You are on page 1of 33

* Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori

seperti pemeganglampu, ros siling, soket keluaran, fius, suis


palam,pemutus litar, kotak agihan pengguna, pemutus litar ke bumi
dan lain-lain lagi sebagai melengkapkan satu sistem pendawaian.

* Pemegang Lampu
Kegunaannya adalah untuk memegang mentol. Dengan adanya
aksesori ini mentol
boleh ditukar ganti apabila berlaku kerosakan. Terdapat tiga jenis
pemegang lampu
iaitu:
i. Pangkal kilas
- digunakan untuk mentol sehingga 150W

ii. Jenis skru


- Skru Edison Medium; untuk mentol sehingga 250W
- Skru Edison Goliath; untuk mentol melebihi 200W

iii. Pendant
- digunakan untuk mentol sehingga 150W
Pemegang lampu Batten
Pemegang lampu
pandent
 Ros Siling
Ros siling adalah aksesori yang mempunyai
tamatan untuk digunakan sebagai punca
bekalan bagi pendawaian tetap.
Sambungan yang dibuat pada tamatan ros
siling biasanya menggunakan wayar atau kord
jenis mudah lentur.
Diperbuat daripada bahan penebat yang tahan
seperti buklite, porcelain atau urea
formaldehyde.
Ceiling Rose
*Soket Keluaran

Soket keluaran adalah aksesori yang menyediakan


punca bekalan kuasa dalam satu sistem pendawaian
tetap dengan litarnya merupakan satu daripada litar-
litar kecil akhir.
Sesentuh dibuat daripada bahan fosfor gangsa atau
loyang keras yang ditempatkan pada bahagian
dalam soket. Sesentuh adalah punca aliran fasa
neutral dan bumi yang tidak mudah disentuh oleh
pengguna.
Soket keluaran punyai pelbagai bentuk.
Soket Keluaran 13 Amp Soket Keluaran Soket Keluaran
5Amp 15Amp

Soket Universal 10
Amp
Outdoor Combination
Soket 10 Amp
*Palam

Mempunyai beberapa pin sesentuh yang pada hujung


sebelah dalam badannya terdapat punca tamatan.
Pin dibuat dari bahan fosfor gangsa atau loyang keras
berbentuk bulat atau empat persegi leper.
Palam digunakan untuk menyambung kelengkapan
elektrik dengan soket alir keluar melalui kord atau kabel
boleh lentur.
Saiz pin punca bumi lebih panjang sedikit daripada saiz
pin hidup dan neutral.
Oleh itu pin bumi akan menyentuh dahulu kepada sesentuh
bumi di soket alir keluar dibandingkan dengan pin-pin
yang lain.
Palam atau 3 pin plug
◦ Suis
Suis adalah peranti mekanikal yang boleh menyambung atau
memutuskan litar secara manual atau secara perantaraan seperti
tali. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis yang dibuat dalam
pelbagai kadaran arus mengikut kesesuaian penggunaannya.
Bekalan talian fasa tunggal lazimnya menggunakan suis jenis
kutub tunggal seperti:

i. suis satu hala


ii. suis dua hala
iii. suis perantaraan

 Suis yang digunakan untuk mengawal lampu, kendaliannya


memutus atau membuka susis secara celah mikro. Sesentuh
membuka dengan jarak yang kecil supaya tidak mengeluarkan
bunyi yang kuat ketika ditutup serta tidak mengeluarkan sela
bunga api. Suis dibuat dalam pelbagai bentuk yang kegunaannya
disesusikan mengikut sistem pendawaian. Bentuk binaan suis
mengikut sistem pendawaian adalah seperti :
i. suis jenis permukaan
ii. suis jenis sebahagian tersembunyi
iii. suis jenis tarik
iv. suis jenis khusus untuk sistem konduit
Suis dua hala
Suis satu hala

