You are on page 1of 5

Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


SEKOLAH KEBANGSAAN TERAP
BIL. 2 Tahun 2021

Tarikh/ Hari : 26 April 2020 (Isnin)


Masa : 2.00 hingga 3.00 petang
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran :
1) Therresa A/P Joseph Samydas (Ketua Panitia)
2) Nurul Nadia binti Azmin (Setiausaha)
3) Khaironnajmi binti Haron
4) Siti Khairull Niza binti Ramli
5) Mohd Azizul bin Jaudin

I. Perutusan Pengerusi

1.1 Puan Therresa selaku Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli panitia kerana hadir pada mesyuarat ini.
Makluman

II. Pengesahkan Minit Mensyuarat

2.1 Cadangan mengesahkan minit mesyuarat Bil 1/2021 oleh Pn. Siti Khairull
Niza binti Ramli dan disokong oleh Khaironnajmi binti Haron.

III. Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit

Makluman

IV. Pengurusan Panitia

4.1 Pengerusi mengingatkan gurur-guru mengenai headcount

4.2 Headcount
Guru-guru tahun 6 sudah menyiapkan headcount untuk TOV dan ETR.

1
Pengurusan Mesyuarat

Manakala headcount untuk tahun 4 dan 5 masih perlu ujian yang perlu
dijalankan untuk mencapat TOV dan ETR mereka

Makluman dan Tindakan semua guru BI

5. Penjajaran 2.0

5.1 Pengerusi menegaskan sekali lagi bahawa semua guru


diwajibkan menggunakan Dokumen Penjajaran 2.0

TIndakan : Semua Guru BI

6. Ujian / Penilaian / Peperiksaan

6.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun digantikan dengan 'Ujian Bertulis Mei'


Guru-guru Tahun 4,5 & 6 perlu menyiapkan kertas ujian mengikut tahap
kemahiran murid-murid mereka.

6.2 Ujian akan diadakan mengikut kelas masing-masing semasa waktu guru
Bahasa Inggeris tersebut.

6.3 'Ujian Bertulis Mei' perlu selesai dijalankan sebelum Cuti Hari Raya
Aidilfitri. Setelah selesai guru-guru perlu memasukkan markah ke dalam
Drive dan melengkapkan TOV dan ETR untuk tahun 4 & 5.

TIndakan : Semua Guru Tahun 4,5 dan 6


7. CEFR

7.1 Puan Theressa telah mengadakan in-house training sebagai penyebaran


silibus baru tahun 5.

7.2 Puan Theressa mengingatkan semua guru untuk tidak lupa menjalankan,
Pendidikan Sivik pada setiap minggu keempat.

TIndakan : Semua Guru BI

8. HIP dan MBMMBI

8.1 Pihak sekolah dengan kerjasama dari PPD merancang untuk


melaksanakan program membaca. Program ini diadakan setiap minggu
untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

2
Pengurusan Mesyuarat

8.2 Subjek Bahasa Inggeris akan menjalankan program ini pada setiap hari
Rabu jam 1.15pm-2.15pm. Program ini dimulakan untuk pelajar Tahun 6.
Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan akan dijaga oleh seorang guru Bahasa Inggeris

9. PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)

9.1 PBD masih diteruskan, boleh menilai murid melalui kuiz, modul bercetak
dan juga melalui hasil kerja murid di dalam buku tulis. Gabungan semua
elemen tersebut maka guru boleh menilai murid untuk tahap pencapaian
mereka.

9.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar sentiasa bersedia dengan


rekod transit untuk memudahkan para guru merekod tahap
pencapaian murid-murid. TP murid boleh juga direkodkan didalam RPH
guru-guru.

9.3 Pentaksiran tersebut akan dihantar pada bulan Jun dan November
kepada PK Pentadbiran.

Makluman

10. PKB -Pemantauan Guru

10.1 Buku Rekod Mengajar


Pengerusi mengingatkan bahawa RPH perlu disediakan dan dihantar
setiap minggu atau apabila perlu.

10.2 Kontrak LatihanGuru-guru


Semua guru telah menghantar kontrak latihan guru kepada Ketua
Panitia.

TIndakan : Semua Guru BI

11. Program Peningkatan Prestasi BI

11.1 Program Teknik Menjawab untuk Program Peningkatan Prestasi pada


tahun yang dirancang akan ditunda atas sebab PKP.

11.2 Guru-guru tahun 6 perlu sedaya upaya untuk menghabiskan silibus


pada minggu ke 22 dan akan meneruskan dengan latih tubi secara
berfokus.

3
Pengurusan Mesyuarat

11.3 Kelas tambahan untuk Tahun 6 masih belum dijalankan.

Makluman dan Tindakan semua guru BI

14. Program-program Panitia

14.1 Program-program yang dijalankan pada tahun ini ialah :


a) Show Your Talent
b) Diamond in the rough
c) English Galore
d) HIPZ FM

14.2 Murid-murid telah mengambil bahagian dalam program-program yang


dirancang dibawah panitia Bahasa Inggeris dengan baik.

Makluman dan Tindakan semua guru BI

15. Kewangan

15.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru boleh memohon untuk


membeli barang yang diperlukan untuk sesi PDPc.

Makluman
16. Hal-hal Lain

16.1 Cadangan Pn. Khaironnajmi untuk mewujudkan satu group


telegram untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang melibatkan
guru-guru, staf, murid-murid dan ibubapa disambut dengan baik.
Makluman

17. Penutup

17.1 Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua


guru yang hadir ke mesyuarat pada petang ini.

17.2 Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 3/2021 akan dijadualkan pada
masa dan hari yang akan ditetapkan nanti.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

4
Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NURUL NADIA BT AZMIN RUZAIDAH BINTI MAJID


Setiausaha Guru Besar
Panitia Bahasa Inggeris SK Terap
SK Terap

You might also like