You are on page 1of 18

ANJURAN:

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PENGELOLA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya


satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

MATLAMAT

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid
melalui kegiatan sukan sepanjang tahun
2. Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
3. Menjadi medium penggerak ke arah gaya hidup murid yang aktif dan sihat.

RASIONAL

Memperkasa dan memperluaskan program-program sukan 1 Murid 1 Sukan ke arah menyokong


Dasar 1 Murid 1 Sukan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kecergasan jasmani;


2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
3. Memupuk perpaduan di antara kaum;
4. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid;
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

2|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

NAMA PROGRAM

PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)


‘LOMPAT TALI’

PELAKSANAAN PROGRAM

1. Program Kecergasan ini dijalankan mengikut 2 peringkat iaitu Peringkat Negeri dan
Kebangsaan.
2. Terdapat 2 jenis program iaitu Cabaran Lompat Tali dan Lompat Tali Kreatif.
3. Setiap penyertaan murid akan dinilai mengikut peringkat penyertaan dan pencapaian
berpandukan Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK).

KUMPULAN SASARAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid yang bersekolah sepenuh masa di :
a. Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
b. Semua sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM.

TERMA DAN SYARAT UTAMA


1. Program berbentuk aktiviti sukan terkawal melibatkan penyertaan murid.
2. Aktiviti sukan 1 Murid 1 Sukan ditawarkan mengikut kategori umur murid.
3. Penyertaan adalah PERCUMA.
4. Sebarang kos (sekiranya ada) sebelum, semasa dan selepas menyertai aktiviti ini adalah
ditanggung sepenuhnya oleh murid / peserta.
5. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati peserta memuat naik catatan
kecergasan atau video kecergasan/kemahiran milik individu lain.
6. Murid di bawah umur 18 tahun wajar ditemani / dibimbing oleh ibubapa atau orang dewasa
sewaktu menjalankan aktiviti.
7. Peserta adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti dan bukan di bawah tanggungjawab penganjur sekiranya berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini sepanjang menyertai program ini.
8. Murid tidak dibenarkan menyebarkan rakaman video pertandingan di mana-mana
platform media sosial. Video penyertaan adalah menjadi hak milik pihak penganjur dan
pihak penganjur boleh menggunakan video tersebut untuk mana-mana program yang
akan datang.
9. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

3|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

GARIS MASA PROGRAM

FASA PERINGKAT TARIKH


Fasa 1 Negeri 12 September hingga 22
• Cabaran Lompat Tali September 2022
• Lompat Tali Kreatif

Sesi Penilaian Negeri 23 September hingga 30


September 2022
Fasa 2 Kebangsaan 03 Oktober hingga 14
• Lompat Tali Kreatif Oktober 2022

Sesi Penilaian Kebangsaan 17 Oktober hingga 21


Oktober 2022
Pengumuman Pemenang Kebangsaan 31 Oktober 2022
Program Kecergasan 1M1S
(Secara Dalam Talian)
Peringkat Kebangsaan

SIJIL

Setiap murid yang menyertai program ini layak menerima Sijil Penyertaan 1 Murid 1 Sukan
(dalam bentuk e-sijil) dan Sijil Pemenang yang akan disampaikan melalui JPN masing-masing.

4|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

HADIAH PEMENANG PROGRAM


KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (DALAM TALIAN) TAHUN 2022

BIL PERKARA

1 Pemenang Cabaran Lompat Tali (Peralatan Sukan)


Sekolah Menengah = 10 buah sekolah (Penyertaan Terbanyak Sekolah)

Sekolah Rendah = 10 buah sekolah (Penyertaan Terbanyak Sekolah)

2 Hadiah Lompat Tali Kreatif (Peralatan Sukan)


B12/B15/B18 / Lelaki & Perempuan
Tempat 1-10 setiap kategori

PELAKSANAAN PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN

PROGRAM FASA 1 PROGRAM FASA 2


(NEGERI) (KEBANGSAAN)
12 September hingga 22 September 2022 03 Oktober hingga 14 Oktober 2022

• Cabaran Lompat Tali • Lompat Tali Kreatif


• Lompat Tali Kreatif

PENDAFTARAN

Setiap murid yang berminat menyertai program ini perlu mendaftar melalui borang pendaftaran
(Google Form) yang disediakan oleh Penyelaras Negeri, JPN masing- masing.

