You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1 2022/2023

Tarikh : 25 April 2022


Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 1.10 - 3.00 petang

Kehadiran :
1. Encik Azman bin Abdul Wahid ( Guru Besar)
2. Pn. Nurul Sakinah bt Ahmad (Ketua Panitia),
3. Pn. Zunaidah binti Ishak (Setiausaha)
4. Pn. Dalina binti Zainal Abidin
5. Pn. Azira binti Salleh
6. Pn Hazatul Fauziah binti Hamzah
7. Pn. Sutha Sri a/p Sivarao
8. Pn. Ummi Idayu binti Kadri (PSS)

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Perkara Berbangkit
5. Perbelanjaan Panitia
6. Perlantikan AJK
7. Aktiviti Panitia
8. HIP
9. Perbincangan Profesional
10. Hal-hal Lain
11. Penangguhan mesyuarat
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Nurul Sakinah bt Ahmad selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris
mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir ke mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris Bil. 1 / 2022 pada kali ini yang diadakan secara
bersemuka di makmal komputer.

1.2. Pn. Nurul Sakinah mengharapkan semua guru dapat memberikan kerjasama
dan perhatian sepanjang mesyuarat dijalankan.

1.3 .Pn. Nurul Sakinah memeperkenalkan guru baharu iaitu Pn. Dalina , Pn Sutha
dan Pn Ummi (Guru PSS).

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT

2,1, Encik Azman bin Abdul Wahid mengucapkan salam dan terima kasih kepada
semua guru Bahasa Inggeris .

2.2 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris
kerana berjaya mengadakan mesyuarat panitia kali pertama bagi sesi 2022 / 2033

2.3 Memaklumkan berharap mesyuarat kali ini haruslah berdasarkan garis panduan dalam
Mesyuarat Kurikulum Sekolah sebelum ini. Contoh - Hari ini berlangsungnya
Perlancaran Nilam oleh Pusat Sumber Sekolah .

2.4. Perbelanjaan panitia adalah mengikut bajet yang ditetapkan dan Panitia boleh
merujuk kepada Suhana (Pembantu Tadbir) . Pembelian hendaklah mengikut
keperluan yang sedia ada dan digunakan untuk PDP murid.

2.5. Catch up plan Fasa 3 telah pun selesai . Kepada guru yang terlibat , perlulah
menyiapkan laporan . Murid yang telah melepasi tahap yang ditetapkan mestilah
dengan bukti dan eviden . Guru juga perlu membuat program intervensi bagi
murid yang masih tidak mencapat tahap yang sepatutnya.

2.6. Panitia perlu menjalankan PLC dengan lebih aktif. , mungkin lebih dari
sebelumnya .

Tindakan : Semua guru BI

AGENDA 3 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG


LALU.

3.1 Puan . Zunaidah Ishak membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk
diterima dan disahkan.

3.2 Puan Hazatul Fauziah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan
disahkan. Puan Azira menyokong.


Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

4.1 Perkara 5.2- Semua guru yang terlibat dengan Program Catch Up Plan perlu
membuat laporan terkini dan ‘Tapak’ untuk laporan akan diberi oleh Pn Nurul Sakinah .

Tindakan: Semua guru


AGENDA 5 : PERBELANJAAN PANITIA

5.1 Pn. Dalina bertanya tentang berapa jumlah peruntukan wang dan cara
pembelian. Guru Besar memberitahu bahawa pembelian adalah mengikut
keperluan dan aktiviti panitia.

5.2. Antara barangan yang diputuskan untuk pembelian :


a) Kertas A4- 2 rim seorang
b) Pen penanda - warna -warni
c) Plastik laminate- sekotak seorang
d) Gunting - 30 set .
e) Gam - botol besar 2
f) Gam kecil - 10 set
g) Blue tack - 5 set

AGENDA 6: PELANTIKAN AJK

6.1 Pelantikan AJK Panitia pada kali adalah secara sebulat suara .

Ketua panitia : Puan Nurul Sakinah bt Ahmad


Setiausaha : Puan Zunaidah bt Ishak
Bendahari : Puan Azira bt Salleh
AJK : Puan Dalina bt Zainal Abidin
Puan Sutha Sri
Puan Hazatul Fauziah bt Hamzah
Puan Ummi Idayu bt Kadri

6.2 Puan Dalina memaklumkan pertandingan yang akan diadakan sempena Karnival
Perpaduan Bahasa Inggeris .

a) Story Telling
b) Public Speaking
c) Virtual Scrabble
d) Sketch Competition (10 orang murid)
e) Coral Speaking
f) Product review (Belum)
g) Mini documentary (Belum)

