You are on page 1of 29

LAPORAN PROJEK AKHIR

SMART POWER SUPPLY CONTROLLER

COURSE CODE BBD 44401

COURSE NAME KELAB REKA CIPTA

LECTURE NAME DR. YOKE LING WOO

1. MOHD AMIR IZAN BIN ALIAH (CB170013)

2. SHAFIQ BIN AZHARI (CB170007)

3. MUHAMMAD AMIRUL AFIZI BIN ABDULLAH


(CB170001)

4. MUHAMMAD NASHARUDDIN BIN SUIB


(CB170012)

5. WAN AHMAD FAISAL BIN WAN AB AZIZ


(CB170081)

6. AMIRUL SYUWARI BIN OSMAN (CB170020)

7. IDA FARHANA MUHAINY BINTI MORBE


(DB170046)

STUDENT NAME 8. NATASHA BIN MOHD ISA (DB170006)

SECTION SECTION 2

`1
SUBMISSION DATE 28 JUN 2020

ABSTRAK
Produk Smart Power Supply Controller ini adalah satu sistem pemantauan
dan pengawalan menggunakan aplikasi Blynk menggunakan aplikasi Blynk
merupakan sebuah produk yang dibangunkan bertujuan untuk memantau dan
mengawal peranti elektrik di rumah seperti lampu, kipas dan soket pada jarak jauh.
Sistem ini dibangunkan untuk pengguna yang terlupa untuk mematikan
perkakasan elektrik dirumah selepas digunakan semasa ketiadaan di rumah.
Pembangunan produk ini berpandukan model Software Development Life Cycle
(SDLC). Model ini mempunyai enam fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka
bentuk sistem, fasa perlaksanaan, fasa pengujian, fasa aplikasi dan fasa
penyelenggaraan. Prototaip ini berjaya dibangunkan dengan bekalan kuasa 240V
seperti rumah sebenar. Pembangunan Graphical User Interface (GUI) juga berjaya
dihasilkan apabila semua butang yang digunakan untuk mengawal peranti elektrik
pada prototaip rumah dapat berinteraksi dengan baik setelah disambungkan
kepada geganti dan Nodemcu. Produk yang dihasilkan dapat berinteraksi dengan
baik pada jarak jauh. Secara keseluruhannya, objektif pembangunan projek ini
tercapai.

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 4

1.1 Masalah Yang Dikenal Pasti 5-6

2.0 Objektif Projek 7

3.0 Lukisan Projek Autocad 8-9

4.0 Pemilihan Idea Dan Justifikasi 10-11

`2
5.0 Senarai Bahan dan Alatan yang Digunakan 8-9
5.1.1 Pembinaan Prototaip
6.0 Menganalisis Kelebihan Dan Kekurangan Produk Yang 15
Dikenalpasti
7.0 Kaedah Pembinaan Projek 16-17

8.0 Pemilihan Rekabentuk Projek Dan Rasional 18

9.0 Kos Pengeluaran Projek 19-20

10.0 Cadangan dan Penambahbaikan 21

11.0 Kesimpulan dan Refleksi 22

12.0 Perancangan Dan Tahap Perlaksanaan Projek (Carta 23


Gantt)
12.0 Senarai Rujukan 24

13.0 Lampiran 25-27

1.0 PENGENALAN

Matapelajaran iaitu Kelab Reka Cipta merupakan salah satu matapelajaran


yang dilaksanakan dalam kokurikulum Sarjana Muda Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Obejektif penawaran
matapelajaran ini diwujudkan adalah kerana setelah kerajaan mengenalpasti
kepentingan bidang ini dan perlu diketengahkan dan dikembangkan khususnya
dalan kalangan pelajar bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia.
Matapelajaran ini mendorong para pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif
untuk menyelesaikan masalah yang akan ditempuhi pada masa akan
datang dengan sebaiknya.

