You are on page 1of 13

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
“SKSTS CERIA, BERSIH DAN SELAMAT”
TAHUN 2023

TARIKH:
20-24 MAC 2023

HARI:
ISNIN-JUMAAT

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN,
36700 LANGKAP, PERAK DARUL RIDZUAN.

ANJURAN:
UNIT KURIKULUM DAN BIMBINGAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN
1. PENGENALAN
Pada minggu pertama sesi persekolahan bermula, Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang
Sidin yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan program
“SKSTS CERIA, BERSIH DAN SELAMAT”. Program ini merupakan satu program yang
melibatkan murid-murid, ibu bapa serta guru untuk terlibat secara aktif. Program ini
bertujuan untuk menarik minat murid-murid SKSTS untuk bersemangat ke sekolah dan juga
mampu memupuk komunikasi dua hala di antara ibu bapa serta guru-guru.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan minat pelajar untuk selalu hadir ke sekolah.

2.2 Melahirkan para pelajar yang kreatif, berdaya saing dan mampu bekerja di dalam

kumpulan.

2.3 Merapatkan jurang diantara ibu bapa dan guru-guru.

3. MATLAMAT

3.1 Menarik minat pelajar untuk selalu bersemangat ke sekolah agar murid-murid selalu
hadir ke sekolah.

3.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.

3.3 Melibatkan komunikasi dua hala di antara guru-guru dan ibu bapa.

4. RASIONAL

4.1. Perlu mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, sihat, kondusif dan selamat.

4.1.1. Pemakaian pelitup muka digalakkan.

4.1.2. Memastikan pengudaraan yang baik.

4.1.3. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun.

4.1.4. Menjaga kebersihan kelas/persekitaran sekolah.

4.2 Perlu penglibatan, kerjasama dan sokongan semua pihak.

4.3 Pendekatan mesra, seronok dan berkesan.


5. SASARAN DAN PENGLIBATAN

5.1 Semua murid SK Sungai Tukang Sidin

5.2 Semua guru SK Sungai Tukang Sidin

5.2 Ibu bapa murid-murid SK Sungai Tukang Sidin

6. KETETAPAN

TARIKH : 20.03.2023 – 24.03.2023


HARI : Isnin – Jumaat
MASA : 7.40 pagi – 1.00 petang
TEMPAT : a) Dewan Humaira, kantin sekolah
b) Dataran kejat
c) Padang sekolah

7. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Puan Rosilawati binti Abdul Aziz (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Norazlina binti Sha’ri (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Encik Hasbullah bin Yasin (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Encik Shahrul Bahtiar bin Mohamad Ghazali (PK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn. Norazlina binti Sha’ri (PK Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Nor Azimah binti Azman

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis : 1) Encik Rostam bin Malek

