You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TO’ EMAN, NYABOR

d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN SARATOK
95407 SARATOK YBA 2201

______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL1/2017

Tarikh : 9 Januari 2017 Masa : 1400-1500

Tempat : Bilik Makmal Komputer

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)
2. Pengesahan minit mesyuarat 3/2017
3. Perlantikan ahli jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam
4. Tugas-tugas jawatankuasa
5. Program bagi Tahun 2017
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan Mesyuarat

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ke mesyuarat kali pertama
bagi sesi 2017.
1.2 Beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada penglibatan guru-guru Pendidikan Islam
dalam menjayakan aktiviti kerohanian di sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat 3/2017 disahkan dengan cadangan Ustaz Yusof dan disokong oleh
Ustazah Aini Hayati.
3.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
3.1 Ketua panitia berbincang dengan semua guru Pendidikan Islam. Antara jawatankuasa
ialah:
3.1.1 Pengurusan Tasmik : Ustazah Mastura binti Panjai
3.1.2 Pengurusan Kafa : Ustazah Aini Hayati bt Mohammad
3.1.3 Tasmik : Ustaz Mohd Anuwi bin Jusoh
3.1.4 Papan Kenyataan : Ustazah Mastura binti Panjai
3.1.5 Bahasa Arab : Ustaz Mohd Anuwi bin Jusoh
3.1.6 Kem Cemerlang jawi : Ustazah Aini Hayati bt Mohammad
3.1.7 Kem Bestari Solat : Ustazah Aini Hayati bt Mohammad
3.1.8 Surau : Ustaz Yusof bin Zainuddin
3.1.9 Bendahari : Ustaz Yusof bin Zainuddin
3.2 Majlis bersetuju dengan perlantikan yang telah dibuat. Ketua panitia mengesahkan semua
perlantikan.

Tindakan: guru-guru PAI dan Bahasa Arab

4.0 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA


4.1 Ketua panitia memberi sedikit penerangan mengenai tugas setiap ahli PAI.

5.0 PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2016


5.1 Ketua panitia berbincang bersama guru-guru PAI mengenai aktiviti dan tarikh bulan Islam
AKTIVITI TARIKH SASAR
AN
Mesyuarat Panitia
Bil 1/2017 9.I.2017 Semua Guru
Bil 2/2017 22.5.2017 Pendidikan
Bil3/2017 20.11.2017 Islam

Bacaan Yasin Setiap Pagi Jumaat Semua Murid

Pksr Bulan Mei Dan November Semua Murid

Kbs 1 23.2.2017 Semua Murid


Kbs 2 27.9.2017
Kcj 1 2.3.2017
Kcj 2 23.9.2017
Smbutan Isra’ Dan Mikraj 28 April 2017 Semua Murid

Tadarus Al- Quran Bulan Sepanjang Bulan Semua Murid


Ramadhan Ramadhan

Solat Hajat Upsr 7.9.2017 Semua Ibu


Bapa & Murid
Tahun 6

Khatam Alquran Perdana 23.9.2017 Semua Murid


Tahun 6

5.2 Majlis bersetuju menetapkan aktiviti panitia Pendidikan Islam pada tarikh yang
telah dicadangkan.
Tindakan: guru-guru PAI dan Bahasa Arab

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Bilik-bilik khas seperti surau dan bilik j-QAF hendaklah diselia dan dikemas dengan baik.
6.2 Semua murid tahun 6 mestilah wajib lulus dalam ujian PAFA .
6.3 Ustazah Aini Hayati mencadangkan agar pemegang akaun Persatuan Pendidikan Islam
ditukar penama baru bagi memudahkan lagi urusan.

Tindakan: Guru-guru PAI

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa panitia atas segala
usaha yang telah dijalankan dan berharap agar kejayaan akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke
semasa.
Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 15.00.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………….
(USTZH AINI HAYATI BT MOHAMMAD) ( USTAZ MOHD ANUWI BIN JUSOH )
Setiausaha Panitia PAI Ketua Panitia PAI
SK To’ Eman Nyabor SK To’ Eman Nyabor

You might also like