You are on page 1of 1

1.

PENGENALAN
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi

mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Litar kawalan pendawaian
pula ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasangan pengguna. Litar ini termasuk pengasingan, pensuisan, perlindungan arus
lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.
Dalam litar pendawaian elektrik mempunyai pelbagai bahagian. Antara dua
komponen penting dalam litar pendawaian ialah litar kuasa dan litar pencahayaan.
Kedua-dua jenis litar ini ialah sebahagian daripada litar pengguna. Litar akhir ialah litar
yang disambungkan keluar dari kotak fius agihan (DB) dan berakhir di beban atau soket
alur keluar atau kelengkapan elektrik di pemasnagan itu. Litar pencahayaan biasanya
digunakan bagi tujuan pemasangan litar lampu, loceng pintu dan jam elektrik. Kadaran
bagi fius atau MCB bagi litar pencahayaan ialah 6 Ampere manakala saiz kabel yang
digunakan ialah 1.5 mm. Litar pencahayaan dibahagikan kepada enam jenis iaitu 1 suis
mengawal 1 lampu, 1 suis mengawal 2 lampu, 2 suis mengawal 1 lampu, 2 suis
mengawal 2 lampu, suis perantaraan dan litar kipas.
Seterusnya, litar kuasa pula biasa kelihatan dalam pemasangan soket iaitu soket
keluaran. (socket outlet). Litar kuasa dipecahkan kepda dua komponen iaitu
pemasangan secara litar jejari dan litar gelang. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar
kuasa jenis jejari ialah 16 Ampere (maksimum 2 unit untuk 1 unit MCB) manakala
kadaran bagi saiz fius atau MCB bagi litar kuasa jenis gelang ialah 32 Ampere (had
maksimum adalah bebas bagi 1 unit MCB). Saiz kabel yang digunakan untuk kedua-dua
jenis litar kuasa ini ialah 2.5 mm. Litar jejari ialah litar pendawaian di mana dawai hidup
(I), dawai neutral (n) dan dawai bumi (e) diambil dari kotak fius agihan sebagai satu litar
akhir dan disambungkan ke punca soket alur keluar (S.A.K). Litar gelang pula bermula
dari satu fius di dalam kotak fius agihan dan disambungkan ke setiap punca soket alir
keluar (S.A.K) dan kembali ke fius asalnya pada akhir.

You might also like