You are on page 1of 70

PROSES MEREKABENTUK

LANDSKAP
OBJEKTIF
Menerangkan dan menunjukkan alatan
asas melukis pelan
Menerangkan dan menunjukkan
komponen dalam pelan landskap
Menerangkan dan menunjukkan simbol
dalam landskap
Pendahuluan
Pelan-pelan landskap digunakan bagi
menunjukkan gambaran yang dikehendaki
dalam proses dan hasil reka bentuk landskap.
Pelan-pelan dilukis adalah mengikut skala
dengan ukuran yang tepat hasil daripada kerja
pengukuran dan inventori tapak.
Simbol yang digunakan adalah khusus bagi
mewakili satu-satu elemen dalam landskap
seperti tumbuhan landskap, air dan struktur
binaan.
Alatan asas lukisan grafik
1. Papan surih atau meja lukis
Meja lukis atau papan surih yang mempunyai
permukaan rata dan licin serta bersudut tepat pada
setiap penjuru.
la adalah perlu bagi menghasilkan pelan yang baik
dan tepat ukurannya.
Meja lukis mempunyai papan surih yang boleh
mengubah sudut letaknya bagi keselesaan pelukis.
la mempunyai saiz yang berbeza mengikut saiz
kertas lukisan.
2. Sesiku-T
Sesiku panjang berbentuk-T digunakan untuk
membuat garisan-garisan lurus dan selari samada
secara memanjang atau menegak.
Sesiku-T diperbuat daripada kayu atau plastik.
Drawing table
Alatan asas lukisan grafik
3. Sesiku segi tiga dan sesiku boleh laras
Sesiku segi tiga digunakan untuk membuat sudut-
sudut 45, 30 dan 60.
Sesiku boleh laras lebih mudah dan berguna kerana
ia dapat menghasilkan pelbagai sudut yang
dikehendaki sehingga 180.
4. Pembaris berskala
Pembaris berleper atau bersegi tiga menunjukkan
pembahagian ukuran mengikut skala-skala tertentu.
Pembaris skala digunakan untuk mengukur ukuran di
atas pelan berbanding ukuran sebenar di tapak atau
kawasan sebenar.
Skala yang biasa digunakan dalam pelan landskap
adalah skala metrik seperti 1:50,1:100, 1:200 dan
sebagainya.
Alatan asas lukisan grafik
5. Pensil
Pensil digunakan bagi membuat lukisan awal.
Pensil biasa digunakan untuk membuat lakaran-
lakaran awal sementara pensil mekanikal digunakan
untuk membuat pelan dan lukisan teknikal.
Pensil boleh didapati dalam pelbagai jenis mengikut
kelembutan dan kekerasannya.
Pensil yang lembut seperti B, 2B, 3B dan seterusnya
digunakan untuk membuat lukisan lakaran.
Pensil yang keras seperti H, 2H, 3H dan seterusnya
digunakan untuk melukis pelan dan lukisan teknikal
kerana ia tidak mudah kotor.
Pensil HB adalah perantaraan di antara B (lembut)
dan H (keras).
Alatan asas lukisan grafik
6. Pen Teknikal
Pen teknikal digunakan untuk mendapatkan lukisan
yang terang dan tidak mudah dipadam.
Pen teknikal mempunyai pelbagai saiz hujung atau
mata dan digunakan untuk melukis pelan di atas
kertas surih atau lukisan.
Saiznya adalah standard mengikut sistem ISO seperti
0.13, 0.18, 0.25, 0.35, 0.5 dan sebagainya.
Selain daripada pen teknikal, pen-pen mata lembut
boleh juga digunakan untuk menghasilkan pelan di
atas kertas surih atau lukisan.
Alatan asas lukisan grafik
7. Kertas lukisan
Beberapa jenis kertas digunakan untuk membuat
lukisan.
Kertas butter paper merupakan kertas nipis yang
biasanya digunakan untuk membuat lakaran dan
lukisan awal dengan menggunakan pensil.
Apabila lukisan telah disempurnakan, kertas lukisan
atau kertas surih (tracing paper) digunakan untuk
menghasilkan lukisan yang berkualiti dengan
menggunakan pen teknikal atau pen mata lembut.
Kertas-kertas mempunyai pelbagai saiz seperti AO,
A1, A2, A3 dan sebagainya.
Drawing papers
Alatan asas lukisan grafik
8. Keluk Perancis dan keluk mudah-bentuk
Keluk digunakan untuk membuat garisan berkeluk
pada pelan dan lukisan teknikal.
Keluk perancis mempunyai pelbagai bentuk dan saiz
keluk yang tetap.
Keluk mudah bentuk lebih anjal dan boleh dibentuk
mengikut lekuk yang dikehendaki di atas pelan.
9. Acu bulatan
Acu bulatan digunakan untuk membuat bulatan
berdasarkan saiz yang tertentu.
la perlu bagi membuat bulatan asas kepada simbol-
simbol tanaman landskap dalam pelan landskap.
Bagi bulatan yang lebih besar, kompas digunakan
untuk menghasilkan bulatan asas.
Alatan Asas Lukisan Grafik
10. Warna
Warna digunakan untuk mewarna pelan
landskap.
Warna pensil dan warna air adalah jenis
warna yang biasa dan mudah digunakan.
Warna hijau adalah popular dalam pelan
landskap kerana ia terdiri daripada pelbagai
jenis tumbuhan landskap.
ALATAN LUKISAN GRAFIK
PEMBARIS BERSKALA
JENIS-JENIS GARISAN
PENGHURUFAN
PENGHURUFAN
PENGHURUFAN
PENGHURUFAN
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