2) Pn. Puan Noor Khasyimawati binti Abd Kadir

Siaraya : Encik Othsaimi bin Othman

Tayangan Multimedia : Encik Kamarul Najmi bin Hassan


Persiapan Tempat : 1) Encik Syed Zulkifli bin Tuan Kob

2) Encik Hamdi bin Mohamad Yunus

3) Encik Mohd Zaher bin Fadzin

Fotografi : 1) Encik Othsaimi bin Othman

2) Encik Kamarul Najmi bin Hassan

One Page Report : Puan Noor Khasyimawati binti Abd Kadir

Hadiah Murid/ : 1) Puan Murni Suhana binti Ismail

Cenderahati Penceramah 2) Puan Sahilah binti Suitir @ Salman

3) Puan Sa’adiah binti Juki

4) Puan Wan Siti Mariam binti Wan Malik

Disiplin Murid : Encik Kamarazman bin Mohd Adnan @ Che Omar

9. TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


20.03.2023 (ISNIN)
1) PERHIMPUNAN RASMI HARI PERTAMA
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
Pakaian: Uniform rasmi sekolah
7.40 – 9.40 pg 1. a) Mengalukan kehadiran murid, guru dan ibu
bapa/penjaga.
Pn. Rosilawati binti Abdul Aziz Guru Besar
b) Merasmikan program SKSTS Ceria, Bersih dan
Selamat
2. a) Memperkenalkan nama penuh guru-guru SKSTS
En. Kamarul Najmi bin Hassan Guru Bertugas Mingguan
b) Amalan Pemakaian Pelitup Muka dan Mencuci Tangan
En. Kamarazman bin Mohd Adnan @
3. Peraturan Disiplin Sekolah Guru Disiplin
Che Omar
4. Taklimat SPBT En. Hamdi bin Mohamad Yunus Guru SPBT
9.40 – 10.00 pg REHAT
2) CERAMAH KAUNSELING DAN AKTIVITI MURID
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
10.00 – 10.30 pg 5. Aktiviti Murid 1: Kenali Guru Saya
*Lembaran kerja (10 soalan)
a) Murid mengisi nama penuh guru dalam ruangan
kosong bersama rakan bertiga
Senarai nama penuh guru
Contoh:
tanpa jawatan disertakan
i) Guru Besar saya: Pn. Rosilawati Binti Abdul Aziz En. Rostam bin Malek
dalam lembaran kerja.
ii) Guru ini mengajar Matematik: _______________
Kerja berkumpulan.
b) Perbincangan jawapan dengan penyelaras aktiviti.
Refleksi aktiviti.
10.30 – 11.30 pg 5. Ceramah Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) En. Syed Zulkifli bin Tuan Kob Guru Kaunseling
11.30 – 12.30 tgh 6. Aktiviti Murid 2: Mewarna
En. Hasbullah bin Yasin *Lembaran cetakan mewarna
a) Mewarna Poster (Murid Tahap 1 dan 2) - Saiz 1 A4
Pn. Sahilah binti Suitir @ Salman poster kembali ke sekolah
b) Mewarna gambar (Prasekolah) – Saiz separuh A4
11.40 pg WAKTU PULANG MURID PRASEKOLAH
12.30 tgh WAKTU PULANG MURID TAHUN 1
12.30 – 1.00 ptg 7. Aktiviti Murid 3: Peta Nilai Baik Murid SKSTS Pn. Murni Suhana binti Ismail * Kertas A4 kosong
a) Penyelaras ativiti menampal 8 set senarai 40 nilai * Senarai nilai 40 nilai murni
murni di tiang kantin dengan melabel nama kumpulan
pada senarai. Kerja berkumpulan.
b) Murid melukis peta buih bertajuk 10 nilai baik * 1 stray, all stay
yang perlu ada pada murid SKSTS pada sehelai kertas
A4.
c) Guru pembimbing kumpulan perlu berada di tiang yang
bukan kumpulannya
c) Seorang wakil kumpulan perlu bergilir dan bergerak ke
tiang kumpulannya untuk memilih 1 maklumat yang
sesuai untuk diisi dalam peta buih kumpulan.
d) Murid yang bergerak dan balik ke kumpulan perlu
melakukan aksi pergerakan haiwan kumpulan masing
masing-masing untuk mendapatkan maklumat.
e) Sekiranya wakil gagal melakukan pergerakan haiwan
semasa pergi mendapatan maklumat, guru
pembimbing mesti membatalkan peluang murid
tersebut. Murid yang terbatal mesti pulang ke dalam
kumpulan dengan membuat gaya haiwan dan
mewakilkan rakan lain.
f) Cubaan untuk memperolehi maklumat hanya diberi
sebanyak 10 kali. Wakil murid tidak boleh daripada
orang sama.
c) Guru penyelaras aktiviti mencungkil refleksi murid dan
memberi pengajaran aktiviti.