SMART POWER SUPPLY CONTROLLER merupakan pengaplikasian

`3
sistem rumah pintar pada bangunan kediaman dan industri yang melibatkan
teknologi yang dapat memudahkan pengguna dalam rutin dan kerja harian. Arus
perubahan teknologi yang semakin berkembang menjadikan kehidupan lebih
mudah untuk urusan seharian manusia. Internet of Things atau IoTs merujuk
kepada peranti elektronik yang membolehkan ia berkomunikasi sesame sendiri
melalui internet. Bersesuaian dengan IoTs ini kami telah membina satu Prototaip
Rumah Pintar

Pengawalan Peranti Elektrik yang mampu mengawal peranti elektrik di


rumah seperti penyaman udara, kipas, lampu, soket dan sebagainya. Prototaip ini
direka untuk membolehkan pengguna mengawal peranti atau perkakas elektrik
yang berada di rumah melalui telefon pintar atau tablet mereka dari jarak jauh.
Prototaip ini mampu dikawal melalui sistem androids ataupun IOS. Penjimatan
penggunaan tenagan elektrik juga dapat ditingkatkan dan menjadikan tenaga
elektrik lebih efisien. Menurut statistic yang dikeluarkan oleh pihak BOMBA pada
tahun 2013 mencatatkan sebanyak 934 kes bagi punca utama berlakunya
kebakaran di seluruh negeri adalah dari penggunaan elektrik dan prototaip ini
mampu mengurangkan risiko tersebut.

`4
1.1 MASALAH YANG DIKENAL PASTI

Pada masa kini perkembangan teknologi rumah pintar semakin meluas di


seluruh dunia. Rumah pintar dibangunkan adalah untuk menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik. Penggunaan tenaga elektrik di Malaysia di sesebuah rumah atau
premis adalah melebihi kadar penggunaan minimum. Hal ini mungkin kerana
pengguna di sesebuah rumah terutamanya premis mempunyai banyak
perkakasan elektrik dan mesin yang memerlukan kuasa keluaran yang tinggi dan
pengguna ataupun pengusaha tidak mematikan perkakasan dan mesin tersebut
setelah digunakan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad


(TNB) pada tahun 2010, kehendak maksimum di semenanjung Malaysia
mencatatkan peningkatan sebanyak 5.8% daripada 14,245 MW pada 2009
kepada 15,072 MW pada 2010 yang dicatatkan pada 24 Mei 2010. Permintaan
tenaga harian tertinggi pada tahun 2010 direkodkan pada 25 Mei 2010 sebanyak
311.5 GWj iaitu 7.4% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Justeru, dengan
adanya konsep rumah pintar, pengguna atau pengusaha premis dapat mengawal
tutup buka peralatan dan perkakasan elekrtik bagi memastikan penggunaan
tenaga elektrik dapat dijmatkan

Masalah lain yang dihadapi oleh pengguna dan pengusaha IKS ialah
apabila mempunyai pekerja orang kurang upaya. Mereka mengalami kesukaran
untuk membuka dan mematikan suis elektrik yang terletak jauh dari tempat kerja
mereka. Hal ini kerana pergerakan mereka agak terbatas serta terhad menjadikan
mereka sukar untuk mengawal suis pada jarak yang jauh. Dengan adanya rumah
pintar ini, masalah yang dihadapi oleh pengguna orang kurang upaya dapat
diatasi.

`5
1.2 PENJANAAN IDEA - IDEA PENYELESAIAN

Hasil penelitian daripada latar belakang masalah, isu yang akan


diketengahkan di dalam pembangunan rumah pintar adalah berdasarkan masalah
yang dihadapi oleh pengguna. Antara masalah yang dihadapi ialah kesibukan
urusan harian pengguna menjadikan pengguna lupa bahawa perkakasan elektrik
yang digunakan di rumah sudah dimatikan atau tidak. Selain itu, masalah juga
wujud apabila pengguna adalah orang kurang upaya yang berkerusi roda dan
sukar untuk mematikan suis lampu, kipas dan mesin elektrik yang telah digunakan
dan tidak boleh dicapai oleh mereka.

