You are on page 1of 15

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

NAMA: ………………………….……… KELAS: ………….

NO. KAD PENGENALAN: …………………….......

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI

BACAAN
TAHUN 5
VERSI BAHASA MELAYU

45 MINIT
Arahan
Baca setiap soalan dengan teliti dan jawab sebaik mungkin. Jika anda kurang
pasti tentang jawapan sesuatu soalan, pilih atau tulis jawapan yang anda fikirkan
terbaik dan teruskan ke soalan yang berikutnya. Anda diberi masa 45 minit untuk
menjawab semua soalan dalam latihan ini. Tuliskan jawapan anda di ruangan
yang disediakan.

Bagi soalan aneka pilihan, anda hendaklah memilih jawapan yang terbaik dan
bulatkan jawapan tersebut seperti contoh berikut.

Di antara berikut, yang mana satukah mamalia?

A. Katak
B. Burung
C. Kambing
D. Ikan

1
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 1: KUIH BULAN DAN PERPADUAN

Sempena sambutan perayaan Pesta Kuih Bulan oleh masyarakat Cina, Ahmad diminta oleh
guru Bahasa Inggerisnya untuk memberi ucapan tentang kuih bulan semasa perhimpunan
rasmi sekolah. Dia membuat keputusan untuk melayari internet untuk mencari maklumat
tentang perayaan Kuih Bulan dan kuih bulan.

Chinatown Story

Masyarakat Cina seluruh dunia meraikan perayaan Pesta Kuih Bulan pada hari ke-15
pada bulan ke-8 dalam kalendar Cina. Ahli keluarga akan berkumpul pada hari tersebut
untuk makan malam bersama dan menyalakan tanglung yang berwarna-warni. Pada waktu
malam, mereka akan menawarkan persembahan kepada bulan kerana masyarakat Cina
percaya bahawa bulan membawa tuah kepada mereka. Kuih bulan merupakan satu jenis
kuih yang wajib disediakan semasa upacara persembahan kepada bulan.
Kuih bulan adalah sejenis kuih yang berbentuk bulat. Ia mempunyai pelbagai jenis
inti yang dibalut oleh selapis kulit yang nipis. Pada asalnya, inti kuih bulan boleh didapati
dalam perisa kacang merah, pes biji bunga teratai dan kekacang campuran. Pada masa kini,
terdapat juga inti kuih bulan yang berperisa teh hijau, coklat, pes biji bunga teratai perisa
pandan dan lain-lain lagi. Selain itu, kuih bulan juga boleh didapati dalam pelbagai jenis
bentuk dan warna. Dahulunya, kuih bulan cuma berwarna perang, sekarang ia sudah
berwarna-warni. Ia juga boleh didapati dalam bentuk lain seperti segitiga dan bujur!
Terdapat juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk karakter kartun.

2
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Kuih bulan bukan sahaja sedap untuk dimakan, tetapi ia juga merupakan simbol
perpaduan dan himpunan ahli keluarga pada masyarakat Cina disebabkan oleh bentuknya
yang bulat. Semasa perayaan Kuih Bulan, ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul dan
makan kuih bulan bersama-sama.
Berdasarkan sebuah lagenda masyarakat Cina, dikatakan seorang ketua
pemberontak iaitu Liu Bo Wen, menggunakan kuih bulan untuk menghimpunkan semua
masyarakat Han untuk menggulingkan Dinasti Yuan. Beliau memberitahu maklumat tentang
pemberontakan itu dengan menyembunyikan sekeping kertas di dalam kuih bulan. Apabila
orang yang bersekutu dengannya memotong kuih bulan itu, mereka mendapat maklumat
tersebut dan mereka berjuang bersama-sama dan berjaya menggulingkan Dinasti Yuan.
Pada zaman sekarang, kuih bulan dihadiahkan kepada kawan-kawan dan sanak
saudara sebagai cenderahati semasa perayaan Pesta Kuih Bulan.

