.

Nota : Motor mesti beroperasi dengan ada pelinciran. Setiap bacaan-bacaan dan
kendalian yang luar biasa mesti dibetulkan mengikut servis motor tersebut.

MEMBUAT LAPORAN TUKAR GANTI ALAT

 Cara membuat laporan kerosakan mestilah dilakukan mengikut prosidur yang ditetapkan.
Prosedur ini berbeza-beza mengikut kesesuai tempat bekerja. Dibawah ini contoh bagi
membuat laporan tukar ganti alat :

1. Ambil borang tukar ganti alat


2. Pastikan alat yang rosak dan isikan nama, jenis dan bilangan alat yang rosak
3. Pastikan semua ciri-ciri alat yang dilaporkan dengan jelas
4. Berikan juga sebab kemungkinan yang menyebabkan kerosakan
5. Berikan borang tukar ganti alat kepada penyelia untuk tindakan seterusnya.

SOALAN :

1. Berikan 3 kesan bahaya yang mungkin akan berlaku disebabkan kerosakan elektrik.

a. ....................................................................................................................................
b. ...................................................................................................................................
c. ....................................................................................................................................

2. Terangkan 3 cara laporan tukar ganti alat dilakukan.

a. ...................................................................................................................................
b. ...................................................................................................................................
c. ...................................................................................................................................
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C05/P(1/4)
Drpd / of : 8

RUJUKAN :

1. Abd Samad Hanif 2004 Lukisan Elektrik dan Elektronik,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur ( Muka surat 187- 204)

2. Abd Samad Hanif Teknologi Elektrik,Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd. ( Muka surat
277-296)
3. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
4. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
5. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd
6. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers
7. R.Boylestad and L.Nashelsky. (1996). Electronic Devices and Circuit Theory. Prentice
Hall- Gale .

You might also like