5|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ”CABARAN LOMPAT TALI” PERINGKAT NEGERI

1. KATEGORI
Penyertaan bagi pertandingan Cabaran Lompat Tali peringkat Negeri adalah terbuka kepada murid:
a. Tahap 1 dan Tahap 2 di sekolah rendah
b. Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Enam di sekolah menengah
c. Murid Berkeperluan Khas (MBK) dari kategori masalah pembelajaran.

1. BILANGAN PENYERTAAN
TIADA HAD PENYERTAAN

2. ACARA DAN MASA


Jump Bounce
• Rendah 30 saat
• Menengah 45 saat

3. PERATURAN TEKNIKAL
a. Murid-murid boleh melaksanakan aktiviti dengan menggunakan peranti atau gajet yang
sesuai.
b. Muzik latar mengiringi lompatan adalah digalakkan.
c. Tiada ketetapan jenis tali, panjang tali dan berat tali.
d. Peserta WAJIB memakai kasut dan pakaian sukan yang sesuai. Penyertaan akan
DIBATALKAN sekiranya tidak memakai kasut dan pakaian sukan.
4. PENYERAHAN VIDEO
a. Resolusi minimum untuk video adalah 720p tanpa sebarang gangguan seperti orang
lalu-lalang.
b. Posisi kamera wajib diletakkan di hadapan peserta supaya lompatan peserta serta
keseluruhan anggota badan dapat dilihat dengan jelas sepanjang persembahan.
c. Kamera perlu dalam kedudukan pegun.
d. Video boleh dirakam di rumah, di sekolah atau kawasan yang sesuai serta rata.
e. Catatan rekod dan pautan youtube sebagai evidens menjalankan aktiviti perlu dihantar
kepada urus setia program menggunakan google form yang disediakan.

6|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

f. Platform penghantaran catatan rekod aktiviti akan diselaraskan oleh


Jawatankuasa Pengelola Program di JPN masing-masing.
g. Sila muat naik video ke Youtube dan tetapkan dengan paparan ‘unlisted’. Kemudian
dapatkan pautan url dan masukkan dalam borang pendaftaran google form yang disediakan
oleh Jawatankuasa Pengelola Program.
h. Setiap video yang dihantar WAJIB diletakkan NAMA PESERTA, NO MYKAD DAN NAMA
SEKOLAH di BAHAGIAN AWAL VIDEO.

5. PENENTUAN PEMENANG
Hadiah akan diberikan kepada 10 sekolah berdasarkan PERATUS PENYERTAAN
TERTINGGI bagi kategori sekolah (SR dan SM). (Disediakan oleh JPN negeri masing-masing)

SEKOLAH RENDAH (peralatan sukan)


BILANGAN MURID 651 orang murid 251 – 650 orang 250 orang murid ke
ke atas murid bawah
BILANGAN HADIAH 3 4 3

SEKOLAH MENENGAH (peralatan sukan)


TERBUKA

6. SIJIL

Setiap murid yang menyertai program ini layak menerima Sijil Penyertaan 1 Murid 1 Sukan
(dalam bentuk e-sijil) dan sekolah pemenang akan menerima sijil pemenang yang disampaikan
melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

7|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
LOMPAT TALI KREATIF PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN TAHUN 2022

KATEGORI
1. Penyertaan bagi pertandingan Lompat Tali Kreatif Peringkat Negeri adalah terbuka kepada :
a. Semua Murid Tahap 2 di sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 )
b. Murid Sekolah Menengah ( Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 )
c. Murid Berkeperluan Khas dari kategori masalah pembelajaran
2. Kategori yang dipertandingkan di Peringkat Negeri :
a. Individu Bawah 12 tahun lelaki
b. Individu Bawah 12 tahun perempuan
c. Individu Bawah 15 tahun lelaki
d. Individu Bawah 15 tahun perempuan
e. Individu Bawah 18 tahun lelaki
f. Individu Bawah 18 tahun Perempuan

3. Penyertaan bagi pertandingan Lompat Tali Kreatif Peringkat Kebangsaan adalah terbuka
kepada semua MURID WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA :
a. Murid Tahap 2 di sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 )
b. Murid Sekolah Menengah ( Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 )
c. Murid Berkeperluan Khas dari kategori masalah pembelajaran

4. Kategori yang dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan :


g. Individu Bawah 12 tahun lelaki
h. Individu Bawah 12 tahun perempuan
i. Individu Bawah 15 tahun lelaki
j. Individu Bawah 15 tahun perempuan
k. Individu Bawah 18 tahun lelaki
l. Individu Bawah 18 tahun Perempuan
m. MBK Lelaki
n. MBK Perempuan

8|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

5. BILANGAN PENYERTAAN
PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
5 penyertaan lelaki dan 5 penyertaan perempuan Setiap JPN Negeri perlu menghantar 5

mengikut umur yang dipertandingkan. (mengikut penyertaan lelaki dan 5 penyertaan

JPN Negeri masing-masing) perempuan mengikut umur yang

dipertandingkan.

