You are on page 1of 7

REKABENTUK INDUSTRI

1. Definisi Rekabentuk.

REKA

1. Membuat sesuatu ciptaan


2. Baru (ilham, kajiselidik)
3. Lama (memperbaharui)

BENTUK

1. Menggunakan sains dan matematik


2. Proses kejuruteraan
3. Ekonomi.

2. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka

Kreatif

Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta


barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)

Inovatif

Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea


baru, cara-cara baru (selalunya berguna untuk semua).

Ciri-ciri Rekabentuk yang baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:


1. Berfungsi dengan baik dan cekap.
2. Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.

3. Kekangan dalam rekabentuk


1. Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi.
Diantara kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:

a). Kos

b). Keboleharapan (reliability).

c). Keselamatan.

d). Prestasi.

e). Kehendak akta kilang dan jentera.

f). Pertimbangan sosiologi.

g).Pencemaran

h). Penggunaan tenaga.

4. Kategori pengasilan rekabetuk


1. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana
perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi
mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja
rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di
bahagian R&D.

2. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya


beroperasi dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi
dlm bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.
3. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu
yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah
sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti
pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada
penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji
yang banyak diperlukan pada peringkat ini.

5. Jenis-jenis Rekabentuk Kejuteraan


1. Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:
a).Rekabentuk Komponen
b).Rekabentuk Sistem
c).Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran

a) Rekabentuk Komponen
1. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci
2. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan
ricihan, tegasan dan sebagainya
3. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang
hamper serupa
Contohnya: bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dan sebagainya

b) Rekabentuk Sistem

1. Dalam rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas


bagi menentukan prestasi.

2. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.


3. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai
pereka akan mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi
setiap komponen yang mempunyai fungsi yang sama akan
beroperasi secara berlainan. Contohnya: sistem penyaman udara
dan sebagainya.

c) Rekabentuk produk industri / pengeluaran


1. Memerlukan prestasi secara kasar
2. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
3. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan
walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan
prestasinya berbeza.
Contohnya: pembuka tin, pemerah jus buah-buahan, kerusi roda dan
sebagainya.

6. Proses-proses dalam rekabentuk


1. Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai
disiplin.
2. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti
elektronik, mekanikal, senireka, bahan dan sebagainya.
3. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat
dalam menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan
mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik.
4. Disiplin-siplin yang disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk
menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
5. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yang boleh
menguasai semua bidang.
6. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara
spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yang melibatkan
proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu
masalah yang dihadapi.

7. Carta aliran rekabentuk


1. Keperluan kepada rekabentuk
2. Penakrifan masalah (kajian perlaksanaan)
3. Rekabentuk konsep
4. Rekabentuk terperinci
5. Pembuatan
6. Keperluan kepada rekabentuk

8. Keperluan

1) .Produk baru dihasilkan akibat:

a) Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk


menyelesaikan sesuatu masalah.
b) Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru
mencetuskan permintaan produk baru.
c) Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan
pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran.
Perubahan teknologi pula biasanya menghasilkan pembaikan kepada
rekabentuk yang sedia ada. Walau bagaimanapun kebanyakan produk
melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan
teknologi baru.

9. Penakrifan masalah

Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan


mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan
produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan
memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses
kedua dalam rekabentuk.

10. Kajian Perlaksanaan

Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja


bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan
satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya
jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan
idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan
konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.

11. Penghasilan Konsep

Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan


untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai
cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan
seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan
penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan
untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

12. Rekabentuk Terperinci

Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci
bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan
menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses
pembuatan produk dilakukan.
13. Pembuatan / Proses Pengeluaran

Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah


pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh
pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka

14. Pemasaran

Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat


memenuhi keperluan mereka.

15. Pemberhentian Pengeluaran

Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak


pengguna. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana
teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat
bersaing di pasaran.

You might also like