You are on page 1of 13

Modul Topik 3

Modul ini merangkumi subtopik seperti yang ditunjuk di bawah :

Pengenalpastian masalah dan pencetusan idea

Penyataan awal masalah

Pengumpulan maklumat / data

Analisis data / maklumat

Merumus dan membuat keputusan

Perkembangan idea

Definisi Reka cipta


Pengenalpastian masalah dan pencetusan idea merupakan antara proses dalam reka
cipta. Oleh itu, kita perlu memahami konsep reka cipta dahulu. Reka cipta menurut
definisi Kamus Dewan ialah barang yang pertama kali dicipta dan merupakan satu
ciptaan baru. Definisi lain adalah seperti berikut :

i.

When someone creates something that has never existed before

ii.

The ability to have clever and original ideas

iii.

To make or produce a new or useful thing or idea for the first time

Oleh itu, reka cipta boleh dikatakan merupakan penghasilan sesuatu produk yang
baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang mendatangkan faedah kepada
manusia dan memenuhi kehendak pengguna.

Reka cipta melibatkan bidang-bidang yang berikut :


a. Grafik

berkaitan

dengan

kerja-kerja

seperti

pengiklanan,

pembungkusan, dan penerbitan bahan-bahan bercetak.


b. Reka bentuk perindustrian : yang dapat dibahagikan kepada rekaan
perabot, rekaan produk, dan rekaan kenderaan
c. Tekstil : berkaitan rekaan pembatikan, tenunan dan anyaman
d. Fesyen

berkaitan

dengan

rekabentuk

pekaian

seragam,

fesyen

semasa, beg tangan dan kasut


e. Seramik : berkaitan dengan rekabentuk pasu, jubin, pinggan mangkuk
daripada seramik
f. Barangan logam halus : berkaitan dengan reka bentuk barang kemas,
kutleri, ukiran logam
g. Elektronik

berkaitan

dengan

kerja-kerja

reka

bentuk

bangunan,

pengubahsuaian dalaman dan landskap


h. Ukiran : berkaitan dengan kerja-kerja mengukir hiasan rumah, perabot dan
cenderamata

Proses Reka Cipta :


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pengenalpastian masalah
Pemilihan idea
Perekaan projek
Pemilihan reka bentuk
Perancangan pembinaan projek
Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
Pendokumentasian

LANGKAH 1 : PENGENALPASTIAN MASALAH


1. Pernyataan Awal Masalah
-

Masalah dapat dikenalpasti melalui :


a. melihat dan mengkaji keadaan persekitaran
b. menonton tayangan video
c. menonton slaid
d. mengadakan sumbangsaran atau hasil dari perbincangan
e. mengadakan lawatan ke ekspo atau pusat membeli belah

Hal ini dapat merangsang pelajar mengenalpasti masalah dan keperluan


berdasarkan kepada keadaan persekitaran.

Setelah berjaya mengenalpasti masalah dan memilih penyelesaian, kamu perlu


mencatatkan pernyataan ke dalam Buku Idea.

Jika

terdapat

kesukaran

untuk

diselesaikan, lakukan aktiviti berikut.

2. Pengumpulan Maklumat dan Data

mengenalpasti

masalah

yang

hendak

Selepas mengenalpasti alternatif yang dapat menyelesaikan masalah, kita


dikehendaki mengumpulkan maklumat dan data yang berkaitan dengan produk
yang akan dihasilkan.

Data ialah maklumat spesifikasi yang terperinci mengenai produk yang dibuat.

Maklumat ialah detail-detail reka bentuk, teknologi, bahan dan kemasan


mengenai produk yang akan dibuat.

Data dan maklumat boleh diperoleh dengan kaedah :


a. membuat lawatan dan pemerhatian di kilang, tapak projek, ekspo, pusat
penyelidikan dan pengujian, dan sebagainya

b. membandingkan produk yang direkod dengan produk yang sedia


ada di pasaran melalui pembacaan dan penyelidikan
c. pembacaan dan penyelidikan
-

Segala maklumat hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Idea.

