You are on page 1of 4

SEKOLAH : SEK. MEN.

AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 4/2020

Tarikh : 23 November 2020 (Isnin)

Masa : 03.00 petang

Tempat : Dalam talian (Google meet)

Pengerusi : Pn. Rafidah binti Kamsan

Nama Yang Hadir :

BIL NAMA JAWATAN


1. Pn. Rafidah binti Kamsan Penolong Kanan Kokurikulum
2. Cik Nooramanina binti Rahibun Setiausaha Kokurikulum
3. Pn. Shaheliza binti Amran Setiausaha PAJSK/SUKAN
4. En. Mohd Firdaus bin Abd Wahab Timbalan Setiausaha sukan/Penyelaras Sukan &
Permainan
5. Pn. Wardina Racheale binti Harry Penyelaras Badan Beruniform
6. Pn. Nor Hairani binti Hazil Pazilah Penyelaras kelab persatuan
7. Pn. Dayang Intan Norsoleha binti Zulkiply Setiausaha Koperasi
8. Pn. Rohaiza binti Ramli Ketua Editor
9. En Mohd Syukri bin Mohd Arof Setiausaha SKK memanah

Urus Setia : Pengurusan Unit Kokurikulum Sekolah, SMA-MAIWP

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ummul kitab Al-Fatihah
Makluman

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas kehadiran dan kerjasama
menghadiri mesyuarat kali Keempat untuk tahun 2020
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 1
2.1 Pengesahan minit mesyuarat
Disahkan oleh : En Mohd Firdaus bin Abd Wahab
Disokong oleh : Pn. Shaheliza binti Amran
Makluman

3.0 Perkara – Perkara berbangkit


3.1 Sila Rujuk Maklum balas

1
4.0 Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum

4.1 Hari kualiti SMA MAIWP dijenamakan semula dengan nama Majlis Anugerah
Kecemerlangan HEM & Kokurikulum 2020 (MAKHK 2020).
Makluman

4.2 MAKHK 2020 akan diadakan secara rakaman dan akan disiarkan pada 8 Disember 2020 di
channel Youtube smamaiwp 360 pada pukul 2.30 petang.
Makluman

4.3 Sesi rakaman akan dijalankan pada 1 dan 2 Disember 2020. Guru yang perlu hadir ke sekolah
untuk sesi rakaman ialah AJK Tempat, AJK Teknikal dan Rakaman dan Pengetua.
Tindakan : AJK MAKHK
2020

4.4 Anugerah Sistem Rumah akan ditutup pada 28 November 2020 dan AJK Sistem Rumah akan
memulakan proses pengiraan markah yang mengambil kira 3 kategori iaitu Sahsiah,
Kurikulum dan kokurikulum.
Makluman

4.5 Nama dan Nombor kad pengenalan pemenang anugerah MAKHK 2020 perlu diserahkan
kepada AJK Sijil dan AJK Teknikal pada 26 November 2020.
Tindakan: S/u
Kokurikulum

4.6 Semua Fail di bawah Unit kokurikulum perlu di kemaskini sebelum tamat sesi persekolahan
2020 iaitu pada 18 Disember 2020.
Tindakan: Jawatankuasa Unit
Kokurikulum

4.7 PK Kokurikulum mengingatkan supaya semua Ahli Jawatankuasa memasukkan elemen


KBAT dalam pengurusan fail masing-masing.
Tindakan: Penyelaras Unit
Kokurikulum

5.0 Laporan setiap Unit Kokurikulum

5.1 Unit Badan beruniform


5.1.1 Semua buku BLAK telah dihantar dan lengkap diisi oleh guru penasihat
Makluman

5.1.2 Pembelian barang menggunakan peruntukkan PIBG SMA MAIWP akan diselesaikan
sebelum sesi persekolahan 2020 tamat. Antara badan beruniform yang akan membuat
pembelian ialah PBSM, Kadet Polis dan KRS.
Tindakan: Penyelaras badan
beruniform

5.2 Unit Kelab dan Persatuan


5.2.1 Pembelian barang menggunakan peruntukkan PIBG SMA MAIWP telah dibuaty oleh Kelab
Kebudayaan dan Kelab Pembinaan CIDB. Resit pembelian telah diserahkan kepada
Bendahari PIBG.
Tindakan: Penyelaras Kelab Persatuan

5.2.2 Guru penasihat Kelab Kebudayaan telah menyerahkan Invois pembelian kepada Pn Nanisah
untuk membuat pendaftaran aset.
Makluman

2
5.2.3 Terdapat beberapa kelab yang belum menyiapkan sepenuhnya Buku BLAK.

Tindakan: Penyelaras Kelab Persatuan

5.3 Sukan dan Permainan

5.3.1 Semua kelab Permainan telah mengantar buku BLAK namun didapati ada buku BLAK yang
tidak lengkap pengisiannya.
Makluman

5.3.2 Pembelian alatan sukan telah diselesaikan dan alatan sukan tersebut telah disimpan di Hujrah
Al- Amin.
Makluman

5.3.3 Kejohanan E-Sport SMA MAIWP akan dilaksanakan dengan bantuan Majlis Perwakilan
Kokurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Makluman

5.4 PAJSK dan SEGAK


5.4.1 Setiausaha PAJSK telah menyediakan google forms kepada guru kelas untuk memudahkan
guru-guru mendapatkan maklumat penglibatan murid dalam kelab,badan beruniform dan
sukan permainan
Tindakan: Setiausaha
PAJSK

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Calon- calon penerima Anugerah MAKHK 2020
6.1.1 Bagi Anugerah Tokoh Tunas Kokurikulum ahli mesyuarat sebulat suara memilih Fawwaz
Arash dan Nur afrina Damia
Makluman
6.1.2 Berdasarkan pencapaian dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, Anugerah Tokoh Pelajar
Kokurikulum diberikan kepada Ahmad Nabil dan Husna Alia manakala Anugerah Tokoh
Guru Kokurikulum diberikan kepada Cikgu Roslizawani dan Ustaz Zulkifli.
Makluman
6.1.3 Unit Kokurikulum Paling Aktif diberikan kepada Pengakap, Kelab STEM dan Kelab
Memanah.
Makluman

6.1.4 Anugerah Papan Kenyataan Berinformasi diberikan kepada Pengakap (terbaik keseluruhan),
Kelab Kerjaya dan Bola Jaring
Makluman
6.1.5 Anugerah Buku BLAK Terbaik diberikan kepada kadet Bomba dan Penyelamat (terbaik
keseluruhan), Kelab kerjaya dan Bola Jaring.
Makluman
6.1.6 Anugerah Unit Kokurikulum Harapan diberikan kepada Kadet Polis, Kelab Kebudayaan dan
Bola Baling
Makluman
6.1.7 Guru koperasi cemerlang diberikan kepada Ustaz Firdaus bin Mazani
Makluman

3
7.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengerusi juga berharap semoga
tahun 2021 unit Kokurikulum SMA MAIWP akan lebih cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah pada jam 5.00
petang.

Disediakan oleh,

............................................
(Nooramanina binti Rahibun)
Setiausaha Kokurikulum
SMA MAIWP

You might also like