6. ACARA DAN MASA

PERINGKAT NEGERI
BAWAH 12 TAHUN & MBK BAWAH 15 & 18 TAHUN
Jump -Jump 30 Saat Jump -Jump 30 Saat
Freestyle 45 saat - 75 saat Freestyle 45 saat - 75 saat
PILIH 4/7 Basic steps WAJIB 7/7 Basic steps
1. Jump bounce 1. Jump bounce
2. Shuffle 2. Shuffle
3. Skier 3. Skier
4. Bell 4. Bell
5. Twist 5. Twist
6. Side straddle 6. Side straddle
7. Scissor 7. Scissor

PERINGKAT KEBANGSAAN
BAWAH 12 TAHUN & MBK BAWAH 15 & 18 TAHUN
Jogging Steps 30 Saat Jogging Steps 30 Saat
Double Under 30 Saat Double Under 30 Saat
Freestyle 45 saat - 75 saat Freestyle & Advance Freestyle 45 saat - 75 saat
WAJIB 7/7 Basic steps WAJIB 7/7 Basic steps

9|Page
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

7. PERATURAN TEKNIKAL

NEGERI KEBANGSAAN
Setiap peserta WAJIB melakukan kedua-dua Setiap peserta WAJIB melakukan ketiga-tiga
acara mengikut Call Out yang disediakan oleh acara mengikut Call Out yang disediakan oleh
urus setia dan DIGABUNGKAN DI DALAM urus setia dan DIGABUNGKAN DI DALAM
SATU VIDEO SAHAJA. SATU VIDEO SAHAJA.
Spesifikasi Ruang untuk acara Spesifikasi Ruang untuk acara
 Jump-Jump 1.5 m X 1.5 m  Jogging Steps & Double Under 1.5 m X 1.5 m
1.5 m 1.5 m

1.5 m 1.5 m

 Freestyle 4 m X 4 m  Freestyle & Advance freestyle 4 m X 4 m


4m 4m

4m 4m

Ruang perlu ditanda dengan jelas mengggunakan Ruang perlu ditanda dengan jelas mengggunakan
pita pelekat. Markah akan ditolak jika keluar dari pita pelekat. Markah akan ditolak jika keluar dari
gelanggang. gelanggang.
Susunan acara dalam rakaman dimulakan Susunan acara dalam rakaman dimulakan
dengan acara Jump-Jump dan Freestyle. dengan acara Jogging steps, Double Under
dan Freestyle.
• Lompatan perlu dimulakan selepas bunyi Beep…dari Call Out.
• Dalam acara Freestyle, muzik latar WAJIB ada untuk mengiringi persembahan bagi
membantu proses pemarkahan.
• Tiada ketetapan untuk jenis tali, panjang tali dan berat tali.
• Peserta WAJIB memakai kasut dan pakaian sukan yang sesuai. Penyertaan akan
DIBATALKAN sekiranya tidak memakai kasut dan pakaian sukan.

10 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

8. PENYERAHAN VIDEO NEGERI & KEBANGSAAN


a. Video yang dihantar TIDAK BOLEH mengandungi sebarang unsur suntingan dan
sebagainya. Sekiranya didapati disunting penyertaan akan DITOLAK DAN AKAN
DIBATALKAN.
b. Resolusi minimum untuk video adalah 720p tanpa sebarang bunyi latar yang jelas dan
gangguan lain seperti orang lalu-lalang.
c. Posisi kamera WAJIB diletakkan di hadapan peserta supaya lompatan peserta serta
keseluruhan anggota badan dapat dilihat dengan jelas sepanjang persembahan.
d. Kedudukan gelanggang pertandingan, pusingan/pergerakan tali dan lompatan peserta
WAJIB dapat dilihat dengan jelas untuk pemarkahan.
e. Kamera perlu dalam kedudukan pegun.
 Kedudukan kamera dalam keadaan MENEGAK untuk acara JUMP- JUMP,
JOGGING STEPS DAN DOUBLE UNDER.
 Kedudukan kamera dalam keadaan MELINTANG untuk acara FREESTYLE.
f. Latar belakang dinding bangunan adalah amat digalakkan.
g. Penyertaan yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan dibatalkan.
h. Sila muat naik video ke Youtube dan tetapkan dengan paparan ‘unlisted’. Kemudian
dapatkan pautan url dan masukkan dalam pautan google form yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola Program.
i. Setiap video yang dihantar WAJIB diletakkan NAMA PESERTA, NO MYKAD, NAMA
SEKOLAH DAN NEGERI di BAHAGIAN AWAL VIDEO.
j. Penghantaran pautan url bagi Peringkat Kebangsaan adalah bemula 00.00:01 pagi pada
03 Oktober 2022 sehingga 11:59:59 malam pada 14 Oktober 2022 (diuruskan oleh JPN
masing-masing)

