You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT BIL 1 SESI 2022 / 2023

JAWATAN KUASA PENGURUSAN KEILMUAN DAN KEROHANIAN


SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KIAT KETEREH
KOTA BHARU, KELANTAN

Tarikh : 26 April 2022


Hari : Isnin
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik J Qaf

Kehadiran :
1. En Noor Azman b Mohamad Noor (PK Hal Ehwal Murid)
2. Pn Suryati bt Said (Setiausaha
3. Pn Mek Hani bt Ismail (Ahli Jawatan Kuasa)
4. Pn Suzi Aiza bt Fauzi (Ahli Jawatankuasa)
5. Pn Rabwah bt Abd Majid (Ahli Jawatankuasa)
6. Pn Hasnah bt Ariffin (Ahli Jawatankuasa)
7. Pn Fatima bt Husaimi (Ahli Jawatankuasa)
8. Tn Hj Nawawi bin Mohamed (Ahli Jawatankuasa)

Tidak Hadir : 1. En Amir Hamzah bin Ariffin (CRK)


2. En Mohd Azlan bin Ripin (Bersebab)

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI.

1.1. Membuka majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.


1.2. Mengucapkan terimakasih kepada AJK yang telah sanggup meluangkan masa untuk hadir
bermesyuarat kali pertama untuk sesi 2022/2023 ini.
1.3. Memaklumkan tujuan mesyuarat ialah untuk membincangkan serta melaksanakan beberapa
perkara yang perlu dilaksanakan oleh Unit Keilmuan dan Kerohanian untuk sesi 2022/2023 ini.
1.4. Menerangkan yang banyak program yang telah dirancang oleh Unit Keilmuan Dan Kerohanian
pada tahun lepas tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh perintah Kawalan pergerakn
(PKP), dan beliau berharap agar aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan semula untuk
sesi 2022/2023 ini disebabkan negara kita sudah beralih kepada fasa endemik.
1.5. Beliau sekali lagi berharap agar semua AJK dapat berganding bahu dan saling bekerjasama dalam
melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang dan menambah bai kapa yang kurang dan tidak
dapat dilaksanakan sebelum ini.
Tindakan : Makluman kepada semua AJK.

1 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023
AGENDA 2: MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS.

2.1 Pengerusi meminta semua AJK meneliti minit mesyuarat yang lepas untuk dibuat pengesahan.

2.2 Pn. Fatima bt Husaimi mencadangkan agar Minit Mesyuarat Bil 2, sesi 2021/2022 disahkan.

2.3 Pn Rabwah bt Abd Majid menyokong cadangan tersebut.


Tindakan : Makluman

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT.

3.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4 : PENGESAHAN PELANTIKAN AJK PENGURUSAN KEILMUAN DAN


KEROHANIAN SESI 2022/2023.

4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik menerajui pengurusan
Keilmuan dan Kerohanian SK Kubang Kiat dan berharap agar aktiviti yang dirancang dapat
diteruskan dalam sesi persekolahan inii.
Tindakan:
Makluman

4.2 Pengerusi mengumumkan nama-nama AJK Pengurusan Keilmuan Dan Kerohanian sebagaimana
senarai di bawah:

1. Pn Kamariah bt Hj Mat Yusoff (Pengerusi)


2 . En Che Basri bin Mohamad Nor (Timbalan Pengerusi)
3. En Noor Azman bin Mohd Noor (Naib Pengerusi 1)
4. En Wan Salehuddin bin W. Abdullah (Naib Pengerusi 2)
5. Pn Suryati bt Said (Setiausaha)
6. En Amir Hamzah bin Ariffin (Penolong Setiausaha)
7. Pn Suzi Aiza bt Fauzi (Ahli Jawatankuasa)
8. Pn Mek hani bt Ismail (Ahli Jawatankuasa)
9. Pn Rabwah bt Abd Majid (Ahli Jawatankuasa)
10. En Mohd Azlan bin Ripin (Ahli Jawatankuasa)
11. Pn Hasnah bt Ariffin (Ahli Jawatankuasa)
12. Pn Fatima bt Husaimi (Ahli Jawatankuasa)
13. Tn Hj Nawawi bin Mohamed (Ahli Jawatankuasa)

2 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023
Tindakan: Makluman
4.3 Pengerusi meminta ahli mesyuarat mengesahkan Pelantikan Jawantankusa Pengurusan Keilmuan
Dan Kerohanian untuk Sesi 2022/2023 ini.