Penyelaras Pertandingan

Story Telling Tahap 2 - Puan Zunaidah bt Ishak


Public Speaking - Puan Sutha / Puan Nurul Sakinah (Mentor)
Product Review - Puan Nurul Sakinah bt Ahmad
Poetry - Puan Hazatul Fauziah bt Hamzah
Pertandingan PPKI(jika ada ) - Puan Azira bt Salleh
AGENDA 7 – AKTIVITI PANITIA

BIL MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN /


CATATAN
1 English Day STRICTLY ENGLISH Ahli Panitia BI Semua guru
ON TUESDAY
2 April/Ogos/Dis Mesyuarat dan Ahli Panitia 3 Kali Setahun
perjumpaan Panitia Bahasa
Bahasa Inggeris Inggeris
3 Jun ‘Cleaning Day ‘ Tahap 1 Ahli Panitia BI
- English Tahap 2
Language Board

4 Ogos Pemilihan wakil kelas Tahap 1 Ahli Panitia Bahasa


bagi pertandingan Tahap 2 Inggeris
‘Spelling Bee’
5 Jun Penyediaan Kertas Tahap 2 Semua guru BI
Soalan Modul Latihan

6 September Scrapbook Competition Ahli Panitia BI Semua guru BI


Level 1
Level 2
7 November English Month Tahap 1 Semua Guru BI
Tahap 2
8 Oktober Language Games Tahun 6 Guru BI Tahun 6

9 September/ Post Mortem Modul Semua Ahli Ahli Panitia BI


Febuari 2023 Latihan panitia

AGENDA 8 – HIP

BIL MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN /


CATATAN
1 Mac 2022 – Assembly In English Pengawas Ahli Panitia BI
Febuari 2023 Bertugas
2 Mac 2022 – English Corner Tahap 1 Ahli Panitia BI
Febuari 2023 Tahap 2
3 Mac – Pen-Pal Project Tahap 2 Ahli Panitia BI
November

4 Oktober Treasure Hunt Tahap 2 Ahli Panitia BI


5 Sepanjang Scrabble Tahap 2 Semua guru BI
Tahun
6 Sepanjang Vocab Attack Tahap 1 Semua guru BI
Tahun Tahap 1

7 Sepanjang Lagu Bahasa Inggeris Tahap 2 Semua Guru BI


Tahun Tahap 2
8 Sepanjang Speaker’s Corner Tahap 1 Semua Guru BI
Tahun Tahap 2
9 Sepanjang Program NILAM Tahap 1 Semua Guru BI
Tahun Tahap 2

AGENDA 9 - PERBINCANGAN PROFESIONAL

7.1 Analisa PBD akhir tahun


Semua guru perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing
dengan melengkapkan analisa ini mengikut jadual yang ditetapkan .’Tapak’ untuk
analisa ini , akan disediakan oleh Pn Sakinah.

7.2. Merujuk kepada mesyuarat kurikulum sekolah yang lalu , DSKP wajib atau perlu
dicetak dan disimpan oleh setiap guru

7.3. RPT
Rancangan Pelajaran Tahunan juga perlu dihantar dan terima kasih kepada
yang telah berbuat demikian .

7.4. Kelas PPKI juga perlu menyediakan borang transit untuk mengisi tahap
penguasaan murid seperti kelas Perdana

7.5 Program Catch-up Plan


Guru-guru perlu menyediakan eviden yang perlu untuk dokumentasi dan simpan
dalam fail masing-masing .

7.6 .Pentaksiran peringkat sekolah


Akan diadakan sebanyak dua kali sepanjang sesi 2022/2023 . Ia akan dijalankan
pada bulan Ogos dan Januari..Item soalan perlulah merangkumi 4 kemahiran
yang sedia ada iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing
( tahap 1 dan 2)
7.7. Speaker Corner
Akan diwujudkan dan akan dijalankan oleh setiap kelas mengikut giliran masing -
masing .Cadangan dijalankan di Arena Ar Rayyan

Tindakan : semua guru

AGENDA 8 : HAL -HAL LAIN

8.1 Puan Nurul Sakinah berharap semua guru yang terlibat dengan pertandingan
dapat membuat persiapan awal untuk mencari calon /peserta .Harap mendapat
kerjasama yang padu dan baik dari semua guru Bahasa Inggeris.

Tindakan : Makluman

AGENDA 9 : PENANGGUHAN MESYUARAT.

9.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ ____________________
(ZUNAIDAH BINTI ISHAK) (NURUL SAKINAH BT AHMAD)
Setiausaha Panitia BI Ketua Panitia BI
SK Lekir .. SK Lekir ..

You might also like