9. RUBRIK PEMARKAHAN
RUJUK LAMPIRAN D

10. PENENTUAN PEMENANG

 Peserta akan diberi kedudukan mengikut jumlah lompatan (Jump-Jump, Jogging steps
Double Under) dan jumlah markah keseluruhan untuk acara Freestyle.

 Jika terdapat peserta yang kedudukannya seri, markah dari acara Freestyle akan diambil
kira untuk menentukan Johan dan seterusnya hingga ke tempat ke-10.

11 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

11. PENGADIL / HAKIM


Jawatankuasa Pengelola akan melantik dan menyediakan pengadil/hakim untuk bertugas bagi
pertandingan ini.

12. BANTAHAN
Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

12 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

KAEDAH PEMILIHAN VIDEO LOMPAT TALI KREATIF MENGIKUT FASA

FASA 1: NEGERI

JPN NEGERI MENGELOLAKAN PROGRAM KECERGASAN 1M1S PERINGKAT


NEGERI

PENILAIAN VIDEO PERINGKAT NEGERI DILAKUKAN


(5 VIDEO DARI SETIAP KATEGORI DIPILIH)

JPN NEGERI MENGHANTAR PAUTAN VIDEO YANG TERPILIH KE NEGERI


PENGELOLA BAGI MEWAKILI NEGERI KE PERINGKAT KEBANGSAAN

FASA 2: KEBANGSAAN

URUS SETIA PERINGKAT KEBANGSAAN MENERIMA VIDEO PENYERTAAN


DARI URUS SETIA NEGERI (SETIAP MURID AKAN MENERIMA SIJIL
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN)

PENILAIAN VIDEO DILAKUKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN


(10 VIDEO TERBAIK SETIAP KATEGORI DIPILIH SEBAGAI PEMENANG)

PENGUMUMAN PEMENANG PERINGKAT KEBANGSAAN


PADA 31 OKTOBER 2022

13 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

LAMPIRAN D
RUBRIK PEMARKAHAN ( PERINGKAT NEGERI)

ACARA KRITERIA PEMARKAHAN


Jump – Jump Jumlah lompatan Ranking peserta adalah
( 30 saat ) mengikut jumlah lompatan.
Freestyle Lompatan Wajib 14 markah
( 45 – 75 saat ) (7 steps)
- Jump bounce
- Shuffle steps
- Skier
- Bell
- Twist
- Side straddle
- Scissors

Kandungan Pelaksanaan 30 markah

- Volume
(tahap lompatan)
- Peralihan dan kedudukan
lompatan
- Kepelbagaian teknik dan
kemahiran lompatan
- Pergerakan gimnastik

50 markah
Kandungan Persembahan

- Pergerakan badan
- Cara lompatan
- Penggunaan tali
- Intensiti lompatan
- Kemahiran yang jitu
- Kekemasan
- perjalanan persembahan
- Keselamatan dan pergerakan

Violence (deduction) 3 markah


- Terlepas tali
- False start
- Keluar gelanggang
- Kekemasan pakaian
- Tersangkut tali

Muzik 2 markah
Masa 1 markah
JUMLAH MARKAH 100 markah

14 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

RUBRIK PEMARKAHAN ( PERINGKAT KEBANGSAAN)


ACARA KRITERIA PEMARKAHAN
Jogging Steps Jumlah lompatan Ranking peserta adalah
( 30 saat ) mengikut jumlah lompatan.
Double Under Jumlah lompatan Ranking peserta adalah
( 30 saat ) mengikut jumlah lompatan.
Freestyle Lompatan Wajib (7 steps) 14 markah
( 45 – 75 saat ) - Jump bounce
- Shuffle steps
- Skier
- Bell
- Twist
- Side straddle
- Scissors

Kandungan Pelaksanaan 30 markah

- Volume
(tahap lompatan)
- Peralihan dan kedudukan
lompatan
- Kepelbagaian teknik dan
kemahiran lompatan
- Pergerakan gimnastik