5 komponen dalam sesuatu pelan


landskap iaitu:
a. Kotak tajuk,
b. Arah mata angin,
c. Skala
d. Simbol
e. Maklumat bertulis
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP
1. KOTAK TAJUK
Kotak tajuk didapati di sebelah kanan di bahagian bawah
kertas lukisan. la mengandungi perkara berikut yang
menerangkan berkenaan pelan tersebut.
Ruangan nota, catatan atau petunjuk kepada simbol
yang digunakan pada pelan
Tajuk projek
Nama dan tandatangan arkitek landskap atau pereka
bentuk
Nama dan tandatangan pemilik
Nama pelukis pelan
Tarikh lukisan disediakan
Nombor atau bilangan lukisan
KOTAK TAJUK
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

2. ARAH MATA ANGIN


Arah mata angin biasanya ditunjukkan secara
grafik dengan simbol anak panah.
Arah utara secara lazimnya adalah menghala
tegak 90 ke atas.
Bagaimana pun, bagi pelan tertentu arah
utara boleh dicondongkan mengikut
kedudukan tapak di atas pelan tetapi sebaik-
baiknya condong ke atas.
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP
3. SKALA
Skala merupakan perbandingan saiz objek atau tumbuhan yang dilukis
di atas pelan berbanding saiz sebenar.
Saiz sesuatu objek atau tumbuhan mestilah dilukis mengikut skala yang
tepat.
Pembaris berskala telah menunjukkan ukuran-ukuran bagi skala yang
berbeza.
Skala yang biasa digunakan untuk pelan-pelan landskap adalah seperti
1:50, 1:100 dan 1:200. Skala 1:50 memberikan pelan yang lebih besar
berbanding skala 1:100.
Skala ditentukan oleh saiz kawasan dan saiz kertas yang digunakan
untuk melukis pelan.
Bagi kawasan yang luas, skala yang lebih kecil digunakan seperti 1:100
atau 1:200.
Bagi kertas yang besar seperti saiz AO atau A1, skala besar boleh
digunakan seperti 1:50 atau 1:100. Skala di atas pelan boleh
ditunjukkan secara penulisan iaitu 1:100, 1:200 atau secara grafik
seperti dalam rajah yang ditunjukkan.
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