Soalan-soalan yang boleh ditanya untuk membantu mengenalpasti maklumat


yang ingin dicari:

a.
Tujuan dan fungsi kerja
Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang
diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin
muka? Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak?
b.
Nisbah (keseimbangan reka bentuk)
Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak
seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding
dengan tepi-tepi rangka?
c.
Bahan-bahan
Kayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel
tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci?
d.

Pembinaan

Tanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang


atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya
dipasang?
e. Menghias dan menyudah
Adakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukan?
Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan
urat kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu
lembut?
f. Keselarasan
Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik
mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain
benda di sekelilingnya?

3. Analisis Data, Maklumat Dan Buat Rumusan


-

Melakukan analisis maklumat dan rumusan mengenai alternatif penyelesaian


yang telah dibuat

Perbincangan untuk membuat analisis sebaik-baiknya dilakukan secara


berkumpulan

Tujuan membuat rumusan:


a. mencari kaedah penyelesaian masalah
b. mencari maklumat terbaik tentang masalah dihadapi
c. mengkaji maklumat yang berkaitan dengan masalah

Rumusan itu seharusnya berkaitan dengan :


a. mencari kaedah alternatif mereka cipta
b. mengenalpasti keperluan mereka cipta
c. menganalisis maklumat mengenai teknik pembuatan, bahan dan
persamaan fungsi projek yang berkaitan

4. Membuat Keputusan
-

Selepas menganalisis data dan maklumat, satu keputusan dibuat untuk memilih
penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira kriteria tertentu:


a. produk yang dicipta haruslah praktikal
b. penggunaan bahan yang mudah didapati
c. penggunaan kos yang tidak membebankan
d. kegunaannya kepada orang lain
e. saiz dan bentuk yang sesuai
f. selamat dan tidak mencemarkan persekitaran
g. ergonomik iaitu rekabentuk mengikut kesesuaian anatomi manusia

LANGKAH 2: PEMILIHAN IDEA


1. Pencetusan idea
-

Setelah mengetahui masalah yang perlu diselesaikan, kita perlu mencari


idea :
a. untuk menghasilkan satu produk baru
b. mengubahsuai produk yang sedia ada

Antara cara-cara yang dapat membantu pencetusan idea ialah :


a.

secara kebetulan

b.

pengalaman

c.

bakat semulajadi

d.

pemerhatian

e.

pemikiran lateral

f.

pembacaan dan penyelidikan

g.

soal selidik

h.

ada keperluan

i.

ada galakan daripada pihak tertentu

Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan


pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat
menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar 4
atau 5 lakaran sekurang-kurangnya)

2. Pemilihan dan Perkembangan Idea


-

Dalam sesi di atas, semua idea diterima dan dianalisis

Hanya satu idea yang akan dipilih berdasarkan faktor yang berikut :
a. keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan yang sedia ada
b. pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada atau ditambah
c. bahan dan komponen yang bersesuaian, mudah didapati dan
pada harga kos yang tidak membebankan.
d. Cara pembuatan produk harus mudah dan sesuai, serta ada
teknik pembuatan alternatif yang perlu untuk mengatasi
kelemahan yang mungkin timbul

e. Kepentingan produk kepada orang lain


f. Produk yang dihasilkan tidak mendatangkan kesan negatif kepada
persekitaran

Soalan objektif
1. Berikut merupakan langkah yang terlibat dalam proses reka bentuk, kecuali:
a. Pernyataan masalah
b. Perbincangan strategi
c. Pengumpulan maklumat dan data
d. Perkembangan data
*Jawapan : B

