You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BELENGU

28000 TEMERLOH,
PAHANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA & PEMILIHAN MURID


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN BIL 1/ 2022

Tarikh : 18 November 2021

Masa : 1:45 petang

Tempat : Pusat Sumber SK Belengu

Kehadiran :

1. En. Mejlan bin Sulkiman ( GURU BESAR )


2. Pn Suziah binti Simat ( PK HEM )
3. En. Khairul Anam B. Jusoh ( PK PENTADBIRAN )
4. Pn. Shabariah Bt. Salleh ( PK KOKURIKULUM )
5. Pn. Noraimi binti Mohamed Nordin ( PENYELARAS RMT )
6. Cik Norzihanim Bt. Mohd Bahari ( PEN. PENYELARAS RMT )
7. Pn Nurhazirah binti Azhar ( PEN PSS )
8. Pn. Norhafizah Bt. Mohd Bakhtiar
9. En. Abdullah B. Kamarudzzaman
10. En. Mohd Amir B. Aziz
11. En. Shafarhan B. Ahmad Bakri
13. En Mohd Zaki bin M@Zin
14. Pn. Norihan Bt. Hamzah ( PENGUSAHA KANTIN )
1. Ucapan Pengerusi

1.1. Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Guru Besar serta semua AJK.
1.2. Menyatakan ini adalah mesyuarat kali yang pertama bagi membincangkan masalah-
masalah dalam pelaksanaan RMT dan perancangan tahunan bagi unit RMT 2022.
1.3. RMT akan bermula pada awal persekolahan sesi 2022/2023.
1.4. Murid tahun 1 dan murid cicir akan menerima RMT selepas sebulan sesi
persekolahan baru.
Tindakan: Semua AJK

2. Ucapan Guru Besar

2.1. Beliau mengalu-alukan kehadiran AJK dan pengusaha kantin Pn Norihan Bt. Hamzah
pada mesyuarat kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana
dapat menghadirkan diri.
2.2. Mengucapkan terima kasih kepada penender kantin yang bersetuju bagi menguruskan
makanan RMT bagi 2022.
2.3. Berharap agar penyediaan menu RMT boleh dipertingkatkan lagi dan mengikut menu
yang ditetapkan oleh KPM.
.
Tindakan : Setiausaha dan AJK

3. Lantikan J/Kuasa RMT sesi 2022

3.1. Rujuk lampiran 1

4. Perancangan Tahunan
4.1. Pengerusi memaklumkan bahawa penetapan menu pada tahun 2022 adalah
sama seperti Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Menu mungkin akan diubah berdasarkan pemerhatian daripada
respons murid yang menerima makanan RMT.
4.2. Semua AJK telah bersetuju memilih menu untuk penggal pertama seperti di
lampiran 2.
4.3. Penender kantin diminta menghias dan memastikan keceriaan sudut RMT
dengan bantuan AJK RMT yang ada bagi meningkatkan lagi keceriaan kantin.
4.4. AJK sebulat suara meluluskan seramai 35 orang murid dari Tahun 2 – Tahun 6
berdasarkan borang yang dihantar dimana pendapatan keluarga berada dibawah
PGK 2019 dengan RM 1169.00 pendapatan isirumah dan RM310.00 perkapita,
akan menerima RMT pada kadar RM2.50 sehari. ( Lampiran 3 )
4.5. Murid tahun 1 dan murid cicir akan dimaklumkan pada bulan pertama
persekolahan dan akan menerima RMT pada bulan berikutnya.
4.6. Guru bertugas perlu merasa makanan dan melaporkan perjalanan RMT setiap
hari
4.7. Guru bertugas diminta mengisi buku kedatangan RMT setiap hari
4.8. Murid-murid RMT akan menerima makanan pada waktu rehat iaitu 10.10 pagi.
Makanan perlu dihabiskan sebelum 10.35 pagi.
4.9. Borang pesanan perlu di lengkapkan 2 hari atau sehari sebelum.
4.10. Pengusaha kantin haruslah melengkapkan borang maklumat yang disediakan
dan serahkan kepada penyelaras RMT.

Tindakan: Penender Kantin & semua guru

5. Hal- hal lain


5.1. Makanan murid RMT yang tidak hadir akan diberi kepada penganti RMT yang
mana pelajar ini telah dipilih oleh guru kelas masing – masing berdasarkan
maklumat yang dikemaskini oleh guru kelas dan tidak khusus kepada seorang
murid sahaja.
5.2. Sebarang masalah atau teguran akan ditulis dalam buku pelaporan guru bertugas.
Pihak kantin juga dialu-alukan untuk memberi teguran atau cadangan kepada AJK
RMT bagi mencapai objektif kesejahteraan murid RMT, membina sahsiah dan
akademik gemilang.
5.3. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas yang akan
menjalankan tugas RMT 2022

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ ___________________
( NORAIMI BT M.NORDIN )
Penyelaras RMT

You might also like