Kecuaian pengguna yang lupa untuk mematikan peralatan elektrik di rumah


juga menjadi punca berlaku kebakaran. Tambahan lagi, penggunaan tenaga
elektrik yang meningkat di Malaysia, ianya memerlukan satu teknologi
berkonsepkan rumah pintar bagi membantu pengguna untuk mengawal tutup buka
peralatan dan perkakasan elekrtik sekaligus dapat menjimatkan jumlah
penggunaan tenaga elektrik. Sehubungan dengan itu, satu cadangan untuk
membangunkan sebuah prototaip rumah bersama aplikasi pada telefon mudah
alih sangat diperlukan. Dengan adanya aplikasi rumah pintar, pengguna juga tidak
perlu berasa bimbang jika terlupa untuk mematikan peralatan elektrik di premis.
Hal ini kerana, dengan adanya pembangunan aplikasi pada telefon mudah alih,
pengguna dapat memeriksa samada peralatan di rumah sudah dimatikan atau
tidak pada jarak yang jauh. Disamping itu juga, keselamatan di rumah terjamin
serta penjimatan bil elektrik boleh dihadkan

`6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menetapkan tiga objektif utama bagi
memastikan matlamat penghasilan produk ini dicapai. Antara objektif produk ini
dihasilkan adalah seperti berikut:

i. Membangunkan satu prototaip sistem kawalan berasaskan aplikasi Blynk.


ii. Membina antara muka pengguna grafik (GUI) dengan menggunakan
perisian Blynk yang akan mengintegrasikan dengan sistem Wifi melalui
mikropemprosesan Nodemocu.
iii. Menentukan kebolehfungsian sistem kawalan peranti elektrik berasaskan
telefon pintar bersama aplikasi yang dihasilkan.

`7
3.0 Lakaran bagi perekaan Projek

Lakaran 1

Rajah 1: Lakaran rumah mini dengan sistem Smart Power Suppy

Lakaran 2

Rajah 2 : Menunjukkan peranti kawalan pada sumber kuasa

`8
Lakaran AUTOCAD

`9
4.0 PEMILIHAN IDEA DAN JUSTIFIKASI

IoT secara amnya bermaksud menghubungkan peralatan (things) kepada


infrastruktur Internet (wayar atau tanpa wayar) dan menggunakan perhubungan
tersebut untuk memantau atau mengawal peralatan secara jarak jauh. Biasanya, IoT
menawarkan perhubungan kepada peranti, sistem dan perkhidmatan yang dikenali
sebagai komunikasi mesin ke mesin (machine-to-machine communications - M2M)
yang melibatkan pelbagai protokol, domain dan aplikasi.

Menurut Dr. Mazlan (2014), CEO REDtone, IoT berperanan untuk


mengoptimumkan operasi, mengurangkan kos, merangsang produktiviti dan
memperbaiki kehidupan. Justeru, diharapkan teknologi IoT dapat dimanfaatkan oleh
pengguna dengan lebih baik lagi. Ia boleh menjadi deria ke enam manusia bagi
membantu lima pancaindera yang dianugerahi Tuhan seperti bau, rasa, sentuh, dengar
dan lihat. IoT ini boleh menjadi sensor kepada pancaindera manusia kerana ia dapat
menyimpan data yang banyak pada bila-bila masa kerana ia berada di luar kemampuan
- manusia. Sebagai contoh, IoT atau peranti (sensor) yang dipasang 54 Bil. 44/2014
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA di kediaman boleh bertindak menghubungi sensor
yang berada di syarikat keselamatan atau polis jika ada sebarang kejadian yang tidak
diingini berlaku di kediaman seperti kejadian pecah rumah. Malah, apabila kita
meninggalkan rumah, penggera keselamatan berfungsi secara automatik dan
mematikan segala perkakas elektrik yang tidak digunakan untuk menjimatkan tenaga.

