You are on page 1of 5

SJKC TAPAH

Kertas Kerja Pertandingan Mencari Perkataan 2020

Anjuran Panitia Bahasa Malaysia

1.0 PENDAHULUAN
Sempena Minggu Bahasa Malaysia SJKC Tapah yang bermula pada 12 Oktober hingga 16
Oktober 2020, panitia Bahasa Malaysia telah bercadang mengadakan Pertandingan Mencari
Perkataan bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2.

2.0 TARIKH

Tarikh: 14 Oktober 2020 (Rabu),


Masa: 0700 hingga 0800

3.0 TEMPAT

Kantin Sekolah, SJKC Tapah

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk minat mempelajari Bahasa Malaysia.

4.2 Menambahkan kosa kata murid.

4.3 Memperkukuhkan penggunaan kosa kata murid melalui permainan


bahasa.

4.4 Memperkukuhkan pengalaman dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam


kalangan murid.

4.5 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif, dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Malaysia.

1
5.0 KUMPULAN SASARAN
Sekurang-kurangnya 12 peserta dari setiap kelas Tahun 1 dan Tahun 2 yang
mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN


Penasihat : En. Chung Phin Phin ( Guru Besar, SJKC Tapah)
Pengerusi : En. Tan Jip Chin
Penyelaras : En. Voon Joon Sing
Setiausaha: Pn. Chin Kui Lan
Penyediaan Bahan: 1. Pn. Tian Fui Chuan
2. Encik Thian Boi Jung
Hakim dan Penyemak Tahun 1: 1. Pn. Lucy Jiew Lee Pin
2. En. Tan Jip Chin
Hakim dan Penyemak Tahun 2: 1. Pn. Thian Boi Jung
2. Pn. Chin Kui Lan
Penjumlahan Markah : Cik Rohsalinakhastuti
Persediaan Tempat : En Chang Kim Chian, En. Voon Joon Sing
Hadiah : Pn. Tian Fui Chuan, Cik Rohsalinakhastuti
Jurugambar : En. Voon Joon Sing

7.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA(KPI)


7.1 Output
Sekurang-kurangnya 24 orang peserta yang mengambil bahagian dalam
Pertandingan Mencari Perkataan.
7.2 Outcome
6 peserta dari setiap tahun 1 dan 2 yang memperoleh markah yang
tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

2
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Anggaran Perbelanjaan
Bil Item Kuantit Kos per unit Kos
i / Unit
1 Piala (Johan) 2 11.90 RM23.80
2 Piala (Naib Johan) 2 10.90 RM20.80
3 Piala (Tempat Ketiga) 2 9.90 RM19.80
4 Alat tulis (Sagu hati ) 6 5.00 RM30.00
Jumlah RM94.40

8.2 Sumber Kewangan


Peruntukan Kokurikulum

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Pertandingan mengikut kategori
9.2 Mencari perkataan dalam masa 40 minit bagi Tahun 1 dan Tahun 2
9.3 Cara penghakiman
9.3.1 Setiap darjah akan disemak oleh dua orang hakim.
9.3.2 Keputusan hakim merupakan keputusan muktamad.

10.0 PENGISIAN PROGRAM


10.1 Taklimat Pengurusan Pertandingan yang disampaikan oleh Ketua Panitia
BM, Encik Tan Jip Chin.

11.0 JADUAL (Rujuk Lampiran)


11.1 Jadual Aturcara

12.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Lembaran kerja bagi setiap peserta disimpan dalam satu fail untuk tujuan

3
rujukan pemantauan.

13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


BIL RISIKO TINDAKAN PENCEGAHAN
.
1. Kerusi yang kurang Guru yang bertanggungjawab akan
mencukupi di kantin. menyusun dan mengambil kerusi dari
dewan sekolah. Jarak perlu mematuhi
SOP penjarakan social.
2. Murid mendapat markah yang Nombor giliran murid yang menghantar
sama. akan turut diambil kira bagi menentukan
kedudukan.

14.0 PENUTUP
Diharap pertandingan mencari perkatana ini berjaya dilaksanakan dan
seterusnya dapat memberi kesan dan manfaat yang nyata dalam kalangan murid
untuk meningkatkan minat mempelajari dan menguasai Bahasa Malaysia.

4
Disediakan oleh:

________________
(VOON JOON SING)
Penyelaras AJK Pengelola
Tarikh :

Disemak dan disokong oleh:

______________
(TAN JIP CHIN)
Pengerusi AJK Pengelola
Tarikh :

Disemak dan disokong oleh:

______________
(CHUNG PHIN PHIN)
Guru Besar
SJKC Tapah
Tarikh :

You might also like