You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 2/2023

SK SAWAH RAJA, 71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN DK.

Tarikh : 26 JUN 2023

Hari : ISNIN

Masa : 1.35 TENGAH HARI

Tempat : PUSAT SUMBER SEWAJA

Kehadiran :

1. En. Ahmad Fadzil Shah bin Arif Shah Guru Besar

2. En. Mohammad Ikram Bin Mohd Adnan Gpk 1

3. En. Abdul Ghaffar Bin Mat Rippin Gpk Koku

4. En Mohd Azmi bin Yunus Gpk Hem

5. En. Mohd. Khairul Anuar Bin Abd Bar

6. En. Abdulah Bin Rezal Zakry

7. Pn. Nurul Amrina Binti Mohd.Yazid


8. Pn. Norhayati Binti Muhamad

9. Pn. Nurliyana Aqilah Binti Lias


10. Pn. Che Wan Rusmawati Binti Che Wan Abd
Hamid

Agenda mesyuarat :

1. UCAPAN PENGERUSI.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

3. LAPORAN DAN PEMBENTANGAN AKADEMIK

4. HAL-HAL LAIN.

5. UCAPAN PENANGGUHAN.
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
mengingatkan semua tentang keikhlasan bekerja kerana Allah.
1.2 Pengerusi memaklumkan tentang borang maklum balas minit mesyuarat dan
merancang untuk melaksanakan bengkel mesyuarat berkualiti selepas cuti raya haji.
1.3 Semua mesyuarat perlu diminitkan termasuk mesyuarat SPBT, panitia, PSS dan
aset.

Tindakan :Makluman semua guru dan staf

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

Dicadangkan oleh Pn. Norhayati binti Mohamad

Disokong oleh En. Mohd Khairul Anuar bin Abd Bar

3.0 LAPORAN DAN PEMBENTANGAN AKADEMIK

3.1 PERUBAHAN KETETAPAN

3.1.1 Ustaz Ikram memaklumkan bahawa minggu akademik yang lepas


adalah berdasarkan sistem 36 minggu. Setelah Cikgu Azizah berpindah,
SEWAJA telah kekurangan guru dan telah menukarkan jadual ketetapan
kepada 40 minggu.

3.1.2. Ustaz Ikram memaklumkan bahawa unit kurikulum telah menetapkan


supaya mesyuarat kurikulum termasuk panitia, perlu dilaksanakan sekurang-
kurangnya 3 kali setahun setelah membuat perbincangan dengan Guru Besar.

3.2 PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


3.2.1 Cadangan untuk membuat laporan dan perjumpaan dialog 3 penjuru
bersama ibu bapa ialah pada bulan 8 mengikut takwim sekolah.
3.2.2 Ustaz Ikram memaklumkan tentang pembaharuan pada borang
transit yang guru-guru kena laksanakan.
3.2.3 Tapak borang transit PBD adalah melalui laman web SEWAJA di
mana guru-guru akan mengisi data melalui tapak pelaporan google form
atau google drive yang telah disediakan oleh guru Besar. Laporan juga
akan dicetak dari aplikasi yang sama.
3.2.4 Guru Besar membentangkan contoh tapak pelaporan di skrin.
3.2.5 Guru Besar menerangkan tentang penggunaan link untuk pengisian
data PBD bagi setiap kelas.
3.2.6 Guru kelas boleh mencetak data PBD setiap murid dari aplikasi
yang sama. Guru juga boleh mengisi ulasan terhadap setiap murid di
ruangan yang diberikan dan data tersebut boleh digunakan semasa
perjumpaan 3 penjuru.

3.3 PENTAKSIRAN
3.3.1 Ustaz Ikram memaklumkan bahawa setelah perbincangan dengan
Guru Besar, unit kurikulum menetapkan bahawa tahap 1 akan
melaksanakan PBD sahaja, tiada ujian akhir atau pentaksiran.
3.3.2 Guru akan memperkasakan PBD bg tahap 2 dan melaksanakan
ujian akhir yg melibatkan 5 subjek utama sahaja (BM, BI, MT,
Sains, P. Islam)

3.4 WAKTU PERSEKOLAHAN


3.4.1 Ustaz Ikram memaklumkan semula tentang waktu persekolahan
yang telah diawalkan setengah jam kerana sistem 40 minggu.
4.4.2 Ustaz Ikram memohon maaf kerana slot perhimpunan dan bacaan
yaasin tidak dimasukkan dalam jadual individu.