Dengan melakukan kajian terhadap reka bentuk dan kebolehfungsian


Pengawalan Peranti Elektrik pintar yang selalu digunakan dalam teknologi zaman
sekarang, fokus utama industri teknologi kini lebih memfokuskan kepada memberi
kemudahan pengguna dalam kehidupan seharian manusia. Penghasilan Prototaip
Rumah Pintar Pengawalan Peranti Elektrik akan dapat menyelesaikan masalah
penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan dan kebakaran di rumah dengan adanya
pengubahsuaian pengawalan peranti elektrik pintar yang sedia ada di pasaran kini.
Selain ianya dapat meningkatkan keefisiensi kehidupan seharian manusia tanpa
menggunakan tenaga manusia. Ianya juga dapat menginovasikan peranti elektrik pintar

`10
yang sedia ada serta menambahbaik daripada segi penggunaan dan
kebolehfungsianya dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, ini juga dapat menyumbang
kepada pengguna dan teknologi zaman kini.

5.0 SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

5.1 Pembinaan Prototaip

Senarai bahan yang digunakan dalam membina prototaip bagi menghasilkan projek ini
ialah.

i. Plywood
Plywood digunakan bertujuan untuk membina rekabentuk rumah secara
prototaip.

Rajah 6: Plywood yang digunakan.

`11
ii. Perspek
Perspek digunakan bagi menghasilkan rekabentuk bumbung yang boleh dilihat
dari luar.

Rajah 7: Perspek bagi bumbung

iii. Wayar Elektrik


Wayar elektrik digunakan bagi penyambungan elektrik dari prototaip ke suis
elektrik.

Rajah 8: Wayar elektrik

`12
iv. Soket 3 pin (240 V)
Soket 3 pin digunakan bagi penyambungan elektrik dari bekalan utama ke soket.

Rajah 9: Soket yang digunakan

`13
6.0 Menganalisis Kelebihan Dan Kekurangan Produk Yang Dikenalpasti

Setelah dilakukan analisa ke atas produk yang ingin dibangunkan, terdapat


beberapa kelebihan dan juga kekurangan pada projek ini. Antaranya adalah:

Kelebihan

1. Dapat mengawal dari jarak jauh peranti elektrik.


2. Menggunakan jaringan wifi.
3. Rekaan produk yang menarik.
4. Produk yang mesra pengguna.

Kekurangan

1. Hanya menggunakan jaringan wifi dan tidak menggunakan jaringan server


web
2. Produk yang agak mahal dalam pasaran.
3. Memerlukan kepakaran yang khusus untuk memasangnya.

`14
7.0 KAEDAH PEMBINAAN PROJEK

Aplikasi digunakan bagi projek ini adalah kami telah membuat proses mengekod
(coding) pada Arduino yang akan digunakan sebagai peranti kawalan sistem ini dan
telah menguji keberkenan sistem ini dengan aplikasi Blynk.

Rajah 3: Surface Aplikasi Blynk Rajah 7: Surface Aplikasi Blynk 2

`15
Rajah 4: Coding 1

Rajah 5: Coding 2

`16
8.0 PEMILIHAN REKA BENTUK PROJEK DAN RASIONAL

Rekabentuk projek ini dipilih atas rasional-rasional tertentu. Berikut adalah rasional
pemilihan rekaan tersebut:

1. Sistem smart power supply controller adalah sebuah sistem yang boleh
mengawal semua pekakas elekrtik dirumah. Jadi kami memilih lakaran 1 tersebut
kerana untuk memberi gambaran kepada pengguna bahawa sistem produk ini
dapat diaplikasikan pada rumah dengan lebih jelas.
2. Sistem ini mengunakan microprosesan iaitu wifi modul yang akan dikodkan
programnya menggunakan aplikasi arduino supaya ia dapat menerima isyarat
daripada jaringan wifi dan menghantar isyarat tersebut pada relay module. Relay
model akan mengawal memutuskan atau menyambungkan litar pada pekakasan
di rumah.
3. Aplikasi yang digunakan pada phone adalah aplikasi “blynk”. Aplikasi ini akan
dihubungkan pada jaringan wifi seterusnya ke sistem tersebut. (Gambaran
sistem tersebut adalah seperti pada rajah 1)

`17
9.0 KOS PENGELUARAN PRODUK

KOS PRODUK

Jadual 1 menunjukkan kos produk bagi Smartpower Supply bagi produk yang kami
hasilkan. Komponen yang dianggarkan adalah berdasarkan nilai pasaran dan kualiti
komponen. Tiap-tiap butiran harga komponen akan ditunjukkan dalam jadual 1.

