You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP

CABARAN CAMPRO
KADET REMAJA SEKOLAH
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

PENGELOLA:
CABARAN CAMPRO KRS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS
CABARAN CAMPRO PBB TKRS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM
KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

‘KARNIVAL e-MANSANG ANAK SARAWAK II (eMAS II)’

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM)


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

1.0 LATAR BELAKANG

Bagi tahun 2021, berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua aktiviti pertandingan Kokurikulum disatukan di dalam satu karnival
yang diberi nama Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Sarawak, “Karnival
e-Mansang Anak Sarawak II (eMAS II)”. Karnival eMAS II menjadi satu platfom menghimpunkan semua
pertandingan yang melibatkan program Kokurikulum Koakademik, Sains, Teknologi, Kejuruteraan,
Matematik (STEM), Kesenian dan Kebudayaan, Pasukan Badan Beruniform (PBB) serta Kelab dan
Persatuan

2.0 RASIONAL

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah membuat perubahan dalam pelaksanaan pertandingan-
pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras dengan panduan yang diberikan oleh Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan karnival ini diharap dapat memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan
meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat murid di samping
membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam PAJSK.

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKPB Covid19 ini berfokuskan
kemahiran murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk
menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek atau karya.

2
3.0 OBJEKTIF AKTIVITI

3.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid sekolah;
3.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih;
3.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat
3.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti kokurikulum.

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sebanyak dua (2) pertandingan untuk Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) akan dilaksanakan untuk peringkat sekolah negeri Sarawak bagi Tahun 2021. Hanya
tiga (3) penyertaan sahaja setiap daerah untuk setiap kategori yang dipertandingkan di peringkat negeri.
Peserta boleh mendaftar penyertaan dan menghantar projek atau karya yang dihasilkan kepada pengelola
yang dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak melalui pautan Google Form secara dalam talian yang akan disediakan oleh pihak urus
setia untuk dikumpulkan dan dinilai di peringkat negeri. Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa
jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

5.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

Berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang akan ditawarkan kepada murid-murid


sekolah:

i. Cabaran CAMPRO Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Individu (Sekolah Rendah)
ii. Cabaran CAMPRO Kadet Remaja Sekolah (KRS) Individu (Sekolah Menengah)

3
6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 CABARAN CAMPRO TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) INDIVIDU


(SEKOLAH RENDAH)

6.1.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara individu) – wajib 5 pergerakan
(memberi hukuman dan mempamerkan perbuatan kawad).
6.1.1.1 Senang Diri – Sedia
6.1.1.2 Berjalan
6.1.1.3 Hormat (hormat ke hadapan)
6.1.1.4 Hentak Kaki
6.1.1.5 Berhenti
* murid sendiri beri arahan dan buat pergerakan

6.1.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan) – wajib 2 item


6.1.2.1 Luka – 1 jenis luka
6.1.2.2 Patah – 1 jenis patah
* bantuan dari anggota keluarga

6.1.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan dan simpulan) - waijb 4 simpulan/
ikatan
6.1.3.1 Simpul Mati
6.1.3.2 Buka Sila
6.1.3.3 Bunga Keti
6.1.3.4 Manok

6.1.4 Binaan dari bahan kitar semula (penilaian proses membina objek dari bahan
terbuang) -1 produk sahaja
6.1.4.1 Binaan kraftangan @ Binaan perhiasan

6.1.5 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.

6.1.6 Durasi paparan keseluruhan video ialah antara 2 hingga 4 minit sahaja (penilaian
sehingga minit ke 4 sahaja). (Format MP4, resolusi minimum 720p, aspect
ratio 16:9) Peserta perlu memasukkan keempat-empat elemen pertandingan
(Perkara 6.1) dalam 1 video mengikut tempoh masa durasi tersebut.

6.1.7 Murid dikehendaki memakai uniform pasukan masing-masing (uniform lengkap atau
uniform separa) sepanjang rakaman video tersebut.

