You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJANG

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN


TEL/FAKS: 04-9291427
e-mail: sktunjang@gmail.com

MINIT MESYUARAT
JK KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN (3K) DAN PENCEGAHAN DENGGI
BIL 3 / 2019
_______________________________________________________________________

Tarikh : 26 September 2019

Hari : Khamis

Masa : 2.00 – 3.30 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

DR Khairool Anuar b. H Hashim : PK HEM

En. Asyraf Syakir bin Mat Thoha : KETUA UNIT

Pn. Norshahana bt Norjohannan : SETIAUSAHA

Pn. Rosita bt Ariffin : Kebersihan

Pn. Rashidah bt Abdullah : Rawatan / Kesihatan

Pn. Hazlina bt Musa : Keselamatan

Pn. Wan Aisah bt Othman : Doktor Muda

Pn. Norlida bt Jaafar : AJK

AGENDA MESYUARAT:

i. Aluan @ Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi


ii. Ucapan PK HEM
iii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
iv. Perkara-perkara berbangkit
v. Laporan Status Program
vi. Hal-hal lain
vii. Ucapan Penangguhan

PENGERUSI MESYUARAT

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Asyraf Syakir bin Mat Thoha (KETUA UNIT)

1
i. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat 3K kali ketiga.

ii. UCAPAN PK HEM


3. Dr Khairool Anuar b. Hj Hashim mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas
semua komitmen ahli JawatanKuasa di dalam melaksanakan program 3K yang
dirancang pada tahun 2019.

4. Beliau juga mengingatkan tentang tanggungjawab setiausaha kebersihan,


kesihatan dan keselamatan untuk menyerahkan semua kertas kerja dan
dokumentasi yang berkaitan kepada setiausaha induk untuk dimasukkan di
dalam fail.

Tindakan: Untuk makluman & penyelaras 3K

iii. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LALU


5. Pn. Norshahana bt. Norjohannan membentangkan minit mesyuarat yang lalu
untuk di semak dan disahkan.
6. Pn. Wan Aisah bt Othman mencadangkan minit mesyuarat diterima dan
disokong oleh Pn. Norlida bt Jaafar.
Tindakan: Untuk makluman

iv. PERKARA BERBANGKIT


7. Minit 13.1 Kebersihan Dan Keceriaan Tandas
- Cadangan Dr Khairool Anuar b. Hj. Hashim bagi menceriakan dinding tandas
masih belum diambil tindakan
8. Minit 14.1 Kata-Kata Hikmah
- Cadangan Wan Aisah bt Wan Othman berkenaan dengan kata-kata hikmah
juga masih belum di laksanakan
- Tindakan: Penyelaras Kebersihan

v. LAPORAN STATUS PROGRAM


9. Latihan Kebakaran
9.1 Latihan kebakaran dan demonstrasi memadamkan
kebakaran oleh unit Pasukan Bomba akan diadakan pada 17
Ogos 2019 ( Khamis )
9.2 Latihan kebakaran bersama-sama pihak bomba akan
dilaksanakan pada 4 November 2019 ( Isnin )
9.3 Unit 3K akan bergandingan dengan Unit Bimbingan dan
Kaunseling SK Tunjang bagi menjayakan program ini.
9.4 Telah didokumentasikan oleh Pn. Hafishah bt. Long.

10.Unit Keselamatan
2
10.1 Pn. Hazlina bt. Musa memaklumkan tentang
keselamatan murid ketika datang dan pulang dari sekolah,
selamat dan terkawal.
10.2 Tiada lagi waris yang melanggar peraturan masuk
dan keluar sekolah setelah diberi surat makluman.

11. Unit Kebersihan


11.1 Program komuniti, latihan memberus gigi
kerjasama dengan Klinik Pergigian DR Liyana
Tarikh : 1 Ogos 2019 ( Khamis)
Anjuran: Doktor Muda & 3K SK Tunjang
Masa: 8.30 pg – 9.45 pg
Kumpulan Sasaran: Murid Tahun 1

11.2 Program sifar Sampah


- Berjalan seperti yang dirancang, tempat pengasingan
sampah mengikut kategori telah ditempatkan di
belakang kantin berdekatan dengan pintu pagar PKG
- Murid –murid telah dimaklumkan tentang kempen 3R ini.
Semua murid-murid boleh memasukkan sampah
mengikut kategori di tempat yang telah disediakan
- Guru-guru juga turut menjadi ahli Recycle For Life
sebagai tanda menyokong program ini.
- Point mata jualan barang-barang terbuang ini akan dikira
bagi setiap kali jualan dengan Syarikat E-Idaman
- Tempoh Pelaksanaan : Sepanjang Tahun

11.3 Semua program telah didokumentasikan oleh Pn.


Rosita bt. Arifin

Untuk makluman semua AJK

v. HAL-HAL LAIN
12.Papan Tanda l love SK Tunjang
12.1 Dr Khairool Anuar b. Hj Hashim mencadangkan ‘Papan Tanda l Love
Tunjang’ diletakkan dipintu utama sekolah.
12.2 AJK 3K bersetuju sebulat suara .
12.3 Pengerusi meminta Setiausaha menyemak harga sebenar dan
membuat perbandingan harga

Tindakan : Setiausaha 3K

vi. UCAPAN PENANGGUHAN


13. Dr Khairool Anuar b. Hj Hashim berharap semua pihak terus melaksanakan
tanggungjawab masing-masing demi sekolah dan anak-anak murid supaya
mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih selamat dan kondusif.

14. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mesyuarat diakhiri dengan bacan tasbih Kafarah dan surah Al Asr

3
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh : Disemak oleh;

…………………………………. .....................................
(NORSHAHANA BT. NORJOHANNAN) (EN. ASYRAF SYAKIR B. MAT THOHA
Setiausaha JK 3K & Denggi Ketua Unit 3K & Denggi

You might also like