No Komponen Unit Harga per unit Jumlah harga


(RM) (RM)
1 Wifi Module 1 31 31
2 Relay module 1 15 15
3 Adapter 1 20 20
4 Soket 3 pin 3 5 15
Jumlah 81
Jadual 1 Kos untuk Produk

Daripada jadual 1, harga produk sebenar Smartpower Supply untuk rumah adalah
bergantung kepada peralatan rumah yang diguna. Semakin banyak peralatan umah
digunakan, semakin banyak adapter dan soket 3 pin yang akan digunakan. Tetapi untuk
produk kami, harga sebenar untuk produk kami adalah berpatutan kerana ianya hanya
RM81 kos iaitu di bawah RM100. Dengan harga produk kami, kami yakin yang produk
ini mampu dimiliki oleh pelanggan untuk keselamatan rumah mereka. Ciri-ciri yang
didapati dalam reka bentuk baru ini juga dapat memenuhi keperluan pelanggan, iaitu:

1. Kos rendah

2. Ringan

3. Saiz yang kecil

4. Pengawalan jarak jauh

5. Fungsi yang baik dalam pengawalan

KOS OVERHEAD

`18
Jadual 2 menunjukkan kos overhead bagi SmartPower Supply bagi produk kami
hasilkan. Setiap butiran harga akan ditunjuk pada jadual 2.

Butiran Jumlah (RM)


Penghantaran Online 20
Minyak motosikal 5
Internet (2Gb) 10
JUMLAH 35
Jadual 2: Kos Overhead SmartPower Supply

Daripada jadual 2, harga kos overhead SmartPower Supply bagi produk kami ialah
sebanyak RM35. Terdapat 3 butiran yang kami guna iaitu penghantaran online, minyak
motosikal dan internet. Bagi penghantaran online bagi 4 komponen iaitu wifi module,
relay module, adapter dan soket 3 pin, kami dicas sebanyak RM20 untuk penghantaran
online. Ini disebabkan oleh setiap komponen dibeli pada kedai yang berlainan. Bagi
minyak motosikal pula, kami mengisi RM5 untuk bergerak ke kedai hardware. Bagi
internet pula, kami melanggan internet 2Gb kerana produk kami melibatkan internet.
Kouta sebanyak 2Gb ini dapat bertahan selama 2 hari untuk produk kami. Bagi
pengguna yang ingin mengguna produk SmartPower Supply, anggaran kouta untuk
internet terpulang kepada pengguna.

1. Pengiraan Kos

Kos Pengeluaran = Kos Bahan + Kos Overhead

= RM81 + RM35

= RM116

`19
10.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa isu yang berlaku semasa proses perlaksanaan projek ini
seperti masa yang terhad semasa menjalankan projek ini umumnya mengetahui negara
telah menjalankan perintah kawalan pergerakan. Oleh sebab itu, perlaksanaan bagi
projek ini agak terhad kerana para pelajar tidak berada di universiti. Namun begitu,
pembahagian kerja dilakukan supaya pelaksanaan ntuk projek ini berjalan dengan
lancar.

Seterusnya. Projek kami iaitu smart power supply controller menghadapi isu
berkenaan akses yang terhad kerana menggunakan koding yang kebanyakan daripada
tidak mahir dalam menggunakan koding. Namun begitu, kami menyelesaikan isu ini
dengan bertanyakan kepada pakar dan juga membuat kajian daripada internet bagi
memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut perangcangan.

Akhir sekali, kami memerlukan capaian internet untuk menguji keberkesanan


projek ini disebabkan kami berada di kampung dan kebanyakan daripada kami
mempunyai capaian internet yang rendah dan agak sukar untuk menguji
keberkesanannya. Namun begitu, kami mengatasi isu ini dengan menumpukan
penghasilan projek ini di kawasan yang mempunyai capai internet yang laju tinggi.

