You are on page 1of 15

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST.

COLUMBA 2013

LAPORAN GOTONG-ROYONG RIA 2013


SMK ST. COLUMBA

Program Gotong Royong Ria 2013 telah dijalankan bertempat di Sekolah Menengah
Kebangsaan St. Columba Miri pada hari Rabu bersamaan 19 Jun 2013 bermula dari jam 8.00
pagi hingga 4.00 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Robinette Tiong Ai Giek
(Pengetua) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program
ini. (Rujuk lampiran 1). Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan
keindahan kawasan sekolah supaya ianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa
untuk murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah selaras dengan Program Bersepadu
Sekolah Sihat.

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibubapa
selain meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya, guru-guru dan
ibubapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk
membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui
peningkatan kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan lebih
prihatin dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Seramai 20 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak
pembersihan kawasan, 5 orang ibu bapa serta murid Tingkatan 1, 2 telah hadir menyertai
gotong-royong pada hari tersebut. Kehadiran YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan St.
Columba Miri, Encik Juharidan Bin Jaafar memeriahkan lagi program gotong-royong ini.
Dengan kehadiran guru, pembantu pengurusan murid, pekerja kontrak pembersihan kawasan,
dan ibu bapa sangat-sangatlah membantu dalam menjayakan program Gotong-Royong Ria ini.

1
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti
berikut.

MASA AKTIVITI

8.00 pg Berkumpul di Tapak Perhimpunan

8.15 pg Ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri

8.45 pg Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi

9.30 pg Aktiviti gotong royong dimulakan

3.25 ptg Berkumpul dan menyimpan alatan

3.45 ptg Jamuan

Jadual 1.0 : Tentatif program

Pembahagian kumpulan dan kawasan juga telah ditetapkan bagi memastikan program ini
berjalan dengan sistematik.(Rujuk Lampiran 2). Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam
program ini ialah Taman Herba, Taman Bacaan, susur gajah, laluan ilmu, dan bilik stor yang
terdapat di Tingkat 1 bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini
telah disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah
mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 3). Sebanyak RM250.00 telah
digunakan bagi menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari peruntukan kewangan
3K.

Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat pada kawasan-kawasan tersebut. (Rujuk
lampiran 4). Perbezaan yang dapat dilihat di Taman Herba ialah papan tanda telah didirikan di
taman ini. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini juga telah dilabelkan menggunakan

2
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

kayu yang ditulis dengan cat. Informasi seperti ini amat berguna kepada warga sekolah dalam
mengenali jenis-jenis pokok herba yang terdapat di muka bumi ini. Kumpulan yang terlibat di
kawasan Taman Bacaan pula telah membahagikan ahlinya dan memecahkan kepada dua tugasan
iaitu mengecat pondok bacaan dan memasang langsir pada setiap kelas. Pondok bacaan telah
dicat dengan warna kuning dan ini menyerlahkan lagi keceriaan pondok tersebut. Dua pondok
telah dicat oleh guru-guru dan dibantu oleh murid-murid. Warna langsir yang dipasang di setiap
kelas mengikut warna tema sekolah iaitu warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap
kelas.

Kumpulan yang terlibat di kawasan laluan ilmu bertungkus-lumus mengecat semula lukisan peta
dunia yang terdapat pada dinding laluan ilmu dan ini membuatkan laluan tersebut kelihatan lebih
menarik berbanding sebelum ini. Kumpulan yang terlibat di susur gajah pula memberi tumpuan
kepada susur gajah yang terdapat di pondok pengawal. Kumpulan ini telah menamakan susur
gajah tersebut sebagai Susur Niaga memandangkan susur gajah ini sering digunakan sebagai
tapak jualan bagi Program Pendidikan Khas sekolah ini. Papan tanda Susur Niaga telah
digantung di susur gajah tersebut. Skelop juga dipasang dengan menggunakan warna tema
sekolah iaitu warna hijau dengan ditambah dengan sedikit sentuhan skelop berwarna merah.
Meja untuk menjalankan perniagaan juga telah diletakkan di susur gajah ini. Meja tersebut
dibalut dengan sampul meja dan dililit dengan kemas menggunakan kain. Kumpulan yang
membersihkan kawasan stor pula bekerjasama mengasingkan barang-barang yang tidak boleh
digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh digunakan diletakkan di tempat yang
sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan segala kekotoran yang
terdapat pada stor ini.

Sambutan gotong-royong di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri amatlah


membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat
dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar.
Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta
komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai
objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan

3
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong-royong perdana tersebut.

