You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT AIDAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


KALI KEDUA 2023

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2023


HARI : SELASA
MASA : 2.00 PM
TEMPAT : BILIK MULTIMEDIA, SKSA
KEHADIRAN :
1) PN. NIRMALA DEVI A/P MARIAPPAN (GURU BESAR)
2) EN. ABU SAFIAN BIN SULAN (GPK KURIKULUM)
3) EN. RAMLAN BIN RUSPAN (GPK HAL EHWAL MURID)
4) EN. SHAMSUDIN BIN HUSSAIN (GPK KO-KURIKULUM)
5) PN. SITI HAJAR BINTI ABD HANIF (SETIAUSAHA)
6) PN. NORFAZILAH BINTI ABDUL KUDUS
7) PN. FUAZA AKMAL BINTI BOSRO
8) PN. KAMARIAH BINTI SHARIFF
9) PN. SURAYA NABILAH BINTI IZHAR
10) PN. RUBAIZAH BINTI MAT DIN
11) PN. RUZILAWATI BINTI ISMAIL
12) PN. RUZIAH BINTI ALIAS
13) PN. NORHAZLINAWATI BINTI ABDUL AZIZ
14) PN. SITI NUR’ATIQAH BINTI ABU BAKAR
15) PN. GOMATHI A/P PERUMAL
16) PN. VALLY A/P ARUMUGAM
17) PN. TENGKU HASLIZA BINTI TENGKU HASSAN
18) PN. SARALADEWI A/P SUPPIAH
19) PN. SUZANA BINTI MOHD NOH
20) EN. MOHD FAHMI BIN ABD MANAN
21) EN. FUARUDIN BIN RAZALI
22) EN. AHMAD ASHA’ARI BIN MAMAT
23) EN. ABU HALIFAH BIN IBRAHIM
24) PN. NORIHAN BINTI JELANI
25) EN. HAKIMI BIN MD SAID
26) PN. ZAILANI BINTI DAUD
27) PN. RUSMIZA BINTI BAHARUDIN
28) PN. NORIZAH BINTI MOHD ZIN
29) PN. ANI BINTI DAADI
30) PN. ZAITON BINTI ZAINAL
31) PN SITI NORHAIDAH BINTI ISHAK
TIDAK HADIR BERSEBAB :
1) EN. MUHAMAD NOR IMRAN BIN NORMAN (BERSEBAB)
2) PN. RAHAYU BINTI MOHD YUNAN
3) PN. AIDA BINTI MOHD JANI
4) PN. HAMIDAH BINTI MD DAUD
5) PN. MAI’SHAH BINTI HUSIN
6) PN. NOR ANIDA BINTI MOHD HARITH

AGENDA MESYUARAT
1.0 UCAPAN
1.1 UCAPAN GURU BESAR (PN NIRMALA DEVI A/P MARIAPPAN)
1.1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada unit Kokurikulum
kerana pencapaian sehingga peringkat kebangsaan seperti Ping
Pong, Tenis dan Festival Seni untuk Semua.
1.1.2 Guru besar memaklumkan hari sukan peringkat sekolah akan
dilaksanakan pada 8 Oktober 2023 dan akan melaksanakan
latihan sukan.
1.1.3 Cadangan untuk melaksanakan perkhemahan di kawasan luar
dari kawasan sekolah.
1.1.4 Mengingatkan guru-guru untuk menjalankan perjumpaan
kokurikulum di padang.
Tindakan : Makluman

1.2 UCAPAN GPK KOKURIKULUM (EN SHAMSUDIN BIN HUSSAIN)


1.2.1 GPK Kokurikulum mengucapkan salam.
1.2.2 GPK Kokurikulum turut mengucapkan terima kasih dan tahniah
kerana kecemerlangan Kokurikulum kerana telah melayakkan
pelajar ke peringkat kebangsaan.
1.2.3 Makluman bahawa ko-akademik akan diteruskan sehingga Mac
2024.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat kali kokurikulum kali pertama 2023/2024 dicadangkan
untuk disahkan oleh Encik Ahmad Asha’ari bin Mamat dan disokong oleh
Encik Abu Halifah bin Ibrahim.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


