You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK KEPAYANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN


SK SUNGAI BETUL BAGI TAHUN 2019-2020

TARIKH : 4 NOVEMBER 2018


HARI : SELASA
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GURU BESAR

KEHADIRAN : En. Ahmad Kamal b Abd Khalip ( Guru Besar )


: En. Hamdan Shahruhil b Ahmad Nordin (GK Pentadbiran)
: Pn. Rosniah bt Zainol Abidin ( PK HEM )
: Cik Mardhiah bt Amamah (GK Kokurikulum)
: Pn Mohaya bt Mat Sam ( Guru Kantin)

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2 Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir. Beliau menerangkan tujuan diadakan mesyuarat untuk memilih
pengusaha kantin yang baru bagi sesi 2019/2020

1.3 Beliau menegaskan ini merupakan mesyuarat kali kedua memandangkan masalah
sebutharga yang dihadapi sebelum ini.
AGENDA 2: Membuka tender sebut harga kantin

3.1 Guru Besar menyatakan tujuan mesyuarat ini untuk membuka tender baru kantin sekolah
bagi sesi 2019-2020.
3.2 Pemilihan kali ini agak berbeza memandangkan hanya satu sahaja sebutharga yang
diterima walaupun tempoh perlanjutan telah dibuat. Walaubagaimanapun pihak sekolah
masih perlu mengkaji dan membuat keputusan samada penender ini boleh diterima atau
tidak.

AGENDA 3: Pemilihan sebut harga

4.1 Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan perlulah berdasarkan
tawaran harga yang berpatutan, mutu perkhidmatan yang terbaik dan dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2 Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah dengan mengambil kira
reputasi perkhidmatan yang terbaik sebelum ini.

4.3 Memandangkan hanya satu sebutharga sahaja yang diterima, ahli jawatankuasa
mesyuarat memutuskan untuk terus menerima beliau sebagai pengusaha kantin yang
baru.
4.4 AJK juga bersetuju untuk membatalkan pembayaran wang pertaruhan memandangkan
jangkamasa pembayaran wang tersebut terlalu singkat (tidak melebihi seminggu) dengan
pembayaran wang deposit yang sepatutnya dijelaskan sebelum penyerahan kantin kepada
pengusaha pada 1hb Disember 2018.

AGENDA 5: Tindakan susulan

5.1.1 Guru besar mengarahkan AJK menyiapkan borang-borang yang berkenaan secepat
mungkin sebelum penyerahan kantin dibuat pada 10/12/2018
5.1.2 AJK juga perlu meyerahkan surat tawaran kepada pengusaha baru sebelum 7/12/2018
5.1.3 Pengusaha juga perlu membayar wang deposit seperti yang termaktub dalam perjanjian
mengikut tarikh yang ditetapkan..
5.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli mesyuarat di atas
kelancaran mesyuarat pemilihan sebut harga kantin yang sedang berlangsung.

AGENDA 6: Hal-hal lain

6.2 Guru besar menekankan kepada semua AJK yang hadir supaya tidak mendedahkan
keputusan mesyuarat ini kepada pihak luar sehingga keputusan sebenar dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ……………………………
( PN MOHAYA BT MAT SAM ) ( EN AHMAD KAMAL B ABD KHLAIP)
SETIAUSAHA KANTIN GURU BESAR,
SK TELUK KEPAYANG SK TELUK KEPAYANG

You might also like