You are on page 1of 4

KELAB GURU DAN STAF

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM (2)


JALAN GUGUSAN ALAM 7/1, SEKSYEN 7,
42300 BANDAR PUNCAK ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-33936961 FAX: 03-33936045
BBA3035

MINIT MESYUARAT KELAB GURU DAN STAF KALI PERTAMA SESI 2022/2023

Tarikh : 21 September 2022


Hari : Rabu
Masa : 12.30 – 2.00 petang
Tempat : Bilik Aula Lestari
Kehadiran : 11/13 orang
Hadir :
1. Mohammad Hasnul Bin Jantan
2. Muhammad Nubhan Bin Ab Rahman
3. Nurulhuda Binti Abd Razak
4. Nurul Baiti Binti Yusof
5. Siti Aishah Binti Jantan
6. Siti Hasna Binti Hassan
7. Izni Husna Binti Mohd Asri
8. Norlizawati Binti Asa’ari
9. Rohziah Binti Ramli
10. Farah Adiba Binti Ab Mutalib
11. Shazarul Azuwa Binti Samsudin
Tidak Hadir :
1. Hatif Bin Azmi
2. Nik Hajaratul Ashikin Binti Nik Mohamad

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK KGS ke Mesyuarat
Kelab Guru Dan Staf Kali Pertama Sesi 2022/2023.
1.2 Pengerusi memohon sokongan padu dan kerjasama yang erat daripada semua
AJK KGS dalam menjayakan semua program yang bakal dirancang dan
dilaksanakan sepanjang tahun ini.
1.3 Pengerusi juga mengingatkan AJK KGS merujuk perlembagaan KGS jika timbul
kekeliruan atau masalah.
Tindakan : Pengerusi
2. PENETAPAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA KELAB

2.1. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju penetapan tugas ahli jawatankuasa seperti
rajah
di bawah.

Tindakan : Makluman

3. PERBINCANGAN AKTIVITI KELAB

3.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat mencadangkan beberapa cara untuk


mengumpulkan dana kelab. AJK perlu aktif untuk mencari dana. Berikut senarai
cadangan yang dibincangkan bersama.

Bil Aktiviti Info


1. Temasya Sukan Tahunan Bulan November ini.
Gerai Jualan KGS Jualan air dan makanan lain.
2. Program Kitar Semula Minyak Mengumpul minyak terpakai daripada
Terpakai murid dan guru.
Jualan Minyak Terpakai
3. Hari Kanak-Kanak Bulan Disember ini.
Gerai Jualan KGS Jualan barangan untuk murid.
4. Aktiviti Jualan Sepanjang Tahun Jualan biskut dan air kotak.
5. Jualan Baju Batik Pakaian Seragam untuk semua guru
dan staf.
3.2 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa aktiviti tahunan dan aktiviti kebajikan
yang akan dikelolakan oleh KGS sepanjang sesi 2022/2023 ini. Antaranya yang wajib
diadakan dan merujuk perlembagaan KGS adalah seperti senarai berikut:

BIL AKTIVITI
1. Jamuan Akhir Tahun (Dinner / Hi-Tea)
2. Sambutan Hari Guru 2023
3. Sambutan Perayaan 2023
4. Mengelola Kutipan Sumbangan Kilat bagi ahli yang kematian ibu bapa,
terlibat dengan bencana (banjir, kebakaran atau kecurian).
5. Saguhati Perkahwinan bagi ahli yang berkahwin (1 kali sahaja) – RM50
6. Ahli yang masuk wad – RM50 (1 kali setahun)
7. Ahli yang ditimpa bencana (banjir, kebakaran atau kecurian) – RM50
8. Ahli menunaikan haji – RM50
9. Majlis persaraan ahli atau perpindahan ahli – RM30 + (RM10 mengikut
tahun perkhidmatan)
10. Kelahiran anak pertama di sekolah ini – RM50

3.3 Pengerusi memaklumkan semua perancangan aktiviti ini akan dibincangkan lagi
pada mesyuarat akan datang dengan lebih terperinci mengikut waktu.
Tindakan : Makluman

4. YURAN DAN KEWANGAN KELAB

4.1 Keputusan majoriti bagi bayaran yuran KGS 2022/2023 berdasarkan undian
majoriti semasa mesyuarat lepas adalah seperti berikut:

RM 100 (MENGIKUT
KETETAPAN YURAN PERLEMBAGAAN) +
AHLI KGS 2022/2023 RM 20 (TAMBAHAN YANG
DIPERSETUJUI MAJORITI KETIKA
MESYUARAT LEPAS)
= JUMLAH 120

SUMBANGAN PSKPP RM5


JUMLAH RM125

4.2 Bayaran yuran ahli dan sumbangan pskpp ini bermula September sehingga
penghujung November ini sahaja.
4.3 Pembayaran boleh dibuat melalui wakil AJK KGS masing-masing. Kemudian wakil
akan menyerahkan kepada Bendahari KGS.
4.3 Pengerusi menegaskan bahawa, kutipan yuran ini perlu disegerakan bagi
membantu kelancaran untuk menjayakan program yang dirancangkan.
Tindakan : Bendahari
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ustazah Hasna memaklumkan sekiranya ada guru yang membangkitkan pertanyaan
mengenai tuntutan saguhati kecemerlangan anak, perkara ini telah diputuskan
batal dan dimansuhkan semasa mesyuarat lepas dengan sokongan majoriti undian
ahli kgs.
Tindakan : Makluman

5.2 Pengerusi juga menyampaikan pesanan Cikgu Hatif bin Azmi mengenai persetujuan
bersama semua ahli jawatankuasa KGS untuk mendaftarkan Kelab KGS ini dengan
ROS iaitu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Semua ahli sebulat suara
bersetuju.
5.3 Menurut pengerusi lagi, banyak manfaat dan kemudahan pengurusan jika Kelab
KGS ini didaftarkan dengan ROS.

Tindakan : Pengerusi dan Cikgu Hatif Bin Azmi

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.55 petang

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..................................................... ....................................................................
(NURULHUDA BINTI ABD RAZAK) (MUHAMMAD NUBHAN BIN AB RAHMAN),
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Guru dan Staf 2022/2023, Kelab Guru dan Staf 2022/2023,
SK Puncak Alam (2). SK Puncak Alam (2).

You might also like