Diadaptasi daripada:
www.chinaculturetour.com
Sumber gambar: www.littlepassports.com

3
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: KUIH BULAN DAN PERPADUAN Untuk kegunaan


pemeriksa
Apakah jenis perisa inti kuih bulan yang boleh didapati pada zaman sekarang?
Tandakan (√) pada jawapan yang betul dan (x) pada jawapan yang salah.
Bulatkan skor bagi
jawapan murid

Perisa inti kuih bulan √ x

1. Teh hijau 1. 0 1 9
2. Kacang merah 2. 0 1 9
3. Coklat
3. 0 1 9
4. Pes biji bunga teratai perisa
pandan 4. 0 1 9
5. Pes perisa biji bunga teratai
5. 0 1 9

Bulatkan skor bagi


Item 2: KUIH BULAN DAN PERPADUAN jawapan murid

Pilih “Betul” atau “Salah” untuk setiap pernyataan. Tandakan (√) bagi jawapan
anda.
1. 0 1 9

2. 0 1 9
Pernyataan Betul Salah
3. 0 1 9
1. Kuih bulan menyatukan keluarga dan
sahabat handai.

2. Kuih bulan mengalami perubahan mengikut


peredaran zaman.

3. Masyarakat Han memperoleh kemenangan


dalam pemberontakan kerana kuih bulan
membawa tuah kepada mereka.

4
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Untuk kegunaan
Item 3: KUIH BULAN DAN PERPADUAN pemeriksa

Bulatkan skor bagi


Terdapat perbezaan pada kuih bulan pada zaman dahulu dan zaman sekarang. jawapan murid
Tandakan (√ ) jika kedua-dua pernyataan adalah benar dan (x) jika terdapat
pernyataan yang salah.

DAHULU SEKARANG √ x 1. 0 1 9

1. Inti kuih bulan hanya Terdapat inti berperisa 2. 0 1 9


boleh didapati dalam baru seperti teh hijau,
perisa kacang merah, coklat, pes biji bunga 3. 0 1 9
pes biji bunga teratai teratai perisa pandan
dan kekacang dan lain-lain lagi.
campuran.
2. Kuih bulan berbentuk Kuih bulan masih
bulat. berbentuk bulat.

3. Kuih bulan berwarna Kuih bulan berwarna-


perang. warni.

Bulatkan skor bagi


Item 4: KUIH BULAN DAN PERPADUAN jawapan murid

Berdasarkan artikel, bagaimanakah Liu Bo Wen menggunakan kuih bulan untuk 0 1 2 9


memperoleh kemenangan dalam pemberontakan?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

5
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Bulatkan skor bagi


Item 5: KUIH BULAN DAN PERPADUAN jawapan murid

Bentuk bulat kuih bulan adalah lambang perpaduan ahli keluarga. 0 1 2 9


Memandangkan ia dihasilkan dalam pelbagai jenis bentuk pada zaman sekarang,
pada pendapat anda, adakah ia akan membawa perubahan kepada makna di
sebalik bentuk asal kuih bulan? Berikan sebab bagi jawapan anda.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

6
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 2: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN

Encik Guna meminta muridnya untuk memberikan contoh tempat yang mempunyai
peraturan yang perlu dipatuhi. Lily menjawab ‘taman permainan’ dan semua murid tertanya-
tanya dengan jawapan Lily. Encik Guna mencari tentang peraturan di taman permainan di
internet dan berkongsi dengan murid-muridnya.

7
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN Untuk kegunaan


pemeriksa
Peraturan yang manakah perlu anda patuhi sekiranya anda ingin ke taman
permainan? Tandakan (√) pada jawapan yang betul dan (x) pada jawapan yang
salah. Bulatkan skor bagi
jawapan murid

√ x a) 0 1 9
a) Memakai kasut yang sesuai.
b) 0 1 9
b) Bermain dengan rakan-rakan secara kasar.
c) 0 1 9
c) Berhati-hati ketika menggunakan peralatan
yang basah.
d) 0 1 9
d) Menggunakan peralatan permainan dengan
sebaiknya.

Item 2: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN


Bulatkan skor bagi
Apakah tujuan pengawasan orang dewasa di taman permainan? Tandakan (√) jawapan murid

pada pilihan Betul atau Salah.


1. 0 1 9

Tujuan Betul Salah 2. 0 1 9


1. Untuk mengelakkan sebarang kecederaan
3. 0 1 9
2. Untuk membenarkan masa bermain tanpa
had untuk kanak-kanak 4. 0 1 9

3. Untuk memastikan kanak-kanak


menggunakan peralatan yang sesuai
dengan umur mereka

4. Untuk memastikan penggunaan peralatan


taman permainan yang betul

8
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 3: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN


Untuk kegunaan
pemeriksa

Lily, mari kita Bulatkan skor bagi


baca peraturan di Baik Ayah. Jom jawapan murid

taman permainan kita baca!


sebelum bermain. 0 1 9

Ayah
Lily

Mengapakah ayah Lily menyuruhnya membaca peraturan keselamatan di taman


permainan sebelum dia bermain?
A. Untuk memujuk Lily ke taman permainan
B. Untuk menghalang Lily daripada pergi ke taman permainan
C. Untuk mendidik Lily tentang keselamatan di taman permainan
D. Untuk memberitahu Lily bahawa taman permainan adalah tempat yang
menarik

9
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 2: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN

Encik Guna menerangkan lebih lanjut bahawa kemalangan boleh berlaku di taman
permainan sekiranya peraturan keselamatan diambil ringan. Encik Guna menunjukkan
kepada muridnya sebuah laporan akhbar dalam talian mengenai kemalangan maut di
taman permainan.

