You are on page 1of 6

TUGASAN KUMPULAN

KAJIAN KESELAMATAN BENGKEL KATERING FAKULTI


PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KOD KURSUS : BBU 40303


NAMA KURSUS : PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL
SEKSYEN : SEKSYEN 3
NAMA PENSYARAH : DR NOORAZMAN BIN ABD SAMAD
TARIKH HANTAR : 7 OKTOBER 2019

NAMA AHLI KUMPULAN

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. AMIRUL SYUWARI BIN OSMAN CB170020
2. MUHAMMAD ARIF BIN ALIS CB170027
3. SHAFIQ BIN AZHARI CB170007
4. WAN AHMAD FAISAL BIN WAN AB AZIZ CB170081
5. NURFIFI ARMONIE BINTI MADARIS CB170039
6. MUNIRAH BINTI MURTADHA CB170017

Markah

1.0 BAHAGIAN BELAKANG DAPUR


KETERANGAN:-

Gambar tersebut menunjukkan bahgian belakang dapur yang terdapat dalam bengkel
catering di Fakulti FPTV. Terdapat beberapa komponen seperti saluran gas, pili saluran (buka
dan tutup gas) dan juga kepala gas pada bahagian belakang dapur tersebut. Keadaan seperti
dalam gambar di atas mampu meningkatkan risiko kemalangan di dalam bengkel ini.
Tambahan pula ia diletakkan di antara laluan pada bahagian yang terdapat dalam bengkel
tersebut. Antara kemalangan yang mungkin terjadi ialah pelajar mungkin secara tidak sengaja
terlanggar pili paip tersebut yang menyebabkan saluran paip gas terbuka atau tertutup semasa
amali sedang dijalankan.

PENYELESAIAN:-

Terdapat beberapa langkah penyelesaian yang dapat difikirkan oleh kumpulan kami
iaitu dengan menutup saluran tersebut dengan bahan yang bersesuaian. Yang kedua ialah
pihak yang terlibat juga boleh mengubah susunan bengkel tersebut agar lebih selamat dari
segi penggunaan serta laluan semasa dan selepas amali dijalankan.

2.0 PINTU BENGKEL KATERING


KETERANGAN:-

Aspek keselamatan kedua yang dapat dikesan oleh kumpulan kami ialah pintu keluar
masuk yang terdapat pada bengkel katering di Fakulti FPTV. Seperti yang dapat dilihat, pintu
ini sememangnya tidak sesuai untuk dipasang di bengkel ini. Ia diperbuat daripada bahan
yang agak berat dan menyukarkan pelajar untuk keluar masuk ke dalam bengkel semasa
amali dijalankan. Tambahan pula bahan yang digunakan menyebabkan ia mudah rosak.

PENYELESAIAN:-

Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, penyelesaian bagi permasalahan ini


ialah pihak yang terlibat perlu menggantikan pintu sedia ada dengan pintu yang diperbuat
dengan bahan yang lebih sesuai dan mesra pengguna. Terutamanya bahan yang dipilih
mestilah kalis haba dan ;ebih ringan serta kuat. Material ini akan memberikan nilai tambah
yang lebih baik kepada penggunaan pintu di bengkel katering ini.

3.0 SINKI
KETERANGAN:-

Yang ketiga ialah sinki yang terdapat di dalam bengkel ini. Jelas seperti yang terdapat
di dalam gambar tersebut sinki ini tidak mempunyai penutup di bahagian bawah. Situasi ini
mampu menyebabkan kemalangan kepada pelajar semasa menjalankan amali di dalam
bengkel tersebut. Bahagian bucu di bawah sinki tersebut mempunyai bentuk yang tajam dan
mungkin menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Selain itu terdapat juga pili saluran pada
bahagian bawah sinki tersebut. Komponen ini juga berada pada kedudukan yang tidak sesuai
dan terdedah kepada bahagian anggota badan pelajar apabila pelajar melakukan amali.

PENYELESAIAN:-

Antara penyelesaian yang dapat difikirkan ialah bahagian bawah sinki ini perlu
ditutup dengan bahan yang sesuai bagi mengurangkan risiko kemalangan. Pihak yang terbabit
juga boleh mengubah kedudukan pili saluran yang terdapat pada bahagian bawah sinki
tersebut.

4.0 KEDUDUKAN PERALATAN BENGKEL


KETERANGAN:-

Yang keempat ialah kedudukan komponen yang tidak sesuai dengan soket bekalan
kuasa yang terdapat di dalam bengkel tersebut. Gambar diatas menunjukkan kedudukan
peralatan tersebut terletak agak jauh daripada soket bekalan kuasa. Keadaan ini menyebabkan
kabel peralatan tersebut berada dalam kedudukan yang boleh membahayakan penggunanya.
Kemalangan yang mungkin boleh berlaku ialah pelajar dengan secara tidak sengaja tertarik
kabel tersebut dan memungkinkan terjadi renjatan.

PENYELESAIAN:-

Penyelesaian yang dapat dilakuakan ialah mengubah kedudukan peralatan tersebut


lebih dekat dengan soket bekalan kuasa dalam bengkel tersebut. Pihak yang terbabit juga
boleh memasang casing pada kabel tersebut agar lebih selamat semasa penggunaan.

5.0 PENGCAHAYAAN
KETERANGAN:-

Yang terakhir ialah pengcahayaan yang tidak sesuai. Gambar tersebut menunjukkan
kedudukan lampu yang terlindung disebalik saluran paip yang terdapat di dalam bengkel
katering ini. Situasi ini menyebabkan pengcahayaan yang tidak sesuai semasa melakukan
amali didalam bengkel tersebut. Ia mungkin menyebabkan kecederaan kepada pelajar semasa
menggunakan peralatan tajam semasa amali akibat pengcahayaan yang kurang baik.

PENYELESAIAN:-

Penyelesaian yang dapat dilakukan ialah mengubah kedudukan lampu tersebut di


tempat yang lebih baik agar dapat membekalkan pengcahayaan dan membantu dalam kerja
amali semasa dalam bengkel tersebut. Pihak bengekel juga boleh menggantikan lampu
tersebut dengan lampu yang lebih terang dan juga baik dari segi pengcahayaan dan juga
penghasilan haba.

You might also like