You are on page 1of 3

PERTANDINGAN UNIT BERUNIFORM ONLINE SK ......

1) Tarikh Pertandingan ialah pada Rabu 07 Julai 2021


2) Perjalanan pertandingan ini adalah tertakluk kepada Pematuhan Operasi Standard

(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh Majlis

Keselamatan Negara (MKN).

3) Pertandingan ini dilaksanakan di rumah murid masing-masing. Sebarang

perjumpaan atau perbincangan secara bersemuka di antara murid-murid yang

menyertai pertandingan ini adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

4) Pertandingan dilaksanakan secara online melibatkan Unit Beruniform iaitu


Pengakap, TKRS, PPIM & PBSM SK .......
5) Pertandingan yang akan dijalankan ialah :
a) Pertandingan Menghasilkan Gajet Mini
b) Pertandingan Video Menyedia Sarapan Pagi
6) Sijil akan disediakan untuk setiap peserta yang mengambil bahagian.

a) Pertandingan Menghasilkan Gajet Mini

Syarat- syarat
Pertandingan :

1) Pertandingan dibuka untuk KATEGORI INDIVIDU sahaja.

2) Peralatan yang perlu disediakan :

- Lidi

- Benang
- Gunting

3) Bilangan gajet yang dihasilkan tidak boleh lebih daripada 2 buah gajet

sahaja.

4) Setiap peserta hanya diberi masa selama 1 hari sahaja untuk menyiapkan

gajet masing-masing.

5) Semua ukuran dan saiz gajet adalah munasabah.

6) Peserta perlu menghantar 2 keping gambar (softcopy) bagi setiap gajet yang

dihasilkan

7) Gambar perlu dihantar ke Telegram Group unit masing-masing untuk dinilai

oleh guru Penasihat unit masing-masing. Gambar perlulah jelas untuk

tujuan pemarkahan.

8) Pengadilan akan dilakukan selepas masa tamat pertandingan.

9) Markah diberikan berdasarkan :

- Kekemasan ikatan - 25 markah

- Kekukuhan binaan - 25 markah

- Kreativiti - 25 markah

- Keaslian hasil kerja - 25 markah

Jumlah 100 markah

10) Sebarang alat atau bahan tambahan tidak dibenarkan

11) Sebarang bantuan peserta lain tidak dibenarkan

12) Keputusan pengadil adalah muktamad


b) Pertandingan Video Menyedia Sarapan Pagi

Syarat-syarat Pertandingan :

1) Pertandingan dibuka untuk KATEGORI INDIVIDU sahaja,


2) Menu masakan ialah Sarapan Pagi berasaskan ROTI untuk dua orang.
3) Proses penyediaan Sarapan Pagi tersebut perlu dirakam menggunakan telefom bimbit
4) Durasi video adalah 3-5 minit sahaja.
5) Semasa rakaman, peserta perlu menyatakan maklumat diri seperti :
- Nama penuh
- Kelas
- Nama Unit Uniform
- Penerangan ringkas tentang masakan yang disediakan.
6) Markah diberikan berdasarkan :
- Persembahan - 25 markah
- Kreativiti - 25 markah
- Kemahiran Memberi Penerangan - 25 markah
- Kekemasan - 25 markah
Jumlah 100 markah
7) Sebarang bantuan peserta lain tidak dibenarkan.

8) Keputusan pengadil adalah muktamad.

You might also like