4
6.1.8 Aspek penilaian

i. Elemen (4 elemen) - 40 markah


ii. Paparan proses kerja - 20 markah
iii. Penerangan - 10 markah
iv. Kreativiti - 10 markah
v. Kualiti (audio & visual) - 10 markah
vi Durasi (2 - 4 minit) - 10 markah
* Penerangan: Penerangan secara bertulis atau lisan di dalam video

6.2 CABARAN CAMPRO KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) INDIVIDU


(SEKOLAH MENENGAH)

6.2.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara individu) – wajib 5 pergerakan
(memberi hukuman dan mempamerkan perbuatan kawad).
6.2.1.1 Senang Diri – Sedia
6.2.1.2 Berjalan
6.2.1.3 Hormat (hormat selaku terima sijil)
6.2.1.4 Hentak Kaki
6.2.1.5 Berhenti
* murid sendiri beri arahan dan buat pergerakan

6.2.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan) – wajib 2 item


6.2.2.1 Patah – 1 jenis patah
6.2.2.2 Bantuan Pernafasan
* bantuan dari anggota keluarga

6.2.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan dan simpulan) - wajib 4 simpulan/
ikatan
6.2.3.1 Buka Sila
6.2.3.2 Bunga Keti
6.2.3.3 Manok
6.2.3.4 Ikatan Seraya

6.2.4 Binaan dari bahan kitar semula (penilaian proses membina objek dari bahan
terbuang) -1 produk sahaja
6.2.4.1 Binaan kraftangan @ Binaan perhiasan

6.2.5 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.

6.2.6 Durasi paparan keseluruhan video ialah antara 2 hingga 4 minit sahaja (penilaian
sehingga minit ke 4 sahaja). (Format MP4, resolusi minimum 720p, aspect

5
ratio 16:9) Peserta perlu memasukkan keempat-empat elemen pertandingan
(Perkara 6.2) dalam 1 video mengikut tempoh masa durasi tersebut.

6.2.7 Murid dikehendaki memakai uniform pasukan masing-masing (uniform lengkap atau
uniform separa) sepanjang rakaman video tersebut.

6.2.8 Aspek penilaian

i. Elemen (4 elemen) - 40 markah


ii. Paparan proses kerja - 20 markah
iii. Penerangan - 10 markah
iv. Kreativiti - 10 markah
v. Kualiti (audio & visual) - 10 markah
vi Durasi (2 - 4 minit) - 10 markah
* Penerangan: Penerangan secara bertulis atau lisan di dalam video

7.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

7.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD
masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.
7.2 PPD akan menghantar tiga (3) penyertaan bagi setiap kategori

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Hakim/penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak semasa


pertandingan ini berjalan.
8.2 Sistem Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan daerah pengelola
8.3 Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan
dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

1 Johan : Sijil Pencapaian dan hadiah


2 Naib Johan : Sijil Pencapaian dan hadiah
3 Tempat Ketiga : Sijil Pencapaian dan hadiah
4 Tempat ke-4 : Sijil Pencapaian dan hadiah
5 Tempat ke-5 : Sijil Pencapaian dan hadiah
6 Tempat ke-6 hingga ke-10 : Sijil Pencapaian dan hadiah
7 Tempat ke-11 hingga seterusnya : Sijil Penyertaan

6
10.0 TARIKH PERTANDINGAN

24 Mei hingga 30 Jun 2021

11.0 GARIS MASA

Berikut adalah garis masa (Timeline) pengurusan pertandingan Cabaran CAMPRO KRS
& TKRS Peringkat Negeri Sarawak 2021.

BIL PERKARA TARIKH CATATAN

1. Hebahan kepada 9 April 2021


semua PPD

2. Pendaftaran dan 24 Mei – 4 Jun - PPD membuat pendaftaran di


penghantaran karya 2021 pautan Google Forms yang
disediakan (Pautan akan
dihebahkan ke PPD melalui
telegram/ whatsapp/ page)
- PPD memuat naik projek/karya
rakaman di pautan Google Forms
yang disediakan.
4. Penilaian karya 5 – 30 Jun 2021
peringkat negeri

5. Pengumuman Akan dimaklumkan


pemenang peringkat
negeri

12.0 AM

14.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
14.2 Pautan pertandingan akan dihebahkan melalui poster - poster pertandingan,
Facebook pages Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Facebook pages Unit Koku
JPN Sarawak, dan hebahan melalui whatsapp etc.

7
13.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk terus
mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh
pihak kerjaaan bagi menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam
pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu
kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping mempraktikkan ilmu kemahiran pasukan badan beruniform
mereka.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

ACHMAED CKHALIFH ALAMIEN


Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473650

You might also like