1.00 ptg WAKTU PULANG MURID TAHUN 2 - 6


NOTA:
1. AKTIVITI MEWARNA MURID YANG TIDAK SEMPAT DISIAPKAN BOLEH DIBAWA PULANG KE RUMAH UNTUK DISIAPKAN.
2. GALAKKAN MURID BERFIKIR PANTAS, SEGERA BERKERJA DALAM KUMPULAN DAN PATUHI MASA AKTIVITI.
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
21.03.2023 (SELASA)
3) SENAMROBIK DAN SUKANEKA GURU, MURID DAN IBU BAPA
Tempat: Dataran Perhimpunan dan Padang Sekolah
Pakaian: Pakaian sukan
1. Senamrobik *Pembesar Suara
*Mikrofon
7.40 – 8.40 pg Pn. Nor Azimah binti Azman
*Laptop
*Meja
8.40 – 9.40 pg 2. Sukaneka En. Mohd Zaher bin Fadzin *8 kumpulan
3. Penyampaian hamper sukaneka En. Othsaimi bin Othman *Tempat 1, 2 dan 3 mendapat
Pn. Sa’adiah binti Juki hamper
9.40 – 10.00 pg REHAT
4) CERAMAH SEKOLAH SELAMAT: PONTENG SIFAR DAN KATAKAN TIDAK KEPADA BULI
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
10.00 – 11.30 pg 3. Ceramah Polis Di Raja Malaysia En. Hasbullah bin Yasin PK Hal Ehwal Murid
11.30 – 12.30 tgh 4. Aktiviti Murid 4: Kuiz Sekolah Selamat: Ponteng Sifar En. Kamarazman bin Mohd Adnan @ Guru Disiplin
dan Katakan Tidak Kepada Buli Che Omar
5. Penyampaian saguhati kepada pemenang kuiz. Pn. Sa’adiah binti Juki Guru Kedai Buku Sekolah
11.40 pg WAKTU PULANG MURID PRASEKOLAH
12.30 tgh WAKTU PULANG MURID TAHUN 1
12.30 – 1.00 ptg 6. Ucapan penghargaan kepada PPS Sekolah. Pn. Rosilawati binti Abdul Aziz
Guru Besar
7. Penyampaian Cenderahati dan sijil penghargaan kepada Pn. Wan Siti Mariam binti Wan Malik
Setiausaha Hal Ehwal Murid
PPS.
1.00 ptg WAKTU PULANG MURID TAHUN 2 - 6
NOTA:
1. JIKA PPS TIDAK DAPAT HADIR, PK HAL EHWAL MURID AKAN MENYAMPAIKAN CERAMAH BAGI PIHAK PPS.
2. SEKIRANYA AKTIVITI TAMAT LEBIH AWAL, BOLEH JALANKAN TAYANGAN ANIMASI.
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
22.03.2023 (RABU)
5) ICE-BREAKING, PEMBENTUKAN KUMPULAN, MELUKIS LOGO BENDERA KUMPULAN
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
Pakaian: Pakaian sukan
7.40 – 8.00 pg 1. Ice-breaking
a) Murid diberi sekeping kertas kecil
- ular
- ayam
- kucing
- ketam
- lembu
- burung
- katak
- ikan
b) Murid bergerak mencari kumpulan dengan hanya
membuat gaya haiwan dalam kertas dan tidak
membuat apa-apa bunyi.
c) Murid duduk di dalam kumpulan.
8.00 – 8.30 pg 2. Aktiviti Murid 5: Bangga Bendera Kumpulan Kami
a) Murid berbincang dan memberi nama kumpulan. PK Pentadbiran
Pn. Norazlina binti Sha’ri
b) Melantik ketua kumpulan dan penolong ketua PK Kokurikulum
En. Shahrul Bahtiar bin Mohamad
kumpulan.
Ghazali
c) Setiap kumpulan diberikan sekeping kain putih dan Guru Kaunseling
En. En. Syed Zulkifli bin Tuan Kob
marker
d) Murid melukis logo dan menulis slogan pada bendera * kertas kecil
dengan dibantu oleh guru pembimbing. * kain bendera
- ular : Cikgu Rostam * marker
- ayam : Ustaz Hamdi * kayu bendera
- kucing : Cikgu Murni
- ketam : Cikgu Syima
- lembu : Cikgu Kamarul
- burung : Cikgu Othsaimi
- katak : Ustazah Mariam
- ikan : Cikgu Zaher
8.30 – 9.40 pg 3. Aktiviti Murid 6: Kami Berani
a) Murid membuat pembentangan tentang bendera dan
slogan yang dihasilkan di atas pentas.
b) Murid membuat gaya haiwan kumpulan.