KUALA LUMPUR: Audit keselamatan harus dilakukan di semua taman permainan awam di
seluruh negara untuk membantu pihak berkuasa mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan
yang perlu untuk mengelakkan kemalangan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) Kebangsaan Tan Sri Lee Lam
Thye mencadangkan supaya peraturan di taman permainan ditempatkan berdekatan dengan setiap
peralatan untuk mengajar orang ramai bagaimana menggunakannya dan siapa yang boleh
menggunakannya. Papan tanda juga mesti mengandungi beberapa peraturan asas berserta visual
dan nombor pihak berkuasa tempatan untuk melaporkan sebarang kemalangan, kerosakan atau
vandalisme. Pengawasan orang dewasa juga mesti dinyatakan dalam papan tanda.

Lee mengulas tentang insiden pada 24 Nov di mana seorang gadis berusia 15 tahun maut dalam
kemalangan taman permainan di Kepong selepas kepalanya terperangkap dalam buaian yang
dibina khas untuk pengguna kurang upaya dan kerusi roda. Lee berkata ia seharusnya menjadi
pengajaran kepada semua bahawa aspek keselamatan di taman permainan tidak boleh dianggap
ringan.

Menurut data dari Kementerian Kesihatan Malaysia, 530 kanak-kanak telah dihantar ke hospital
awam selepas mengalami kemalangan yang melibatkan peralatan permainan antara tahun 2014 dan
2016. Ini menunjukkan bahawa walaupun taman permainan menyediakan peluang untuk
keseronokan, senaman dan rekreasi, terdapat juga risiko kemalangan yang perlu diambil perhatian.

10
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 4: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN


Untuk kegunaan
pemeriksa
Taman permainan boleh menjadi satu tempat yang berbahaya kepada kanak-
kanak. Adakah anda bersetuju? Berikan satu contoh daripada laporan akhbar
untuk menyokong jawapan anda. Bulatkan skor bagi
jawapan murid

……………………………………………………………………………………… 0 1 9

………………………………………………………………………………………

Item 5: KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN


Bulatkan skor bagi
jawapan murid

Berdasarkan kepada laporan kemalangan maut yang dilaporkan di dalam akhbar, 0 1 9


peraturan keselamatan yang manakah mampu menyelamatkan mangsa
sekiranya dipatuhi?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

11
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 3: ULASAN BUKU DRAGONCHARM

Ashira berada di kedai buku. Dia memilih sebuah buku secara rawak untuk dibaca. Dia
berpendapat buku tersebut menarik dan bercadang membaca beberapa ulasan melalui
internet sebelum membeli buku tersebut.

Dragoncharm adalah sebuah novel yang ditulis oleh Lolita Shimmy dan diterbitkan
oleh Bookstore Pricey. Ia merupakan cerita dari dunia fantasi dan sihir dan para pembaca
akan terpegun membaca cerita ini. Heroinnya, Paella adalah seorang hamba perempuan
yang harus menyelamatkan naga yang terakhir daripada ahli sihir bernama Drago.

Cerita ini berlaku di Dragonville, sebuah perkampungan di mana wujudnya ahli sihir,
naga, goblin,pari-pari dan makhluk ajaib yang lain. Ahli sihir yang jahat, Drago merancang
untuk menggunakan kuasa ajaibnya untuk melatih naga yang terakhir, Charming menjadi
naga yang jahat bagi memenuhi keinginannya untuk menakluk dunia dan memusnahkan
semua pencabarnya.

Walaupun Paella berasa gentar dan tidak yakin dia mampu mengalahkan Drago yang
kuat, dia bertekad untuk meneruskan cabaran yang menakutkan untuk menyelamatkan
Charming. Sahabat Paella, Kino menegaskan bahawa dia harus memulakan misinya
dengan mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada Wizard Whizz. Pengembaraannya
merupakan sesuatu yang cukup mencabar dan Drago sanggup melakukan apa sahaja
untuk menghalang Paella daripada menyelamatkan Charming.