`20
11.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI

Secara keseluruhannya, Produk Smart Power Supply Controller bersama


pembangunan prototaip rumah yang telah dihasilkan ini boleh berkendali dengan baik.
Pembangunan projek ini adalah sebahagian daripada konsep IoTs. Hal ini kerana
konsep IoTs memerlukan data kembali yang disimpan dari cloud internet (big data) dan
data itu perlu diproses untuk dihantar kembali kepada pengguna. Bagi tujuan
membangunkan prototaip ini, perancangan yang lebih sistematik adalah sangat penting
untuk memastikan bahawa setiap fasa berjalan dengan baik. Langkah keselamatan
perlu diambil perhatian untuk mengelakkan perkara tidak dingini berlaku. Berdasarkan
komen dan cadangan daripada pakar, maka dapatlah disimpulkan bahawa prototaip ini
perlu dilakukan penambaikkan agar prototaip yang dihasilkan dapat dipelbagai
fungsinya. Projek ini juga perlu dilakukan penambahbaikan juga dari segi mendapatkan
data kembali (get back data) yang diproses melalui cloud untuk memenuhi konsep IoTs
yang sebenar.

Selain itu, hasil daripada projek yang kami lakukan kerjasama yang diberikan
oleh setiap ahli kumpulan sangat memberangsangkan walaupun dalam keadaan PJJ
tetapi setiap ahli kumpulan memberikan komitmen yang baik bagi memastikan smart
power supply dapat disiapkan.

`21
12.0 PERANCANGAN DAN TAHAP PERLAKSANAAN PROJEK (CARTA GANTT)

AKTIVITI MINGGU

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Project Description

Sketching Design

Idea Presentation

Material Selection

Construction
Process

Painting

Progress Report

Presentation

Jadual 1: Carta Gant

`22
12.0 SENARAI RUJUKAN

Antara senarai rujukan untuk kami membina model projek ini adalah melalui carian
dan pembacaan di beberapa laman web seperti berikut:

1. Fuji. K, Qudiah. Y, Mitani. Y (2015), International Journal of Smart Grid and


Clean Energy, 4(3).
2. Shoewu, O. and Makanjuola, N.T (2015) Modeling an Intelligent Variable Power
Supply Device 3(9)
3. Wikipedia (2009),“Power Supplies”, Retrieved October 2009 from :
http://en.wikipedia.org/wiki/power_supply
4. Bylnk Software, (2017) https://docs.blynk.cc/
5. Domb. M (2019) Smart Home System from:
https://www.investopedia.com/terms/s/smart-home.asp

`23
13.0 LAMPIRAN

1. Adakah smart power supply controller ini menggunakan data yang banyak
untuk mengekseskannya?

 Smart Power Supply Controller ini tidak menggunakan data


yang banyak untuk mengaksesnya kerana data yang dihantar
hanyalah sedikit iaitu output “high” atau “low” bagi
memberikan isyarat pada relay untuk mematikan atau
menghidupkan peranti elektrik

2. Adakah aplikasi ini berbayar ataupun FOC “free of charge”?

 Aplikasi ini hanya FOC “Free Of Charge. Anda boleh dapatkan


pada google play store atau apple store.

3. Bagaimana jika pengguna tersebut berada di kawasan pedalaman,


adakah mereka boleh menggunakan Smart power supply controller di
rumah mereka?

 Sistem smart Power Supply Controller ini memerlukan jaringan


Wifi untuk dijalankan. Jadi pengguna perlu mempunyai capaian
wifi untuk menggunakan system ini.

4. Saya berminat dengan produk ini, jika produk ini telah siap,
bagaimanakah tahap keberkesanan kalian menentukan produk anda
sangat berkesan dan baik. Siapakah menjadi pakar pengujian produk ini
memandangkan pada masa kini musim PKPB?

 Buat masa sekarang produk kami hanya membuat Prototaip


bagi rumah untuk sistem ini belum disahkan oleh pakar untuk
proses kormersial. Mungkin akan dimaklumkan pada masa
yang akan datang.

5. Berapa kos yang digunakan untuk membina aplikasi ini?

 Untuk membina aplikasi hanya percuma dan boleh dapatkan


pada play store atau apple store. Bagi peranti hardware
bergantung kepada kapasiti peranti elektrik yang handak
dipasangkan.