9.40 – 10.00 pg REHAT


6) PEMBENTANGAN KUMPULAN DAN MEMBINA MENARA
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
10.00 – 11.00 pg 4. Aktiviti Murid 6: Saya Yakin Diri dan Hormati Rakan
Kumpulan (RADIO KARAT)
a) Murid duduk satu barisan dalam kumpulan seperti
perhimpunan.
b) Guru pembimbing duduk dihadapan sekali barisan.
c) Penyelaras aktiviti akan memberi sekeping kertas kecil
yang mengandungi ‘mesej penting’ kepada murid yang
*Lembaran ‘mesej penting’
duduk di barisan belakang. Murid diberi masa hanya
20 saat untuk menghafal mesej.
d) Murid akan kembali ke tempat duduk dan
En. Syed Zulkifli bin Tuan Kob
menyampaikan mesej secara berbisik kepada rakan di
En. Hasbullah bin Yasin
hadapan.
En. En. Shahrul Bahtiar bin Mohamad
e) Guru pembimbing akan berbaris di atas pentas untuk
Ghazali
membacakan mesej kumpulan.
f) Guru penyelaras aktiviti mencungkil refleksi murid dan
memberi pengajaran aktiviti.
11.00 – 12.30 pg 5. Aktiviti Murid 7: Membina Menara Kumpulan
a) Murid diberikan 2 bungkusan straw minuman
b) Murid perlu membina menara yang paling tinggi dan
kreatif dengan bimbingan guru pembimbing. * Dua bungkus straw minuman
c) Kumpulan dibenarkan menggunakan bahan tambahan untuk setiap kumpulan.
lain.
d) Kumpulan perlu menjaga kebersihan kawasan selepas
tamat aktiviti.
11.40 pg WAKTU PULANG MURID PRASEKOLAH
12.30 tgh WAKTU PULANG MURID TAHUN 1
12.30 – 1.00 ptg 6. Aktiviti Murid 8: Menara Kami Paling Best
a) Murid membuat pembentangan mengenai menara
Pn. Norazlina binti Sha’ri
kumpulan di atas pentas.
En. Syed Zulkifli bin Tuan Kob
b) Murid perlu memberi peluang kepada rakan lain untuk
En. Hasbullah bin Yasin
membuat pembentangan dan dibantu oleh rakan lain.
c) Guru penyelaras aktiviti mencungkil refleksi murid dan
memberi pengajaran aktiviti.
1.00 ptg WAKTU PULANG MURID TAHUN 2 - 6
NOTA:
1. KUMPULAN MESTI MEMBAWA BENDERA KUMPULAN DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN.
2. KUMPULAN AKAN DIDENDA SEKIRANYA DIDAPATI MENINGGALKAN BENDERA KUMPULAN – MENARI TARIAN HAIWAN KUMPULAN DAN
MENYANYIKAN LAGU SEKOLAH SEMASA KUMPULAN LAIN SEDANG MEMBUAT AKTIVITI.
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
23.03.2023 (KHAMIS)
7) CERAMAH RAMADAN
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
Pakaian: Pakaian sukan
7.40 – 9.40 pg 1. Ceramah Ramadan En. Kamarazman bin Mohd Adnan @
Guru Pendidikan Islam
Che Omar
9.40 – 10.00 pg REHAT
8) KAPAL KERTASTERBANG TINGGI
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
10.00 – 11.00 pg 2. Aktiviti Murid 9: Bawa Harapanku Terbang Tinggi
a) Murid menuliskan nama dan harapan besar mereka
sebagai murid SKSTS pada sehelai kertas A4 bersama
sedikit hiasan.
b) Murid membina kapal terbang kertas.
c) Murid berbaris di atas pentas dataran kejat dan Aktiviti individu.
En. Kamarul Najmi bin Hassan
menerbangkan kapal terbang mereka.
En. Othsaimi bin Othman
d) Murid mengutip kapal terbang rakan, bukan milik * Kertas A4
sendiri.
e) Murid dipilih untuk membacakan harapan rakan
mereka di pentas.
