You are on page 1of 12

KERTAS KONSEP

 
 
PROGRAM CABARAN CAMPRO
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
 
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)
 

 
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
 

PENGELOLA:
PASUKAN BADAN BERUNIFORM NEGERI KEDAH &
SEKRETARIAT KRS TKRS NEGERI KEDAH
KERTAS KONSEP
PROGRAM CABARAN CAMPRO
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)

1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang
untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan
secara terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat daerah,
peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Cabaran Campro merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19)
untuk memberi peluang murid mempamerkan kemahiran-kemahiran asas pasukan
badan beruniform yang telah mereka pelajari di sekolahseperti kawad kaki, ikatan dan
simpulan, bantu mula dan sebagainya selain menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi
maklumat. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk
terus mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun pelaksaaan
aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, pertandingan, kursus, dan sebagainya
tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jatidiri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai


murni dalam kalangan murid sekolah;
2.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih;
2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat; dan
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti
kokurikulum.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Pertandingan ini dijalankan dua peringkat iaitu Peringkat Daerah dan
Negeri. Program Peringkat Negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah mengikut kesesuaian bilangan penyertaan. Dan Peringkat
Daerah akan dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan ialah pada 19 JULAI hingga 20 JULAI
2020.

3.3 Penyertaan pertandingan Peringkat Negeri bagi setiap daerah adalah


seperti berikut:
a. Sekolah Rendah (TKRS)
Individu - 5 penyertaan
Kumpulan - 5 penyertaan (maksimum 4 orang)

b. Sekolah Menengah (KRS)


Individu - 5 penyertaan
Kumpulan - 5 penyertaan (maksimum 4 orang)

3.4 Penyertaan murid dalam pertandingan ini adalah mewakili sekolah masing-
masing. Penyertaan di peringkat daerah akan diberi sijil peringkat daerah
dan penyertaan yang layak ke peringkat negeri akan diberi sijil peringkat
negeri.
3.5 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Sekolah Rendah
(individu dan berkumpulan) dan Sekolah Menengah (individu dan
berkumpulan) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.6 Murid dikehendaki memakai uniform pasukan beruniform masing-masing


(uniform lengkap atau uniform separa) sepanjang rakaman video tersebut.

3.7 Elemen pertandingan

3.7.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara individu) –


maksimum 5 pergerakan sahaja (memberi hukuman dan
mempamerkan perbuatan kawad).
3.7.1.1 Senang Diri - Sedia
3.7.1.2 Berjalan
3.7.1.4 Hormat (hormat ke hadapan / hormat ke kanan /
hormat selaku terima sijil)
3.7.1.5 Hentak Kaki
3.7.1.6 Berhenti

3.7.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan) – maksimum 2 item


sahaja
3.7.2.1 Luka – 1 jenis luka (SR)
3.7.2.2 Patah – 1 jenispatah (SR dan SM)
3.7.2.3 Bantuan Pernafasan (SM sahaja)

3.7.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan dan simpulan) -


maksimum 4 simpulan / ikatan sahaja
3.7.3.1 Simpul Mati (SR sahaja)
3.7.3.2 Buka Sila (SR dan SM)
3.7.3.3 Bunga Keti (SR dan SM)
3.7.3.4 Manok (SR dan SM)
3.7.3.5 IkatanSeraya (SM)
3.7.3.6 Angka 8 (SM sahaja)

3.7.4 Binaan dari bahan kitar semula (proses membina objek dari
bahan terbuang) - 1 bahan sahaja
3.7.4.1 Bahan kraftangan
3.7.4.2 Bahan perhiasan
3.7.4.3 Replika - menara / kereta / motosikal

3.7.5 Laungan Slogan - 1 slogan sahaja


Slogan tersebut merupakan kata-kata semangat atau laungan
slogan pasukan badan beruniform masing-masing.

3.8 Durasi paparan keseluruhan video tersebut ialah antara 2 hingga 4


minit. Video yang kurang daripada 2 minit atau melebihi 4 minit
tidak akan dinilai dan dibatalkan penyertaan. Melengkapkan
kesemua elemen tersebut dan mengikut SOP MKN semasa.

3.9 Aspek penilaian

a. Elemen (5 elemen) - 40 markah


b. Paparan proses kerja - 20 markah
c. Penerangan - 10 markah
d. Kreativiti - 10 markah
e. Kualiti (audio & visual) - 10 markah
f. Durasi (2 - 4 minit) - 10 markah

3.10 Video yang telah siap hendaklah dihantar oleh guru penasihat
pasukan beruniform sekolah masing-masing ke alamat
https://forms.gle/1xRuaKTcUT6x8fiA6 pada atau sebelum atau
pada 20 Julai 2020. Video perlu dimuat naik dan pautan yang telah
dikongsi dalam Google Form akan menjadi hak milik rasmi PBB
Kedah.

3.11 Panel penilai


Panel penilai akan dilantik oleh pihak JPN untuk menilai hasil aktiviti
murid.

