You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SAINS

PERTANDINGAN PETA I-THINK SAINS

ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

SK PARIT HAJI ADNAN

1.0     PENDAHULUAN :

Disebabkan wabak pandemik yang terdapat di negara kita, maka semua aktiviti bersemuka
terpaksa ditangguhkan. Namun begitu, murid dibenarkan menyertai apa sahaja pertandingan
secara atas talian yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun
Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

  

 2.0     MATLAMAT :

Meningkatkan pendedahan murid terhadap tajuk-tajuk di dalam mata pelajaran Sains dan
seterusnya meningkat penggunaan peta pemikiran ( I-Think ) secara menyeluruh.

              3.0     OBJEKTIF :

Objektif diadakan program ini ialah untuk :

3.1 Memberikan pendedahan ilmu Sains secara berterusan kepada murid.

3.2     Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat
menarik untuk dipelajari.

3.3     Memberi pengalaman menarik kepada pelajar dalam menghasilkan Peta I-Think secara
kreatif dan inovatif
3.4     Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar

3.6     Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap mematuhi arahan,

Jujur dan berkeyakinan.

  

4.0     KUMPULAN SASARAN :

Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan dari Tahun 4 hingga Tahun 6.

5.0    TARIKH PELAKSANAAN :

23 Ogos 2021- 3 Oktober 2021

6.0  SUMBER KEWANGAN

 6.1. Duit Panitia Sains


7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat                  :  Guru Besar - Cikgu Abd Latif bin Ahmad

                                :  Penolong Kanan  Pentadbiran - Cikgu Hajjah Norlee Bt. Ismail

Pengerusi                :  Ketua Panitia Sains - Cikgu Suhana Bt. Yop Ahmad Isa

Setiausaha                  : Cikgu Mohd Asrul Effendi bin Abd Rahman

Bendahari                   :  Puan Mariam Binti Shariff

AJK : Semua guru mata pelajaran Sains dan Dunia Sains dan Teknologi

8.0 Penutup

Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat
dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih
tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………….. ………………………

(EN. MOHD ASRUL EFFENDI ABD RAHMAN ) (PN. SUHANA YOP)


Setiusaha Panitia Ketua Panitia

SK PARIT HJ ADNAN SK PARIT HJ ADNAN

Disahkan oleh

………………………

(EN ABD LATIFF AHMAD)


Guru Besar

SK PARIT HJ ADNAN

You might also like