50 markah
Kandungan Persembahan

- Pergerakan badan
- Cara lompatan
- Penggunaan tali
- Intensiti lompatan
- Kemahiran yang jitu
- Kekemasan perjalanan
persembahan
- Keselamatan dan pergerakan

Violence (deduction) 3 markah


- Terlepas tali
- Fouls start
- Keluar gelanggang
- Kekemasan pakaian
- Tersangkut tali

Muzik 2 markah

Masa 1 markah
JUMLAH MARKAH 100 markah

15 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

PEMARKAHAN EXECUTION (PELAKSANAAN)

Bil Kriteria Markah Catatan


KEMAHIRAN
A. Koordinasi ( 9 Markah )
1. Pergerakan Badan 4
• Gabungan koordinasi tangan, kaki,
peralatan dan audio diantara peserta-
peserta berjalan lancar dan berterusan

• Perlaksanaan anggota badan &


pergerakan kaki yang jelas mengikut
anatomi badan

I. Cara pergerakan dari satu tempat


II. Siku dengan tangan
III. Posture yang betul

2. Cara Lompatan 3

Tepat melakukan kemahiran yang



dibuat, betul, posture betul dan selamat
• Soft landing
3. Penggunaan Tali 2
- Tali yang sesuai

I. Pendek (Merah) Lebih panjang (Biru)


II. Ikut kesesuaian tali/step kemahiran

• Tidak tersangkut-sangkut
• Pergerakan lancar, kemas
• Pusingan tali cantik,
sekata / bulat / keseragaman

B. Intensiti (9 Markah )
(intensity ialah keupayaan melakukan aktiviti dengan kemas, bertenaga, dengan
tepat, padu
1. Keupayaan melakukan aktiviti 4
• Tepat dan kemas

2. Ansur Maju 1
• Perlahan ke laju
• Senang ke susah
3. Stamina berterusan 4
• Tanpa rehat
• Perlu lihat lompatan peserta
- Lompatan berkekalan/Maintain
- Lompatan menjadi
- Tidak tersangkut-sangkut
- Pusingan tali kemas, lancar, tak
sangkut

16 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

C. Kekemasan Aktiviti (6 markah)


1. Kemahiran yang jitu 2
• Kemahiran padu/tanpa rehat
• Lompatan menjadi, teknik betul
• Kemahiran yang menjadi
2. Kekemasan perjalanan persembahan 2
• Kelancaran keseluruhan tidak
tersangkut
(Ikut turutan)
• Keseregaman
• Tidak membelakangkan pengadil
3. Keselamatan & Pergerakan 2
• Dapat mengawal pergerakan
• Pergerakan yang merbahaya boleh
dilakukan dengan baik,selamat,kemas
• Solf landing
Penggunaan peralatan/barang dikawal

D. Bonus (6 markah)
1. Bertenaga/Suasana Ceria / Yakin / Semangat 1
Individu

• Lihat dari awal persembahan hingga


akhir

2. Perlaksanaan teknik lompatan 3

• Lihat dari awal persembahan hingga


akhir

3. Perlaksanaan melakukan aktiviti (unik dan 2


kreatif)

• Lihat dari awal persembahan hingga


akhir

JUMLAH 30

17 | P a g e
PROGRAM KECERGASAN 1 MURID 1 SUKAN (SECARA DALAM TALIAN)

PEMARKAHAN PRESENTATION (PERSEMBAHAN)

Persembahan Kriteria Markah Catatan


Persembahan Pergerakan badan 8
Teknikal Penghayatan dan ekspresi dalam 6
persembahan
Teknik Teknik lilitan tali pada anggota 6
persembahan yang badan (wraps)
mengagumkan dan Pengerakan asas gimnastik 8
di luar jangkaan. Kekuatan & tahap stamina 8
Nilai Keseluruhan Kepelbagaian pergerakan 8
Persembahan Penggunaan lagu 3
Persembahan unik 3
Persembahan yang
menarik perhatian
dan keterujaan pada
penonton.
Markah Keseluruhan 50

SKALA MATA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP

Tahap / Markah 3 6 8
Basic (Sangat Asas) 0.1 – 0.6 0.1 – 1.5 0.1 – 3.0
Elementary (Asas) 0.7 – 1.1 1.6 – 2.5 3.1 – 4.5
Intermediate (Biasa) 1.2 – 1.6 2.6 – 3.5 4.6 – 5.5
Advance (Baik) 1.7 – 2.1 3.6 -4.5 5.6 – 6.5
Master (Sangat Baik) 2.2 – 2.8 4.6 – 5.5 6.6 – 7.5

18 | P a g e

You might also like