Cadangan : Oleh Pn Mek Hani binti Ismail

Sokongan : Oleh Pn Suzi Aiza bt Fauzi

4.4 Pengerusi memaklumkan yang keputusan daripada mesyuarat perancang sekolah, surat pelantikan
dan akuan terima akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dalam sehelai surat pelantikan yang
merangkumi semua jawatan yang disandang di sekolah untuk tahun sesi 2022/2023 ini dengan
kadar seberapa segera .
Tindakan : Makluman

4.5 Pengerusi sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik dan berharap
agar dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam membantu panitia pendidikan Islam
dalam aktiviti kerohanian untuk membina sekolah ke arah yang lebih baik dalam norma dan
suasana yang baharu untuk sesi 2022/2023 ini.
Tindakan:Makluman

AGENDA 5 : PERANCANGAN PENGURUSAN KEILMUAN DAN KEROHANIAN SESI


2022/2023.

5.1 Pengerusi memaklumkan yang hasil daripada mesyuarat induk HEM, setiap unit hendaklah
menyiapkan Buku manual Pengurusan Unit masing-masing dan diserahkan kepada beliau secepat
mungkin.
Tindakan: Setiausaha

5.3 Pengerusi membentangkan perancangan aktiviti panitia sebagaimana lampiran, dan meminta ahli
mesyuarat meneliti dan menambahbaik apa yang dirasakan perlu. Walaubagaimanapun semua
ahli mesyuarat telah bersetuju menerima dengan sebulat suara takwim aktiviti yang telah
dibentangkan oleh pengerusi. (Rujuk Lampiran)
Tindakan: Makluman

3 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023
AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN.

6.1 Pn Suryati memaklumkan yang aktiviti-aktivi sepanjang tahun seperti bacaan ayat-ayat lazim
pada setiap hari Isnin hingga Khamis, program bacaan Yaasin dua minggu sekali pada hari Ahad
akan diteruskan juga untuk sesi 2022/2023 ini dengan mengikut SOP dan norma yang baharu.
Tindakan :Makluman

6.2 Pengerusi juga mengharapkan agar setiap aktiviti sambutan bulan kebesaran Islam dapat
dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan murid dengan mengikut SOP dan norma yang
baharu.
Tindakan :Makluman

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN.

7.1 Pengerusi berharap apa yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

7.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
memberi sokongan padu dalam semua urusan kerohanian sepanjang sesi 2021/2022.

7.3 Majlis diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih kafarah dan ditangguhkan pada jam 2.30
petang.

Disediakan Oleh,

…………………………………….
(SURYATI BINTI SAID)
Setiausaha Pengurusan Keilmuan Dan Kerohanian,
SK Kubang Kiat
Ketereh, Kelantan

Disahkan Oleh,

…………………………………………………….
(NOOR AZMAN BIN MOHAMAD NOR)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Kubang Kiat

4 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023
Ketereh, Kelantan

LAMPIRAN

Perancangan Aktiviti Dan Plan Tindakan Kerja Sesi 2022 / 2023

Bil Perkara Tarikh / Masa Tindakan

1 Mesyuarat AJK Bil 1 April 2022 Pn Suryati bt Said

2 Mesyuarat AJK Bil 2 September 2022 Pn Suryati bt Said

3 Program Smart Solat Sepanjang tahun Pn Suzi Aiza bt Fauzi

Sepanjang hari persekolahan sesi


2022/2023 En Mohd Azlan b Ripin
4 Bacaan Yaasin
(Setiap Hari Ahad berselang dengan Pn Rabwah bt Abd Majid
perhimpunan mingguan)

Setiap Hari Isnin hingga Khamis


Program “al Quran di Sepanjang hari persekolahan sesi
5 Semua GPI dan GBA
Hatiku” 2022/2023 bermula jam 7.15 – 7.45
pagi

Sepanjang hari persekolahan sesi


6 Ops PAFA Semua GPI
2022/2023

Sepanjang hari persekolahan sesi


Program Sahsiah 2022/2023 En Amir Hamzah b Ariffin
7 Unggul Murid
(SUMUR) Pembudayaan 3 S (Senyum, Salam Pn Mek Hani Bt Ismail
dan Sapa)

Program Pendedahan
8 Oktober 2022 Pn Suryati bt Said
ke alam remaja

9 Sambutan Hari Maal Hijrah (Ogos) En. Nawawi Bin Mohammed


Kebesaran Islam
Maulidur Rasul (Oktober) En Mohd Azlan bin Ripin

Israk Mikraj (Mac) En Amir Hamzah b Ariffin

Hari Raya Aidil Adha (Mei) Pn Mek Hani bt Ismail

5 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023
Hari Raya Korban (Julai) Pn Hasnah bt Ariffin

6 PengurusanKeilmuanDanKerohanianbil 1/20222023

You might also like