Dragoncharm merupakan satu bacaan yang bagus. Lolita Shimmy berjaya menarik
minat para pembaca dengan menggambarkan perjuangan remaja yang bersungguh-
sungguh menentang kejahatan dalam kisah fantasi ini. Kisah ini membuktikan bahawa
keazaman adalah kunci kejayaan. Dengan elemen hebat di dalam alur cerita yang luar
biasa, pembaca akan terpesona dan akan rasa sukar untuk berhenti membaca buku ini.
Lolita Shimmy telah berjaya menawan pembaca melalui watak Paella dan Charming.

12
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: ULASAN BUKU DRAGONCHARM Untuk kegunaan


pemeriksa

Apakah makhluk ajaib yang terdapat dalam cerita ini?


Bulatkan skor bagi
jawapan murid
A. ahli sihir, goblin dan naga
B. pari-pari, goblin dan naga
0 1 9
C. pari-pari, naga dan ahli sihir
D. ahli sihir, pari-pari dan goblin

Item 2: ULASAN BUKU DRAGONCHARM


Bulatkan skor bagi
jawapan murid

Tandakan (√) Betul atau Salah untuk setiap kenyataan berikut.


1. 0 1 9
Kenyataan Betul Salah
2. 0 1 9
1. Penulis buku ini ialah Kino.
3. 0 1 9
2. Cerita ini ialah cerita fantasi.

3. Paella menyertai pengembaraan untuk 4. 0 1 9


menyelamatkan naga.

4. Ahli sihir bernama Drago ingin


menggunakan kuasa sihirnya untuk
menyelamatkan dunia.

Item 3: ULASAN BUKU DRAGONCHARM


Bulatkan skor bagi
jawapan murid
„Dragoncharm‟ membuktikan bahawa keazaman adalah kunci kejayaan. Apakah
nilai murni lain yang terdapat dalam cerita ini? Tandakan (√) untuk jawapan yang
a) 0 1 9

betul dan (x) untuk jawapan yang salah. b) 0 1 9

Nilai murni √ x c) 0 1 9

a) Percaya kepada diri sendiri d) 0 1 9


b) Rajin
e) 0 1 9
c) Berani
d) Persahabatan
e) Fantasi

13
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 3: FORUM DALAM TALIAN DRAGONCHARM

Ulasan OnlineBookClub.org
Beri Ulasan Soal Jawab

Mulakan ulasan anda di OnlineBookClub.org

Saya menyukai cerita fantasi, tetapi mestilah fantasi yang sesuai


bagi saya. Buku ini bukanlah sesuatu yang saya minat dan
mungkin tidak memenuhi jangkaan saya. Rasanya saya boleh
jangka pengakhiran cerita tanpa perlu membaca buku ini.

Adakah ini Ya Komen Hantar ucapan terima kasih


membantu?

Ada ahli sihir, naga, pari-pari dan pengembaraan yang menarik.


Nampaknya buku ini memang sesuai untuk saya. Saya rasa seperti
berada dalam dunia ajaib dan saya turut berada dalam
pengembaraan itu. Ini memang sebuah buku wajib baca bagi saya.

Adakah ini Ya Komen Hantar ucapan terima kasih


membantu?

Buku ini nampak seperti menarik. Satu cerita yang indah mengenai
seorang anak gadis pemalu yang berazam untuk menyelamatkan
naga kesayangannya. Nampak seperti cerita yang mengharukan,
memberi inspirasi dan penuh dengan nilai murni.

Adakah ini Ya Komen Hantar ucapan terima kasih


membantu?

14
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 4: ULASAN BUKU DRAGONCHARM Untuk kegunaan


pemeriksa

Anna Hendrick meletakkan ulasan buku pada skala yang rendah kerana dia Bulatkan skor bagi
jawapan murid
berpendapat ia bukan buku yang bagus. Berikan satu ayat dalam ulasan buku
yang menyatakan bahawa buku ini sebenarnya bagus. 0 1 9

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

Item 5: ULASAN BUKU DRAGONCHARM


Bulatkan skor bagi
jawapan murid

Ulasan buku memberikan ulasan yang positif terhadap Dragoncharm. Adakah


0 1 2 9
SEMUA pendapat dalam OnlineBookClub.org menunjukkan ulasan positif yang
sama? Terangkan jawapan anda.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

15

You might also like