You are on page 1of 2

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN PANITIA SAINS PERTANIAN

1.

Nama Program

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN


PANITIA SAINS PERTANIAN

2.

Objektif Lawatan

2.1

Untuk mengetahui tentang pengurusan bilik/makmal sains pertanian.

2.2

Untuk meninjau dan berkongsi pengalaman tentang pengurusan


panitia Sains Pertanian.

2.3

Untuk memberi pendedahan kepada guru berhubung strategi


pencapaian kecemerlangan dalam matapelajaran sains pertanian.

3.

Rasional
3.1

Lawatan ini akan merangsang guru untuk mengambil seberapa


banyak maklumat untuk diadaptasikan di peringkat sekolah.

3.2

Lawatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk bertukar-tukar


pendapat dan pengalaman bekerja dengan rakan-rakan di sekolah
lain.

4.

Tempat Lawatan
4.1

SMK Membakut. Membakut. Sabah.

5.

Tarikh Lawatan

13 Julai 2016

6.

Peserta Lawatan

3 orang
(Penolong

Kanan

Pembantu makmal)
7.

Perbelanjaan

Tiada

1,

Ketua

Panitia

SPT,

Tarikh : 11 Julai 2016


Pengetua
SMK MEMBAKUT.
Peti Surat 51,
89728 Membakut Sabah.
(U.P Ketua Panitia Sains Pertanian)
Tuan,
LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN PANITIA SAINS PERTANIAN
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains Pertanian SMK
Bongawan 2, berhasrat mengadakan lawatan ke SMK Membakut seperti ketentuan
berikut:
Tarikh :
13 Julai 2016
Hari :
Rabu
Bilangan Ahli Lawatan: 3 Orang ( Guru dan staf sokongan)
2.

Objektif lawatan ini adalah untuk:


2.1

Untuk mengetahui tentang pengurusan bilik/makmal sains pertanian.

2.2

Untuk meninjau dan berkongsi pengalaman tentang pengurusan


panitia Sains Pertanian.

2.3

Untuk memberi pendedahan kepada guru berhubung strategi


pencapaian kecemerlangan dalam matapelajaran sains pertanian.

3.
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
menerima lawatan kami pada tarikh tersebut di atas.
4.
Diharapkan lawatan ini akan merangsang guru-guru dan staf sokongan untuk
mengambil seberapa banyak maklumat untuk diadaptasikan di peringkat sekolah ,
selain memberi peluang kepada guru-guru dan staf sokongan bertukar pendapat
dan pengalaman bekerja dengan rakan-rakan di sana.
Persetujuan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima
kasih. Sekian.

Saya yang menurut perintah,

(JESSIE LAWRENCE ENING)


KETUA PANITIA SAINS PERTANIAN
s.k.

1.
2.

Fail Timbul
SMK Membakut. Membakut.Sabah.

You might also like