6. Jika berlaku hujan lebat dan petir sambung menyambung, wifi perlu
dimatikan. Adakah produk ini boleh digunakan?

 Produk ini masih boleh digunakan jika sambungan wifi masih


berfungsi dan sumber bekalan masih ada.

`24
7. Adakah produk ini save energy?

 Produk ini mempuanyai kreteria yang save energy kerana


segala peranti yang kita tidak digunakan boleh dimatikan dari
jarak jauh dan boleh disetkan untuk penggunaan masa yang
tertentu.

8. Adakah aplikasi ini sesuai ditambah ‘feature’ yang mampu bertindak


sekiranya belaku situasi ‘black-out’?

 Aplikasi ini juga menggunakan sumber tenaga daripada rumah


yang dipasangkan jika berlaku “black-out” maka system ini
juga turut terjejas.

9. Jika seseorang individu tersebut tidak mempunyai telefon pintar yang


canggih dan ia akan menyukarkan mereka untuk memastikan elektrik di
rumah mereka berada dalam keadaan selamat. Apakah inisiatif yang
dapat digunakan oleh individu tersebut?

 Jika tidak menggunakan telefon pintar system ini juga boleh


diprogramkan untuk diakses pada website ataupun computer.

10. Jika telefon pintar individu tersebut tidak mempunyai bateri pada masa itu,
bagaimanakah cara yang dapat digunakan untuk memastikan elektrik di
rumah mereka berada dalam keadaan baik secara jarak jauh?

 Sistem smart power controller ini tidak terhad pada satu user
sahaja. Jadi pengguna boleh mengakses system ini dengan
memasukkan id yang telah diprogramkan pada peranti lain.

11. Adakah setiap rumah yang menggunakan produk ini memerlukan wifi di
rumah mereka?

 Ya, produk ini memerlukan jaringan wifi untuk ia berfungsi


dengan baik.

12. Adakah smart power supply controller mampu mencegah daripada


kebakaran sekiranya berlaku litar pintas?

 Smart Power Supply controller ini hanya mampu mencegah


daripada berlaku kebakaran jika punca tersebut daripada
peranti elektrik tetapi ia bukan satu system keselamatan yang
sepenuhnya kerana litar pintas bergantung kepada system
pendawaian rumah.

`25
13. Penggunaan peranti smart power supply mempunyai fungsi yang mirip
dengan peranti smart house yang lain. Namun begitu, apakah jaminan
bahawa produk ini selamat dari segi masalah teknikal berbanding produk
sedia ada yang mempunyai portfolio yang kukuh dalam penghasilan
peranti berasaskan iot?

 Produk kami juga telah membuat beberapa kajian terhadap


barang yang digunakan dan kebolehfungsian barang tersebut
jadi berdasarkan kajian produk ini selamat daripada masalah
teknikal dan proses pengelenggaraannya tidak begitu sukar.

14. Jika berlaku sebarang kerosakan yang memungkinkan isyarat yang


diberikan dari telefon pintar kepada produk tidak sampai, adakah cara lain
untuk memberi isyarat kepada produk untuk berfungsi?

 Pengguna boleh mengawal peranti elektrik secara manual


sementara sistem ini dibaikpulih.

15. Apakah beza dengan produk sedia di pasaran dengan produk yang ingin
dibangunkan?

 Produk yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama tetapi


produk ini lebih mesra pengguna dan mudah diselenggara.

16. Berapakah kos pembinaan sistem aplikasi smart power supply? 


 
 Kos perbelanjaan yang terlibat kurang daripada RM100

17. Apakah aplikasi yang dibangunkan mampu di gunakan oleh


pengguna iOS dan android? 

 Ya, aplikasi ini boleh didapatkan pada ios dan android.

18. Adakah smart power supply yang dibangunkan ini boleh atau sesuai
digunakan untuk unit bangunan yang besar seperti di office dan lain-lain?

 Produk ini sesuai digunakan pada semua bangunan sekiranya


bangunan tersebut mempunyai item yang diperlukan pada
sistem ini.