Disediakan oleh :

..................................................................... 22 JUN 2013


(MUHAMMAD BIN SULAIMAN)
Penyelaras Program Bersepadu Sekolah Sihat
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba Miri

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG-ROYONG RIA

PENGERUSI
4
Pengetua
Puan Robinette Tiong Ai Giek
NAIB PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI
GPK PENTADBIRAN
GURU-GURU PEMBANTU
AHLI JAWATANKUASA
GPK
PENGURUSAN
HEM PEKERJA
GPK KOKURIKULUM
KONTRAK
PN.HJH.HASNAH BT.ABDUL GHANI EN.MOHD.SANUSI
MURIDB. JAMALUDDIN PEMBERSIHAN
EN.MOHAMADKAWASAN
B. ABU SAMAH
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

PENYELARAS PBSS
PN.NORAZIZAH BT MOHAMED
NOROK

LAMPIRAN 2

PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN KAWASAN GOTONG-ROYONG PERDANA

5
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

Bil Nama Kawasan Cadangan Keceriaan Ahli Kumpulan


Kawasan

1. Taman Semua kawasan - Melabel nama tumbuhan herba 1. Pn.Rozilawati Bt.


Herba yang sebaris dengan Mohamad(K)
- Memperbaiki dan menceriakan
Taman Herba
papan tanda Taman Herba 2.Cik Rokiah Bt Abdul Hamid
(Bermula dari pagar
3.Pn.Salma Bt Abdul Rahman
sehingga ke kawasan
yang sebaris dengan 4. En. Mohd Ali B. Abdul
kantin SMKST.CO) Aziz

5. Pn. Roslizaini Bt Harun

6. Murid Tingkatan 1A

Pemantau :

En. Sanusi Bin Jamaluddin

2. Taman i. Pondok bacaan - Mengecat pondok 1.Pn.Lizawati Bt Hazali (K)


Bacaan
ii.Pentas kantin - Menghias pondok dengan 2.Pn.Fathirah Grace Bt
menampal/menggantung bahan Abdullah
ilmiah pada pondok-pondok
3.Pn.Nik Jamilah Bt.Nik
bacaan.
Salim
- Melabel nama kolam .
4. En.Zulkifli B Ismail
- Menceriakan pentas kantin
5. Cik Wan Sakinah Bt. Wan
Ismail

- Menampal info pemakanan dan


peraturan yang berkaitan
6. Murid Tingkatan 2B
6
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

- Membersihkan kolam Pemantau :

En. Mohamad Bin Abu Samah

3. Susur Susur gajah - Menggantung kad imbasan. 1. Cik Siti Norhafizah Bt


Gajah Annuar (K)
- Melabel nama susur gajah.
2. Pn. Ruzielawati Bt Harun
- Membersihkan kawasan susur
gajah. 3. Pn. Kamariah Bt Asari

- Menanggalkan kad imbasan 4. Norazizah Binti Mohamed


lama. Norok

- Menampal kad imbasan baru. 5. Pn. Rosni Bt. Abdul Ghani

6. Pn. Isdanita Bt. Ismail

7. Murid Tingkatan 1B

Pemantau :

Pn. Hasnah Bt Abdul Ghani

4. Laluan Laluan ilmu - Laluan ilmu 1. En.Mohd.Fairuz B Mokhtar


ilmu (K)
(laluan di sebelah Mengecat dinding dan
surau) melukis mural. 2. En. Che Sazuandy Bin Che
Mohd. Yassin

3. En. Mohd Ali B. Abdul


Aziz

7
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

4. En. Abd. Sidek B. Mohd.


Salleh

5. Cik Maziah Bt Abdullah

6. Aishah Bt. Ismail

7. Murid Tingkatan 1G

Pemantau :

Pn. Hodijah Bt Johari

5. Bilik Stor Tingkat 1 - Mengasingkan barang-barang - Semua ibu bapa


Stor yang tidak boleh diguna pakai.
Pemantau :
-Menyusun perabot.
En. Muhammad Bin Sulaiman
-Membersihkan lantai dan
sawang.

LAMPIRAN 3

PERBELANJAAN

Bil
Peralatan Kos (RM)
1.
Cat 150.00

2. Berus cat 10.00

4. Form 30.00

5. Rantai penggantung 8 30.00

6. Lain-lain 30.00

JUMLAH 250.00
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LAMPIRAN 4

A. GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

SEBELUM SELEPAS

TAMAN HERBA

9
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

TAMAN BACAAN

LALUAN ILMU

10
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

SUSUR GAJAH

STOR

11
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

B. PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

12
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

SEBELUM SELEPAS

TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

BILIK DARJAH

13
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

LALUAN ILMU

SUSUR GAJAH

14
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA, SMK ST. COLUMBA 2013

STOR

15

You might also like