3.5 PELAPORAN

3.5.1 Mesyuarat panitia kali pertama telah dilaksanakan. Ustaz Ikram


berharap semua panitia sudah selesai melaksanakan mesyuarat kali pertama
dan menyelesaikan minit.

3.5.2 Ustaz Ikram mengucapkan tahniah kepada panitia Pendidikan Islam


kerana telah melaksanakan program panitia mengikut takwim sekolah.
3.5.3 Panitia BM dan Sains sepatutnya melaksanakan program pada bulan Mei
dan BI pula pada bulan Jun. Program panitia BI dan BM bercadang untuk
digabung tetapi belum ada penetapan.

Tindakan : Panitia BM, BI dan Sains

3.5.4 Ustaz Ikram memaklumkan tentang pelaksanaan PBPPP kali pertama.


Semua pegawai yang dinilai diharap untuk mendapatkan skor dan berbincang
dengan pegawai penilai.

3.5.5 Guru Besar memberi respon tentang penilaian kali pertama. Penilaian
kali pertama guru-guru hanya akan disimpan di dalam e-operasi. Penilaian
yang kedua akan dihantar pada hujung tahun (bulan November).

3.5.6 Mesyuarat panitia kali kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

3.5.7 Panitia perlu bersedia dan memaklumkan kepada PK1 sekiranya


memerlukan tuan Guru Besar untuk hadir mesyuarat panitia atau hanya PK1
sahaja.

3.5.8 Program Minggu Panitia Matematik akan dilaksanakan pada bulan Julai.

3.5.9 PBD dan perjumpaan 3 penjuru akan dilaksanakan pada bulan Ogos.

3.6.0 Pencerapan Pdpc dan buku kerja murid akan ditangguh pada masa yang
sesuai dan guru akan dimaklumkan seminggu sebelum.

3.6.1 Dialog prestasi akan dilaksanakan setelah selesai pengisian data PBD.

Tindakan: makluman semua panitia

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Guru Besar mencadangkan supaya aktiviti panitia untuk digabungkan di bawah
program PSS.
4.2 Guru Besar memaklumkan bahawa panitia boleh rancang program dan
pertandingan yang melibatkan implikasi kewangan. Panitia boleh menggunakan duit
PSS.
4.3 Ustaz Ikram bersetuju dengan cadangan tersebut.
4.4 Pertanyaan dari Cikgu Liyana tentang masa yang sesuai untuk pelaksanaan
program seperti pertandingan yang dianjurkan panitia.
4.5 Respon Guru Besar : boleh laksana waktu Pdp.
4.6 Respon Ustaz Ikram : SEWAJA mengamalkan sistem 40 minggu, baki 2 minggu
adalah untuk program sekolah.
4.7 Guru Besar menerangkan tentang MMI (Melindungi Masa Instruksional), PDP
boleh dijalankan di luar kelas; program bersama murid, melatih murid juga
merupakan Pdp. Guru Besar menerangkan bahawa MMI bukan sahaja di dalam kelas
melalui Pdp.
4.8 Ustaz Ikram mengingatkan tentang relief, sekiranya guru tiada di sekolah, perlu
maklumkan kepada beliau sebelum 7.45am hari tersebut.
4.9 Guru Besar berharap untuk mencuba mendapatkan 100% TP5 bagi semua murid.
5.0 Guru Besar memperkenalkan tagline baru Sewaja iaitu "Salam SEWAJA Seiring
Bersama Gemilang Selamanya"
Tindakan: semua guru

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN.

5.1 perancangan yang lengkap supaya objektif tidak tersasar

5.2 sesuatu perancangan dan perlaksanaan hendaklah lengkap

5.3 semoga usaha semua guru akan menghasilkan murid yang cemerlang.

Disediakan oleh, , disemak oleh,

………………………… …………………………
(NURLIYANA AQILAH BINTI LIAS) (EN. MOHAMAD IKRAM BIN MOHD
ADNAN)
S/U KURIKULUM, PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK
SAWAH RAJA. . SK SAWAH RAJA.

You might also like