You are on page 1of 3

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Bab ini akan menghuraikan
tentang perbincangan, cadangan dan kesimpulan berdasarkan dapatan daripada analisis yang
dijalankan berpandukan kepada data yang telah diperoleh.
Dalam bab ini juga, penyelidik mengenengahkan mengenai hasil kajian yang telah
diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan secara rawak kepada pelajar-
pelajar di kediaman mereka. Jumlah responden yang telah membantu dalam proses pengisian
borang soal selidik adalah seramai 236 orang pelajar.

5.2 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya daripada kajian yang telah dibuat, dengan mengumpulkan


data dari responden, kami telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan akan
menyelesaikan isu mesin basuh mini untuk memudahkan pelajar terutamanya di kediaman
mereka untuk menjimatkan tenaga dan masa dalam mencuci pakaian mengikut
penambahbaikkan reka bentuk dan menghasilkan mesin basuh mini HAEI yang dapat
memenuhi keperluan pengguna. Kami juga telah mengambil kira bahan yang digunakan
terlebih dahulu dan keselamatan untuk pengguna. Mesin basuh mini HAEI mempunyai tapak
beroda mempermudahkan kerja pengguna dan casing (wallpaper) untuk kita dapat
mengelakkan daripada berlakunya kerosakkan fizikal mesin basuh mini. Dengan memastikan
mesin basuh mini HAEI ini berkesan, kami akan meningkatkan dan memastikan kualiti
mesin basuh mini HAEI supaya lebih baik daripada mesin basuh mini lain yang sedia ada di
pasaran atau di kedai . Secara tidak langsung, mesin basuh mini HAEI ini akan menarik
perhatian para pelajar diluar.
5.3 CADANGAN

Selepas mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan menganalisis


maklumat tersebut. Melalui hasil idea yang telah dibincangkan, satu produk yang
diinovasikan iaitu Mesin Basuh Mini HAEI ini dapat memudahkan pengguna untuk
mencuci pakaian mereka. Setelah selesai melaksanakan projek mesin basuh mini
HAEI ini, kami dapat merumuskan dan menyertakan beberapa cadangan dan
pandangan penyelidik setelah melihat dan mengetahui hasilnya. Antara candangannya
ialah:

I. Menyemak kualiti produk dan memastikan tidak mempunyai risiko kerosakan.


II. Memastikan barang yang dipilih dapat mempercepatkan kita dalam membuat sesuatu
kerja.
III. Kos perbelanjaan dapat diminimumkan apabila merancang dan melaksanakan projek
dengan sistematik dan betul.

5.4 LIMITASI PROJEK

Dalam perlaksanaan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pengkaji . Masalah utama yang dihadapi adalah semasa proses penghasilan kajian literatur .
Kekangan yang dihadapi disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang berkaitan dengan
topik kajian . Kekurangan bahan rujukan ini menyebabkan pengkaji memngambil tempoh
yang lama bagi mencari bahan rujukan yang bersesuaian dengan topik produk iaitu Mesin
Basuh Mini HAEI.

Masalah yang seterusnya adalah berkaitan dengan tapak beroda yang mengambil
masa yang sedikit lama kerana memerlukan ketekunan ketika membuat proses pemotongan
dan pemasangan. Hal ini kerana ketebalan papan plywood yang digunakan adalah nipis dan
berisiko mengalami keretakan pada papan plywood.
5.5 RUMUSAN

Inovasi ini telah berjaya dilaksanakan secara umum tentang penggunaan mesin
basuh mini HAEI kepada Pelanggan. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden yang dipilih telah dianalisa, dibincang dan disimpulkan oleh
pengkaji. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pengkaji – pengkaji
baru di masa akan datang supaya dapat meningkatkan mutu kajian yang telah pengkaji
hasilkan berkenaan dengan kajian ini.

You might also like