19. Adakah produk ini direka dengan mematuhi piawan keselamatan?

 Ya, produk ini dibangunkan hasil daripada beberapa kajian


melibatkan keselamatan.

20. Adakah produk ini mesra pengguna dan sesuai digunakan di semua jenis

`26
struktur bangunan?

 Ya, produk ini mesra pengguna dan sesuai digunakan pada


semua jenis struktur kerana ia hanya satu sistem yang tidak
mengganggu struktur bangunan.

1. Adakah terdapat aplikasi lain yg boleh mengantikan aplikasi Blynk untuk membolehkan ia
berfungsi? Jika ada apakah aplikasi tersebut?

 Ya ada, aplikasi tersebut adalah seperti Ubidots, Firebase, Geeknesia,


Antares dan lain-lain lagi.

2. Adakah produk ni boleh diguna pada rumah pangsa atau kondominium kerana produk
tersebut diletakkan diantara syiling dan bumbung?

 Produk ini sesuai pada semua jenis rumah, kami meletakkan peranti di
bumbung prototaip rumah bagi menjimatkan ruang. Sekiranya digunakan
dirumah sebenar, ia boleh di letakkan di mana-mana yang sesuai.

3. Adakah produk ini sesuai untuk digunakan pada rumah yg berkeluasan besar seperti
banglo ataupun villa?

 Ya sesuai.

4. Adakah projek ini menunjukkan peratus yang tinggi dalam mengawal bekalan tenaga
elektrik?

 Ya benar
5. Adakan ia mendapat kepuasan pengguna?

 Belum, produk ini belum di pasarkan. Namun berpontesi untuk menjamin


tahap kepuasan pengguna yang baik.

6. Berapa nilai kuasa maksimum yang mampu smart power supply controller tanggung?

 240 Volt

7. Berapakah jarak maksimum paling jauh untuk wifi modul ini berfungsi?

 Bergantung pada tahap capaian rangkaian wifi tersebut.


`27
8. Berapakah jumlah wifi modul yg diperlukan untuk menyediakan produk ini bagi rumah
sebenar?

 1 unit wifi sahaja


9. Apakah sistem keselamatan yang ada pada produk ini untuk menghalang ianya
dicerobohi oleh penjenayah siber?

 Produk ini memerlukan kata laluan dan melibatkan aplikasi yang dilindungi
oleh Akta Kementerian Komunikasi dan Multimedia 1998.

10. Adakah sistem ini boleh dipasang pada semua jenis rumah? seperti flat atau apartmen?

 Ya boleh

11. Bagaimanakah timbulnya idea untuk membuat penciptaan ini ?

 Hasil daripada penelitian pada permasalahan yang sering berlaku.


12. Apakah latar belakang masalah bagi projek ini ?

 Masalah kadar bil elektrik yang tinggi akibat pengguna sering terlupa.

13. Adakah app yang dipasang itu menggunakan atau memerlukan data yang banyak bagi
mengakses Iot tersebut?

 Tidak

14. Pada pandangan anda jika produk ini berjaya dipasarkan kepada orang ramai dan
berlaku masalah kebakaran akibat litar pintas, adakah smart power supply controller ini
dapat mencegah daripada kebakaran lebih teruk?

 Tidak
15. Berapakah harga pasaran jika produk sebenar dijual? 

 RM100-RM200

16. Berapakah jarak maksimum yang aplikasi tersebut untuk mencapai Smart Power Supply


Controller System? 

 Tidak bergantung pada jarak, selagi mempunyai capaian internet maka


produk ini boleh berfungsi.

17. Jika pelanggan membuat permintaan untuk memasang Smart power supply controller di
rumah mereka, apakah kritiria yang akan di ambil kira? adakah terdapat ciri keselamatan di
dalam produk ini?
`28
 Kritiria yang diperlukan adalah mempunyai wifi capaian internet yang baik
dan ciri keselamatan produk ini adalah ia hanya boleh diakses pada
pengguna yang telah didaftarkan sahaja.

`29

You might also like