2. Berikut ialah cara yang betul yang dapat membantu mencetus idea untuk reka
bentuk, kecuali
a. Soal selidik
b. Pemerhatian

c. Pemikiran lateral
d. Perkembangan idea
*Jawapan : D

3. Sesuatu reka bentuk perlulah ergonomik? Apakah yang dimaksudkan dengan


ergonomik?
a. Murah dan berpatutan
b. Tidak mencemar ekonomi
c. Menggalakkan perkembangan ekonomi
d. mengikut kesesuaian anatomi manusia
*Jawapan : D
4. Rumusan hasil daripada pengumpulan maklumat dan data perlu berkaitan
dengan
I. mencari kaedah alternatif mereka cipta
II. mengenalpasti keperluan mereka cipta
III. menilai keberkesanan reka bentuk
IV. menganalisis maklumat mengenai teknik pembuatan, bahan dan
persamaan fungsi projek yang berkaitan
a.
b.
c.
d.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV

Jawapan : B

5. Berikut merupakan faktor pemilihan idea, kecuali

a. Kecenderungan pembuat
b. kemudahan yang sedia ada
c. Cara pembuatan produk
d. Kepentingan produk kepada pengguna
*Jawapan : A

Soalan Struktur
1. Nyatakan 5 cara yang boleh membantu pencetusan idea :
a.

secara kebetulan

b.

pengalaman

c.

bakat semulajadi

d.

pemerhatian

e.

pemikiran lateral

f.

pembacaan dan penyelidikan

g.

soal selidik

h.

ada keperluan

i.

ada galakan daripada pihak tertentu

2. Terangkan 3 cara untuk memperoleh data dan maklumat dalam proses reka
bentuk.
a. membuat lawatan dan pemerhatian di kilang, tapak projek, ekspo, pusat
penyelidikan dan pengujian, dan sebagainya
b. membandingkan produk yang direkod dengan produk yang sedia
ada di pasaran melalui pembacaan dan penyelidikan

c. pembacaan dan penyelidikan


3. Huraikan 4 kriteria yang ada pada reka bentuk yang bagus.
a. produk yang dicipta haruslah praktikal
b. penggunaan bahan yang mudah didapati
c. penggunaan kos yang tidak membebankan
d. kegunaannya kepada orang lain
e. saiz dan bentuk yang sesuai
f. selamat dan tidak mencemarkan persekitaran
g. ergonomik iaitu rekabentuk mengikut kesesuaian anatomi manusia
Soalan Esei
1. Reka bentuk yang baik perlu memenuhi kriteria yang tertentu. Huraikan kriteria
tersebut berserta contoh yang sesuai.
a. produk yang dicipta haruslah praktikal
b. penggunaan bahan yang mudah didapati
c. penggunaan kos yang tidak membebankan
d. kegunaannya kepada orang lain
e. saiz dan bentuk yang sesuai
f. selamat dan tidak mencemarkan persekitaran
g. ergonomik iaitu rekabentuk mengikut kesesuaian anatomi manusia

2. Pengumpulan maklumat dan data adalah proses yang penting dalam reka
bentuk. Guru pelatih diminta terangkan maklumat yang penting dan wajib
dikumpul untuk membantu perkembangan reka bentuk.
a.
Tujuan dan fungsi kerja
Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang
diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin
muka? Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak?

b.
Nisbah (keseimbangan reka bentuk)
Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak
seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding
dengan tepi-tepi rangka?
c.
Bahan-bahan
Kayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel
tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci?
d.
Pembinaan
Tanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang
atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya
dipasang?
e. Menghias dan menyudah
Adakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukan?
Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan
urat kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu
lembut?
f. Keselarasan
Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik
mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain
benda di sekelilingnya?

3. Huraikan cara untuk mencetus idea dalam reka bentuk serta terangkan
keberkesanan cara tersebut.
a.

secara kebetulan

b.

pengalaman

c.

bakat semulajadi

d.

pemerhatian

e.

pemikiran lateral

f.

pembacaan dan penyelidikan

g.

soal selidik

h.

ada keperluan

i.

ada galakan daripada pihak tertentu

You might also like