f) Guru penyelaras aktiviti mencungkil refleksi murid dan
memberi pengajaran aktiviti.
9) HARI INTERAKSI SKSTS DAN IBU BAPA/PENJAGA
Tempat: Bilik Darjah
11.00 pagi 3. Penyampaian Keputusan PBD dan UASA Guru Kelas Tahun 1
a) Guru Kelas Tahun 2 – 5 2022 berada bersama murid Guru Kelas Tahun 2
di dalam kelas. Murid tetap duduk di dalam kelas Guru Kelas Tahun 3
terkini, cuma guru sesi 2022 akan bersama murid Guru Kelas Tahun 4
Semua Guru Kelas Tahun 2022
untuk penyerahan keputusan. Guru Kelas Tahun 5
adalah terlibat
b) Guru Kelas Tahun 6 2022 berada di kantin untuk Guru Kelas Tahun 6
penyerahan keputusan.
c) Murid prasekolah buat aktiviti suai kenal di kelas/aktiviti *Murid boleh pulang awal
yang sesuai dan menyeronokkan. bersama ibu bapa/penjaga
11.40 pg WAKTU PULANG MURID PRASEKOLAH
12.30 tgh WAKTU PULANG MURID TAHUN 1
1.00 ptg WAKTU PULANG MURID TAHUN 2 - 6
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
24.03.2023 (JUMAAT)
10) BACAAN YASIN DAN CERAMAH AGAMA
Tempat: Dewan Humaira (Kantin Sekolah)
Pakaian: Pakaian sukan
7.40 – 8.40 pg 1. Bacaan Yasin En. Kamarazman bin Mohd Adnan @
Guru Pendidikan Islam
2. Ceramah agama Che Omar
8.40 – 9.40 pg 3. Ucapan penutup program dan penyampaian hadiah Pn. Rosilawati binti Abdul Aziz Guru Besar
kumpulan terbaik. Pn. Sa’adiah binti Juki Guru Kedai Buku Sekolah
Pn. Wan Siti Mariam binti Wan Malik Setiausaha PIBG
9.40 – 10.00 pg REHAT
11) MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
Tempat: Kelas masing-masing
10.00 – 11.00 pg 4. Gotong royong perdana (kawasan sekolah) Semua guru terlibat, boleh jemput ibu
bapa/penjaga untuk bersama melalui
group kelas
11.00 – 12.00 tgh 5. Membersih dan menceriakan kelas Semua Guru Kelas terlibat, boleh
jemput ibu bapa/penjaga untuk
bersama melalui group kelas
11.40 pg WAKTU PULANG MURID PRASEKOLAH
12.00 tgh WAKTU PULANG MURID TAHUN 1
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Senarai Hadiah Jumlah Kuantiti Jumlah x JUMLAH

(RM/perunit) Kuantiti

Cenderahati
RM30 2 RM30x2 RM60
Penceramah

Hadiah Kuiz RM2 10 RM2x10 RM20

Hadiah
RM50 2 RM50x2 RM100
Kumpulan Terbaik

Hamper RM50 3 RM50x3 RM150

JUMLAH RM330

8. PENUTUP

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini dapat melahirkan
murid-murid yang cinta akan sekolah dan sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu
sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

---------------------------------------------------- ----------------------------------------------------
(PUAN NOR AZIMAH BINTI AZMAN) (PUAN NORAZLINA BINTI SHA’RI)
SETIAUSAHA PROGRAM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK SUNGAI TUKANG SIDIN SK SUNGAI TUKANG SIDIN
LAMPIRAN 7

No. Rujukan:

KERTAS CADANGAN
PROGRAM
“SKSTS CERIA, BERSIH DAN SELAMAT”

_________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program “SKSTS CERIA, BERSIH DAN SELAMAT”

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan “SKSTS CERIA, BERSIH DAN SELAMAT”

Ulasan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh: _________________

You might also like