Suis pemalap/Dimmer
Suis tarik
switch
Suis perantaraan
◦ Kotak Agihan
Kotak agihan pengguna mengandungi
kelengkapan peralatan perlindungan seperti
suis utama, pemutus litar ke bumi (PLAB) dan
fius.
Sistem bekalan elektrik dibahagikan kepada
dua iaitu bahagian milik pembekal elektrik
mengandungi unit pemotong dan penyambung
neutral, fius talian hidup dan meter kilowatt
jam.
Manakala milik pengguna bermula daripada
kotak agihan pengguna yang mengandungi suis
utama SKN, PLAB dan kotak agihan berfius dan
seterusnya sistem pemasangan pendawaian.
Rajah menunjukkan papan agihan yang lazim di
dapati untuk pemasangan domestik dan jenis
kotak agihan terkini yang dinamakan miniature
‘miniature’.
kotak agihan 4 hala
Kotak agihan 4 hala
Fungsi fotosel atau suis peka cahaya adalah sebagai suis automatik yang dapat
menyalakan lampu apabila hari gelap dan sebaliknya. Pastikan suis lampu
sentiasa dihidupkan.
Mengandungi tiga wire
Merah – line (dari suis)
Putih – Neutral ke lampu
Hitam – beban (load)
Metal DOL External

 Bertindak sebagai pemula kepada beban


elektrik agar mudah untuk mengawalnya
 Diperbuat daripada campuran bakelit dan pvc
 sebagai suis pengawal aircond atau motor
elektrik.
Berukuran 4x4, 4x8, dan 4x12 inci.
Sebagai tapak untuk suis, dan soket keluaran.
Diperbuat dari pvc
Boleh didapati dalam bentuk kembar, tiga hala dan 4 hala.
Regulator berfungsi sebagai pengawal
kelajuan kipas siling.
Mengandungi gelung rintangan di mana
gelung rintangan sedikit kipas akan berpusing
laju dan sebaliknya.
Suis pemanas air berfungsi sebagai alat kawalan
pemanas air ON dan OFF.
Diletak di luar pintu bilik mandi. Diperbuat
daripada bakelit. Mengandungi lampu penunjuk.
Berfungsi memutus litar secara automatik ke bumi apabila
berlaku litar pintas atau kebocoran arus berlebihan
Melindugi beban apb berlaku litar pintas antara wire hidup
dengan wayar bumi. Kadaran: 43Amp, 63Amp
Berfungsi memutuskan litar apabila beban lampau atau litar
pintas.
Digunakan sebagai alat pelindung bagi litar akhir lampu, soket
keluaran, penyaman udara, pemanas air dan motor.
Kadaran Arus– 6A, 10 A, 16A, 20A, 32A
mengasing litar pengguna apabila berlaku
kemalangan dan sebagai pelindung lebihan arus
pengguna. Kadaran arus 30A, 60A
 Menyukat tenaga elektrik yg
digunakan oleh pengguna.
 .
.

Fius Perkhidmatan – Pelindung


lebihan arus & menghadkan arus
pengguna. Mengandungi fius
perkhidmatan berkadaran 60 Amp

Neutral Link (penghubung neutral)


Pembawa kabel neutral dari bekalan
 Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871

 Terdapat dua jenis MCB (Miniature Circuit Breaker)


atau pemutus litar miniature yang digunakan untuk
pemasangan domestik dan industri iaitu jenis magnet
hidrolik/magnetik dan jenis magnet terma.
 Fungsi utama adalah sebagai peranti perlindungan
kepada pemasangan. Dalam keadaan litar pintas dan
juga rosak peranti ini akan memutuskan sambungan
secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus
mengalir di dalam litar. Dalam keadaan normal peranti
ini membuat sambungan bagi membolehkan litar
lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar.
 Peranti ini dibuat mengikut spesifikasi BS yang
mengandungi ciri-ciri berikut :
i. Peranti hendaklah di dalam bekas tertutup rapat
untuk perlindungan mekanisma.
ii. Nilai arus minimum untuk membuka secara
automatik
iii. Tempoh masa untuk membuka
Binaan MCB
 MCB BS3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga
415V dan arus sehingga 100A serta kapasiti memutus
sehingga 9KA. Bagi memenuhi ciri-ciri piawaian binaan
asasnya mengandungi :

 i. Satu set mekanisma pensuisan


Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh
ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan
tangan. Punat suis akan terpelantik secara automatik ke
OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya.
Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan
OF, periksa litar yang bersambung dengan MCB ini dan
asingkan peralatan yang telah dikenalpasti rosak.
Kemudian boleh tolak punat suis ke ON semula, jika
masih terpelantik semula ke OFF, periksa aksesori dan
kabel pendawaian.