4.5.4 Penyampaian hadiah dan sijil telah diminitkan untuk disampaikan pada
perhimpunan bulanan Kokurikulum sahaja. Diharapkan semua guru
dapat memastikan perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat
dipatuhi.
4.0 PEMBENTANGAN PENGURUSAN / ISU / LAPORAN
4.1 LAWATAN SEKOLAH
4.1.1 Pihak sekolah telah menerima SPI terkini mengenai lawatan
sekolah. Terdapat perubahan berkaitan prosedur lawatan seperti
seorang guru pengiring untuk 5 orang peserta lawatan. Selain itu,
murid dibenarkan mengikuti lawatan sebanyak 2 kali setahun.
Surat kebenaran lawatan juga perlu dimohon 30 hari sebelum
tarikh lawatan.
Tindakan : Guru Penyelaras Unit Lawatan
4.2 PAJSK
4.2.1 Sistem PAJSK masih belum dibuka dan tidak dapat memuatnaik
pencapaian murid.
4.2.2 SEGAK telah berapa di bawah portfolio kurikulum dan perlu diisi
di dalam sistem Idme.

4.3 KBAT
4.3.1 Penjanaan semula Pembudayaan KBAT dalam kokurikulum.
Satu taklimat akan dijalankan untuk menerangkan mengenai
KBAT dalam Kokurikulum.

4.4 BUKU LAPORAN AKTIVITI


4.4.1 Semakan buku laporan fasa pertama telah dilaksanakan
sebelum cuti sekolah dan akan diadakan semakan fasa kedua
pada masa terdekat.
4.4.2 Kejohanan hoki peringkat daerah kelolaan SK Saint Aidan telah
selesai. Kejohanan merentas desa tahun 2023 juga telah
selesai. Program seterusnya yang telah dirangka ialah
Kejohanan Sukan Tahunan yang akn dirasmikan oleh YB Teo
akan diadakan pada 8 Oktober 2023.

4.5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN AJK KEJOHANAN SUKAN


TAHUNAN KALI KE-59
4.5.1 Tahun 1 dan 2 akan mengekalkan acara sukaneka dan akan
ada acara tambahan iaitu larian 80meter.
4.5.2 Acara lari berpagar tidak diteruskan oleh kerana risiko pada
pemain.
4.5.3 Tiada acara jemputan akan dipertandingkan.
4.5.4 Penentuan anugerah terbaik masih dikekalkan.
4.5.5 Acara 200m akan dilaksanakan pada hari terakhir.
4.5.6 Perarakan akan diadakan secara ringkas tetapi pengadilan akan
dibuat kepada keceriaan rumah sukan.
4.5.7 Hadiah sukaneka dan olahraga dikekalkan iaitu pemberian
pingat.
4.6 PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
4.6.1 Cadangan tempat perkhemahan ialah di D’KOK Kem Talang
dan Bukit Rokan. Aktiviti perkhemahan dirancang untuk
diadakan pada hari persekolahan dan tidak melibatkan hari cuti.
4.6.2 Guru Penyelaras perkhemahan perlu meneruskan dengan
persiapan kertas kerja.

4.7 KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN


4.7.1 Karnival sukan dan permainan akan diadakan pada 22 hingga
24 Februari 2024.

4.8 PEMBENTANGAN LAPORAN UNIT KOKURIKULUM


4.8.1 Unit Badan Beruniform
 Bulan Sabit Merah Malaysia
- Telah menghantar peserta dalam Pertandingan Karnival
Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Peringkat Daerah.
Seramai 5 orang bagi satu kumpulan menyertai
pertandingan Bantu Mula dan satu kumpulan lagi menyertai
pertandingan Ikatan dan Simpulan.
- 4 orang peserta telah mengikuti perkhemahan Ahli Muda
BSMM Peringkat Negeri bertempat di KEMRI

 Pengakap Kanak-kanak
- Telah menghantar peserta dalam Pertandingan Karnival
Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Peringkat Daerah.
Seramai 10 orang wakil PKK (2 kumpulan) menyertai
pertandingan Ikhtiar Hidup Pondok sementara dan telah
mendapat tempat pertama bagi kumpulan lelaki.
- 16 orang ahli PKK telah menyertai Perkhemahan Lencana
Kemajuan yang bertempat di SKSA selama 3 hari 2 malam.
- 8 orang ahli PKK telah menyertai program Pecah Panggung
V2 Filem Malbat : Misi Bakara peringkat negeri yang
bertempat di Kiara Square, Bahau.

