You are on page 1of 3

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN BAHASA ARAB

KALI KE-1
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT
77300 MERLIMAU, JASIN MELAKA.

Tarikh : 13 April 2023


Hari : Khamis
Masa : 1.35pm – 3.00pm
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Mendapat

Kehadiran :
(1) En. Zainor Din BinAbu Hasan (GPK HEM)
(2) Pn Bibi Aisyah Binti Ali Shah (K.Panitia)
(3) En. Mohd Ridzuan Bin Mahat
(4) Pn Nik Noraini Binti Abdullah
(5) Pn Nor Mastura Binti Md Sa’at
(6) Pn Marlia Binti Mohd Lazan

1. Ucapan Pengerusi Majlis (Pn Bibi Aisyah Binti Ali Shah)


1.1 Ucapan alu-aluan kepada semua ahli mesyuarat, seterusnya meminta GPK 1
menyampaikan ucapan aluannya.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan En Zainor Din Bin Abu Hasan (GPK Hem)


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK yang hadir
pada petang ini.
2.2 Beliau mengucapkan penghargaan di atas semua kerjasama dan komitmen
yang diberikan oleh semua AJK dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan
program yang dirancangkan khas pada tahun 2023 ini.
2.3 Beliau meminta pengerusi majlis meneruskan mesyuarat dan membentangkan
agenda dan aktiviti-aktiviti seterusnya yang akan dijalankan.

Tindakan : Semua AJK

3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.


3.1 Pencadang : Pn Nor Mastura Binti Md Saat
Di sokong : En. Mohd Ridzuan Bin Mahat
4. Perkara Berbangkit.
4.1 En Mohd Ridzuan Bin Mahat menegaskan Program PAFA diteruskan didalam
waktu PdP matapelajaran Pendidikan Islam.
4.2 Kelas Tasmik di jalankan dalam 2 waktu di dalam waktu Pdp iaitu 2 waktu
sebelum Akhir kelas.

Tindakan : Semua AJK Panitia

5. Aktiviti Ihya’ Ramadhan di adakan pada tarikj (22 Mac -18 April 2023 )-Sepanjang
Bulan Ramadhan di sekolah.
5.1 Penyelaras menerangkan semua aktiviti dan program yang akan dijalankan
adalah berdasarkan takwim sekolah dan kelender Islam
i- Aktiviti Tadarrus al quran dan bacaan ayat lazim
ii- Majlis Ifthor Jamaie, kelab Guru dan PIBG Sk Seri Mendapat
iii- Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al qur’an peringkat sk
Seri Mendapat.
iv- Program Derma Anak Yatim dan Duit RayaSemua Anak Murid sk Seri
Mendapat.
5.2 Diminta kepada semua AJK prihatin kepada takwim dan jadual pembahagian
Tadarrus mengikut kumpulan dan kelompok.

Tindakan : Semua Ajk Panitia

6. Kem Bestari Solat


6.1 Kem Bestari Solat bagi tahap 2 hanya dijalankan 1 kali (sesi) bagi tempoh
2022.
6.2 Antara aktiviti yang dijalankan di dalam KBS fasa 1 ini ialah :
I – Amali Wuduk dan Niat Solat fardhu 5 Waktu (Tahap 2)
Ii – Aktiviti Hafazan Doa Iftitah, Tahiyyat Awal dan Akhir serta bacaan doa
Qunut (tahap 2)
6.3 Panitia turut melibatkan guru akademik biasa kerana bergabung dengan Unit
Bimbingan dan Kaunseling sk Seri Mendapat.
Tindakan : Semua AJK Panitia

7. Bacaan Yaasin /10 Ayat al kahfi dan Program membudayakan al-qur’an.


7.1 Bacaan yaasin,dan Program membudayakan al qur’an di adakan dari bulan
Mac 2023 sehingga Feb 2024
7.2 Murid dan guru membaca Yaasin dan 10 ayat al kahfi setiap pagi jumaat, di
tapak perhimpunan/ Dewan al syura.
Tindakan : Semua AJK Panitia
8. Kewangan Panitia
8.1 Pembentangan kewangan Panitia semasa oleh Bendahari Panitia Agama Islam merujuk
kepada aktiviti –aktiviti yang dirancangkan dan akan dijalankan.

Tindakan : Bendahari Panitia Agama

9. Hal-hal lain
9.1 Pn.Bibi Aisyah mewartakan program Kutipan Derma Jumaat diambil alih oleh
Unit Pembangunan Sekolah , di bawah kelolaan Gb dan GPK 1.
9.2 Pn Nor Mastura Binti Md Sa’at menyatakan program penghayatan dan
membudayakan Bahasa Arab dijalankan berselang seli dengan Pendidikan
Islam setiap pagi Rabu di dalam perhimpunan pagi
9.3 En. Mohd Ridhuan Bin Mahat memaklumkan murid tahun satu akan
menggunakan rekod terbitan baru 2019, bagi semua aktiviti pendidikan Islam
dan Bahasa Arab (Kulit Kuning) .
9.4 En Mohd Ridzuan menerangkan tentang fungsi guna aplikasi ez Tasmik bagi
tujuan rekod bacaan atas talian untuk memudahkan guru mengambil catitan
bacaaan murid.

Tindakan : Semua AJK Panitia Agama

10. Penangguhan Mesyuarat.

10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00pm.

Disediakan Oleh : Disahkan oleh :

Nor Mastura Bibi Aisyah


……………………………………. ……………………………………………
(Pn Nor Mastura Binti Md.Sa’at) (Pn Bibi Aisyah Binti Ali Shah )
Setiausaha Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab Ketua Panitia Agama Islam dan
Sk Seri Mendapat. Bahasa Arab,
Sk Seri Mendapat

You might also like