You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU LAKSAMANA

AYER HITAM, 06150 ALOR SETAR, KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN : 12 TAHUN : 2023/2024

Tarikh : 18 Julai 2023

Masa : 1.30 petang hingga 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tunku Laksamana

Pengerusi : Encik Mohd Afdhal Ariff bin Muhd Idrus

Kehadiran : 1. Encik Ku Ammar bin Ku Ismail PK Pentadbiran

2. Encik Mohd Afdhal Ariff b. Muhd Idrus Ketua Panitia

3. Puan Zainina binti Zulkifli Setiausaha

4. Encik Mohd Shaher bin Abd. Ghani Ahli

5. Encik Mohd. Amin b. Jamal Abdul Nasir Ahli

6. Puan Noor Elyana binti Bokhari Ahli

7. Puan Kalsom binti Ramli Ahli

8. Puan Rushida binti Wahap Ahli

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul-Kitab dan mengucapkan


terima kasih serta tahniah kepada semua guru yang telah memberikan komitmen
yang baik dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil.
2/2023.
Makluman

1.2 Pengerusi menekankan kebersamaan semua guru untuk cuba sehabis baik dalam
usaha menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam pengurusan panitia.
Pengerusi juga berharap agar Panitia Bahasa Inggeris mampu terus bersaing dengan
baik dalam semua aspek di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 3/2024

Dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Mohd Shaher bin Abdul Ghani.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noor Elyana binti Bokhari.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Encik Mohd Ariff mengingatkan semua ahli panitia untuk sentiasa mengemas kini
perekodan pentaksiran bilik darjah(PBD) dan rekod perkembangan murid dan
menjalankan langkah intervensi untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
kemahiran asas Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua guru

3.2 Puan Zainina memaklumkan sesi PLC bagi Panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan
sebanyak dua kali. Sesi tersebut telah direkodkan dalam SPLKPM sebagai
penambahan mata kredit LDP bagi setiap ahli panitia.
Makluman

4.0 HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

4.1 Encik Mohd Ariff memaklumkan aktiviti HIP perlu diteruskan seperti perancangan
yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua guru

4.2 Encik Mohd Ariff menggalakkan semua ahli panitia untuk memurnikan HIP Tunnel
untuk menjadikan program ini interaktif dan sentiasa memberi pengetahuan baharu
kepada murid-murid.
Tindakan : Semua guru

4.3 Beliau mengingatkan semua guru untuk mengambil kira pelbagai pendekatan untuk
menarik minat murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, seterusnya dapat
meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris dalam kalangan mereka.
Tindakan : Semua gur.l,u

5.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS

5.1 Encik Mohd Ariff mengalu-alukan semua guru untuk mencadangkan barangan yang
ingin dibeli dengan PCG Panitia Bahasa Inggeris. Belian barangan yang akan dibeli
perlu mengutamakan untuk penggunaan pembelajaran murid.
Makluman

5.2 Ketua Panitia akan mengagihkan sejumlah wang untuk pembelian hadiah bagi
pertandingan anjuran Panitia Bahasa Inggeris.

Makluman

6.0 PERANCANGAN PLC / COACHING AND MENTORING


6.1 Encik Ku Ammar memaklumkan Tuan Guru Besar dan dirinya menyarankan agar
setiap panitia menjalankan PLC/Coaching and Mentoring sebagai platform bagi
guru-guru berkongsi idea/masalah/cadangan penambahbaikan untuk sebarang isu
berkaitan subjek Bahasa Inggeris. PLC/Coaching and Mentoring ini boleh dilakukan
di mana-mana sekurang-kurangnya tiga kali bagi sesi 2023/2024.
Tindakan : Semua guru

6.2 Puan Zainina memaklumkan setiap sesi PLC/Coaching and Mentoring perlu
direkodkan dalam laporan berformat dan diberikan kepada beliau untuk
direkodkan dalam SPLKPM.
Tindakan : Semua guru

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Encik Ku Ammar memaklumkan, pemantauan PDPC akan dijalankan pada tahun ini
oleh pihak pentadbir. Guru-guru Bahasa Inggeris SK Tunku Laksamana perlu sentiasa
bersedia dan menjalankan PDPC di kelas mengikut SKPMG dan kecenderungan
murid.

Makluman

8.0 PENUTUP

8.1 Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Penghargaan telah diberikan atas semua
guru yang terlibat dalam menjayakan semua program yang telah dan akan
dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Zainina binti Zulkifli) (Encik Mohd Afdhal Ariff bin Muhd Idrus)

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,

Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana.

You might also like