 Tunas Kadet Remaja


- Seramai 4 orang murid TKRS menyertai ujian kenaikan
pangkat di SK Palong 2 selama 2 hari dan telah mendapat
pangkat koperal di peringkat daerah.

 Pandu Puteri Tunas


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.
4.8.2 Kelab dan Persatuan
 Kelab Rukun Negara
- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Persatuan STEM
- Telah menyertai Pertandingan Melancar Roket di SK
Palong 4
- Telah menyertai kuiz atas talian Karnival STEM.

 Persatuan Agama Islam


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Kelab Doktor Muda


- 3 orang murid telah menyertai Pertandingan TikTok Bento
Sihat peringkat daerah

 Kelab Cyber Kid


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Kelab Kerjaya
- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Persatuan Bahasa Inggeris


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.

 Persatuan Bahasa Melayu


- Telah menyertai Karnival Bahasa Melayu seperti
pertandingan bercerita tahap 1 dan 2, pidato,
mendeklamasi sajak dan mendendangkan syair di SK Felda
Serting 3. Pertandingan bercerita tahap 2 dan pidato
berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua.

 Kelab Seni Visual (PPKI)


- Tiada penyertaan aktiviti peringkat daerah atau negeri.
4.8.3 Sukan dan Permainan
 Badminton
 Tidak berkesempatan menghantar sepasukan dalam
pertandingan badminton MSSD Jempol

 Ping Pong
- Telah menghantar peserta dalam pertandingan pingpong
sehingga peringkat Kebangsaan dan telah mendapat
tempat penyertaan.

 Bola Jaring
- Telah menghantar sepasukan dalam pertandingan bola
jaring MSSD Jempol di DPLUJES dan telah mendapat
tempat penyertaan.

 Bola Tampar
- Tidak berkesempatan menghantar sepasukan dalam
pertandingan bola tampar MSSD Jempol

 Bola Sepak
- Telah menghantar sepasukan dalam pertandingan bola
sepak MSSD Jempol dan telah mendapat tempat
penyertaan.

 Bola Baling
- Telah menghantar sepasukan lelaki dan perempuan dalam
pertandingan bola baling MSSD Jempol di Kompleks Rakan
Muda Bandar Seri Jempol dan mendapat tempat
penyertaan.

 Sepak Takraw
- Telah menghantar sepasukan dalam pertandingan bola
jaring MSSD Jempol dan telah mendapat tempat
penyertaan.

 Hoki
- Telah menghantar sepasukan lelaki dan perempuan dalam
pertandingan Hoki MSSD Jempol di Padang Turf, SSN
Za’ba dan mendapat Johan bagi pasukan lelaki. 6 orang
peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan melayakkan
diri ke peringkat Negeri. Pasukan Lelaki Jempol juga telah
mendapat tempat ketiga di peringkat Negeri.
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pertandingan luar seperti taekwando boleh dimasukkan ke dalam
PAJSK di bahagian sumbangan lain. Guru kelas perlu peka dengan
aktiviti tambahan.
5.2 Puan Aida membentangkan aktiviti perarakan dan penutupan bulan
Kemerdekaan. Murid yang tidak memulangkan boring kebenaran tidak
dibenarkan untuk mengikuti perarakan. Hari Khamis murid dibenarkan
balik pada pukul 12.30.

6 PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Guru yang ditugaskan untuk menjadi guru pengiring kepada sesuatu
program perlu mengggalas tanggungjawab dengan baik dan sentiasa
memastikan murid dalam keadaan selamat.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Disediakan oleh,

(PN. SITI HAJAR BINTI ABD HANIF)


Setiausaha Kokurikulum,
Sek. Keb. Saint Aidan.

You might also like