3.12 Pemenang dan hadiah


Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan yang akan
dikeluarkan oleh pihak JPN. Pemenang akan menerima Sijil
Pencapaian serta hadiah yang akan diumumkan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah. Pecahan bagi pemenang tersebut adalah
seperti berikut:

Bil Pencapaian Hadiah

1. Johan
Individu - (SM dan SR) Sijil Pencapaian &
Plak
Berkumpulan - (SM dan SR)

2. Naib Johan
Individu - (SM dan SR) Sijil Pencapaian &
Plak
Berkumpulan - (SM dan SR)

3. Ketiga
Individu - (SM dan SR) Sijil Pencapaian &
Plak
Berkumpulan - (SM dan SR)

4. Keempat dan Kelima


Individu - (SM dan SR) Sijil Pencapaian &
Plak
Berkumpulan - (SM dan SR)
3.13 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi
1. En Mohd Shahmizan bin Abdul Halim, Penolong Pengarah PBM,
Sektor Pembangunan Murid, JPN Kedah
- 017-456 4967

2. Mejar KRS Amrimi bin Hj Othman


Pegawai Tadbir KRS Negeri Kedah
- +60 12-474 9459

3. Mejar KRS Mohd Khairul Syafiq bin Azzmi


Pegawai Tadbir KRS Negeri Kedah
- +60 16-2566349

4.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk
terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang
berbeza (paparan video) ekoran pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi menangani
penularan Novel Corona virus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan
ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran
tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping mempraktikkan ilmu
kemahiran pasukan badan beruniform mereka.
Lampiran I

JAWATANKUASA INDUK & PENGELOLA PROGRAM

Penaung :Pengarah JPN Negeri Kedah


Penasihat :Timbalan Pengarah JPN Negeri Kedah (Timbalan Pengarah SPM)
Pengerusi :Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Timbalan Pengerusi I :Penolong PengarahPembangunan Bakat Murid, JPN Kedah
Timbalan Pengerusi II :Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Kedah
Setiausaha :Pegawai Tadbir KRS &TKRS Negeri Kedah
Ahli Jawatankuasa :PPD Kota Setar
PPD Kubang Pasu
PPD Langkawi
PPD Pendang
PPD Padang Terap
PPD Kuala Muda/Yan
PPD Kulim/Bandar Baharu
PPD Baling
PPD Sik
Sekretariat KRS/KRS Negeri Kedah
Semua Pengerusi Teknikal PBB Negeri Kedah
Semua Sekretariat KRS/KRS Daerah

JAWATANKUASA INDUK & PENGELOLA PROGRAM DAERAH

Penaung : Pegawai PPD Daerah


Penasihat : Timbalan Pegawai PPD Daerah (Timbalan PPD Pembangunan Bakat Murid)
Pengerusi : Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Timbalan Pengerusi : Pegawai Tadbir KRS/TKRS Daerah
Setiausaha : Pegawai Teknikal KRS/TKRS Daerah
Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi Teknikal PBB Daerah
: Semua Sekretariat KRS/KRS Daerah
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM NEGERI KEDAH

Penaung :Pengarah KRS Negeri Kedah

Penasihat :Timbalan Pengarah KRS Negeri Kedah (Timbalan Pengarah SPM)

Pengerusi :Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid

Timbalan Pengerusi I :Penolong PengarahPembangunan Bakat Murid, JPN Kedah

Timbalan Pengerusi II :Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Kedah

Setiausaha :Pegawai Tadbir KRS &TKRS Negeri Kedah

Ahli Jawatankuasa :

• Pengerusi-pengerusi Teknikal PBB Kedah

• JK KEHAKIMAN & DATA

– KEHAKIMAN :

– DATA :

• JK SIJIL & HADIAH

• JK PENYERTAAN & DOKUMENTASI

• JK TUGAS KHAS
Lampiran II
PECAHAN PESERTA DARI SETIAP DAERAH
KRS KRS TKRS TKRS
DAERAH JUMLAH
INDIVIDU KUMPULAN INDIVIDU KUMPULAN
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
KOTA SETAR 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
KUBANG PASU 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
KUALA MUDA
5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
YAN = 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
LANGKAWI 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
KULIM 5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
BANDAR 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
BAHARU
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
PENDANG 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
PADANG
5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
TERAP = 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
BALING 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
5 KUMPULAN X 4 5 KUMPULAN X
SIK 5 PESERTA PESERTA 5 PESERTA 4 PESERTA 50 PESERTA
= 20 PESERTA = 20 PESERTA
JUMLAH 45 PESERTA 180 PESERTA 45 PESERTA 180 PESERTA 450 PESERTA
Lampiran III
ANGGARAN BAJET

BIL PERKARA KOS/JUMLAH JUMLAH (RM)

1. SIJIL 610 keping X RM 2.00 RM1220.00


PENYERTAAN (450)
PENCAPAIAN (60)
PENGHARGAAN (100)
2. HADIAH PLAK (60) 60 X RM 15.00 RM 900.00

JUMLAH RM 2120.00

Disediakan oleh
MEJAR KRS MOHD KHAIRUL SYAFIQ BIN AZZMI
PEGAWAI TADBIR TKRS NEGERI KEDAH

You might also like