4. SIMBOL-SIMBOL LANDSKAP
Dalam pelan landskap simbol khusus
digunakan bagi mewakili pelbagi jenis
tumbuhan dan elemen lain seperti air dan
struktur binaan.
Simbol yang berbeza digunakan untuk
pokok utama atau naungan, tumbuhan
renek, penutup bumi dan rumput turf.
Simbol untuk struktur binaan adalah
berasaskan jenis struktur, binaan dan
bahan yang digunakan.
SIMBOL POKOK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL PALMA DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL PALMA DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL PALMA DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL PALMA DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL PALMA DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK RENEK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK RENEK DALAM PELAN LANDSKAP
SIMBOL POKOK RENEK DALAM PELAN LANDSKAP
Simbol lainnya
Simbol lain
Simbol pokok ru- jepun
Simbol pokok pada autocad
Simbol lain dalam autocad
SIMBOL DALAM LANDSKAP KEJUR
SIMBOL DALAM LANDSKAP KEJUR
SIMBOL DALAM LANDSKAP KEJUR
Cartoon landscape using autocad
KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP
5. MAKLUMAT BERTULIS
Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilabelkan
dengan jelas dan terang.
Begitu juga dengan perkara yang tidak dapat ditunjukkan
dengan simbol perlu dinyatakan dalam bentuk penulisan.
Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan
penulisan yang berkualiti, kemas dan mudah dibaca.
Penulisan boleh dibuat secara manual atau
menggunakan alatan bantuan seperti stensil, skrib dan
set huruf.
Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan
menjimatkan.
Dengan sebab itu pelajar dikehendaki memahirkan diri
dalam penghurufan.
JENIS PELAN LANDSKAP
Terdapat beberapa jenis pelan yang digunakan
dalam proses mereka bentuk dan pelaksanaan
projek landskap.
Di antara pelan-pelan tersebut ialah:
1. Pelan asas
2. Pelan inventori dan analisis
3. Maklumat Bertulis
4. Pelan konsep
5. Pelan induk landskap
6. Pelan penanaman
7. Lukisan pembinaan
JENIS PELAN LANDSKAP
1. Pelan asas
Pelan asas menunjukkan kedudukan sebenar
tapak atau kawasan yang akan dibuat
landskap.
la adalah ringkas dan hanya mengandungi
perkara asas yang tetap seperti
sempadan kawasan, bangunan, jalan raya, tasik
atau kolam dan sebagainya.
Pelan asas boleh didapati daripada pelanggan /
pemilik kawasan atau dibuat sendiri selepas
pengukuran sebenar di tapak.
Pelan asas ini adalah perlu untuk menghasilkan
pelan berikutnya.
JENIS PELAN LANDSKAP
2. Pelan inventori dan analisis
Pelan inventori dan analisis menunjukkan
semua elemen dan objek sedia ada di
tapak atau kawasan yang akan dibina
landskap.
Pelan ini dilukis hasil daripada kerja-kerja
inventori dan analisis yang telah dilakukan
terhadap tapak landskap.
PELAN
INVENTORI
DAN
ANALISIS
JENIS PELAN LANDSKAP
3. Maklumat Bertulis
Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilabelkan
dengan jelas dan terang.
Begitu juga dengan perkara yang tidak dapat
ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan dalam
bentuk penulisan.
Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan
penulisan yang berkualiti, kemas dan mudah
dibaca.
Penulisan boleh dibuat secara manual atau
menggunakan alatan bantuan seperti stensil, skrib
dan set huruf.
Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan
menjimatkan.
Dengan sebab itu pelajar dikehendaki memahirkan
diri dalam penghurufan.
JENIS PELAN LANDSKAP
4. Pelan konsep
Pelan konsep menunjukkan idea dan
program yang dicadangkan secara kasar
dalam reka bentuk landskap untuksesuatu
kawasan.
la menerangkan matlamat, objektif dan
gaya yang dikehendaki dalam reka bentuk.
PELAN KONSEP
JENIS PELAN LANDSKAP
5. Pelan induk landskap
Pelan induk landskap menerangkan
dengan terperinci idea dan program yang
dicadangkan untuk pelaksanaan.
la menunjukkan simbol landskap yang
jelas bagi mewakili semua elemen yang
dicadangkan.
PELAN INDUK
Contoh Pelan Induk
JENIS PELAN LANDSKAP
6. Pelan penanaman
Pelan penanaman menunjukkan dengan lebih
