You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Post Mortem Mini Showcase KMR 2019

TARIKH : 27 September 2019


MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan
6.KEHADIRAN
6.1.HADIR :

BIL NAMA GURU


1 Yuhana Bt Mihat
2 Encik Junaidi Bin Abdul Hamid
3 Othman Bin Awang Ahmad
4 Rosniza Bt Razali
5 Mohd Azihassyamsul Bin Ab Aziz
6 Mohamad Azmi Bin Yeop Yahaya
7 Mohd Nizam Bin Zulkifli
8 Alyanee Bt Ahmad
9 Norazlina Bt Rosdzi
10 Noorsaadah Bt Md Noor
11 Hamsinah Bt Mohamad@Sohod
12 Amanina Izzati Bt Sabri

6.2 Hadir Bersama : Tiada

6.3 Tidak hadir bersebab : Tiada

6.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab : Tiada

6.5 Urus Setia : Tiada

7.CATATAN MESYUARAT
Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar Puan Yuhana bt Mihat.

7.1 PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI

7.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana hadir ke
mesyuarat Post Mortem Mini Showcase KMR kali pertama bagi tahun 2019.
Tindakan: Untuk Makluman

7.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa En Othman merupakan penyelaras bagi Program KMR
sesi 2019. Subjek domain tahun 2019 ialah mata pelajaran RBT.
Tindakan: Untuk Makluman
7.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Mini Showcase akan diadakan untuk kali kedua dalam
masa terdekat dengan mengadaptasi penggunaan Modul 7 iaitu Digital Tool. Contoh
Digital Tool ialah Slide Powerpoint dan Aplikasi Strach.
Tindakan: Semua Guru

7.2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT GURU


Tiada

7.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

7.4 AGENDA UTAMA : Perkara Yang Dibincangkan

7.4.1 Kelemahan/ Masalah yang dihadapi:

7.4.1.1 Murid belum menguasai teknik persembahan pembentangan yang baik.


7.4.1.2 Persembahan Pembentangan tidak menyediakan slide dan bahan pembentangan.
7.4.1.3 Tiada penyataan masalah yang dikemukan semasa proses pembentangan.
7.4.1.4 Tiada elemen penggabungjalinan empat subjek utama.

7.4.2 Perbincangan tentang cadangan penambahbaikan:

7.4.2.1 Guru pembimbing hendaklah melatih murid melakukan pembentangan dengan


lebih baik dan bukan hanya sekadar membaca slide yang dipaparkan.
Persembahan pembentangan hendakah menggunakan ayat yang lengkap dengan
suara yang jelas serta difahami.

7.4.2.2 Guru Pembimbing hendaklah berusaha menyiapkan slide pembentangan


menggunakan aplikasi Digital Tool seperti Powerpoint. Pastikan ada gambar yang
menunjukkan murid membuat slide tersebut supaya bertepatan dengan kehendak
program iaitu Kemenjadian Murid.

7.4.2.3 Perkara yang perlu ada dalam slide pembentangan adalah seperti berikut:
i. Big Idea
ii. Penyataan Masalah
iii. Objektif Projek
iv. Kelebihan
v. Bahan-bahan yang diperlukan
vi. Kos
vii. Carta Alir Kerja (Flow Kerja)
viii. Lakaran Bahan Produk
ix. Kelemahan Produk
7.4.2.4 Semua kumpulan perlu mengenal pasti masalah yang berlaku sebelum
memulakan projek dan menghasilkan produk. Masalah berkisar dalam
persekitaran murid iaitu masalah dalam kelas, sekolah atau di rumah.

7.4.2.5 Semua guru hendaklah jelas tentang Big Idea yang telah dipilih. Setiap projek
perlu ada penggabungjalinan dalam sekurang-kurangnya empat subjek yang telah
dipilih. Contohnya penggabungjalinan Muzik, ada aktiviti nyanyian dalam set
induksi. Selitkan aktiviti atau kemahiran yang menarik.
Tindakan: Semua Guru

7.5 HAL-HAL LAIN

7.5.1 Pengerusi meminta En Mohd Nizam dan Pn Hamsinah membantu menyelaraskan


pembinaan RPH yang bertepatan dengan kehendak KMR. Dua RPH yang perlu dibina iaitu
Tahun 4 dan Tahun 5. Oleh itu, duduklah berbincang untuk menghasilkan RPH yang
terbaik. RPH tersebut mestilah mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
dan Tahap Penilaian.
Tindakan : Untuk Makluman

7.5.2 Pengerusi meminta pendapat tentang tarikh pelaksanaan Mini Showcase Kedua. Setelah
berbincang, semua bersetuju bahawa Mini Showcase Kedua akan dijalankan pada 16
Oktober 2019. Semua ahli diminta bersedia.
Tindakan : Untuk Makluman

7.5.3 Bahan-bahan keperluan KMR masih boleh didapati di pejabat. Sila catat jika ada
mengambil barang.
Tindakan : Untuk Makluman

7.6 UCAPAN PENANGGUHAN DAN TANGGUHAN MESYUARAT/PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang dan diakhiri dengan ucapan terima kasih
oleh pengerusi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ……………………………………
( PN.NORAZLINA BT ROSDZI) (PN YUHANA BT MIHAT)
Setiausaha TS25 2019 Guru Besar,
SK Batu Talam SK BatuTalam

Tarikh Disediakan : 30.9.2019

You might also like