You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA KEBERSIHAN,

KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG,
24000 KEMAMAN

BIL. 1/2019

Tarikh : 7 Januari 2019 (Isnin)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Puan Suzliyanti Binti Md Zaman - Penasihat (Guru Besar)
2. Encik Mohd Fadzil bin Abdullah - Timbalan Pengerusi
(GPK HEM)
3. Puan Rohaya - Naib Pengerusi 1
(PK Pentadbiran)
4. Puan Junaidah binti Hassan - Naib Pengerusi 2
5. Puan Siti Zaharah binti Jaafar - Penyelaras
6. Puan Sumi Muniza Abd Razak - Setiausaha
7. Encik Husin bin Abu - Ajk
8. Encik Mohd Fariz bin Zulkifli
9. Puan Norfarawati binti Maliami

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah

1.2 Menjelaskan tentang ketepatan piawaian 3K yang harus dibuat mengikut


standard ditetapkan iaitu merangkumi aspek kebersihan, sistem keselamatan
berfungsi dan persekitaran yang selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk
aedes)
Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah
dalam aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah
berprestasi tinggi menjelang 2019.

Tindakan: Makluman

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2019
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada
minggu pertama persekolahan.
3.1.2 Program bersama JPAM pada 21 April 2019 berkaitan dengan
ceramah keselamatan serta demonstrasi memadam kebakaran,
menangkap ular dan pertolongan cemas.
3.1.3 Gotong-royong peringkat SKBK pada bulan ini fokus untuk
membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kantin.
3.1.4 Gotong-royong Perdana yang belum ditetapkan tarikh merujuk
kepada arahan pelaksanaan oleh pihak kementerian melibatkan
murid-murid, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid.
3.1.5 Keceriaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
3.1.6 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan laluan gajah
menyusur menggunakan bahan yang keras. Polisterin dan kayu
tidak sesuai. Cadangan untuk menulis dan mengecat kata-kata
hikmah di tangga menggunakan cat minyak supaya lebih berwarna-
warni dan cantik serta diserahkan pelaksanaannya kepada Panitia
English.
3.1.7 Dinding di sebalah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan
dengan sifir, pelaksanaan oleh Panitia Matematik.
3.1.8 Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran piala pusingan
secara mingguan untuk mengumpul mata pada hujung tahun bagi
mendapatkan hadiah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2. Antara aspek
yang diutamakan ialah membuat sudut bacaan, carta, jadual waktu,
jadual tugas dan pelan laluan kecemasan.

Tindakan : Semua Guru, Murid


dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya


di kantin dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan
perlu ditukar ganti

3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.
3.2.7 Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah.
Cadangan untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai
terlebih dahulu dan akan dibincangkan kemudian.

3.2.8 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.

4. Hal-hal lain
4.1.1 Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada
pihak luar jika harga yang ditetapkan berpatutan.

5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih
selamat.
5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang dengan surah Al Asr.

…………………………................ ………………………..........
(Puan Sumi Muniza bt Abd Razak) ( )
Setiausaha 3K Penolong Kanan Hem
SK Bukit Kuang SK Bukit Kuang

You might also like