terperinci berkenaan tumbuh-tumbuhan yang
digunakan dalam pelan induk landskap.
Pelan ini digunakan untuk menunjukkan tempat
penanaman dan panduan menyusun tumbuhan
dalam penanamannya.
Pelan ini penting bagi pembinaan landskap
lembut.
7. Lukisan pembinaan
Lukisan pembinaan menunjukkan dengan lebih
terperinci pembinaan struktur dalam landskap.
la dilukis dari pelbagai sudut untuk menerangkan
teknik pembinaannya.
Lukisan pembinaan penting bagi pembinaan
landskap kejur.
ASAS MELUKIS PELAN LANDSKAP
LATIHAN GARISAN
a. Murid membuat latihan garisan bebas dan lurus
sebelum menggunakan alatan asas lukisan pelan.
b. Lakarkan garisan bebas dengan menggunakan
pensil jenis 2B di dalam buku skrap.
c. Latihan seterusnya adalah membuat garisan lurus
dan kemas di atas kertas lukisan dengan
mengggunakan sesiku-T dan sesiku boleh laras
atau sesiku segitiga.
d. Gunakan pensil-pensil jenis H, 2H, B dan 2B bagi
menghasilkan garisan yang pelbagai.
e. Ulangi latihan ini sehingga anda mahir melukis
garisan yang lurus dan kemas.
ASAS MELUKIS PELAN LANDSKAP
Latihan Penghurufan
a. Murid membuat latihan penghurufan di atas kertas lukisan dan
di dalam buku skrap.
b. Mulakan dengan membuat dua garisan selari yang kabur secara
melintang pada jarak 0.5 sentimeter di antaranya dengan
menggunakan pensil 2H di atas kertas lukisan.
c. Tuliskan huruf-huruf A hingga Z dan nombor-nombor 0 hingga 9
dengan jelas, terang dan kemas di antara 2 garisan selari
tersebut.
d. Gunakan pensil 2B uhtuk membuat huruf dan nombor di atas.
e. Ulangi latihan ini dengan menulis perkataan dan ayat yang
sesuai di atas kertas lukisan dan di dalam buku skrap sehingga
anda mahir menulisnya.
ASAS MELUKIS PELAN LANDSKAP
Melukis Simbol
a. Guru menunjukkan contoh pelan landskap dan memperkenalkan
simbol yang digunakan daiam menghasilkan pelan landskap.
b. Murid melukis simbol tanaman landskap iaitu pokok naungan dan
palma, tumbuhan renek dan tanaman penutup bumi serta rumput
turf di atas lukisan.
c. Buatkan beberapa bulatan dengan menggunakan acu bulatan atau
kompas bagi menghasilkan bulatan asas yang kabur kepada
simbol tanaman.
d. Gunakan pensil 2H untuk membuat bulatan asas ini.
e. Dengan menggunakan pensil 2B, lukiskan corak simbol bagi
tumbuhan landskap dengan terang di atas bulatan asas tadi.
f. Latihan seterusnya adalah melukis simbol untuk elemen lain iaitu
air, bangunan dan wakaf, batu dan-siar kaki, lampu taman dan
sebagainya.
g. Latihan lanjutan boleh dibuat dengan menggunakan pen teknikal
di atas kertas lukisan.
h. Warnakan simbol yang telah anda lukis dengan menggunakan
warna pensil dan warna air.
ASAS MELUKIS PELAN LANDSKAP
Lukisan Berskala
a Murid diperkenalkan dengan skala dan lukisan
berskala oleh guru.
b. Lihat pelan yang diberikan dengan ukuran panjang
sebenar yang didapati di kawasan tapak.
c Dengan menggunakan skala 1:50, dapatkan
ukuran panjang yang perlu dilukis semula di atas
kertas lukisan.
d Gunakan pensil 2B, sesiku-T, sesiku boleh-laras
atau sesiku segitiga bagi menghasilkan pelan
asas tersebut mengikut skala 1:50.
e Labelkan dengan jelas mengikut penghurufan
dalam langkah kerja 2.
ASAS MELUKIS PELAN LANDSKAP
Kotak Tajuk
a. Gunakan lukisan berskala yang anda hasilkan
dalam langkah kerja 4 sebelum ini.
b. Lukiskan satu petak besar selebar 8 sentimeter
memenuhi ruangan di sebelah kanan atau di
bahagian bawah kertas lukisan anda.
c. Lukiskan petak yang lebih kecil di dalam petak
tersebut seperti yang ditunjukkan.
d. Tuliskan di dalam petak tersebut perkara berikut
mengikut kaedah penghurufan dalam langkah
kerja 2:
Tajuk projek
Nama Pemilik
Nama pelukis (nama anda)
Tarikh lukisan disediakan
Nombor atau bilangan lukisan
Several tips for landscape
drawing
Forget the eraser
Blind drawing
Drawing negative forms or space
Squinting to see values and simple forms
Take measurements
Use construction line
Get into the zoo and get into the flow
Regular exercise
http://www.bgthumb.com/design.html
Sekian, terima kasih..
May God bless you all

You might also like