 Ii. Satu set alatan pelantik automatik


Terdapat dua jenis alat pelantikan secara automatik
yang digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma
haba dan jenis magnet hidrolik.
 Jenis Magnet Terma
Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.
Kendalian akan dilakukan oleh alat sesentuh
dwilogam (bitemal). Apabila arus lebih melaluinya,
bahan logam yang satu akan pelantik system
mekanisma suis ke arah OFF. Pelantik serta merta
dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi
beban lebih di sekitar 10X kadaran arusnya.
 Jenis Magnet Hidrolik/Magnetik
 Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung
electromagnet dililit pada tabung berbentuk silinder
berisikan minyak sebagai terasnya. Apabila arus besar
melaluinya akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu
menggerak mekanisma pelantik secara automatik dan
memutus litar. Binaannya mengandungi :

i. Set pelindung pemadam arka


Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila
berlakunya arka
ketika sesentuh terbuka dengan serta merta
dihalakan ke arah
perangkap arka dan ini membolehkan arka
dipadamkan dengan
serta merta.
Jenis Magnet Terma
 Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak

Terdapat dua jenis kendalian pelantik


dalam pembuatan MVB iaitu suis terpelantik
lambat dan MCB yang suisnya terpelantik
dalam tempoh tidak melebihi 0-1saat
sebagai pelantik serta merta. Mengikut
piawaian BS3871 MCB hendaklah tidak
berkendali ketika mengalirkan arus dengan
kadarannya secara berterusan. MCB juga
dikehendaki supaya terpelantik dalam
tempoh masa satu jam jika sekiranya aliran
arus 1.5 kali lebih daripada kadaran arus
biasa atau 1.35 kali daripada arus kadaran
bagi arus kadaran lebih daripada 10A.
Jenis Magnet Hidrolik/Magnetik
 Kebaikan MCB
 Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak
pembuat dan tidak boleh diubahsuai.
 Kendalaian atau keupayaan MCB boleh diuji serta diset semula
 Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar
pemasangan dapat dikesan dengan lebih cepat
 Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan
yang lain manakala MCB hanya perlu diset semula atau di ONkan
setelah terpelantik

◦ Pemutus Litar Bekas-Beracuan (MCCB)


 Seperti dengan pemutus litar kenit (MCB), MCCB merupakan
sebuah perkakas suis voltan rendah yang padu. Ianya
menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa
dan juga luar biasa. Ketika keadaan luar biasa, litar terputus secara
automatik.
 MCCB telah digunakan secara meluas di dalam pepasangan
moden, terutamanya dapat disesuaikan di dalam bangunan-
bangunan besar dan loji perindustrian bagi menggantikan suis
pisau berfius (fused knife switches)
 Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah BS4752 yang mengandungi
kesemua keperluan teknikal yang khusus.
 Binaan MCCB
 Binaan bagi sebuah MCCB hampir sama dengan sebuah MCB. Ianya mempunyai
ciri-ciri tambahan berikut apabila dibandingkan dengan MCB.

i. Butang pelantik
ii. Ciri-ciri masa/arus boleh laras
iii. Memperuntukkan bahan tambah boleh pilih (optional accessories) seperti
gelung pelantik pirau, sesentuh tambahan dan sebagainya.

 Alat Pelantikan (Tripping Device)


Alat pelantikan automatik yang digunaklan di dalam MCB adalah sama
ada dari jenis magnetik-haba atau jenis magnetik hidrolik.

 Ciri-Ciri Pelantikan
Dua jenis pelantikan iaitu pelantikan jangkamasa lama (long-delay
tripping dan pelantikan jangkamasa berketika (instantaneous tripping).
Piawaian British berkehendakkan MCCB dari jenis SS4752 seharusnya
tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan.
Bagi
MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya
tidak terpelantik dalam masa satu jam (masa lazim) bila membawa arus
1.05 kali arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam
berikutnya (sekali
lagi masa ini adalah masa lazim), jika arus meningkat ke 1-35 kali arus
kadarannya.
Bagi arus kadaran yang melebihi 63A, masa lazimnya menjadi dua jam.
Binaan Bahagian Dalam MCCB

You might also like