You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN BATU TIGA

MINIT MESYUARAT HARI KANAK-KANAK 2017

Tarikh : 23 Oktober 2017


Masa : 1.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK2 Jalan Batu Tiga

Kehadiran :
.
Bil Nama Jawatan

1. EN. ROSLAN BIN ZAKARIA GURU BESAR


2. EN AZMAN BIN AHMAD PK PENTADBIRAN
3. PN. HASNITA BINTI SIATAN PK HEM
4. PN. RAJA ROSNAH BINTI RAJA ZAINAN PK KOKURIKULUM
5. PN. NORIZAN BINTI AWANG SU PENTADBIRAN
6. PN. MIMI ZARINA BINTI ZAABAH SU HEM
7. EN. ABANG ISKANDAR ZULKARNEAN SU KOKURIKULUM
8. EN. AHMAD RADZUAN BIN YAHYA GURU
9. CIK NUR EIZZATI IBRAHIM GURU
10. EN. AHMAD AZZAM BIN TAJUDDIN GURU
11. CIK LEE CHENG BEI GURU
12. PN. MAIZATULSHIMA BINTI JUSOH GURU
13. PN. NORFARAHIN BINTI MARZUKI GURU
14. PN. NORKHUZAIMAH BINTI MOHD PAUZI GURU
15. PN. SHARIFAH BINTI AMRI GURU
16. PN. ZAFIAH BINTI MAT NORDIN GURU
17. PN. SITI HAMIDAH BINTI MOHD GURU
18. PN. HANITA BINTI HASHIM GURU

Tidak Hadir (Bersebab)


1. TIADA

Urus Setia Mesyuarat :


1.Pn Mimi Zarina Setiausaha HEM

1 UTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat Hari Kanak-Kanak 2017. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat adalah
untuk membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Kanak-Kanak
2017.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Kanak-Kanak 2017 akan diadakan pada 3
November 2017.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Cadangan : En Ahmad Radzuan
Sokongan : Pn Siti Hamidah

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PEMBENTANGAN JAWATANKUASA DAN AKTIVITI PROGRAM


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Kanak-Kanak 2017 akan diadakan pada 3
November 2017 iaitu pada hari Jumaat.
4.2 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja bagi
program tersebut.
4.3 Beliau juga membentangkan tentatif majlis yang telah dirancangkan.
4.4 Beliau mengingatkan jawatankuasa kerja agar memastikan segala keperluan majlis
dan tugasan mengikut jawatankuasa dibuat dengan teliti.
4.5 Pengerusi memaklumkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa penjaga murid akan
diedar seminggu sebelum majlis.
4.6 Beliau juga memaklumkan surat memohon sumbangan dari ibubapa dan penjaga
terpilih telah diedarkan. Surat kepada pihak MILO juga telah diterima dan diluluskan
oleh pihak MILO.
4.7 Pengerusi mengingatkan AJK hadiah untuk menyediakan hadiah yang mencukupi
untuk semua pemenang dengan merujuk kepada anggaran perbelanjaan yang
diperuntukkan.
Tindakan : Semua guru
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tiada sumbangan dari PIBG untuk sambutan Hari
Kanak-Kanak 2017, maka unit HEM meminta para guru memberi sumbangan
sebanyak RM10.00 seorang.
5.2
Pengerusi berharap agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan
semua guru dan murid dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan
program ini.
Tindakan : Semua guru
6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang

Urus Setia
Unit HEM
SK 2 Jalan Batu Tiga
Tarikh : 30 Oktober 2017

You might also like